Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011



Melangkah ke tahun baru dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dikurniakan dgn tubuh badan yang sihat. Semoga hari2 yang mendatang akan menjadi lebih baik dan sempurna di sisiNya..InsyaAllah..

comeynyer citer nih...3 idiots


Mula2 aku tgk pagi tadi ngan suami aku, pastu aku sambung plak tgk malam ngn ikha..hehe..nak tau sambung apa? sambung tgk cerita hindustan '3 IDIOTS'..hehe, memang tak kering gusi. Dalam gelak2 melihat watak Aamir khan dan yang lain2, ada juga masuk isu2 yang menyentuh hati.

Seronok tau bila tgk cerita pasal student yang berusaha untuk berjaya walau dengan apa cara pun. Sambil persahabatan tu menjadi tunggak kepada kejayaan masing2..very touching. Aku bukan suka sgt nak tgk cerita hindustan tak pasal2..sesetengahnya ajer tau. Kalau best aku layan, kalau hampeh..belom masuk 15minit cerita tu berjalan aku dah tukar siaran, jangan main2, aku sensitip tau..(hihihi..poyo tak abes2)

Tapi cerita nih, aku mmg tabik spring toing2 punya..mmg keless. Ceritanya simple, pasal 2 orang member Aamir khan yang cuba menjejak Aamir Khan sejak 10 tahun selepas mereka tamat ijazah kejuruteran di sebuah kolej. Dalam mana pencarian, temannya Farhan mula mengimbau kenangan mereka bersama2 di kolej dulu. Mmg penuh humour..

Aamir Khan pelajar bijak yang lansung tak menunjukkan kebijakkannya, yang dia tahu cuma suka2 dan mengenakan orang, biarpun orang itu student ataupun pensyarah. Sampaikan teman2nya pun terbabit sekali sehingga selalu mendapat susah. Tapi apapun terbukti dia mmg pelajar 'A' punya bila tiap kali sem dia pasti akan mendapat tempat pertama.

Ishh..mmg best lah citer dia. Tak pandai pulak aku nak terangkan, kalau korang nak tau baik korang tgk sendiri, takut karang aku merepek2 plak dan akhirnya cerita tu jadi cerita versi aku plak..bley..hihi

Apapun mmg syok bila melayan cerita hindustan di malam tahun baru gini dari aku gi melepak tak ttu pasal, lagi buang karen, yer tak??

Apapun, aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat kedua kalinya. Semoga apa saja yang diidamkan dalam hidup korang pasti akan menjadi sukses...aminnn..


ummi yang teruja..

Thursday, December 30, 2010

TIRAMISU..nama mmg sesedap cerita, cayolah..


Aku ni adalah manusia yang paling payah tak hengat nak nonton drama melayu, mungkin kerana aku ada sket pengalaman buat skrip masa studi dulu yang membuatkan aku harus pandai buat perbezaan yang mana drama tip top dan yang mana drama sekadar di pinggiran..(ayat2 skema dari penulis pencen, hahaha).

Bukan kerana aku kenal pierre sebab sama2 belaja dulu atau si amani tu student kat skolah menengah aku dulu yang membuatkan aku syok nak tengok cerita tu (bak kata orang, nak sokong member2, tidak yer aku bukan begitu orangnye,kalau drama tu hampeh, drama tu ttp akan menjadi hampeh walau sejauh mana ia diolah).. ini kerana drama tu agak sedap mata memandang, sesedap namanya 'TIRAMISU' (i like tiramisu, nyum2) jadi aku teruskan dengan menonton hingga habis.

Biarpun baru beberapa episod dan aku dah pon terlepas episod yang pertama, aku ttp still boleh follow sebab bukan susah nak follow drama melayu yer tuan puan, ini kerana mereka masih di takuk yang lama, cerita love story bisa diramal, huhu (sungguh jahat ayat aku, gegegegrrr)

Apapun segulung tahniah buat pierre (lama betol tak dgr citer ampa, apa kabar sekarang?) dan segulung tahniah juga buat amani ( sejak adik luruskan rambut kat skolah lagi akak dah minat kak adik, hihi)..moga ampa sukses selalu..

Dan buat pembaca, rajin2kan lah diri tgk drama melayu..bahasa menunjukkan bangsa tau..(tetiba)..

slot akasia-tiramisu-kul 6.30 ptg...layannnnn...


ummi yang penyayang..

Wednesday, December 29, 2010

before dan after

Lagi 2 hari jer nak masuk dah tahun baru, jadi apa azam korang semua?? Mesti salah satu azam bagi girls2 musti nak kuruskan badan. Every year pon camtu tapi hasilnya ttp juga comel dan gebu bila sampai ke akhir tahun..hihi..jangan marah yerrr...

Mmg susah bagi kita nak kuruskan badan tapi mudah untuk gemukkan badan, tu lah yg jadi persoalan tunggak di dlm kepala otak kita..sememangnya salah siapa tu??

SALAH MAKAN atau SALAH MATA sebab mata memang suka memujuk hati..silap2 gajah depan mata pon boley telah..huhu..

Tapi alkisahnya sekarang aku nak bercerita ttg putri aku yg kiut miut lagi slim iaitu Siti Nur Zulaikha.. dari mula dia lahir dia punya badan yg terbaik, gebu, kiut, comey dan sewaktu dengannya. Mmg geramlah kalau nak ditengok2, silap2 pipi dia yg gebu2 tu nak ajer digigit2.



Tapi tu before dia meningkat umur setahun, tapi after jer setahun, hamek ko, slim cam model..apakah??..itulah punca bila ummi borek, anak rintik..ngikut jer selera yang tak brapa nak selera nih..



jawapannya, ummi ngn baby pon kena ceramah ngn doktor..hahahha. Pengalaman weh..pengalaman yang tak dapat kami berdua lupakan..



Jadi azam tahun baru kali ni selain mengejar ilmu dunia dan akhirat adalah proses menggemukkan putriku..hihi. Saper ada cara??


SELAMAT TAHUN BARU SEMUA
dari ummi utk semua.....

Sunday, December 26, 2010

hantu punya kak limah...hakhakhakhak...


Tadi sakan benar nak pegi tgk hantu kak limah balik rumah. Memandangkan ni musim cuti sekolah jadi aku buat keputusan pegi tgk kat the curve, huhu. Ini disebabkan atas dasar sesak orang ramai, jadi baik pegi kat tpt yg tak berapa nak sesak, yer tak??

Masuk jer dlm panggung, sumer tak boleh nak simpan gelak lagi. Dari baris A spi baris Z, sumer macam kena sampuk antu gelak sampai aku yg mula2 gelak jadi malu nak gelak. Tapi yang pasti citer tu mmg tip top..hahahhhah, gelak besar jugak la aku..

Bukan selalu kawan dpt tgk wayang, jadi kalau dah dapat tgk musti la nak cari yang 'A' pya, kan kan kan..lalala~~

Pe pun citer tu mmg 'A' la..Syabas Mamat Khalid...yehaaa..




seronoknyer.....

Tuesday, December 21, 2010

macam arnab ngan kekura...ish3


Petang tadi aku ngan ikha dah bergaduh besar, punca? ikha tak mau makan. Aku paksa ikha makan, ikha ngelak dan buang bubur tu kat baju aku.

Aku marah, aku letak dia kat atas sofa sambil bebel2, dia plak amik inisetif turn sofa dengan jerit2 kat aku sambil buat air mata.

Aku tensen, aku mula jerit2 marah lagi...

Ikha yg tadi dah turun dari sofa tah pergi mana2 dan balik semula sambil bawa bekas biskut oreo (adiah sebab beli 2 biskut kat KL dulu), dia usha aku sambil wat air mata lagi, aku pandang dia, dia pandang aku. Aku cakap

"Nak apa lagi?"

Dia terus baling bekas biskut tu kat aku pastu lari kat sofa lagi satu..bekas oreo tadi berlepuk kat muka aku, adushh...sakit giler..

aku kejar ikha, ikha lari sambil nangis2..aku pun cekak pinggang tapi mulut masih mengomel. Dia pandang aku, pastu tetiba lari dan peluk kaki aku, masih nangis lagi.

Aku pandang dia, dia pandang aku....???

dan after 10 minit dia cium pipi aku dan aku cium dahi dia..

kami pun berbaik...boley gitooo

dah tua2 pon nak gaduh2 ngn baby, apa kes???

p/s: bak kata suami aku, ummi ngn anaknya dah macam arnab ngn kekura bila gaduh..ish3..persoalannya sekarang, sape arnab, sape kekura??

Saturday, December 18, 2010

tukar no phone lagi bagos....@#$%$##@#$%*&^


Setelah hampir seminggu lebih aku tak dganggu, akhirnya aku dganggu kembali (acecehh, cam ayat drama melayu plak)..iyer, ini adalah cerita benar belaka. no tepon yg aku pakai sekarang mungkin takde 'ong', 'ong' bukan sebarang 'ong', tp 'ong' tiow punya..sungguh bengang aku bila menerima mesej2 yang tak sedap didengar sedangkan aku tak kenal pon tukang bagi mesej tuh..sakit ati ni jangan tak tau jer la, boleh jadi panas dalam tau...geram, geram..

Semenjak suami aku beli no nih lagi aku sering diganggu, lebih2 lagi oleh org indon. tp tak kisah sgt lah sebab indon tu paham bahasa bila kita bagi tau yang dia dah slh no, tp yang melayu malaysia nih yg tak paham2 bila aku kata yg dia dah salah no, malahan dia tuduh aku ada skandal plak ngan laki mereka, apakah??

Semalam sebagai kata pemutus aku rasa baik aku tukr no fon bagi memudahkan emosi aku kembali stabil dari hati cuba nak memaki2 tak tentu pasal..boleh sakit tibi tau!! ini kerana awek yg sama dok msj kata aku msj dia minta call dia, apakah?? dah hampir 4 ari aku tak topup fon, jd camne aku leh msj dia gitu plak semalam, sewel2.

Aku terang baik2, tp dia mcm tak puas ati, mcm nak kata aku nak ggu rumahtangga dia lagi. Subahanallah, aku tak kenal pon beliau. Aku igt no msj tu dan aku pasti ia dtg dari org yang sama marahkan aku seminggu dua yg lalu.

Kalau nak maki karang kita tak kenal, jadi sabar jer lah. Dan kesabaran tu membawa kepada penyelesaian yg aku harus tukr no fon baru, ini kerana aku syak yg ada org dah pintas no fon aku dan bermadu asmara dibelakang aku, bley.."U GUNA NO FON I TAU, U PIKIR I APA, JALAN TENGAH NAK BUAT DOSA KE??" Astagharafirullah halazim..

Kepada kekawan, aku akan bagitau no baru tu nti...sebab aku dah tak leh tahan babe dituduh sebagai pengacau rumahtangga orang sedangkan aku ada suami dan anak yang kiut miut...


sekian

ummi yang tension

Friday, December 17, 2010

ummi tak kisah ikha kurus, yang penting ikha sihat..


Sambil duduk2 dan menonton cerita kartun kegemaran aku, aku peluk ikha dan aku dapat rasa yang putriku itu kurus sekali, kurus tidak berisi kerana tak lalu makan. Aku teringat akan kata2 nurse yang ikha mungkin tidak dpt membesar dgn baik klu berterusan begitu.

bukan aku tak mahu paksa ikha makan tapi aku tak tahan melihat ikha menjerit2 dan mengamuk2 marah kerana dipaksa makan, kesian, dia masih kecil. jadi aku hanya membiarkan.

tapi baik ke kalau aku biarkan saja?..hmm itulah perkara yang amat memeningkan aku.

ikha sememangnya nampak aktif,tapi sejauh mana dia akan aktif macam tu kalau perut tak diisi dengan makan. kadang2 aku rasa macam aku yang bersalah sebab orang kata kalau anak dah dibiasakan dengan garam di dalam bubur nanti lama2 anak akan cerewet dalam bab2 makanan dan ternyata kata2 orang tu macam betul. ikha sangat cerewet bab makan.

apa yang aku nak buat, aku dah makin keliru. aku cuma nak tahu sampai bila ikha akan begini? dan aku tak mahu ikha terus macam ni, kesian ikha, ikha masih kecil (bukan dah cakap ke tadi).

jadi sekarang boleh ke aku kata "ummi tak kisah ikha kurus, yang penting ikha sihat", nampak sangat aku pentingkan diri kan???

sekian,

ummi yang sedih..

Thursday, December 16, 2010

funny talk......hahaha




radio usang (cerpen)



Semalam sewaktu dia sedang lewat di depan sebuah kedai peralatan, dia ada terlihat sebuah radio lama terhias usang di muka cermin kedai. Gayanya seperti sudah tua benar, tiada apa yang menarik melainkan ianya seperti sebuah artifak lama yang mengandungi kehebatan yang tertentu. Sebelum-sebelum ini, dia tidak pernah lagi melihat radio itu dipertontonkan begitu biarpun kedai itu sudah 50 tahun kelahirannya. Inilah julung-julung kalinya radio itu sengaja dipertontonkan dan ianya lansung tidak menarik minat sesiapa untuk melihat melainkan kedua biji matanya pada hari itu.

Langkah yang tadi diatur pantas kini terpaku di depan cermin kedai kayu yang sudah usang. Seperti dipanggil-panggil, dia mula mengatur langkah memasuki kedai tanpa sebarang bicara dan akhirnya dalam sekelip mata radio yang tadi hanyalah sebuah perhiasan sudah ada di dalam pautan tangannya. Terasa sayang benar dia akan radio itu biarpun ada mata-mata yang hairan dan pelik melihat tingkah lakunya. Pedulikan mereka, aku juga sayang padamu. Terdengar akan telinganya bisikkan yang datang secara tiba-tiba. Siapakah yang berbisik? Soal dia kehairanan.

Hari itu dadanya terasa lapang sekali. Matanya mahupun tangannya tidak henti-henti dari terus mengusap dan membelek tubuh usang radio lama itu. Dia teringin untuk mencuba memasangnya, mendengar samada radio itu masih lagi bisa berfungsi. Jika tidak, adalah sia-sia sahaja dia mengeluarkan duit yang mungkin tidak sebeberapa bila mana dia ditawarkan untuk menjaganya dengan hati-hati oleh pemilik kedai.

“Awak kena jaga baik-baik, saya tidak mahu bertanggungjawab jika awak disumpah”. Pemilik kedai itu tegas bersuara. Disumpah, apakah itu ayat yang terbaik bila seorang pelanggan cuba untuk membeli barangan antik yang ada di kedai itu. Saranan bagaimanakah itu bila mana ayat-ayat itu seakan-akan cuba untuk menakut-nakutkan dirinya. Dia bingung sebentar.

“Apa maksud tauke saya akan disumpah?,”dia bertanya lagi.

“Saya ada kata ke yang awak akan disumpah?”Tauke kedai itu pula yang sudah berputar belit.

Dia hanya menggelengkan kepala setelah duit yang tadinya cuba dibelanjankan untuk membeli ink sudah berada di tangan tauke cina itu.

Dia masih lagi mencari-cari suis yang seharusnya ada di badan radio itu tetapi lansung tidak berjumpa. Puas membelek dia tewas dalam pencariannya. Radio itu diletakkan di atas meja dan sebaik saja tangan dia melepaskan, radio itu mula berfungsi. Lagu-lagu keroncong sengaja dimainkan. Dia terpana sebentar, tidak sangka yang radio itu masih lagi bisa berfungsi. Perasaan yang tadinya sedikit kecewa kini sudah berbunga gembira. Tidak sia-sialah dia membelinya, bisiknya di dalam hati.

Pagi itu sehari suntuk dia mengelamun memasang telinga mendengar lagu-lagu keroncong yang beralun merdu. Dia seakan-akan asyik terbawa-bawa dengan lagu-lagu keroncong itu walhal sebelum-sebelum ini dia tidak pernah lansung mendengar lagu-lagu keroncong yang sebegitu.

Matanya tidak terasa lena, perutnya tidak terasa lapar bahkan badannya tidak terasa letih bila dia mendengar lagu-lagu keroncong itu. Apakah kerana radio itu memang punya keramatnya? Bisiknya di dalam hati. Arghh, tidak mungkin, mana ada radio yang punya keramat, radio ini bukanlah busut tempat yang disangka orang keramat sedangkan ianya semata-mata sebuah busut, habitat semut.

Dia masih asyik di kerusi malas. Kerja-kerja penulisan yang memerlukan dia segera untuk menyiapkannya dibiarkan tersadai di atas meja. Dia semakin hanyut.
“Kau masih belum siapkan novel ini, bukan ke dateline nya minggu ini?” Bakri hairan melihat sikap dia yang semakin berubah.

“Alah, kan masih ada masa 4 hari, nanti senang-senang aku siapkanlah”, dia menjawab ringkas. Bakri yang juga editornya cuba untuk memahami. Matanya memandang sekeliling rumah yang lansung tidak terurus, dari pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki sehinggalah kepada kain baju yang ada di dalam baldi, semuanya bagaikan dilupakan. Lupa untuk dibasuh mahupun untuk dicuci.

Bakri mula mendapatkan dia yang masih tersadai di kerusi malas, ketika itulah dia terpandang radio usang yang ada di atas meja. Radio itu masih lagi memainkan lagu-lagu keroncong, Bakri semakin aneh.

“Dari mana kau dapatkan radio itu?” Bakri bertanya.

“Aku beli 4 hari lepas di pekan, baguskan?”tanya dia.

Bagus, apa yang dimaksudkan dengan bagus oleh dia!?. Tiada yang bagus yang ada pada radio usang itu. Jika radio usang itu adalah sebuah hi-fi, mungkin ada juga bagusnya kerana terbukti yang radio itu punya fungsi yang pelbagai, tidak seperti radio usang itu cuma punya sifat sentimental yang tidak bisa dilihat oleh Bakri.

Halaukan dia pergi, bisikkan itu kedengaran pergi. Kenapa mahu kau kusutkan kepala kau dengan kehadiran lelaki ini, kan lebih baik kau hanya bersama aku, mendengar lagu-laguku. Bisikkan itu cuba menghasut lantas menyesakkan akal fikirannya. Dia jadi makin keliru, apakah benar apa yang didengarnya itu ataupun ia hanyalah imaginasinya semata-mata.

Wajah Bakri ditatap tajam, seakan tertarik dengan bisikkan itu dia melemparkan pandangan yang kurang enak ke arah Bakri. Seperti mahu menerkamnya, seperti mahu menghapuskannya. Halaukan dia, bisikkan itu masih lagi menghasut.

“Aku rasa lebih baik aku pergi”, Bakri yang seakan tahu dengan pandangan itu meminta diri, tidak mahu terjerbak ke dalam situasi yang lebih dalam lagi. Sempat Bakri mengingatkan dia agar menyiapkan novel yang sudah 3 minggu terbengkalai itu. Dia hanya mendengus sebaik saja Bakri hilang di balik pintu.

‘Kau sayangkan aku?’ bisikkan itu bertanya.

“Mestilah, jika tidak takkan kau akan ku beli”

‘Sejauh mana kau sayangkan aku?’

“Sejauh mana yang kau mahu?”

‘Sejauh langit dan bumi, tapi jauhkah langit dan bumi?’

“Hmm, aku fikir jauh”

Dia tergelak sendiri sambil tangannya mengusap lembut badan radio itu dengan kain berbunga merah yang ada di tangannya.

‘Kau lapar?”

“Tidak, mendengarkan lagu-lagumu, aku tidak bisa jadi lapar”

‘Sayang sungguh kau kepada aku ye?’

“Mestilah”.Dia tersenyum lagi.

Begitulah hari-harinya kemudian. Tubuhnya semakin kurus kering, tidak mahu makan, tidak mahu minum. Tangannya cuma suka memeluk radio usang itu. Tiada lagi cahaya yang memenuhi ruang bacaan melainkan alunan lagu yang tiada henti. Dia benar-benar disumpah, melupakan kehidupannya, mencintai radionya.

“Bagaimana dia boleh gila begitu?” Bakri sayu bertanya doktor yang ada di depannya.

“Dia gila kerana mencintai radionya”
***

Hari ini hari minggu. Seperti hari-hari yang lain tauke kedai peralatan itu meletakkan sebuah radio usang di ruangan depan kedainya. Tujuannya cuma mahu menghias, tiada maksud lain. Tetapi sebaik saja radio itu diletak, masuk seorang pemuda bertanya.

“ Sudah ada pemilikkah radio itu?”

Tauke itu memandang tajam lantas dia tersengih.

“ Sudah kerana ia milik kamu.”

Pemuda tadi tersenyum gembira. Hari-hari kembali seperti biasa, penuh cinta dan rasa sayang hanya pada sebuah radio usang.

Monday, December 13, 2010

letih

Arini sgt letih, letih mengganti puasa. Huhuhu, dah 3 ari termasuk arini, aku sangat berusaha wlupon badan rasa nak tumbang dan tubuh rasa sangat letih...kalau nak difikir2, bla lagi nak ganti puasa kan??



teringin mau mkn chicken chop...huhu

Sunday, December 12, 2010

putriku harus digemukkan dalam masa sebulan...camne tu??

Semalam aku gi bawa ikha buat check up di klinik. Seperti biasa jugak jantung aku akan terus berdebar2 bila masuk ke dalam klinik, nak tau sebab apa? sebab aku takut nak timbang berat badan ikha dan akhirnya menerima bebelan daripada akak2 nurse yang ada kat situ.


Bagi yang tak tahu, kalau berat anak dah mencecah line kuning, almaklum nak diberitahu bahawa anak korang dah masuk bahagian kurang protein dan salah seorangnya itu ialah ikha.



Aku diberitahu yang ikha ni hyper active orangnya, jadi dia di dalam kategori budak tak duduk diam, kerja dia asyik nak main jer. Jadi metabolismenya sangatlah tinggi, pembakaran lemak yang melampau lah katakan. Jadi apa saja yang dimakan ikha akan dibakar dengan cepat di dalam badan dan hal itulah yang menyebabkan ikha slim cam model.

Aku juga diberitahu untuk menggemukkan ikha..menggemukkan!!. Macam mana aku nak gemukkan ikha yang memang tak suka nak makan benda berdaging? Betul, aku tak tipu, ikha seorang baby yang sangat vegetarian..lansung tak suka nak makan bda berdaging, kalau bagi makan mesti menjerit.



Jadi harus bagaimana sekarang? kepala aku dah naik pusing. Vitamin yang dibagi semakin banyak. Nurse menasihatkan aku supaya kejar-kejarlah ikha sambil bagi dia makan, nescaya dia akan bertambah berat badan. Suapkan ikha dengan daging bega, chesedale dan apa saja yang mengandungi lemak dan protein..Kalau tidak, takut nanti pembesarannya terbantut...terbantut!! nak nangis rasanya dengar cakap2 nurse tu.



Tapi apapun aku kena usaha...dan usaha tu kadang2 mebuahkan kemarahan sebab ikha suka mengelak dan melarikan diri daripada aku..dugaan betul. Ada nak pompuan dah gaya anak laki..Sekarang rasakan keistimewaannya...lasak dan buas..huhu, alhamdulillah..ummi kena banyak bersabar..

Friday, December 10, 2010

LIKE IT...drama series terbaik weh...suka gila bila tengok

drama series terbaik...aku paling suka tgk citer2 misteri nih sebab dark effect tu ada dan aku sukakannya...jom tgk apa yg aku suka tgk..jeng3








korang plak suka tgk apa????

Thursday, December 9, 2010

Wednesday, December 8, 2010

gi makan2 @ kopitiam jerteh

Lama jugak rasanya aku tak gi makan2 kat kopitiam ni. Bukan kerana apa, tapi kerana malas nak masuk kat tempat ni sebab stiap kali lintas kat depan kedai musti ramai gila orang, almaklumlah..inilah satu2nya kedai kopitiam yang pior yang ada dekat town yang kecik nih..jadi orang ulu cam kami ni sangat cepatlah teruja dan menganggap inilah tpt paling moden yang pnh wujud kat town nih, bley gitu..kikikihh...





Dgn mee kari yang mahal dan ice blanded yang juga mahal, aku pon ngisi perot yang sememangnya agak lapor..dari pagi weh tak makan, mlm la baru merasa nak mkn best (biasalah, dah sampai musim malas nak masak kan...lalalal~~)




Suami pulak asyik melayan internet, aku pulak melayan makan, dan ikha pulak melayan keropok, bley..hihi..






Enjoyla kat sini sebab kopitiam ni amat strategik tempatnya, betul2 bertempat di tengah2 town nih. Jadi semua manusia yang datang pasti teringin nak singgah, khususnya mat salleh yang nak merasa makan mee kari cam aku. Walaupun ianya kopitiam tapi iya tetap ada ciri2 kampung yer kawan2 selain menyediakan makan barat sebagai menu utama.

Syoklah...memang syoklah...meh la dtg kalau nak cuba, dekat jer, alah kat jerteh terengganu, bley...hihihi..

selamat menjamu selera..

Tuesday, December 7, 2010

cuaca lembab tak bermakna hujan yer kawan-kawan

Seperti entry di atas, nampaknya memang benarlah saya tak ada idea nak kata apa2 arini, cuma nak menyatakan tetang keseronokkan membasuh baju setelah beberapa ari ujan..Tiada lagi baju lembab, tiada lagi masalah untuk iron baju baju basah kalau nak gi jalan2 sebab aku mmg tak gemar nak iron baju2 yang lembab ni..



seronoknye....tapi ada kawan aku ckp yang panas mungkin tak sampai ke petang, sebab ujan leh datang di tengah ari. Iyerlah, mmg betul cakap kawan aku tuh tapi haruskah dia cakap begitu semasa aku sedang seronok2 memikirkan baju yang kering, hampeh sungguh beliau..

Apapun baju nak hampir kering dan sori to say kepada kawan saya yang duk di perlis tu,

" ampa jangan marah..sebab musim ujan sekarang dah sampai kat sana, ampa la pulak merasa ujan, asyik kita ja "

jangan marah....kikikihhh

Monday, December 6, 2010

inilah jadinya bila asyik tgk barang...

Arini bagi hendak membuang masa dan membuang kemalasan kerana asyik duduk di rumah, saya menhajak suami saya pergi makan2 di KB mall..bukanlah nak kata jerteh ni tak ada tempat nak makan sampai gatal2 nak gi makan jauh2, tapi hati dah tergerak apa lagi redahlah cik kiah...yer tak??



Bagi mahu mengelak hujan, saya dah bersiap sedia membawa baju jaket ikha yang paling gempak bagi mengelak sejuk atau cuaca yang tak berapa baik buat 2,3 hari ni..Bukanlah apa sangat sebenarnya cuaca tu, tapi saja nak biar ikha berfesyen, salah ke?? yer tak??

Walidnya pun dah siap sedia pakaikan ikha baju jaket tu dan sampai je di KB mall, saya pulak gatal2 tanggalkan baju jaket tu, kiranya hal ni terjadi tak macam selalu sebab selalunya saya biarkan aje dia pakai jaket tu.



Yang paling dahsyatnyer, saya tak letakkan baju tu kat dalam beg saya yang besar tu, tapi saya gatal2 sangkutkan kat bahu saya cam bahu saya tu hanger(bley..kikih). Saya yg desprate gila nak shopping terus melupakan baju di bahu, kadang2 ada jugak baju tu jatuh2, tapi saya perasan dan akhirnya bila dah sedia2 nak balik baju tu pulak ghaib..apa kes?? hampeh sguh rasanya time tu.





Saya dengan bestnya mengarahkan suami saya untuk gi mencari baju jaket yang hilang tu, sayang weh, dah la mahal, beli kat KL sentral plak tu, igt senang ke suami saya nak belikan baju yang mahal kat KL sentral (bley)..

Setelah lama mencari, dgn muka yg agak bengang dan hampeh suami saya datang kepada saya dan berkata

" tak jumpalah..tu lah lain kali simpan dalam beg..lepas ni tak payah beli2 jaket lagi, pakai apa yang ada jer!!"

alamakss...abislah saya..camner nih??

Inilah jadinya bila asyik tgk barang..kan dah ilang satu lagi barang...

Saturday, December 4, 2010

movie malam minggu....walking tall

Asyik tgk drama melayu jer, mlm ni tgk movie omputih plak...wahh suka kamu 'the rock'...aku kalau cerita brdasarkan 'based on the true story' ni mmg minat sesangat. Sebabnya cerita diorang semuanya dtg dari pengalaman, yer tak. Bukan sekadar cerita merepek2.



Bukan aku nak cakap cerita merepek2 tu tak elok, tapi kalau dah ngarut2 sangat, tak merepek tu gamaknyer..ish3.

Enjoy la tgk cerita ni sebab baru sekarang2 nih lah dapat tgk movie, sblom2 nih asyik melayan mata jer (tido la apa lagi)..

Friday, December 3, 2010

dunia hiburan masa kini.....

Kekadang bila aku buka tv aku selalu terfikir, rancangan kanak2 apakah yang terbaik buat anak2 kita pada masa kini. Dengan cerita2 yang di luar batasan pemikiran kita, apakah anak kita mampu untuk menonton dengan hanya menggunakan akal yang masih muda.

Kita sendiri tahu yang anak2 kecil memang senang terpengaruh, samalah macam anak aku, asal terdengar nyanyian 'Akim', mesti laju2 dia duduk depan tv. Tgk muka saja kita rasa nak tergelak, tetapi tahukah kita yang satu hari nanti anak2 ini akan terpengaruh dengan apa yang dilihat.



Terpengaruh yang aku maksudkan adalah terpengaruh dari segi minat, minat apa? udah tentulah minat nak jadi penyanyi, penari @ yg sebagainya. Bukannya aku ni anti sgt dgn dunia hiburan tapi mahukah kita melihat anak kita terkinja2 di atas pentas hanya kerana mahukan glamour..oh no...

Sudah cukuplah dulu aku belajar di kolej kesenian Aswara, di situ banyak pekara yang mengajar aku untuk membuka mata kepada dunia hiburan yang sebenar. Suka itu tidak salah, tapi terjerbak secara lansung itu yang membikin hati aku gundah kerana aku tahu yang anak aku lahir dari darah seni campuran tentera. Kenapa aku kata begitu? sebab anak aku boleh diam bila tgk randai sedangkan anak2 kecil lain melalak mahu keluar dari panggung, bley??

Sekarang kita sendiri telah lihat banyak anak2 kecil sudah mula suka menunjukkan bakat di kaca tv contohnya di dalam rancangan Idola Kecil dan Kamilah Bintang. Melihatkan anak2 itu seronok menyanyi kita jadi terhibur tetapi sampai bila keadaannya akan begitu.





Tidak salah untuk anak2 kita menunjukkan bakat mereka yang terpendam tetapi janganlah sampai minat itu dijadikan sebuah cita2, cukuplah hanya sekadar minat kerana dunia hiburan tidaklah seperti apa yang kita sangka, indah di luar, tetapi sakit di dalam..

Sayangnya.....

arini bersesuaian dengan tarikh dan harinya, aku, laki aku & putri aku pergi ke kota bharu untuk melihat sepasang mempelai yang akan bersanding. Bukan org lain, tapi teman ASK aku dulu, Nor Najwa Azmee dan pasangannya Zariman.

Memandangkan kami dtg terlalu awal, mka tiada siapalah di situ melainkan sedara mara beliau sahaja. Alangkah kagetnya kami, mana taknya semua sedara mara dia dok pandang kami...malu weh...



disebabkan awal jgklah aku tak dpt nak amik pic dy pakai baju sanding, ini kerana time tu dia masih blom mekap, sayangnya...






Yang dpt aku amik cumalah pelamin, hantaran dan dy yang masih pakai baju biasa.
Bukan aku tak mo tunggu dia bersanding n amik pic dia banyak2, tapi laki aku keje plak petang ni, jadi terpaksalah balik awal. Syahdunya, sedey tau tak dpt amik pic sesama...tapi apapun aku dah datang, tak jugalah dia terasa...yer tak?