Sunday, March 6, 2011

Contest: Bahagia Bersama

mem aku cik hanny esandra yang terhormat dok ajak join contest blog. aku yg tak brapa pandai dan terpengaruh pon dok ikot..nampak sgt org terjun lombong pon gue ikot...kihkih

tapi takpe, kerana cik hanny dan puteri cactus yg kiut miut, akak follow jer la contest ni. tak menang pon taper, asl bloger lain leh kenal akak yg tak sbrapa nih..check it out bebey..

sticky pic puteri cactus yg kiut miut

ini kisah tentang kami. tentang jiwa kami. tentang hati kami. tentang pertemuan kami. melakar percintaan dan kasih sayang, sehinggalah terlahirnya seorang puteri yang cantik lagi peri..puteri siti nur zulaikha..acececehhh..intro baik punya...

ni lah pic pertama yg kami amik dlm studio selepas pertunangan kami. akak ingat lagi time nih akak minta member akak mengedit pic ni biar npk old school..sebab kami mmg suka gitu. masa ni baru lepas setahun perkenalan kami. disebabkan akak ngn suami akak ni jarang jpa, jadi pic ni ajerlah jadi pengubat rindu..siap dok letk dlm purse. asl sblom karok je nengok, asl sblom karok je nengok..apakah?? kihkih..tu lah namanya cinta.

always loving u..muahhh

perkenalan pertama kami bermula ngan hp. org kta, jgn dok percaya klu ada laki call nak berkenalan dlm fon. apatah lagi yg nak berkenalan tu budk tentera, tentera udara lagi. akak yg baru leps clash time tu mmg tader mood nak berkawan2. tapi lain plak jadinya. mungkin kerana suami akak sgt berusaha dan berusaha caiyok2 ayang, akak pon sudi nak bertemu. tu pon kat tpt awam, kat midvalley.

tu lah pertemuan paling cumey pnh berlaku. tgh akak nunggu, suami akak call, n then dy tanya akak kat mana? akak cakaplah

ayang: saya kat luar panggung wayang nih

sayang: luar panggung wayang? saya pun

ayang: awak pun?

sayang: ha a, saya kat McD

ayang: McD?? mana?

sambil dok cari2 akak time tu. manalah tau suami akak tu tipu. akak paling pantang org dok nipu. naseb baik dy jujur. dy ngan selamba terjengah2 kat huruf M yg besar tuh. akak tergelak..dy tanya

sayang: ngapa awk gelak?

ayang: takde pe, saje jer..

persahabatan akak berterusan, tiada kata cinta pon time tuh. melainkan sahabat. dan suami akak amat hormatkan pendirian akak tu. hinggalah 1 day dy ngajak akak balik kpg dy. akak tak mo tp dy ttp pujuk. katanya nak ajk jpa family dy. akak yg lama berfikir pon trus stuju.

3 ari kat sana bagaikan 3 ari kat dlm citer korea..hahaha. sgt romantis..ke mana saja kami pergi mesti dok naik beskal. dia kayuh, akak bonceng. persahabatan kami jadi lebey erat dan seronok. walaupun masih tiada kata cinta.

sehinggalah malam terakhir. kami solat sama2. selepas abes berdoa. dy pandang akak. akak cuma cenyum. jantung rasa berdebar. rasa mcm ada sesuau yg bakal berlaku. n betoi..dy mmg nak nyatakan sesuatu dan malam tu semuanya berubah. secara selamba dy cakap ngn akak

sayang: jom bertunang

ayang: haah..

nak pengsan rasanya time tu. biar betoi laki nih. akak tepuk dahi.

sayang: saya dah mohon pada tuhan, kalau benar awaklah jodoh saya. pasti malam nih awak akan terima lamaran tunangan saya. kalau tidak, mungkin bukan jodoh kita. saya redho.

rasa nak nages je akak time tu. klu ditolak rasa tak enak, kalau di terima terasa muda. studi pon tak abes lagi. akak minta berfikir. dan akhirnya, mungkin dengan berkat dan doa, akak terbuka untuk menerima dy. dan kini kami sudah 3 tahun bergelar suami isteri dan dikurnia pula seorang puteri. akak sangat bersyukur..kerana dy adalah lelaki yg terbaik dalam hidup akak selepas abah..

tader pic funny pon, sb kami serius meriyus orgnya.huhu. jadi yg funny pon baby ikha sowg jer..kihkih

8 comments:

EyNaKiD said...

nice entry kak! gile syahdu...sebak lak sab ase..bertuah kak..cerita cinta kak best.jeles la nek beskal2 ni...heheh oke,stay tune ye kak..thx! =D

CintaZulaikha said...

boley ke 1 pic jer..npk sgt tak bca bebetul penyertaan tuh..huhu. sowi..

Asrul "iLham" Sany said...

terharu saya membaca entri akak...

T_T

CintaZulaikha said...

tak payah nak sakat aku...

EyNaKiD said...

oke kak..noted!

CintaZulaikha said...

thankss...

Pensel*Patah said...

sungguh. comel, ikhlas. xpela. bukan nasib aku... kisah lama... xpola. aku mencuba 3 tahun. dia cuba setahun je. tentera udara...~

CintaZulaikha said...

ekelehh..hahha. ko pon da hepi..sama2 la kita hepi2kan diri..