tiap kali dia merenung ke arah itu, dia pasti akan terlihat ummi dan walid duduk berdua. ketawa dan berbual dengan leka. biarpun matahari sudah tegak tinggi di atas kepala, mereka tetap ceria tertawa. adakala dilihatnya ummi dan walid bertepuk tampar keriangan, apa sajalah yang menjadi topik perbualan mereka, fikir dia.
dia yg sedari tadi duduk di tempat mainan, masih lagi menghenjut-henjutkan tubuhnya yang kecil molek, agar mainan tadi kedepan dan kebelakang. dia berhenti lagi. kali ini dia pandang lagi ke belakang. kali ini dia melihat ummi dan walid bersama2 bersatu wajah, mengambil sekeping foto sebagai kenang-kenangngan. dia tahu, foto itu pasti akan menjadi perkara indah yg akan terlahir di dalam ruangan kesukaan ummi. bukan baru sekali dua ummi berbuat begitu, malahan acap kali laptop dibuka, pasti ada saja foto2 baru yang menjadi wallapaper di muka depannya. kalau tidak muka ummi dan walid, pasti muka dia yang comel dan manis.
sekarang ini, haruskah dia berlari ke arah ummi dan walid? dia berfikir sejenak. tidak, biarkanlah ummi dan walid gembira berdua. dia tida mahu jadi pengganggu. itu kerana dia tahu ummi dan walid jarang bersama. walid sibuk dengan pekerjaannya dan ummi sibuk melayan dia di rumah. jadi hanya masa emas ini sajalah yang dapat menyatukan mereka.
hidup itu indah, seindah hati kami. biarpun ada onak dan duri, dia tahu ummi dan walid tetap akan saling menyayangi. cinta mencintai, bahkan kasih mengasihi. dia sukakan itu.
sekali lagi dia menoleh. ummi yang dengan kameranya tersenyum gembira, takkala jari ummi menekan butang kamera. dy tersenyum, "pasti itu foto aku" bisik hatinya lagi. seperti kelmarin, hidup ini tetap indah di mata dia.
4 comments:
sangat indah!
terima kaseh daun keladi...:)
salam puan, hidup memang indah...hidup juga warna warni..
waalaikusalam, ye cik SR, lebih2 lagi utk knk2 spti ikha...sgt bersyukur klu dia tertawa gembira..:)
Post a Comment