Monday, December 31, 2012

azam apa ek??

Assalamualaikum u olss




"Azam tahun baru 2013 nih, ada 2 jek..
nak dapatkan ikha adik, hehhehhe dan nak cari duit sendiri"

azam korang apa pulak??

Sunday, December 30, 2012

jalan sampai pengsan lagikk...

Assalamualaikum u olss

smalam, ada majlis kahwin kat kuala perlis
member Aswara yang kahwin,
fuhh dah agak lama jugaklah tak jumpa beliau
tup2 dengar citer dah kahwin
nasib baiklah dia kahwin dengan org kuala perlis
jadi boleh jugaklah pergi tengok, kut kahwin dgn org perak ke, ganu ke..
ahaiii lah mmg tak boleh pergi...jadi terubat gaklah rindu nak jpa member lama..
majlis kahwin dibuat kat kph hujung tanjung...fuhh, sesat2 weh nak cari..
almaklum, kami bukan org sini, sedangkan jalan kat alor setar nih pon kami tak pas lagik
ni kan pulak jln kat perlis...mmg kad kahwin beliau mmg sgt tidak membantu..
jadi terpaksalah tya2 org
nasib baik spi jugakkkk..kalau tak spi, alamatnya mmg balikkklahhh..huhuhu


rasanya aku sorg jek tgk kamera aku, yg lain semua tgk kamera mak andam..huhuhu~~

peace yooo~~

nampak cam demok tak muka I...???

ini olang haa, senyum jekkkk...

pastu kami berangakt pulang ke alor setar dlm kul 3 petang,
disebabkan tak tau nak pi mana,
kami dok gi lepak kat star parade, temankan ikha main gelongsor dlm mekdi
hummm...da lama sgt budak ni tak kuar main gelongsor
jd nampak beliau sgt happylah semalam...bahagia..wink wink wink

panjat tangga yerrr nakk, salunya ikot gelongsor beliau panjat, kemain~

yearggghh, sedia..mula...

weeeeeeeeeee.....

akibat adegan tolak menolak yg kerap berlaku diantara ikha dan bebudak kat situ
jadi, kami amik keputusan bawa ikha pi dari situ
takut pulak tgk bebudak tuh main ganaz
ikha ni tak boleh biar jugak, org tolak..dia pon nak ikot tolak
gengster turun menurunlah katakan!! ahakzz
jadi, lebih selamat kalau ikha yg beralah sblom dia sendiri melalak..
cukuplah dpt main skjp..yer dak??? huhuhu

lupa nak citer, koleksi boboiboy bebudak nih dah cukup dah
wahhhh kemain bangga walid dia
siap susun berderet
amik gambo lagikkk...mengalahkan ikha
ni yg dok terpikir, selama nih ikha yg nak ke, walid dia yg nak...konpius @_@ hehhe

cukup syarat....bangga la walid dia tuuuu...huhuhu

penatt naip ngn line lem camni...nak pi jelajah blog org lain pulakss kut ada rezeki...see yaa...

Friday, December 28, 2012

3 kerja...mampukah???

Assalamualaikum u olss

dulu selalu bising sebab tak ada buat kerja apa
sekarang bila dah ada kerja...bising jugak lagi
mungkin sebab kerja tu dah jadi 3 jenis kerja
tak tercapai dek akal wehh...

*menulis cerpen yg idea nya tak datang2 lagi (dateline nak dekat da ni)
*meniaga bisnes yg baru dibuka
*dan bakal menjaga anak member sang suami yg tercinta...(grrr)

camne nak hadapi hari2 yg mendatang nih
cuba bagi pendapat sikit???

stresss dalam syukur


Thursday, December 27, 2012

snogurt lagi best dari tutti frutti...

Assalamualaikum u olss

fuhh, lama tak bersiaran...line lembab nak mampos kut, 
loading spi 4 juta kali, tp still ngek..
nak buka satu2 blog pon rasa cam...haaaaa....run salim bachik, bak kata member aku!!
tu yg jadi macam nih, tak buka2 blog org, apatah lagi blog sdri
haahhh...igt lagi tak wedding farid kamil ngn diana danielle tuh
aku tak pergi lah wehhh...rugi kan
laki aku keje, balik je dah petang..jd mmg malas r nak gi dah
rugi begitu saja~~

smalam kuar pi jenjalan
singgah snogurt jitra, konon nak merasa yugurt depa plak r
nak banding ngn tutti frutti, aku rasa snogurt lagi sedap kut
pastu depa banyak bg diskaun, siap ada ladies day lagik
tp bila timbang, rasa cam sama jugak bayornya ngn tutti frutti
jadi tak tahu nak kata apa
apapun, ikha suka...jd kalau ikha suka, ummi ngn walid dia pun kena suka..hehhehe
ya sallaammmmm~~ hahhahha

kaup, kaup...

tgk dulu...

ngap!!...yum3

1 mangkuk, dia sorang jek..takleh jadik nih~

peace utk RM11.90....lallallalla~~

tengok muka dia makan, rasa cam.....nak pi makan lagik jek...hahhahha

nti free aku pi jejak korang ek..tu pon kalau line nih sayang aku...~~

Wednesday, December 19, 2012

pemburu





Niko berlari agak perlahan waktu itu. sambil tangannya sekejap-sekejap memegang lutut yang sudah pecah kerana luka yang agak dalam. Sambil menahan sakit yang teramat, Niko terjelepuk jatuh bilamana kakinya tersadung batu sebesar empat penumbuk. Sakit lutut yang tadinya terasa perit, kini bertambah-tambah pula pedihnya. Darah merah hangat mengalir perlahan membuatkan Niko jadi tidak keruan. Itu belum lagi bengkak dan lebam-lebam  yang memenuhi keseluruhan tubuhnya. Ada lubang sebesar di pangkal pehanya, tidak pasti lubang apa. Apakah lubang itu adalah lubang kesan tembakan yang diterimanya sebentar tadi? Dia sendiri semakin keliru.

Iya memang benar tadi ada kejadian tembak-menembak di dalam hutan. Dia sendiri tidak mengerti, bagaimana kejadian tembak-menembak itu boleh berlaku. Setahu dirinya, kawasan hutan itu adalah kawasan hutan terpelihara. Kawasan di mana tempat untuk pelancong menjalankan kegiatan riadah. Sebab itulah, banyak kawasan tapak khemah yang terdapat di kawasan itu. otaknya mula ligat berputar memainkan episod kejadian yang berlaku seawal satu jam yang lalu. Episode dasyat di mana kedua biji matanya melihat sendiri bagaimana sahabat-sahabatnya ditembak satu persatu tanpa ada belas kasihan. 

Najib, mati mengejut bila peluru tenggelam di dadanya, manakala Rocky menggelepar jatuh ke tanah setelah peluru yang entah dari mana menusuk ke otaknya. Tidak kurang hebatnya juga dengan Nadia, dia terkulai di perbaringannya bilamana peluru pantas itu mencium batang tengkuknya. Semuanya jadi kelam kabut. Peluru datang dari arah yang berbeza, seperti ada puluhan pemburu yang sedang bermain polis pencuri di keliling mereka. Kerana terlalu terkejut dengan keadaan itu, Niko mengambil langkah untuk melarikan diri, ketika itulah, peluru sesat menebuk pangkal pehanya. Dia menjerit sekuat hati sehingga menyebabkan hutan kelam itu menjadi bising dengan bunyi unggas. Saat itulah dia merasakan, malam itu mungkin akan menjadi malam penamat buat dirinya. Ada titisan hangat yang mengalir di pipinya. Dia menangis ketakutan.

“Hutan Megong…ish, bukan aku dengar situ ada benda buruk ke pernah berlaku?” soal Niko.

“Benda buruk…benda buruk apanya, aku tak ada dengar cerita apa pun,” sangkal Najib yang beriya-iya mahu menghabiskan cuti semestanya di dalam persekitaran flora dan fauna. Kerana takut bersendiri, dia mengajak Niko, Rocky dan Nadia untuk turut serta. Alasanya, biar riuh sekampung, sedangkan sengaja mahu menutup malu untuk pergi bersendiri.

“Iyalah, aku pernah dengar cerita, semua ranjer yang pernah bertugas dekat situ, semua mati mengejut. Sebab tu lah dia orang nak tutup tempat tu.” Niko menceritakan.

Nadia dan Rocky hanya memandang sesama sendiri.

“Ish, kau ni biar betul Niko…naik pulak bulu roma aku ni,” Nadia sudah mula merasa tidak sedap hati.

“Betulll, takkan aku nak tipu pulak,” tegas Niko dengan suara yang tinggi.

“Alah, tu cerita orang je, kalau betul dia orang nak tutup tempat tu. Biarlah kita jadi orang yang terakhir pergi dekat situ. Become a lagend. Kalau mati pun, kisah kita ni akan orang kenang sampai bila-bila ..silap-silap masuk buku sejarah…kan best tu,” Najib berseloroh sambil tertawa besar.

Saat itulah, Niko meraung kuat…tangisannya bergegar di segenap hutan. Dia tidak mahu mati, dia tidak mahu menjadi bahan cerita, dia juga tidak mahu menjadi lagenda maut yang disampaikan dari mulut ke mulut buat berdekad lamanya. Dia mahu hidup, masih banyak lagi perkara yang belum dikecapinya di dunia ini. Dia tersedu meratapi dirinya.

Pada ketika itulah, semak yang ada di depan matanya mula bergoyang kencang. Niko yang masih berada di dalam keadaan terperanjat mula mengesot cuba menyelamatkan diri. Ada pohon-pohon kecil dibelakangnya. Dia mengambil langkah untuk bersembunyi sementara di situ, melihat apa yang menyebabkan sahabat-sahabatnya terbunuh. Apa benarkah ada misteri yang sedang berlaku di dalam hutan itu, ataupun ia hanyalah bayangan sahaja. Dia berdoa, berharap yang kejadian itu akan berakhir dengan segera. Mulutnya tidak putus-putus menyebut nama Tuhan. Matanya pula terkatup rapat, tidak sanggup untuk melihat apa yang akan keluar dari semak samun yang ada di depannya itu.

Tiba-tiba tubuhnya mula menjadi dingin. Bulu tengkuknya terpacak meremang. Rasa tidak sedap hati ditambah dengan perit sakit lututnya membuatkan dia tidak senang untuk berpejam lama. Waktu itu, kedua bola matanya terpaku memandang tiga cahaya yang sedang berlegar-legar di hadapannya. Cahaya-cahaya itu seperti sedang mencai-cari sesuatu. Mata Niko yang kabur dibasahi darah hangat dilap dengan telapak tangan, hatinya memberontak meminta dia untuk terus melihat. Saat dan ketika itulah, jantungnya berdegup kencang dan nafasnya bagaikan terhenti.

Dihadapannya kini berdiri tiga cahaya yang lengkap berbaju putih. Di tangan cahaya-cahaya itu masing-masing  memegang senapang patah yang masih berasap muncungnya. Cahaya-cahaya itu kelihatan bersahaja dengan wajah yang tidak kelihatan. Kerana terlalu mahu melihat, Niko tidak sedar yang kakinya terpijak akan  ranting pokok . itu menyebabkan cahaya-cahaya tadi mula mencari-cari kembali kelibat dirinya. Dengan menahan sakit yang masih berbisa, dia terus cuba untuk berdiri dan melarikan diri, malangnya dia terjelepuk jatuh ke tanah kembali. Dia sudah tidak mampu lagi, dia sudah tidak tertahan untuk meneruskan persembunyiannya. Ketika itulah tiga cahaya tadi mendekati dirinya. Nafas Niko turun naik, lansung tidak memandang.

“Kau nak pergi mana Niko?” Tanya suara itu.

Niko langsung berdiam. Mulutnya terasa berat benar.

“Ini akulah Najib, kawan kau,” suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Najib.

Saat itulah kedua bola mata Niko melihat wajah-wajah temannya berdiri di hadapannya. Mereka tersenyum girang dan itu membuatkan dia menjadi keliru. Apakah semua ini? Bisik hatinya. Mereka permainkan aku kah? Soal hatinya lagi.

“Kau…kau…” Niko tersekat-sekat suaranya. Mereka yang masih berdiri di hadapannya hanya terus tersenyum. Masing-masing memandang sesama sendiri.

“Kau takut?” Tanya Nadia.

“Aku..aku..kau…” suara Niko masih terketar-ketar. Tidak pasti apa yang harus diucapkan, lega ataupun sebaliknya. Ini kerana otaknya tidak langsung dapat mentafsir akan kejadian yang berlaku tadi. Dia terasa seperti mimpi. Jika benar ini mimpi, bangunkanlah aku wahai mata. Jeritnya di dalam hati.

“Kami kawan kaulah…” terang Rocky.

“Kawan…kawan aku semua dah mati…” tiba-tiba saja dia berkata begitu.

“Kalau begitu kami ni siapa?” Tanya Najib lagi. Kali ini senyumannya terukir semakin lebar, lebar, terus melebar sehingga mencecah ke dua cuping telinganya. Mata Niko terbeliak melihat, ternyatalah mereka bukan sahabat-sahabatnya. Sahabat-sahabatnya telah mati.

“Siapa kau!?” jerit Niko ketakutan

“Kami….”mereka bersuara perlahan sambil mendekatkan wajah mereka ke wajah Niko. Niko menelan liur, terasa dingin benar bila hidung mereka bersentuhan . ada kegelapan di bola mata itu. kegelapan yang sedikit-sedikit meresap kulit wajahnya.

“Pekabooo…”

Wajah Najib, Rocky dan Nadia serta merta berubah menjadi hitam.Bola mata mereka yang tadinya gelap dan tidak bernyawa berubah pula menjadi merah saga. Begitu juga mulut mereka yang terbuka luas sehingga menampakkan gigi tajam umpama pisau…mereka tertawa gembira.

“Kami pemburu dan kami lapar…” suara mereka berdengung ditiup angin. Niko sudah terkaku tanpa suara, lansung lidahnya keras membeku. Mata yang terbeliak masih sama terpana.

“laparkan roh segar seperti kau!!!”

Satu tembakan menembusi jantung Niko. Serta merta dia tumbang tanpa sempat berkata apa.
Malam itu, mereka melahap roh Niko tanpa ada yang tinggal, roh ketakutan yang paling sedap dan segar pernah mereka rasa. Yang tinggal hanyalah jasad Niko yang terbeliak memandang langit gelap yang semakin kabur di pandangan matanya.

link:http://warnakaseh.blogspot.com/ 

Tuesday, December 11, 2012

retiss kahwen weh ...

Assalamualaikum u olss

arini 12 haribulan kan
hehhehhe, tak sabar2 nak gi darulaman park
nak pi tgk retisss kawen, hakhakhakhak
itupun kalau en abg ada baliklah..
kut en abg tak dpt balik spi ptg..tak gi jugak lah gamaknya
angan2 jek kan...huhuhu


Sunday, December 9, 2012

Pre Shoot PeTA ASWARA 2006 - kenangan terindah

Assalamualaikum u olss


cuba cari mana aku??? hahha..kalau jpa aku bg 20 sen..ahakzz
{klik gambo utk tumbesaran)

90% graduan dlm nih, semua dah jd org seni yg hebat....
semoga sukses dan terus sukses..

Friday, December 7, 2012

tak faham maksud tak puas hati ke depa2 nihh!!

Assalamualaikum u olss


alkisahnya, cerita nih berlaku pada hari ini, bilamana akak depan umah aku nih mengetuk pintu umah aku pada jam 8 pagi hanya semata2 utk mengadu nasib kepada aku...kesian, sb nasib akak tuh sama jek macam nasib aku..tak ada bezanya. itu kerana, kami seakan dipulaukan dan disalah tafsir hanya dengan syak dan wasangka. tp aku tak terasalah sgt, sbnya aku mmg tak rapat sgt ngn depa2 kat bwh tuh, tp lain pulak ceritanya dgn akak depan nih. dia amat rapat dgn geng2 akak kat bwh tu dulu..tp setelah dia bekerja, dia terus dipulaukan dan disalah tafsir sebagai orang yg suka tak puas hati ngn org lain. motiff cakap camtu...aku pulak yg tak faham. lagi hebat depa boley sms plak kat akak tuh tya soklan cepumas seperti berikut "tuuutt...(nama dirahsiakan) ada yg tak puas hati dgn kami ke. kalau tak puas hati, baik bersemuka, takyah elak2". akak tuh terus rasa tensen, sb dia mmg tader rasa camtu. menurut akak tuh, if kalau betol dia tak puas hati dengan depa2 dekat bawah tu, rasanya dah lama dia gi canang cerita tak puas hati tuh kat satu kuaters nih.tp ternyata dia tak pnh terfikir nak buat macam tu sb bagi akak tuh, ini cuma andaian depa2 kat bawah tuh je. bg akak tuh, yg rasa tak puas hati sbnrnya adalah depa2 kat bawah tu sendiri, bukannya dia...sb terbukti yg depa2 kat bwh tu boley sms dia dan bertanyakan soalan bodoh macam tu..erkkk. apakah?? aku igt bila dah tua2 gini, bolehlah bersikap agak matang, ttp ternyata, lagi matang anak aku, sebabnya suka sgt syak wasangka. 

mcm kes aku, depa tak pnh nak tegur..last2 depa cop, aku nih jenis manusia yg tak pnh bergaul. Sedangkan, bila aku balik kedai dan tersempak ngn depa2 yg sedang melepak2 kat bwh tu, aku senyum dan sesekali menegur...tp depa boley pulak tunduk dan berpaling. jd salah sapa sebenarnya???

jd..kenapa suka sgt cop org tuh dgn mcm2 ayat...igt org suka ker dilabel dgn macam2 andaian..

karang aku kata depa suka BERPUAK2,  depa terasa pulak...jdnya...sabor je lahhh

Wednesday, December 5, 2012

warkah cinta di tv alhijrah....sweetttt

Assalamualaikum u olss

aku jarang-jarang buka tv alhijrah, melainkan ada ustaz don..hehhe
mungkin sb aku tak tahu yg tv alhijrah tuh ada drama, 
jd aku mmg jarang2 lah buka kan..
sehinggalah tadi..jeng3...ada drama best pulak kat tv alhijrah
fuhhh, ceta islamik lah sket, tp best apa
WARKAH CINTA tajuknya..
aku rasa ceta nih start ari isnin spi khamis kut, pukul 8.30mlm
td masa buka pon dah spi episod 7...sob3...banyak dah ketinggalan

warkah cinta lakonan imam muda nazrul dan heliza helmi...huhu

imam muda nazrul dan heliza..
tak sgka aku imam muda nih pandai acting..hikss..

kalau korg tya ceta nih pasal apa?
sorilah aku tak boley nak jwb..sb macam aku kata tadilah, aku baru 1st time tgk, hehhe
melainkan korg pnh baca novel dia, 
haaa, maka akan terjawablah kisahnya..
ceta nih ngn novel dia dtg dari penulis yg sama jugak iaitu ustaz A.Ubaidillah Alias
cuma tajuknya panjang sket WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
hehhe... tetiba terasa cam nak pi cari novel dia pulak
sb ikhlas aku katakan, ceta nih sgt sweetttttttttttttttt...fiuuuuuuuuuuuu~~(walaupon bru tgk 1 episod, kiki)


tp sayangnya, ceta nih buat 12 episod ja...cam tak puas pulakss...ahakzz
sila tonton yer kawan2

Tuesday, December 4, 2012

tengok siapa yg kahwin??

Assalamualaikum u olss

korang nak tahu tak darulaman park kat jitra tuh dah kena bayor parking
uishhh, tak patut..mentang2 darulaman park tuh ramai yg berkunjung
depa kenakan tol lah pulak...aishh
tapi aku kat sini bukan nak ceta pasal bayor parking ke apa kat tpt tuh
tp aku nak ceta pasal org yg akan kahwin kat tpt tuh...hehehheh

siapa, siapa? musti korg tertanya2 kan...hehhehe

klik utk pembesaran...
haahhh, dah tgk, dah tgkkk
kalau tak nampak, ce besorkan gambo...
hamboihhhhh...terbeliak tak mata...kuikuikui
pada yg minat pada depa, pasti akan tersenyum
yg tak minat tuh..simpan jek senyum tuh...aku ok jek

yg pasti diri ini nak pi tak??? tuh yg menjadi persoalannya
tpt dah dekat dah, 
insyaAllah bak kata org...sb takot2 laki aku keje...jd akhirnya tak gi jugak.
tp rasa teringin tuh ada, sb bukan salu kut tgk artis kahwin...ye tak, ye tak...

pepon, nak ucapkan tahniah pada depa
moga berkekalan ke akhir hayat membawa ke syurga yg abadi, aminnn...

Monday, December 3, 2012

ubat urat...

Assalamualaikum u olss

baru balik dari klinik kerana sakit kepala yg berlanjutan
takut jugak kena darah tinggi
tp tidak doktor kata, sb darah sy naik spi 70 jek
mungkin kerana sy letih jd doktor bg ubat urat..
humm....sakit2...