Wednesday, March 2, 2011

jadi pereka pentas mak yong...syok wehhh...

ingat lagi, masa tu aku dalam tahun 2, semester 4 kat Aswara. kami telah dibahagi-bahagikan tugas sebagai pelakon dan ajk belakang pentas.

memandangkan aku bukan sorang yg teror dlm hal blakon, apatah lagi menyanyi lagu mak yong. jadi aku ditugaskan untuk menjadi pereka pentas. ini kerana mungkin sb aku ni ada kreativiti dlm melukis dan mereka2. abg tutor pun percaya kat aku time tuh.

aku yg bajet kohnonnya mak yong tu nak diadakan di panggung bandaraya ataupun matic, terus jer reka ala kadar. sb mak yong mana ada pakai pentas sgt. drg blakon pon dok pusing dlm round about. klu nak blakon kat atas jalan pon tak jadi masalah.

aku pon yg mmg time tu sguh cbuk ngn assignment yg berjuta2 tros dok tjuk lakaran aku kat abg tutor. abg tutor terbeliak. dia dgn selamba kata kat aku

"ct, saya rasa awak kena ubah byk sket la. sb kita tak dpt wat dlm panggung. kita kena wat panggung sdri. bajet tak cukuplah"

berdesing telinga aku dgr. keja yg pada mulanya aku sangka mudah dah jadi serius. balik tu, aku tak tido. dok pikir cam mana nak reka sebuah pentas kat tpt letak kereta yg seluas-luasnya itu.

cantek tak pentas yg I reka...kihkih

gambo tak bape jelas..tapi inilah akak yg jadi watak raja muda laksana tu.

putri tu tgh sedih sb bunga dia da ilang...sob sob...

nasib baiklah aku mmg suka keja mereka2 tuh, jadi dgn mudah dan senang hati, aku reka sebuah pentas ringkas yang berbentuk tradisional. di situ ada kayu sbg dinding, tikar mengkuang sbg background, atap nipah dan pagar. di keliling tpt letak kereta aku letak panjut lilin. dah macam raya la plak. student akan menonton beralaskan tikar dan vip, pakai kerusi le, takkan nak suruh duk atas tikar juga..mau aku dapat C klu aku wat g2...huhuhu...

pastu rekaan tu aku tjuk pada abg tutor. abg tutor senyum lebar. dy minta aku jpa kontraktor bagi perkemas lakaran aku tu. aku on jer. dgn sedikit penerangan dan mesyuarat kecil..jeng3..selepas 2 hari, pentas pon siap..1st time rasanya aku rasa bangga ngan diri sdri. ini kerana buat julung2 kalinya aswara mengadakan pementasan mak yong di luar kawasan panggung yg moden. semuanya serba ringkas, fun dan disinari rembulan malam.

dan julung2 kalinya jugalah, kami dpt menyaksikan acara buka panggung yg dibuat oleh pak nasir. kalau nak diikutkan sblom2 ni, tak pnh buat pon. mana taknya, pementasan sblom2 tu dan selepas2 kami kan buat dlm panggung. krg dok bakar kemenyan jadi lain plak..bukan haru namanya tuh..

apapun tahun tu adalah tahun terbaik buat kami student aswara tahun 2. subjek wajib dah jadi happening buat kami..


ps: rindu nak jadi stage manager...huhu~~

5 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Hohoho aku pun rindu nk jd org kostum...

CintaZulaikha said...

hahhahha...samalahhhhhh

Hanny Esandra said...

aku pon rindu nak jadi stage manager utk malam puisi.. rindu nak jerit2 cam mak naga kat anak2 buah aku yg malas kerja! hahahah (gelak jahat!)

CintaZulaikha said...

ko mmg sungguh jahat.i like...

Haf Dzi Sofi™ said...

Rindukan Saat Saat Indah Ini. Separuh Memori Dah Lenyap Di Telan Masa ^_^