Monday, December 31, 2012

azam apa ek??

Assalamualaikum u olss




"Azam tahun baru 2013 nih, ada 2 jek..
nak dapatkan ikha adik, hehhehhe dan nak cari duit sendiri"

azam korang apa pulak??

Sunday, December 30, 2012

jalan sampai pengsan lagikk...

Assalamualaikum u olss

smalam, ada majlis kahwin kat kuala perlis
member Aswara yang kahwin,
fuhh dah agak lama jugaklah tak jumpa beliau
tup2 dengar citer dah kahwin
nasib baiklah dia kahwin dengan org kuala perlis
jadi boleh jugaklah pergi tengok, kut kahwin dgn org perak ke, ganu ke..
ahaiii lah mmg tak boleh pergi...jadi terubat gaklah rindu nak jpa member lama..
majlis kahwin dibuat kat kph hujung tanjung...fuhh, sesat2 weh nak cari..
almaklum, kami bukan org sini, sedangkan jalan kat alor setar nih pon kami tak pas lagik
ni kan pulak jln kat perlis...mmg kad kahwin beliau mmg sgt tidak membantu..
jadi terpaksalah tya2 org
nasib baik spi jugakkkk..kalau tak spi, alamatnya mmg balikkklahhh..huhuhu


rasanya aku sorg jek tgk kamera aku, yg lain semua tgk kamera mak andam..huhuhu~~

peace yooo~~

nampak cam demok tak muka I...???

ini olang haa, senyum jekkkk...

pastu kami berangakt pulang ke alor setar dlm kul 3 petang,
disebabkan tak tau nak pi mana,
kami dok gi lepak kat star parade, temankan ikha main gelongsor dlm mekdi
hummm...da lama sgt budak ni tak kuar main gelongsor
jd nampak beliau sgt happylah semalam...bahagia..wink wink wink

panjat tangga yerrr nakk, salunya ikot gelongsor beliau panjat, kemain~

yearggghh, sedia..mula...

weeeeeeeeeee.....

akibat adegan tolak menolak yg kerap berlaku diantara ikha dan bebudak kat situ
jadi, kami amik keputusan bawa ikha pi dari situ
takut pulak tgk bebudak tuh main ganaz
ikha ni tak boleh biar jugak, org tolak..dia pon nak ikot tolak
gengster turun menurunlah katakan!! ahakzz
jadi, lebih selamat kalau ikha yg beralah sblom dia sendiri melalak..
cukuplah dpt main skjp..yer dak??? huhuhu

lupa nak citer, koleksi boboiboy bebudak nih dah cukup dah
wahhhh kemain bangga walid dia
siap susun berderet
amik gambo lagikkk...mengalahkan ikha
ni yg dok terpikir, selama nih ikha yg nak ke, walid dia yg nak...konpius @_@ hehhe

cukup syarat....bangga la walid dia tuuuu...huhuhu

penatt naip ngn line lem camni...nak pi jelajah blog org lain pulakss kut ada rezeki...see yaa...

Friday, December 28, 2012

3 kerja...mampukah???

Assalamualaikum u olss

dulu selalu bising sebab tak ada buat kerja apa
sekarang bila dah ada kerja...bising jugak lagi
mungkin sebab kerja tu dah jadi 3 jenis kerja
tak tercapai dek akal wehh...

*menulis cerpen yg idea nya tak datang2 lagi (dateline nak dekat da ni)
*meniaga bisnes yg baru dibuka
*dan bakal menjaga anak member sang suami yg tercinta...(grrr)

camne nak hadapi hari2 yg mendatang nih
cuba bagi pendapat sikit???

stresss dalam syukur


Thursday, December 27, 2012

snogurt lagi best dari tutti frutti...

Assalamualaikum u olss

fuhh, lama tak bersiaran...line lembab nak mampos kut, 
loading spi 4 juta kali, tp still ngek..
nak buka satu2 blog pon rasa cam...haaaaa....run salim bachik, bak kata member aku!!
tu yg jadi macam nih, tak buka2 blog org, apatah lagi blog sdri
haahhh...igt lagi tak wedding farid kamil ngn diana danielle tuh
aku tak pergi lah wehhh...rugi kan
laki aku keje, balik je dah petang..jd mmg malas r nak gi dah
rugi begitu saja~~

smalam kuar pi jenjalan
singgah snogurt jitra, konon nak merasa yugurt depa plak r
nak banding ngn tutti frutti, aku rasa snogurt lagi sedap kut
pastu depa banyak bg diskaun, siap ada ladies day lagik
tp bila timbang, rasa cam sama jugak bayornya ngn tutti frutti
jadi tak tahu nak kata apa
apapun, ikha suka...jd kalau ikha suka, ummi ngn walid dia pun kena suka..hehhehe
ya sallaammmmm~~ hahhahha

kaup, kaup...

tgk dulu...

ngap!!...yum3

1 mangkuk, dia sorang jek..takleh jadik nih~

peace utk RM11.90....lallallalla~~

tengok muka dia makan, rasa cam.....nak pi makan lagik jek...hahhahha

nti free aku pi jejak korang ek..tu pon kalau line nih sayang aku...~~

Wednesday, December 19, 2012

pemburu





Niko berlari agak perlahan waktu itu. sambil tangannya sekejap-sekejap memegang lutut yang sudah pecah kerana luka yang agak dalam. Sambil menahan sakit yang teramat, Niko terjelepuk jatuh bilamana kakinya tersadung batu sebesar empat penumbuk. Sakit lutut yang tadinya terasa perit, kini bertambah-tambah pula pedihnya. Darah merah hangat mengalir perlahan membuatkan Niko jadi tidak keruan. Itu belum lagi bengkak dan lebam-lebam  yang memenuhi keseluruhan tubuhnya. Ada lubang sebesar di pangkal pehanya, tidak pasti lubang apa. Apakah lubang itu adalah lubang kesan tembakan yang diterimanya sebentar tadi? Dia sendiri semakin keliru.

Iya memang benar tadi ada kejadian tembak-menembak di dalam hutan. Dia sendiri tidak mengerti, bagaimana kejadian tembak-menembak itu boleh berlaku. Setahu dirinya, kawasan hutan itu adalah kawasan hutan terpelihara. Kawasan di mana tempat untuk pelancong menjalankan kegiatan riadah. Sebab itulah, banyak kawasan tapak khemah yang terdapat di kawasan itu. otaknya mula ligat berputar memainkan episod kejadian yang berlaku seawal satu jam yang lalu. Episode dasyat di mana kedua biji matanya melihat sendiri bagaimana sahabat-sahabatnya ditembak satu persatu tanpa ada belas kasihan. 

Najib, mati mengejut bila peluru tenggelam di dadanya, manakala Rocky menggelepar jatuh ke tanah setelah peluru yang entah dari mana menusuk ke otaknya. Tidak kurang hebatnya juga dengan Nadia, dia terkulai di perbaringannya bilamana peluru pantas itu mencium batang tengkuknya. Semuanya jadi kelam kabut. Peluru datang dari arah yang berbeza, seperti ada puluhan pemburu yang sedang bermain polis pencuri di keliling mereka. Kerana terlalu terkejut dengan keadaan itu, Niko mengambil langkah untuk melarikan diri, ketika itulah, peluru sesat menebuk pangkal pehanya. Dia menjerit sekuat hati sehingga menyebabkan hutan kelam itu menjadi bising dengan bunyi unggas. Saat itulah dia merasakan, malam itu mungkin akan menjadi malam penamat buat dirinya. Ada titisan hangat yang mengalir di pipinya. Dia menangis ketakutan.

“Hutan Megong…ish, bukan aku dengar situ ada benda buruk ke pernah berlaku?” soal Niko.

“Benda buruk…benda buruk apanya, aku tak ada dengar cerita apa pun,” sangkal Najib yang beriya-iya mahu menghabiskan cuti semestanya di dalam persekitaran flora dan fauna. Kerana takut bersendiri, dia mengajak Niko, Rocky dan Nadia untuk turut serta. Alasanya, biar riuh sekampung, sedangkan sengaja mahu menutup malu untuk pergi bersendiri.

“Iyalah, aku pernah dengar cerita, semua ranjer yang pernah bertugas dekat situ, semua mati mengejut. Sebab tu lah dia orang nak tutup tempat tu.” Niko menceritakan.

Nadia dan Rocky hanya memandang sesama sendiri.

“Ish, kau ni biar betul Niko…naik pulak bulu roma aku ni,” Nadia sudah mula merasa tidak sedap hati.

“Betulll, takkan aku nak tipu pulak,” tegas Niko dengan suara yang tinggi.

“Alah, tu cerita orang je, kalau betul dia orang nak tutup tempat tu. Biarlah kita jadi orang yang terakhir pergi dekat situ. Become a lagend. Kalau mati pun, kisah kita ni akan orang kenang sampai bila-bila ..silap-silap masuk buku sejarah…kan best tu,” Najib berseloroh sambil tertawa besar.

Saat itulah, Niko meraung kuat…tangisannya bergegar di segenap hutan. Dia tidak mahu mati, dia tidak mahu menjadi bahan cerita, dia juga tidak mahu menjadi lagenda maut yang disampaikan dari mulut ke mulut buat berdekad lamanya. Dia mahu hidup, masih banyak lagi perkara yang belum dikecapinya di dunia ini. Dia tersedu meratapi dirinya.

Pada ketika itulah, semak yang ada di depan matanya mula bergoyang kencang. Niko yang masih berada di dalam keadaan terperanjat mula mengesot cuba menyelamatkan diri. Ada pohon-pohon kecil dibelakangnya. Dia mengambil langkah untuk bersembunyi sementara di situ, melihat apa yang menyebabkan sahabat-sahabatnya terbunuh. Apa benarkah ada misteri yang sedang berlaku di dalam hutan itu, ataupun ia hanyalah bayangan sahaja. Dia berdoa, berharap yang kejadian itu akan berakhir dengan segera. Mulutnya tidak putus-putus menyebut nama Tuhan. Matanya pula terkatup rapat, tidak sanggup untuk melihat apa yang akan keluar dari semak samun yang ada di depannya itu.

Tiba-tiba tubuhnya mula menjadi dingin. Bulu tengkuknya terpacak meremang. Rasa tidak sedap hati ditambah dengan perit sakit lututnya membuatkan dia tidak senang untuk berpejam lama. Waktu itu, kedua bola matanya terpaku memandang tiga cahaya yang sedang berlegar-legar di hadapannya. Cahaya-cahaya itu seperti sedang mencai-cari sesuatu. Mata Niko yang kabur dibasahi darah hangat dilap dengan telapak tangan, hatinya memberontak meminta dia untuk terus melihat. Saat dan ketika itulah, jantungnya berdegup kencang dan nafasnya bagaikan terhenti.

Dihadapannya kini berdiri tiga cahaya yang lengkap berbaju putih. Di tangan cahaya-cahaya itu masing-masing  memegang senapang patah yang masih berasap muncungnya. Cahaya-cahaya itu kelihatan bersahaja dengan wajah yang tidak kelihatan. Kerana terlalu mahu melihat, Niko tidak sedar yang kakinya terpijak akan  ranting pokok . itu menyebabkan cahaya-cahaya tadi mula mencari-cari kembali kelibat dirinya. Dengan menahan sakit yang masih berbisa, dia terus cuba untuk berdiri dan melarikan diri, malangnya dia terjelepuk jatuh ke tanah kembali. Dia sudah tidak mampu lagi, dia sudah tidak tertahan untuk meneruskan persembunyiannya. Ketika itulah tiga cahaya tadi mendekati dirinya. Nafas Niko turun naik, lansung tidak memandang.

“Kau nak pergi mana Niko?” Tanya suara itu.

Niko langsung berdiam. Mulutnya terasa berat benar.

“Ini akulah Najib, kawan kau,” suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Najib.

Saat itulah kedua bola mata Niko melihat wajah-wajah temannya berdiri di hadapannya. Mereka tersenyum girang dan itu membuatkan dia menjadi keliru. Apakah semua ini? Bisik hatinya. Mereka permainkan aku kah? Soal hatinya lagi.

“Kau…kau…” Niko tersekat-sekat suaranya. Mereka yang masih berdiri di hadapannya hanya terus tersenyum. Masing-masing memandang sesama sendiri.

“Kau takut?” Tanya Nadia.

“Aku..aku..kau…” suara Niko masih terketar-ketar. Tidak pasti apa yang harus diucapkan, lega ataupun sebaliknya. Ini kerana otaknya tidak langsung dapat mentafsir akan kejadian yang berlaku tadi. Dia terasa seperti mimpi. Jika benar ini mimpi, bangunkanlah aku wahai mata. Jeritnya di dalam hati.

“Kami kawan kaulah…” terang Rocky.

“Kawan…kawan aku semua dah mati…” tiba-tiba saja dia berkata begitu.

“Kalau begitu kami ni siapa?” Tanya Najib lagi. Kali ini senyumannya terukir semakin lebar, lebar, terus melebar sehingga mencecah ke dua cuping telinganya. Mata Niko terbeliak melihat, ternyatalah mereka bukan sahabat-sahabatnya. Sahabat-sahabatnya telah mati.

“Siapa kau!?” jerit Niko ketakutan

“Kami….”mereka bersuara perlahan sambil mendekatkan wajah mereka ke wajah Niko. Niko menelan liur, terasa dingin benar bila hidung mereka bersentuhan . ada kegelapan di bola mata itu. kegelapan yang sedikit-sedikit meresap kulit wajahnya.

“Pekabooo…”

Wajah Najib, Rocky dan Nadia serta merta berubah menjadi hitam.Bola mata mereka yang tadinya gelap dan tidak bernyawa berubah pula menjadi merah saga. Begitu juga mulut mereka yang terbuka luas sehingga menampakkan gigi tajam umpama pisau…mereka tertawa gembira.

“Kami pemburu dan kami lapar…” suara mereka berdengung ditiup angin. Niko sudah terkaku tanpa suara, lansung lidahnya keras membeku. Mata yang terbeliak masih sama terpana.

“laparkan roh segar seperti kau!!!”

Satu tembakan menembusi jantung Niko. Serta merta dia tumbang tanpa sempat berkata apa.
Malam itu, mereka melahap roh Niko tanpa ada yang tinggal, roh ketakutan yang paling sedap dan segar pernah mereka rasa. Yang tinggal hanyalah jasad Niko yang terbeliak memandang langit gelap yang semakin kabur di pandangan matanya.

link:http://warnakaseh.blogspot.com/ 

Tuesday, December 11, 2012

retiss kahwen weh ...

Assalamualaikum u olss

arini 12 haribulan kan
hehhehhe, tak sabar2 nak gi darulaman park
nak pi tgk retisss kawen, hakhakhakhak
itupun kalau en abg ada baliklah..
kut en abg tak dpt balik spi ptg..tak gi jugak lah gamaknya
angan2 jek kan...huhuhu


Sunday, December 9, 2012

Pre Shoot PeTA ASWARA 2006 - kenangan terindah

Assalamualaikum u olss


cuba cari mana aku??? hahha..kalau jpa aku bg 20 sen..ahakzz
{klik gambo utk tumbesaran)

90% graduan dlm nih, semua dah jd org seni yg hebat....
semoga sukses dan terus sukses..

Friday, December 7, 2012

tak faham maksud tak puas hati ke depa2 nihh!!

Assalamualaikum u olss


alkisahnya, cerita nih berlaku pada hari ini, bilamana akak depan umah aku nih mengetuk pintu umah aku pada jam 8 pagi hanya semata2 utk mengadu nasib kepada aku...kesian, sb nasib akak tuh sama jek macam nasib aku..tak ada bezanya. itu kerana, kami seakan dipulaukan dan disalah tafsir hanya dengan syak dan wasangka. tp aku tak terasalah sgt, sbnya aku mmg tak rapat sgt ngn depa2 kat bwh tuh, tp lain pulak ceritanya dgn akak depan nih. dia amat rapat dgn geng2 akak kat bwh tu dulu..tp setelah dia bekerja, dia terus dipulaukan dan disalah tafsir sebagai orang yg suka tak puas hati ngn org lain. motiff cakap camtu...aku pulak yg tak faham. lagi hebat depa boley sms plak kat akak tuh tya soklan cepumas seperti berikut "tuuutt...(nama dirahsiakan) ada yg tak puas hati dgn kami ke. kalau tak puas hati, baik bersemuka, takyah elak2". akak tuh terus rasa tensen, sb dia mmg tader rasa camtu. menurut akak tuh, if kalau betol dia tak puas hati dengan depa2 dekat bawah tu, rasanya dah lama dia gi canang cerita tak puas hati tuh kat satu kuaters nih.tp ternyata dia tak pnh terfikir nak buat macam tu sb bagi akak tuh, ini cuma andaian depa2 kat bawah tuh je. bg akak tuh, yg rasa tak puas hati sbnrnya adalah depa2 kat bawah tu sendiri, bukannya dia...sb terbukti yg depa2 kat bwh tu boley sms dia dan bertanyakan soalan bodoh macam tu..erkkk. apakah?? aku igt bila dah tua2 gini, bolehlah bersikap agak matang, ttp ternyata, lagi matang anak aku, sebabnya suka sgt syak wasangka. 

mcm kes aku, depa tak pnh nak tegur..last2 depa cop, aku nih jenis manusia yg tak pnh bergaul. Sedangkan, bila aku balik kedai dan tersempak ngn depa2 yg sedang melepak2 kat bwh tu, aku senyum dan sesekali menegur...tp depa boley pulak tunduk dan berpaling. jd salah sapa sebenarnya???

jd..kenapa suka sgt cop org tuh dgn mcm2 ayat...igt org suka ker dilabel dgn macam2 andaian..

karang aku kata depa suka BERPUAK2,  depa terasa pulak...jdnya...sabor je lahhh

Wednesday, December 5, 2012

warkah cinta di tv alhijrah....sweetttt

Assalamualaikum u olss

aku jarang-jarang buka tv alhijrah, melainkan ada ustaz don..hehhe
mungkin sb aku tak tahu yg tv alhijrah tuh ada drama, 
jd aku mmg jarang2 lah buka kan..
sehinggalah tadi..jeng3...ada drama best pulak kat tv alhijrah
fuhhh, ceta islamik lah sket, tp best apa
WARKAH CINTA tajuknya..
aku rasa ceta nih start ari isnin spi khamis kut, pukul 8.30mlm
td masa buka pon dah spi episod 7...sob3...banyak dah ketinggalan

warkah cinta lakonan imam muda nazrul dan heliza helmi...huhu

imam muda nazrul dan heliza..
tak sgka aku imam muda nih pandai acting..hikss..

kalau korg tya ceta nih pasal apa?
sorilah aku tak boley nak jwb..sb macam aku kata tadilah, aku baru 1st time tgk, hehhe
melainkan korg pnh baca novel dia, 
haaa, maka akan terjawablah kisahnya..
ceta nih ngn novel dia dtg dari penulis yg sama jugak iaitu ustaz A.Ubaidillah Alias
cuma tajuknya panjang sket WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
hehhe... tetiba terasa cam nak pi cari novel dia pulak
sb ikhlas aku katakan, ceta nih sgt sweetttttttttttttttt...fiuuuuuuuuuuuu~~(walaupon bru tgk 1 episod, kiki)


tp sayangnya, ceta nih buat 12 episod ja...cam tak puas pulakss...ahakzz
sila tonton yer kawan2

Tuesday, December 4, 2012

tengok siapa yg kahwin??

Assalamualaikum u olss

korang nak tahu tak darulaman park kat jitra tuh dah kena bayor parking
uishhh, tak patut..mentang2 darulaman park tuh ramai yg berkunjung
depa kenakan tol lah pulak...aishh
tapi aku kat sini bukan nak ceta pasal bayor parking ke apa kat tpt tuh
tp aku nak ceta pasal org yg akan kahwin kat tpt tuh...hehehheh

siapa, siapa? musti korg tertanya2 kan...hehhehe

klik utk pembesaran...
haahhh, dah tgk, dah tgkkk
kalau tak nampak, ce besorkan gambo...
hamboihhhhh...terbeliak tak mata...kuikuikui
pada yg minat pada depa, pasti akan tersenyum
yg tak minat tuh..simpan jek senyum tuh...aku ok jek

yg pasti diri ini nak pi tak??? tuh yg menjadi persoalannya
tpt dah dekat dah, 
insyaAllah bak kata org...sb takot2 laki aku keje...jd akhirnya tak gi jugak.
tp rasa teringin tuh ada, sb bukan salu kut tgk artis kahwin...ye tak, ye tak...

pepon, nak ucapkan tahniah pada depa
moga berkekalan ke akhir hayat membawa ke syurga yg abadi, aminnn...

Monday, December 3, 2012

ubat urat...

Assalamualaikum u olss

baru balik dari klinik kerana sakit kepala yg berlanjutan
takut jugak kena darah tinggi
tp tidak doktor kata, sb darah sy naik spi 70 jek
mungkin kerana sy letih jd doktor bg ubat urat..
humm....sakit2...

Friday, November 30, 2012

tera sekali nak lagi!!

Assalamualikum u olss

dulu, duk ganu, celik mata jek kalau nak makan leko musti leh carik kat mana2 jek
kat pasar dah ttu2 ada, kat tepi jalan jgn kata r, siap depa bukak restoran agi khas tuk jual leko ja
tp bila dah pindah kat kedah nih, nak jpa leko tuh mmg payah sket r
hinggalah satu hari tuh, aku ajk en hasben gi merendek ke jitra mall
tgh syok pusing carik parking tetiba ternampak plak fast food leko-leko
memula pikir gak, leko pekebenda tuh?? takkan jual keropok kut kan
last, berhentikan kereta, tros gi terjah
org yg membeli mmg silih berganti
mungkin sb tpt tu satu2nya ada jual leko pior dari ganu
jd org mmg sukalah pi situ
lagipon dy buat kedai tuh cam fast food betol, siap ada meja kerusi lagik
leh lepak sambil makan dan berwi-fi...fuhyoooooooooo, hakak kagum hokeyy
akhirnya, aku ajk en hasben cuba beli, nak rasa, sedap ke tidak


leko-leko, jitra mall
kita org try leko-leko cheezy mayo....walawehhhhh...sodappp mak aihhh~~

menu utama leko-leko...
depa ada dlm 3 perisa kut, seingat akulah
ada leko cheezy mayo, leko black pepper dan leko crispy chilly...
fuhhh terbaekkkkkkkkkkk...
sesuailah dgn tema kedai depa, 'TERA SEKALI, NAK LAGI!'

leko cheezy mayo kegemaran hamba...nyum3...


terubat rindu pada keropok lekor...weeeeeeeeeeeee :)
sapa tak try mmg rugi wooooooooooo.....

Thursday, November 29, 2012

sakit woooooooooo...sob2

Assalamualikum u olss

apalah perasaan kita kan bila terkena minya panasss
sakit wooooooooooooooo...terjerit2 aku carik air pili
fuhh, minyak makan tuan lah smalam...goreng ikan keli je pon
abes satu tapak tangan aku kena sambor dek minyak panas
seb baik taff, tak nangis (dlm hati tuhan  jek yg tahu)
lama gaklah cucur tangan ngn air..pastu carik minyak gamat r, cari ubat gigi lah nak bagi ilang sakit sementara
fuhhh...berdenyut2, sampai jari telunjuk pon takleh nak gerak
last2, kulit yg kena minyak dah jd gelembung
itam plak tuh...huhuhu...huduh sudah tangan I...
kut cam rasa teruk jek lagik, igt nak pi klinik plak
maklumlah, bukan leh amik ringan sgt benda2 gini kan
saborrrrrr je lahhh...

sori takleh nak tjuk gambo tangan..segan~~lallala

ps: paling kelakor bila aku kena minyak panas tuh dan terjerit, si kecik nih boley plak jerit "panas2" sambil berlari ke ruang tamu dgn lajunya. ilang teros rasa sakit aku, hihihi!!!

Wednesday, November 28, 2012

skype, wi-fi & twitter...tak kering gusi~~

Assalamualaikum u olss

funny thing about skype, wi-fi twitter


mampos aku gelak besorr..kahkahkah

sentap den kalau ikha cakap cenggini..kikiki

aku tader twitter, korg cayo tak??? hakhakhak..

sekadar utk sarapan ketawa...lol...hahhahha

Tuesday, November 27, 2012

uiksss, betol ke???

Assalamualaikum u olss

bukan niat nak bergosip pepagi hari nih, cuma nak tahu jek
betoi ka tok iti dah kena madu???





Monday, November 26, 2012

janji yang pergi #2


Assalamualaikum u olss





Batuk kering Salmah sudah semakin menjadi-jadi. Menurut doktor, jika tidak diubati mungkin ia akan membawa mudarat. Namun apa dayanya Salmah ketika itu, sesungguhnya dia lansung tidak mampu untuk membayar perubatan yang mahal-mahal, dia bukannya orang senang. Setelah pemergian Nizam, yang tinggal hanyalah simpanan dua ratus ringgit, khas untuk perbelanjaan sehari-harian Salmah anak beranak. Dia tidak ada benda yang lain boleh digadai-gadai di kedai. Dia tidak juga ada tanah yang boleh dijual-jual kepada tauke-tauke cina yang ada dipekan. Dia tiada apa. Hidupnya kini hanya dengan berkerja sebagai tukang jahit di kedai jahit Mak Limah yang ada di pekan. Apalah sangat gaji yang diterimanya jika tiada tempahan yang diperolehi. Terkadang dia harus berikat perut, dan terkadang juga dia harus menahan nafsu dari membeli benda-benda yang remeh walaupun hatinya begitu menginginkannya. Begitulah hidupnya kini. Tiada yang mudah setelah kehilangan Nizam.

klik bersambung...

Sunday, November 25, 2012

puzzle halus pulak..bijak2


Assalamualaikum u olss

suka tgk si kecik nih main puzzle
dulu dia main yg jenis besor2 tuh
skrg ni dah boley main yg jenis kecil2 punya
bersungguh2 tuh buat
tp spi part warna yg cam sama jek, dy bg aku plak buat, kuikui

tp apapon kan, hampir 85% puzzle nih
si kecik ni sendiri yg buat
kagum dek non...lallallalla


puzzle upin ipin, walid dy yg belikan disebabkan kesukaan
beliau pada puzzle..

tak abes2 peace..

siap suda....lallala
tak amik masa lama pon, siap suda
suka pulak aku tgk dia bikin puzzle2 nih
sb dia nampak kusyuk semacam.
tapi kan,
betol ke org kata main puzzle nih boley bikin orang lalai???...

Friday, November 23, 2012

kan comey pakai hijab :)

Assalamualaikum u olss

nak pakai hijab...tak susah pon dek non..
pusing sana, pusing sini dah jadi hana tajima
pin situ, pin sini, dah jdi yuna...



itu sebabnya, kita mmg dah dijadikan cun oleh Tuhan
berhijab pula adalah pelengkap kepada kecantikan
jd...apa lagi...say YES pada hijab...
agar dek non merasai nikmat kewanitaan yang terkesan...olalalalla...


insyaAllah..kecantikan yg datang dengan cara yg betul
adalah kecantikan yang berkekalan..

aminnnnnnnn....:)

Thursday, November 22, 2012

cerita apa ajerlah yg bini aku baca???

Assalamualikum u olss


tukang keluar duit kekadang nak tahu jugak apa yg bini dia suka baca
tp tukang keluar duit selalu konpius
ngapa bini dia suka baca ceta2 psiko...



memula baca...

dah tu trus buat muka pelik...kikikiki (siap tgk kulit depan agi)


tu sebab dulu bini dia gengster..
sb tulah dia kena paham....


ps: baca buku psiko tak bermakna kita nih psiko yer kengkawan..sekadar minat jek..kikiki

Wednesday, November 21, 2012

1 Malaysia privilege card mmg terbaekkkk...

Assalamualikum u olss

1st time hasben aku bawa kad nih balik umah, dia senyum jek spi ke telinga
katanya ada berita baik, aku tyalah, berita apanya??
terus dia tunjuk 1 malaysia privilege card kat aku..aku pon start r garu2 kepala sb tak paham
kata hasben aku, ni kad utk kemudahan anggota tentera malaysia dan polis di raja malaysia
aku jd bertambah tak paham
last2 dy tunjuk buku utk fungsi kad tuh, barulah aku pahm dan aku pon ikot suka, hahhahha
mana taknya, kad tu rupanya ialah kad diskaun utk angkata tentera dan polis yer kawan2



antara tpt kad nih boley digunakan adalah seperti berikut:


klik gambo utk pembesaran


kan, terbaekkk kan....aku jadi riak plak bila tgk hampir 80% tpt dlm senarai kat ats nih
semuanya tpt yg aku suka....wahhhhhhhh, mak suka, mak suka...

esoknya, terus aku ajk laki aku gi beli barang kat maydin, nak try r kohnonnya..tapi Maydin nih pon pandai jugak wehh. dia tak bg kad ni digunakan utk beli barang makanan, tp hanya barang bukan makanan jek cthnya, pakaian, alat tulis, langsir bagai..dll...bijak2~

tp tak kisahlah, sb kita sdri tau kan, maydin mana pnh bg diskaun kat barang2 dia
jd aku tersangatlah gumbira, sb dapat kurangkan belanja ketika membeli...

ps: pikir2 balik, untung gak jd anggota tentera ngn polis nih, ahakzzz..

sumber nak tahu lebih lanjut ttg kad ni boleylah baca di sini: 1 MALAYSIA PRIVILEGE CARD "KEMUDAHAN UNTUK ANGGOTA TENTERA DAN POLIS DI RAJA MALAYSIA




Tuesday, November 20, 2012

wordless...tader tajuk

Assalamualikum u olss

2 minggu laki  aku gi MES
2 minggu gaklah aku kebosanan....huhuhu....



gatai awek kecik tuh nak duk jauh2...nak kena gigit tuh~~hehhe

Saturday, November 17, 2012

nak takut ke, nak buat tak tau....ahaiii


Assalamualikum u olss

pada yg masih tak tahu, aku cuma nak cakap yang aku nih tinggal kat kuaters
jd paham jerlah kan kalau kuaters nih kan
tak semuanya penuh
1 flat pon, paling kurang ada famili yg tinggal sampai tingkat 2 je
2 tingkat lagi ke ats tuh mmg tader org
dan famili kami adalah salah sebuah famili yg tgl kat tingkat 2 tuh

huhuhu...buat sebulan lepas nih, kami salu dgr benda2 pelik kat tingkat ats umah nih
cth cam org ketuk paku lah
alih meja tengah malam r
buat 2,3 ari lps nih, leh plak aku dgr org berlari
aku pikir, dah ada org masuklah kat umah ats nih
jd aku buat tak tahu jek lah
laki aku pon pikir camtu jugak
tp smalam, laki aku terniat nak gi survey kat umah ats nih
lantas aku biorkan jek beliau pergi

balik je umah laki aku cakap, umah ats nih kosong
bersepah plak tuh
paling tak boley blah dia cakap, ada tikus ngn kucing mati plak kat depan umah
OMG...apakah...jadi apa yg kami dgr selama nih???
bila nak dipikir2 takut jugak hati nih
memandangkan laki aku nih salu keje shift malam
dan aku akan tinggal berdua jek ngn ikha
tp, ni semua keje Allah, jd aku redha jer
semoga dilindungi dari sebarang keburukkan dan gangguan syaitan
bukan senang weh...saborrrrrr je lah..

ps: ni baru ceta flat aku, blom ceta flat budak bujang agi, lagi seriau...

Wednesday, November 14, 2012

sekadar amatur....

Assalamualikum u olss

akak depan umah aku nih mmg suka bgi aku makanan
dan selalunya jugak aku balas dgn makanan yg dibeli, kehkehkeh
tapi malu kot kalau salu wat gitu, sb akak tu leh perasan
sb akak tu kan niaga makan jugak, kehkeh
jd dgn perasaan yg bersungguh2
aku bangun pagi2 tadi uli doh nak buat donat
aku mmg la sgt amatur..sb aku tak pandai langsung buat kuih2 nih
nasib baik dgn berkat tangan amatur nih
jadi jugak ko donat...wakakkakkaka...suka..


kembang2 idung tgk donat buatan tangan sdri walaupon tak comey..lallallla

yearghh, hantu donat dah bangun.....


benda senang pon leleh peluh nak buat...sedeyy~~

Tuesday, November 13, 2012

2 lagi...adoiyaiiii


Assalamualikum u olss

dapat 2 agi....yahuuuuu


muka riang gumbira kiki lala....lallallalla 

melayang RM
haruuuuuuuuuuuuuu~~

Sunday, November 11, 2012

lepaking....lulululu~~

Assalamualikum u olss

lama jugak tak update
mungkin sb tader benda nak ceta kan
tapi kali nih ada, huahhahahhha
ari sabtu aritu gi alor setar mall
mungkin sb terpengaruh iklan kat suria.fm kan
jadi aku pujuk2 laki aku gi tengok bebudak IPT bertanding band tajaan sajimee
kuikuikui...tak boley blah tgk
seb baik la depa ada artis jemputan KE LANGIT
jd...boleylahhhhhhhhhhhhhhhhh...

1st time aku tgk band ke langit..


bersungguh plk tuh


siap turn pentas agi...


yg pasti aku tak tau sapa yg menang
sb semua dpt sama je adiahnya, kuikui..

Thursday, November 8, 2012

hamekkk kau....

Assalamualaikum u olsss

semalam kuar mkn kat mamak
pekena plk roti tisu buat pertama kalinya..
hamekkk kauuu...tinggi gila kut
pastu rasa manis2, rupanya mamak ni letak susu pekat plk kat roti tisu nih..ahaiiii...



see...ada rupa menara alor setar tak??? kuikui

Monday, November 5, 2012

muda remaja bebeh~~

Assalamualaikum uolss

hakhak, aku paling tak boley blah bila ada member2 yg sudi dan baik hati nak post gambo kita orang time zaman blajo dlu kat FB.
sadis dowh..sb terasa tua plak seketika, hahhahhaha



toksah lah nak teka2 mana aku, sb dah ttu2 korang leh nampak yg mana aku..kahkahkah
psssttt...korang kenal tak awek tembam pakai jaket itam tuh??
kalau korg penggemar drama melayu astro ngn tv3, musti korg kenal...hahhaha
love u olsss, muah3....

Sunday, November 4, 2012

janji yang pergi #1





Prolog

Marissa menangis lagi. kali ini dia menangis bukan kerana status keturunannya, tetapi dia menangis kerana pemuda yang amat dicintainya. Dia tahu, tidak layak baginya sebagai hamba kepada Allah yang maha Esa merindui seorang pemuda yg bukan mahramnya, bukan milikya. Tetapi akalnya tidak dapat menolak dari terus merindui pemuda itu. di setiap bayangnya hanya terlukis nan indah wajah pemuda itu, senyumannya, tawanya bahkan bicaranya yang petah dalam berkata-kata. Masakan dia mampu melupakannya. Tidak ya Allah, sesungguhnya tidak. Setiap saat, Marissa berdoa agar dia dapat melupai dan setiap kali dia mencuba pasti hatinya sakit seperti ditusuk panah yang tajam. Hati, oh ya hati. Kerana kaulah aku masih tidak bisa melupakan pemuda itu, kerana kaulah aku tewas akan bisikan iblis.  Kau kejam wahai hati. Kalau tubuhku ini bisa membuangkan kau jauh-jauh, pasti akan ku buang kau wahai hati ke lautan dalam jauhnya. Tapi aku sedar yang itu tidak bisa mungkin terjadi. Hati tetap akan berada di situ, di tempatnya. Di dalam tubuh yang sudah kaku merindu...pemuda itu.

klik untuk sambung....

Tuesday, October 30, 2012

Wordless ....

Assalamualikum u olss




orang ni ada latihan LARI LASAK minggu ni
sian, mgu depan pertandingan lari lasak akan dibuat di kuantan
kut2, larat tak orang nih buat larian dlm seminggu tuh
da la pertandingan tu dibuat hanya waktu malam...

caiyok2 ayang....