Friday, September 21, 2012

lebey kiut dari biasa

Assalamualaikum u olss

dalam mood tak tau nak kata
btw kucen ni suka keroro lah
sama cam aku....

go meowwwwwwwww~~

Thursday, September 20, 2012

hari keluarga tudm bakal mai~~

Assalamualaikum u olss

uishhh, tak sabar2 nak tgu hari keluarga tudm (provos)
dengar khabar nak buat kat sg petani water park
huhuhu...nilah rasanya kali ketiga aku bakal menjoinkan diri dengan hari keluarga tudm
dulu kat kem gong kedak, aku join 2x ja, memandangkan 2x yg lain tu 
1.aku disahkan mengandung, jd keloyaan aku membuatkan aku tak dpt gi jauh dan
2.sb aku dah beranakkan ikha, dan ikha masih kecik, jd payah nak gi tpt ramai2 org nih
(pengalaman 4 tahun duk jerteh)

jd kali ni nak balas dendam habes-habesan
dulu kalau ari keluarga, suka btol bebudak tudm tu buat karaoke
memandangkan jerteh pon bukan ada tpt menarik sgt pon nak pergi kan~~
jd kat cni, agak banyaklah tpt menarik
jd depa wat cadangan nak gi sg petani water park
aku plak, ON jek...kekkekkkekke

sg petani water park...tgu aku mai naaaaaaa~~

tak sabau nak tgu bulan 11 wehhhh...weeeeeeeeeeeeeeee~~

Wednesday, September 19, 2012

Kalau dah jodoh






“Ish, taknak lah mak. Abang ni bukannya kecik lagi sampai mak nak paksa-paksa gitu,” Mirul tension dengan kata-kata si emak. Setiap hari bila aje berjumpa, mesti tak ada cerita lain, kahwin, kahwin, kahwin. Nak kata dia dah tua, muda lagi kut, baru je 25 tahun. Masih layak lagi nak clubbing dengan member-member walaupun sebenarnya dia bukanlah kaki clubbing. Dia baik okey, anak soleh kut. Cumanya bila dah sampai bab kahwin sebab pilihan keluarga nih, buatkan dia jadi sedikit sensitif. Tak tahulah sebab apa.

“Mak bukan apa, Rul. Mak tengok kau ni macam tak ada perasaan je nak berbini. Sebab tu mak risau, sebab tu mak carikan kau bini,” Mak jelling tajam ke arah Mirul. Pandangan mak buatkan Mirul kurang selesa. Silap-silap Mirul boleh kalah disebabkan pandangan mak. Mirul tekad, dia tak boleh termakan pujukkan Mak kali ini. Dia mesti kuatkan semangat, kuatkan tekad dan kuatkan azam.

“Macam nil lah Mirul, kau pergilah jumpa dulu budak tu. Mak dengar cerita dia tu guru tadika tau. Kan ke elok tu berduet dengan kau, guru sekolah menengah. Tak betul cakap mak ni,” Mak tersenyum panjang.

Mirul buat muka selebet. Apa kena mengena pulak guru tadika dengan guru sekolah menengah boleh jadi sesuai. Tak ada dalam kitab pun tulis macam tu. Jodoh ni kan di tangan Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh dia dengan awek pramugari, ha macam mana pulak, takkan Mak nak tolak mentah-mentah. Sebab pilihan dia tuh tak memenuhi citarasa Mak. Kalau macam tu payahlah, alamatnya sampai ke tua lah dia tak kahwin, jadi bujang trang tang tang…

sila klik baca seterusnya

Tuesday, September 18, 2012

Wordless ikha ada helmet baru~~

Assalamualaikum u olss

pabila awek kecik dapat helmet baru~~~



muka berfikir...kehkeh

Monday, September 17, 2012

Mr Otto


Assalamualaikum u olsss

regang2kn otot otak, penat menulis


tersengih2 aku...hehe

Saturday, September 15, 2012

open house dan jiwa kacau...

Assalamualaikum u olss

hummm, dah 9 bulan duduk kat kuaters nih pon aku masih tak leh nak biasakan diri
lebih2 lagi, mem sblah umah dah pindah
makin bersembunyilah aku kat dalam umah
nak kuar jenguk2 manusia pon jarang2 sekali
psiko tak aku, huhuhuhu~~

smalam, akak depan umah ni buat umah terbuka,
tergaru2 kpala dibuatnya, dok pikir nak pi ke idak
sb kalau aku pi, gerenti ramai gilak bini2 cipi, bini sarjan, bini2 kopral yang bersidai sambil makan laksam kat c2.
aku ni dah la penyegan orangnya
alamatnya, silap2, duk kat tepi laki ajerlah aku dibuatnya
pastu, apalagi, kena cop duk bawah ketiak laki
mulut orang, bukan kita tahu kan...

nak menunggu asar tuh macam dah menunggu buah durian tak jatuh2
akak depan umah tu plak dah 2 kali mai umah, ajak gi umah dia
tetiba, ujan pon turun dgn lebatnya
aku pon dari balkoni, dok survey, ada tak tetamu yg dah mai kat umah akak tuh
sb janjinya, umah terbuka tu open pas asar
seb baik tader agi..

apa lagi, bagi menjaga hati dan perasaan jiran tetangga
cpat2 aku kejutkan laki aku yg tgh tidur, ajak pi umah akak tuh
cadangnya, pergi cpat, makan cpat, habes cpat
tapi sangkaan aku meleset...sb laki aku ni, kalau dah berjumpa sahabat
alamatnya, bual panjang dululah...
jiwa aku dah gundah gulana, tetangga dah makin ramai...
tapi aku nih bukanlah ada sikap kurang sopan kan, nak cuit2 lengan laki ajak balik
kang apa pulak kata org. 
jd aku maintain cool jek, makan apa yg patut, main ngn ikha
sampailah laki aku kata " jom balik"
wahhhh, berbunga kegembiraan hokeyyyy

selamat sudah 1 open house
arini, ada lagi yang ajak...waaaaaaaaaaaaaaaaa....camne nak laluinya nihhhh
dah la tader mem, jadi pak pacak je lah aku sat agi
kalau ada mem syok la jugak..

jiwa kacau!!!

Friday, September 14, 2012

Risallah Untuk Cinta (Short Film)

Assalamualaikum uolss

igt lagi tak aku pnh preview ceta pasal mem aku nih
ha, ni dia...short filmnya dah pon siap
sila tonton, bg komen sket..
besalah, dia budak baru blajo..igt nak jd pengarah ni senang cam makan ABC ka
susah wooooo~~






sekian....

Thursday, September 13, 2012

santai mantai...

Assalamualaikum u olss

dok belek2 u tube, terjumpa iklan rexona
rupanya dah lama ek rexona nih wujud
leni baru aku tahu...sadis tol

tgk model dy, kenal tak, kenal tak!!
haruslah, muda remaja lagi kut, leni pon masih nampak muda remaja...
hakak Nasha Aziz...santekkkkkkkkkkknyaaaaaaa ciptaan Tuhan :)




thn 1989 wehhhhh iklan nih, aku baru 4 ke 5 tahun, gaggaggag
korg brapa tahun plak???

Wednesday, September 12, 2012

sepotong kek buat cik wife :)

Assalamualikum u olss

cerita smalam, cerita hari jadi aku
salunya kalau sampai hari jadi aku
musti en hasben akan diam jek, cam tak hengat apa2
sedangkan, aku yang cuba mengingatkan dia
dan dia, akan senyum simpul jek
jd tahun ni, aku dah malas nak ingatkan dia
sb dah tak kisah pon...dah tua2 nih, apa barang nak sambut hari lahir kan~~
jd aku plak yg buat diam, duk dpn lappy, wat keje sdri
lagipon smalam en hasben ada logistik kat kem
seharian tader kat umah
tinggal aku ngn ikha jek, makan nasi sesama
ikha dgn bestnya menghadiahkan kiss sbg hadiah buat aku...sgt kawaiiiii
mulut muncung gila babas, rasa nak tarik muncung tuh...
sayang sama ikha tau , lap u so much

sebaik senja, en hasben pon balik
tiba2 jek hulurkan aku sepotong kek secret recepie
teranjat boboi tau
salunya aku yg gatai  mintak2 kat dy time besday aku
kali nih dy yg belikan sdri
katanya "ini jek yg abg mampu yang"
sob2 tau rasanya, tak sangka, kali nih dia ingat ~~
terasa sangat dihargai

memandangkan sekarang ekonomi kami tidak menentu
aku mmg tak terpikir nak minta apa2 cam tahun2 lps
jd bila dihargai begini, malah diingati pula hari lahir sendiri
mmg rasa sgt seronok
walaupon dgn hanya sepotong kek

timer kaseh yanggg :)


Tuesday, September 11, 2012

selamat hari jadi aku

Assalamualaikum u olss

entri pendek dari saya
arini bersamaan 12 sept 2012
hakak dah masuk 27 tahun dek oiii
sentap tau tgk angka 27 tuh
dah nak masuk label2 mokcik dah...ko hader~~ lalallla

syukur ke hadrat Ilahi dengan segala apa yang telah dikurniakan pada hakak
di hari yang penuh barakah nih
hakak cuma memohon 1 perkara saja kepada Allah yang Maha Esa
agar di beri keberkatan ke atas keluarga kami
dan...ehem2...dikurniakan seorang lagi cahaya mata @ pengarang jantung hati
untuk hakak, laki hakak dan kakaknya yang kesunyian, cik ikha gojes

melampau kan permintaan hari terjadinya diri ini nih
humm...pepon, lama dah tak nulis
syok plak rasa

rajin2 lah singgah sini yer...sb hakak sibuk sgt lah skrg nih
ada masa akak raound2 tpt korg..