Tuesday, March 15, 2011

Segmen: apa kata kamu tentang cinta


Assalamualaikum..huhu. memula sekali aku nak ucapkan terima kasih pada cik sekamar rindu kerana dgn senang ati telah mengtag aku untuk join ruangan segmen nih. tgk pada tajuk saja dah buat aku berpeluh2, sebab bagi aku CINTA memang banyak maknanya. kalau nak diulas satu persatu, mungkin akan membuka sebuah lembaran baru yang berupa buku...serius cakap nih.

kepada encik penganjur blog pilihan hati (Al-Hakim)..serius nak tau apa kata cinta dari aku...sila baca cerpen yang aku reka khas untuk tatapan semua di mana cinta itu seindah sentuhan kasih yang terlahir dari hati yang dalam. kerana cinta, terlahirnya dendam, kerana cinta terlahirnya malu dan kerana cinta terlahirnya kasih. kasih pertama kepada Allah swt dan kasih keduanya kepada sang jejaka. itulah apa kata cinta yang sebenar...(mungkin)

lets see and read:



Surat Zulaikha buat Yusuf

Saudara Yusuf,

Masih ingatkah kau kepada diriku. Gadis bandar yang datang ke kampungmu sekitar sebulan yang lalu. Mungkin kau sudah lupa memandangkan dirimu sendiri tidak pernah melihat akan diriku. Ini mungkin kerana kita sama sekali berbeza, berbeza dari segi dunia yang bukan pilihan kita. Masih ku ingat lagi ketika mula-mula aku menjejakkan kaki ke kampungmu, kampung Dusun Terendak. Semuanya nampak cela dimataku, semuanya nampak lecah di fikiranku. Mungkin kerana aku tidak biasa dengan keadaan itu tetapi percayalah itu semua adalah perasaanku yang sebentar cuma, perasaan yang lahir atas sikap dan latar belakangku yang berbeza. Aku sedar yang aku adalah anak orang kaya yang tinggi darjatnya, tetapi pernahkah kau fikir yang darjat itu kepunyaan ayahku, bukan diriku. Jadi adakah mungkin juga kerana hal ini kau tidak mahu mendekatiku mahupun menghulurkan salam perkenalan buatku.

Aku lihat di malam pesta muda mudi waktu itu, kau hadir dalam keadaan yang amat sempurna sekali. Sehinggakan mataku sendiri tidak mahu mempercayai bahawa masih ada lagi pemuda yang setampan kau wujud di kampung itu. Semua mata tertumpu ke arahmu, sehinggakan aku sendiri tidak bisa melarikan anak mataku jauh dari air wajahmu. Wajahmu yang cerah umpama bulan benar-benar telah mengetuk pintu hatiku agar aku terus memerhatikanmu. Tetapi sayangnya matamu yang bundar itu lansung tidak toleh untuk melihat keperawannanku, sehingga aku merasakan yang diriku bukanlah yang tercantik di malam itu. Apakah kau sombong?, itulah tanggapanku takkala matamu berkalih bila aku sempat melemparkan senyumku.

Iya mungkin kau benar sombong, seperti telahan rakan-rakanku, kau tampan, jadi mana mungkin kau mahu memandang gadis-gadis seperti kami. Aku bukanlah mahu mencari fitnah di mana aku sendiri tidak tahu akan peribadimu, mungkin kerana hatiku geram kerana senyumku ditolak, jadi aku meletakkan kau Yusuf sebagai pemuda yang sombong.

Tetapi jika salah anggappanku ini, maka aku mahu kepastian darimu sementara aku masih ada di kampungmu ini. Adakah kau pemuda yang begitu, tampan tetapi sombong atas paras rupa yang dianugerahkan Tuhan yang sebentar cuma.

Zulaikha


Saudara Yusuf,

Tidak sangka apa yang aku fikirkan selama ini adalah benar belaka. Kau sememangnya pemuda yang sombong bahkan mementingkan diri. Walaupun kau datang dari keluarga yang miskin, namun kesombonganmu benar-benar menjelakkan akal dan pemikiranku. Apakah terlalu berat untukmu membalas suratku yang terdahulu atau kau sememangnya tidak mahu.

Iya sesungguhnya kita memang tidak pernah berkenalan dan aku boleh dianggap seperti perigi mencari timba. Tapi fahamlah kau wahai Yusuf bahawa sesungguhnya aku hanya mahu bersahabat denganmu. Tidak terlintas difikiranku untuk memikirkan yang lebih dari itu. Masih ingatkan kau pada malam majlis keramaian saudara angkat, ketika Razif, teman baikmu memperkenalkan aku pada dirimu. Kau lansung tidak menghulurkan salammu, menurutmu kita bukan muhrim, iya itu benar dan aku memahami maksudmu itu. Tetapi berbeza pula dengan cerita teman baikku yang baru kudengar semalam. Kau menjemput mereka ke teratakmu sedangkan kau tahu aku juga salah seorang daripada mereka. Adakah terlalu berat untukmu mengatakan yang kau juga mahu menjemput diriku atau kau sememangnya tidak sudi untuk menjemput diriku. Dan lupakah kau yang kau sendiri bukan muhrim bagi mereka. Jadi mengapa mereka dijemput ke teratakmu. Aku semakin keliru.

Tetapi aku mulai sedar apabila menurut mereka kau diibaratkan seperti langit bagi mereka. Jauh tinggi melayang walaupun statusmu tidaklah semewah kami. Menurut mereka juga kau bukan saja tampan, tetapi kau juga punyai ilmu yang tinggi dalam hal duniawi mahupun akhirat. Suaramu germersik buluh perindu ketika membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Wah, aku tidak menyangka yang dirimu sehebat itu, dari cerita itu saja aku mula merasakan yang pandanganku itu mungkin silap belaka. Tetapi mampukan hatiku ini menerima segala yang diceritakan oleh teman-temanku sedangkan aku sendiri tidak pernah menyaksikannya.

Wahai Yusuf, jika benar kau pemuda yang seperti diperkatakan. Mahukah kau bersahabat denganku dan bisakah kau mengajarku tentang ilmu yang kau miliki. Aku pasti kau bukan kedekut orangnya memandangkan kau sendiri mengajar anak-anak di kampung ini bagi mengenal agama dan kitab suciNya. Mahukah kau wahai Yusuf.

Zulaikha



Saudara Yusuf,

Sudah hampir sebulan aku di sini, namun pertemuan kita hanya sekali cuma. Kalau bukan kerana Maisara yang terjatuh di dalam hutan dan diselamatkan olehmu, sudah pasti sampai ke hari ini aku mungkin tidak dapat bertemu denganmu.

Tetapi bukan hal itu yang menjadi persoalanku kini, tetapi kata-kata yang kau sampaikan kepada Maisara ketika kamu berada di dalam hutan yang menjadi api di dalam hatiku. Sampai hati kau wahai Yusuf, bila mana kau mengatakan yang aku ini tidak mungkin sudi untuk berkawan denganmu hanya kerana status kita yang berbeza, dari sebab itu aku ini tidak sudi untuk menjejakkan kaki ke teratak burukmu.

Sedarkah kau wahai Yusuf bahawa aku ini adalah gadis. Walaupun aku lahir di kota tetapi aku masih lagi kenal akan adat dan susilaku sebagai seorang perempuan. Mana mungkin aku akan menjejakkan kaki ke rumahmu jika tidak mempunyai sebab musabab. Aku malu akan sikapmu yang meletakkan aku melalui pandanganmu tetapi tidak hatimu.

Kau kejam Yusuf, walaupun kau tidak sudi untuk bersahabat denganku janganlah sampai kau meletakkan tohmahan yang sebegitu keras ke atas diriku. Aku sedar yang aku ini tidak layak untuk bersahabat denganmu dan sampai bila pun kita pasti tidak akan dipertemu.

Kerana itu aku mulai berfikir akan apa yang dikatakan oleh temanmu Razif, yang kita sememangnya sudah ditakdirkan untuk bersama. Ini kerana sudah tertulis bahawa cinta Zulaikha hanya untuk Yusuf. Tetapi sejauh manakah kebenarannya kata-kata itu kerana perasaanku kuat mengatakan yang kau bukan untukku malahan kau sendiri semakin jauh dariku.

Zulaikha



Saudara Yusuf,

Aku malu ingin menyatakannya kerana apa yang terjadi memang di luar batasanku sendiri.
Wahai Yusuf, bila semalam kau cuba untuk bertemu denganku, aku berasa sangat marah sekali. Ini kerana hatiku sudah tertutup buatmu bila memikirkan kata-kata yang kau lafazkan kepada Maisarah tempoh hari. Tetapi apakan daya, jiwa ragaku sememangnya tidak dapat melarang dari aku terus memikirkan dirimu. Saban malam mimpiku hanyalah gambaran wajahmu. Adakah aku telah hanyut di dalam mimpiku sendiri dan adakah hanya aku saja yang memimpikan dirimu.

Kata Maisarah, jika dia memperolehi dirimu sebagai temannya, pasti dia tidak akan mencari yang lain. Berdesing telingaku apabila mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Maisarah itu. Seperti Maisarah sengaja mencari marahku dan terus menerus membicarakan tentang dirimu sebagai topik perbualan kami. Aku tahu yang aku tidak layak untuk memarahi Maisarah kerana Maisarah mempunyai hak untuk menyatakan tentang pendapatnya mengenai dirimu. Namun akhirnya perbualan kami membawa kepada noktah yang ku tunggu-tunggu iaitu tentang perasaan yang ada di dalam hatiku, perasaanku terhadap dirimu.

Iya, Maisarah dapat menghidu akan perasaanku. Katanya hatiku terlalu keras, keras seperti batu, dan cuma Yusuf seorang saja yang bisa melembutkan hatiku. Aku malu, ini kerana aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku. Adakah aku mencintai dirimu wahai Yusuf. Kalau benar aku mencintai dirimu, jadi adakah kemarahanku tempoh hari adalah sengaja kulakukan agar kau menemuiku pada malam semalam. Iya, mungkin benar, aku merajuk dan marah hanya semata-mata untuk menemui dirimu. Jika bukan kerana kata-katamu itu, pasti sehingga kini aku tidak akan bertemu denganmu secara bertentang mata.

Wahai Yusuf, walau sekali kau menyatakan maaf buat diriku, seribu kali aku telah memaafkan dirimu. Tidak tega aku untuk terus membencimu. Aku cuma marah, marah yang sedikit, marah kerana cemburu akan sifat ambil beratmu terhadap teman-temanku. Kerana pada fikiranku senyummu, tubuhmu bahkan hati dan sifat ambil beratmu hanyalah untukku, Zulaikha gadis yang sentiasa menanti balasan senyummu.

Zulaikha



Saudara Yusuf,

Assalamualaikum wahai Yusuf. Tahukah kau yang aku umpama menanti bulan yang tidak jatuh. Setiap surat yang kuhantar lansung tidak kuterima balasannya. Adakah aku ini sudah gila, gila kerana menyayangi dirimu. Teringat lagi akan aku ketika di jeti dahulu, kau mengucapkan selamat tinggal kepada kami dan diriku lalu meminta kami agar tidak melupakan dirimu dan kampungmu.Ya Allah, terasa mahu saja aku terjun ke dalam sungai itu agar aku bisa mendapatkan dirimu, merangkulmu lantas terus tinggal bersamamu di kampung itu.

Setiap hari aku terkenang akan dirimu, menunggu setiap balasan surat-suratku. Sampaikan makan, minum mahupun kuliah lansung aku terus tinggalkan gara-gara fikiranku hanyut mengingati dirimu. Apakah aku berdosa mencintai dirimu lebih dari mencintai Tuhanku, Allah yang maha Esa.
Aku tahu kau pasti tidak berfikir atau hanyut seperti diriku memandangkan kau teguh orangnya, kuat dan sentiasa mencintai Tuhanmu. Tetapi tidak sedikitkah terlintas difikiranmu untuk mengingati diriku. Sudah hampir dua bulan kami meninggalkan kampungmu dan sudah dua bulan juga aku gila memikirkan dirimu. Sesungguhnya hatiku hancur dan tidak sanggup lagi untuk meneruskan hidup ini. Semakin aku cuba untuk melupakan dirimu, semakin kuat hatiku cuba melakar wajah dan senyummu.

Akhirnya aku jatuh sakit wahai Yusuf, sakit kerana mengingati dan merindui dirimu. Sehinggalah papa membawa Ustaz Hairi bertemu denganku, papa risau akan keadaan diriku. Papa mahu aku sembuh, kata papa, aku harus kuat kerana bukan kau saja lelaki yang ada di dunia ini. Tetapi papa tidak faham kerana papa tidak mengenali dirimu. Kau sempurna dan terlalu sempurna untukku. Iya, Ustaz Hairi, Ustaz Hairi yang dibawa oleh papa sedikit sebanyak telah menyembuhkan sakit rinduku padamu. Banyak yang telah Ustaz Hairi nasihatkan padaku. Kata Ustaz Hairi, tidak salah untukku merindui dirimu, tetapi batasannya tetap harus ada kerana dirimu juga hamba yang maha Esa. Jadi layakkah aku mencintai seorang hamba lebih dari Tuhanku. Ya Allah Ya Tuhanku, Astarafirullah halazim , tersentap aku melafazkan kalimah suci itu. Aku lupa yang perasaan rindu itu milik yang maha kuasa. Jika dia tidak memberikannya, masakan aku bisa merinduimu, jadi aku sedar yang aku harus meminta kepadanya agar kau jua mengingati diriku.

Sesungguhnya aku amat berdosa wahai Yusuf, berdosa kerana terlalu memaksa dirimu. Kata Ustaz Hairi, jika kau juga berperasaan seperti aku, pasti suatu hari nanti kau akan menjawab setiap surat-suratku, yang penting aku harus banyak bersabar dan berdoa. Jadi kini rinduku bukan hanya untuk dirimu tetapi juga Tuhanku. Kain telekung dan Al-Quran yang selama ini aku tinggalkan kini kujadikan temanku bagi aku sentiasa dekat dan mengingati diriNya.

Wahai Yusuf, kau benar-benar telah membuka mataku. Barulah aku faham kini kenapa kau selalu mengatakan yang kau mencintai Tuhanmu. Kerana kini baru aku faham yang Dia saja yang bisa memberikan ketenangngan kepada hambanya di samping terus memberikan ruang kepada hatiku untuk terus merindui dirimu.

Zulaikha



Saudari Zulaikha

Assalamualaikum,

Maaflah jika kelewatan suratku ini telah melukakan perasaanmu. Tetapi aku juga bersyukur yang kau telah sembuh dari sakitmu. Mungkin ini adalah kesalahanku kerana tidak membalas surat-suratmu. Tetapi percayalah itu bukan niatku kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakan isi suratku. Berminggu-minggu lamanya aku memikirkan kata-kata yang terbaik untuk dirimu kerana aku tidak mahu mengecewakan hati dan perasaanmu seperti mana yang berlaku semasa kau berada di sini dahulu.

Aku hanyalah seorang pemuda biasa, pemuda yang tidak layak untuk dirindui oleh seorang gadis yang sempurna seperti dirimu. Bukan status yang menjadi penyebabnya tetapi perasaanku ini belum lagi cuba untuk menafsirkan kata-kata rindu darimu. Kata Razif, aku terlalu malu. Iya itu juga mungkin benar. Malu adalah sifatku yang tidak dapat kukikis. Tetapi tunjang kepada persoalan ini adalah aku cuba untuk merindui dirimu seperti mana kau merindui diriku. Namun cinta dan rindu adalah perkataan yang besar buat diriku. Ya Allah, sungguh besar perasaan yang kau berikan kepadaku sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk memikulnya.

Wahai Zulaikha, aku cuma berharap agar kau terus bersabar dan aku jua berterima kasih kepada dirimu kerana sentiasa merindui diriku. Tetapi fahamlah yang cinta dan kasih itu akan datang dengan sendiri jika kita terus berdoa untuk meminta petunjuk dariNya. Semoga cinta dan rindu yang kau hulurkan dapat kuterima dengan hati yang terbuka kerana Allah itu maha pengasih lagi penyayang. Jika kita mempunyai jodoh maka kita akan bersatu, maka serahkanlah semua itu kepadaNya wahai Zulaikha. Kepada Tuhan yang satu, Allah swt.

Yusuf

sekian..


cinta tidak hanya diluahkan hanya pada kata2, kerana cinta juga bisa diluahkan pada tinta dan bahasa. beginilah cinta pada aku. harus ada turun dan naiknya. harus ada sifat sabarnya. harus ada rasa segan dan silunya. dengan cinta begini, pasti apa yang dikatakan cinta itu indah, seindah firdausi yang nian dan suci.

kita harus beringat yang Tuhan merupakan penentu segalanya, dan cinta yang kekal hanya cinta kepada Allah swt..


di sini, aku nak tag 2 org sahabat aku..cik Hanny Esandra dan cik Diari Kampung Tengah..sekian..:)

8 comments:

Anonymous said...

salam....

kak..sangat hebat penulisan kak...saya sangat kagum...

apapun.,..tq sbb sudi jwb tag..:))

CintaZulaikha said...

waalaikusalam

huhu...tak hebat mana pon..kuikui

eh, sy mmg suka nak jwb rag org nih..lala~~

Hanny Esandra said...

oh...
baca punya baca, bila sampai bawah tu mata aku terbeliak jap..
oh...
aku kena tag ke.. erm...
dengan kembang hidongnye nnt aku buat..
time kasih daun keladi,
ada segmen or contest silalah bagi lagi...ahhaaii.. ;p

al_hakim said...

masyeh sudi join..pnjgnya!hehe

CintaZulaikha said...

cik hanny: hahhahha...tak tau tag sapa..

en al-hakim: sakit mata kan...huhu. nak penuhkan niat kengkawan jeh nih..:)

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

wawawa! aku pun kena tag... nnt aku cari masa lapang nk jwb apa erti cinta :D

CintaZulaikha said...

cik diari ku sayang, tader mknanya ko nak jwb mlm ke, esok ari ker, tarikh tutup dy kul 12 lm ni ha...huhu. sowi la, lupa nak letk tarikh..

Puan Nurussalwa said...

wah~ cerpen lagi.

nice2..

tahniah ye.
:)