Saturday, March 19, 2011

jangan jeles, kuku aku cantik.........



Alamak. Kuku aku patah lagi. Sebulan aku simpan kuku aku. Sekarang ni, kuku aku tinggal 9. Aduh. Apa aku nak buat ni. Kalian jangan nak mengejek aku. Aku sayang kuku aku. Bagi aku, kuku aku ni bagai anak. Inilah cara untuk aku mendisiplinkan diri dan berdikari mengenai bagaimana menjaga anak aku nanti. Tapi, sayangnya kuku aku sudah patah satu.

Bagaimana aku mahu menerima situasi ini? Menangis? Sudah. Memotong kuku-kuku yang lain supaya tidak kelihatan pelik dan... boleh aku simpan lagi nanti. Argh! Tidak! Jangan kau nak menghancurkan pemikiran aku! Setan! Apa aku nak buat? Bunuh diri? Ya... bunuh diri. Dengan cara apa? Terjun bangunan? Tak cantik la aku lepas tu. Kerat nadi? Habis la rosak kulit aku yang cantik ni. Pasang gas? Hm... menarik. Baiklah. Cara mati yang nyaman.

Aku tahu apa yang kalian sedang fikirkan. Kuku aku ni identiti aku tahu. Penat aku menyimpan kuku aku untuk panjang seinci. Puas aku menjaganya. Aku lap, aku kikir supaya berkilat, aku buang setiap daki dan tahi. Aku jaga. Bukannya aku sengaja nak simpan. Tapi inilah identiti aku. Aku perlukan kuku aku untuk hidup. Sebulan aku menjaga kuku aku, aku rasa bagaikan hidup itu milik aku. Aku tak tahu membaca. Aku tidak ada TV. Aku tak ada radio. Aku tak ada teman. Aku baru tiba dari kampung sebulan yang lalu. Seorang diri. Dan di sinilah aku menetap dan menghabiskan masa dengan menjaga kuku aku.

Alamak, terlupa. Aku mana ada dapur. Lantas, aku mana ada gas! Aduh. Macam mana ni? Nak mati pun susah. Sayang kuku ku.

Aku tahu evolusi kuku ni. Kerana aku telah lama mengkaji kejadian dan fesyen kuku ni. Dan apa baik dan buruknya kuku ini dijadikan kepada kita. Apa yang kalian nak tahu? Sejarah? Sejarahnya sejak kecil kita ada kuku. Bila besar, kita tahu menggunakan kuku kerana semasa kecil, kita tak dibenarkan berkuku panjang kerana dikatakan merbahaya. Sekarang apabila sudah besar, kita tahulah apa kegunaannya. Apa baik dan buruknya kuku panjang. Fesyen kuku ni dah lama sebenarnya. Sejak zaman firaun lagi. Di mana permaisurinya diwajibkan berkuku panjang dan rapuh. Fesyennya memang la cantik tetapi pada zaman tu kegunaannya lain. Ia adalah untuk mengetahui samada permaisurinya tidak disentuh oleh orang lain. Jika disentuh dan ada hubungan langsung dari permaisuri itu sendiri, kuku akan patah. Kerana bersentuhan. Faham?

Macam mana aku nak mati? Tolong bagi cadangan. Kena langgar kereta? Tak mahu! Sakit sangat dan habislah badan aku yang cantik ni. Aku mati pasal kuku aku yang satu. Kalau kuku aku yang lain patah, apa aku nak buat kalau aku dah mati? Sial!

Baik buruknya pula kejadian kuku ni adalah untuk kita. Manusia. Makhluk hidup. Cuba kalian lihat, binatang apa yang tak ada kuku? Semua ada bukan? Kuku bagi binatang adalah untuk mempertahankan diri serta untuk menyiat makanan mereka. Untuk mencengkam apa sahaja. Contohnya bagi kuda, kuku adalah untuk mereka mencengkam tanah supaya boleh berlari dengan lebih baik dan pantas. Macam tayar kereta la. Bunga tayar kereta. Bagi harimau pula, kuku mereka digunakan untuk mencengkam kuda supaya kuda tak dapat lari dan untuk makan kuda tu. Jadi, untuk manusia kuku digunakan untuk... fesyen! Hahaha... kuku digunakan untuk menggaru, untuk mempertahankan diri, untuk membuang apa-apa. Itulah kegunaan kuku manusia sebenarnya. Bukan untuk mencengkam. Kini, kuku dijadikan fesen bagi kita, kaum manusia. Lelaki pun sudah ramai menyimpan kuku. Tambahan lagi bagi kaum cina. Untuk apa lelaki simpan kuku? Senang nak korek kemaluan pasangan mereka kerana jari sahaja tidak cukup panjang. Dan untuk menggelikan pasangan. Kan tajam kuku tu, jadi rangsangan perempuan terletak pada kuku lelaki.

Selain daripada itu, pada kuku inilah terletaknya bakteria-baktria dan influenza tertentu duduk setelah kita menggaru, bersentuhan dengan benda tertentu, mencuci bontot dan mencakar. Cuba kalian bayangkan, kita berak dan cuci bantot. Jadi walaupun kita cuci yang bagaimana bersih pun banteria tahi akan tetap singgah pada kuku. Kemudian, kita pergi makan menggunakan tangan walaupun ada set sudu dan garfu. Oleh sebab makanan yang disediakan sangat sedap, kita sebagai manusia tidak akan dapat menahan nafsu untuk makan dengan lahap, lantas tangan digunakan. Jadi, bakteria tahi tadi yang melekat pada kuku dengan riang rianya berpindah ke makanan tadi dan terjadilah dia kembali kepada tahi. Wah... sungguh hebat penceritaan ku. Eh, jangan risau. Sejak aku simpan kuku, aku tak pernah makan menggunakan tangan lagi walaupun sekali. Cuma aku ada ketagihan untuk menggigit kuku aku semasa ‘membuang’ dan selepas makan.

Bagaimana? Bagaimana aku mahu menebus kesalahan aku terpatahkan kuku aku? Kuku, aku tak pernah menghias kau. Apa kata kalau aku gam kau, kuku?

Nenek aku kata, kuku itu adalah tempat perlindungan syaitan. Tapi apa aku peduli.

Aku pergi ke arah sebuah kereta. Aku pasang paip pada ekzos kereta menghala ke dalam kereta. Aku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Gas-gas kereta yang sememangnya beracun masuk ke dalam kereta dan aku menyedut hembus nafas dalam-dalam supaya segera aku mati. Tambahan lagi kereta itu mengeluarkan asap hitam. Penuh di dalam kereta asap hitam. Aku gembira kerana tak ada orang akan nampak aku dan lebih cepatlah aku mati. Lagipun, apa aku nak risau. Ini kereta orang lain. Bukan kereta aku. Dan aku mati bukan kerana orang lain. Aku mati kerana kuku aku.

kredit to: blogger pensel *patah

ps: cerpen hang mmg sempoi habesss...

2 comments:

Anonymous said...

salam...

hahahahhaa....best aa cerpen ni...:))))) hebat2x ganda 23

CintaZulaikha said...

waalaikumsalam...best kan cerpen dia..:)