Sunday, August 28, 2011

jpa lagi seminggu raya...InsyaAllah~

Assalamualaikum u olss
tak dpt nak update apa skrg
ni kan plak BW
cbuk la..huhu
cuma nak kasi tau
jpa lagi sminggu raya yer..
pada yg pulang ke kpg tu
berhati2 di jalan raya..daa~~


Thursday, August 25, 2011

dengan ini diumumkan...yehaaaaaaa~~

Assalamualaikum u olss

jom baca perbualan diantara suami isteri
yg teruja nak balik kpg..kehkehkeh

pinjam sat ya cik gugel..

aku: ayang da tau ka kita nak balik kpg bila nih?

ayang: oh, lupa plak nak cakap, abg dapat cuti sesi ke2

aku: ohhh, ( cuti sesi ke2, maknanya pas raya yer kwn2, raya ke3 plak tuh..huhu)

ayang: tp ayg kemas je la baju ahad nih...(sambil jeling2 senyum kat aku)

aku: mak aihh, awalnya ..ngada2 la, balik raya ke3, nak kems awal2 plak..aishh

ayang: alah, kemas je lah, abg da jual duty kat bebudak bujang tuh..hehe. ayang tak teruja ke?

mau tak teruja, aku ni manusia biasa yang rindukan kpg halaman tau..
haruslah ada riak2 teruja..
lebey lagi bla bawa blik anak
sumer tu bermotip hokeyy..kehkeh

dengan itu diumumkan
kami akan pulang ke kpg pd 29hb nih
hari senin yg berbahagia
semoga perjalanan kami selamat
selamat pergi, dan selamat sampai ke destinasi
aminnn....



sumer dah beres....lega rasa ati~~hehe

Assalamualaikum u olss
td gi amik baju yg ditempah
tetiba rasa sedey plak tgk baju tuh
sb macam tak berapa cantek ja
asalnya nak buat baju modern
sb makcik tuh mmg pro wat baju modern
tp makcik tu dah takmo buat
jadi tpksa wat baju kurung biasa
dan hasilnya...huhuhu

tapi syukurlah
asl ada baju udeh
nama pon bakal jadi bibik
jadi apa kira pakai baju apapon
dsebabkan baju tak brapa nak mengancam
aku amik kata putus
nak beli tudung mahal sket
yg nampak santek dimata
bagi menutup ketidak berapa cantiknya baju kurung tuh..(ayat tah pe2)

jom tgk baju raya kami
baju raya aku, laki aku dan ikha..

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

hukhukhuk..macam makcik tol..

seb baik tak macam pakcik2..huhu

nenek yg belikan, cantek la jugak..

baju slps baju kurung dikotorkan...hehe

aksesori sampingan~~hehe

tahun nih tiga2 ada kasut baru..hehhe..syukur...

janji hepi....LOL

Wednesday, August 24, 2011

meme kucing bijak...bijak ka?? hehe

Assalamualaikum u olss


tgk2, bijak tak bijak makhluk Allah nih
sampai stuck printer tuh
hahhahhha..adoiyaii...

Monday, August 22, 2011

Anda kaki belog..meh cni aku nak ajk ikot join kumpulan~

Assalamualaikum uolss
huahuahhahha
aku ni manusia yg tader keja
bila da tader keje
aku suka godek2 FB
wat kumpulan sesuka ati
semata nak puaskan ati kengkawan
yg suka drop link kat kelab pencinta novel aku



aku tak marah
sb aku mmg suka ampa wat cenggitu
tp rasanya cam tak elok ja
ganggu belog kelab tuh
ngn link2 yg kekadang
tader kena mengena ngn kelab tuh
cthnya, link nak meniaga minyak wangi
apakah???
kalau niaga buku, aku kira ok la jugak

jd di subuh ari ini
aku nak ajk kengkawan
join la kelab baru aku
kelab DROP YOUR LINK BLOG HERE
lantak korg la nak post apapon kat c2
tips, perniagaan, kehidupan..aku tak kesah
janji korg bahagia

tp, dsebabkan grup tu masih baru
jadik nak minta jasa baik
gi la invite kengkawan yg mmg kaki blogger
tuk jadi sahabat aku..eh..tak jadi rakan grup tuh di FB

Linknya ada di sini
semoga usaha ini
akan menambahkan rakan2 di belog korg sumer
sekian, wassalam..

/
/
/
/
/
/

Sunday, August 21, 2011

tak bleh tahan la ngn mamat nih~~sila gelak

Assalamualaikum u olss
kita ni mmg suka amik mudah kan
lebey2 lagi bab agama
sbg org islam
cth camni ke kita nak ikot
da tua bangka nih...aishhh



rasa nak gelak besaq kn
gelak2 jugak
ampa tu bangon tak solat subuh???

1 teknik ringkas tuk suami yg takmo bgun sahur~~

Assalamualaikum u olss
korg sdri tau kan sahur tu diwajibkan kpd kita
walau hya dgn memakan sebiji kurma dan secawan air

ya begitulah klu nk mendapat amalan yg baik di buln yg berkah nih
tp apskah nseb diri ini jikalau dah 10x kjut laki
tp laki ttp liat nk bgon sahur

kacak tak beliau mkn ABC??? :P

rasanya apa yg perlu dbuat olh aku sbg istri??
ya kawan2..inilah tekniknya
jgnlah pula kita sesuka ati mencurah air ke mukanya
cam yg salu kita tgk dlm tv tuh
alamatnya bukn kumpul pahala bebulan pose cenggini
tp kumpul dosa la plk

jd silalh meletakkn air dan sebiji kurma di sblh tmp beradunya
agr dy tak sush2 bgon & gi mengamik nasi ke dapur
mudh, cpt dan xpress
teln sebiji kurma, tros terbantir blik
tak pyh sush2 nk tanak nasi
yer tak??

tp phmlah wahai kwn2
dgn cara itu juga
kita akn salu mendengar keluh kesah dr laki kita
di tgh ari buta
dan time tu juga
hya jelingan setajam pisau je dpt kita ulurkn
mnggantikn mkn sahur yg dy sdri gatai takmo amik
keh3...pdn muka~~

ps: asl ada piza dlm periuk nasi den nih..eh??

Saturday, August 20, 2011

Nuansa alam maya...err~~sila baca yerr..

Assalamualaikum u olss
rasanya, cam da lama bonar tak post cerpen kat cni
arini nak post lahh..

sila jgn tidor...kehkehkeh



NUANSA~

NELL memantau keadaan sekelilingnya gelap gelita. Beg galas yang tersangkut dibahunya di turunkan perlahan-lahan sementara tangan kirinya menyeluk ke dalam beg. Lama juga Nell meraba-raba isi perut beg yang dipegangnya itu sehinggalah tangannya mencapai sesuatu yang berbentuk cakera. Cakera itu dikeluarkan lalu dihalakan ke arah cahaya bulan yang terang. Menyilau cahaya yang terbias daripadanya sehingga menyebabkan Nell menutup matanya sendiri. Nell tersenyum.

Cepat-cepat Nell melangkah laju menuju ke bilik komputer yang ada di tingkat 2 kolej persendirian itu. Sambil kakinya terus melangkah, tiba-tiba sesusuk tubuh kecil muncul dari balik ruangan rehat yang ada di tengah-tengan banggunan itu. Susuk itu adalah susuk seorang gadis genit yang memakai sut berwarna biru laut. Gadis itu menjeling tajam ke arahnya sambil kedua belah tangannya mengcekak pinggang. Nell terperanjat. Cepat-cepat cakera yang dipegangnya disembunyikan di bahagian belakang tubuhnya. Gadis itu masih memerhatikannya di dalam kesamaran malam. Disebabkan cahaya bulan tidak sampai ke tempat itu, maka Nell lansung tidak dapat melihat wajah si gadis melainkan cuma sut yang dipakainya.

“Siapa kau?” jerit Nell perlahan. Persekitaran sekeliling harus juga diambil peduli. Dia tidak mahu suaranya itu didengari oleh pengawal yang menjaga di kawasan itu.

Gadis itu tertawa kecil. Dia melangkah sedikit ke depan bagi memperlihatkan wajahnya kepada Nell. Tidak sangka hari ini dia akan bertemu lagi dengan Nell, programer yang telah membuka dimensi baru dan menyesatkan dirinya ke alam ini. Hatinya berubah panas.

“Kau tak kenal aku Nell?” keras sahaja suara yang terpancul keluar dari mulut gadis itu. Nell masih cuba untuk melihat. Sesekali dia mengecilkan matanya untuk menjelaskan lagi pengelihatannya. Ia, dia memang tidak mengenali gadis itu. Siapakah gadis itu?, fikirnya sendiri.

“Aku Leya. Pahlawan Nuansa yang kau bawa ke dunia ini,” Gadis yang bernama Leya itu sudah mula meninggi suara. Nell terperanjat besar mendengarkan perkataan perwira nuansa itu. Setahu dia, perwira nuansa hanyalah rekaan ilustrasi permainan dimensi untuk projek penilaian akhirnya. Masakan pahlawan Nuansa itu benar-benar wujud. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kau jangan berlagak bodoh. Disebabkan kau, seluruh kaumku sedang menghadapi kematian,” Leya semakin membuak marahnya. Nell yang sendiri tidak tahu dengan apa yang berlaku terus sahaja mendekati Leya yang terpacak di depannya. Berpusing dia mengelilingi Leya yang memandang sinis ke arahnya.

“kalau benar kau pahlawan Nuansa, maknanya kau hanya sebuah permainan,” Nell masih memerhatikan susuk tubuh gadis itu.

“Dan kau kelihatan benar. Tidak sangka aku menghasilkan sebuah projek yang benar-benar hidup,” Nell tertawa kegembiraan. Dia menjerit mengulangi kata-katanya yang sebentar tadi dan hal itu menyebabkan Leya berasa cukup bengang. Nampaknya Nell memang mengambil mudah tentang semua perkara yang dilakukan. Tidak seperti apa yang dikatakan oleh Fauz, Nell hanya merupakan seorang pemuda bodoh dan sombong. Mahu sahaja dia menarik kepala Nell lalu dihentakkan ke muka dinding. Biar dia merasakan realitinya Leya memang banyak fungsinya.

Nell mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut. Sedang dia masih memerhatikan Leya, mulutnya sempat bertanya, “sebab apa kau ke mari?”

“Aku mahu membawa kau ke Nillon. Aku mahu kau membetulkan semula apa yang telah kau rosakkan!”

“Nillon...haah, bukankah itu negara pahlawan nuansa?” Nell terjerit kuat. Tangan leya yang gebu itu pantas menutup mulut Nell yang masih mengomel. Telinga pemuda itu ditarik pinta diam. Nell pasrah dan mulutnya kembali terkunci. Diperhatikan saja Leya yang menggeleng kepala.

“Kau telah mengubah sistem cuaca di Nillon, dan kau juga telah mewujudkan Wizz, makhluk perosak di Nillon. Jadi salahkah aku membawa kau ke Nillon bagi membetulkan segala-galanya!” marah Leya. Nell kelihatan terperanjat lagi. Wizz, setahu dirinya, tidak ada makhluk yang bernama Wizz di dalam permainan dimensinya. Adakah Leya sekadar mahu berseloroh kepadanya. Dia tidak percaya.

“Kalau kau tidak percaya, cuba kau lihat permainan bodoh kau itu!” Leya menarik tangan Nell lalu di bawa ke bilik komputer. Setelah komputer nipis itu dibuka. Cakera yang tersembunyi di belakang tubuh Nell diambil Leya lalu dimasukkan ke dalam perisiannya. Tangan Leya pantas menaip beberapa perkataan di atas keyboard sementara Nell tergamam melihat. Tidak sangka Leya pantas menggondam hasil kerjanya dalam hanya beberapa minit berbanding usahanya untuk mewujudkan kata kunci yang paling susah untuk dibuka.

Beberapa makhluk kecil yang berwarna hijau keluar menari-nari di atas skrin komputer sementara menunggu komputer loadding. Leya tersenyum dan itulah pertama kali Nell melihat gadis itu tersenyum. “Kenapa, apa yang kau senyumkan?” tanya Nell.

“Lihat itu, Millius cukup gembira bila menari,” jawab Leya. Nell kembali memandang ke muka komputer. Makhluk kecil yang berwarna hijau itu masih lagi menari, makhluk itukah yang bernama Millius. Soal hatinya. Dia juga mahu tersenyum.

Setelah 20 minit menunggu. Tiba-tiba skrin komputer itu mengeluarkan sebuah cahaya putih yang terang. Cahaya itu terpancar sehinggalah membawa ke ruang luas yang ada di bilik itu. Nell tergamam. Belum pernah seumur hidupnya yang dia akan berdepan dengan situasi seperti itu. Walaupun jantungnya berdegup kencang, namun sifat teruja yang terlahir dari hatinya terus sahaja memuncak. Leya sudah berdiri di dalam bulatan cahaya itu. Tangannya dihulurkan kepada Nell yang masih lagi terkial-kial.

“aku bermimpi,” Nell menyebutnya perlahan.

“Kau tak bermimpi, kalau benar kau bermimpi, kau pasti tak akan sakit kalu aku menumbukmu,” Leya sudah menggengam penumbuknya. Walaupun hati Nell masih berasa sangsi, tetapi kepercayaan yang diberikan oleh Leya menguatkan hatinya untuk terus melangkah ke dalam bulatan itu. Tiba-tiba ruangan bilik itu berubah dan samar-samar menjadi sebuah kawasan penempatan yang asing di matanya. Dalam sekelip mata, dia sudah sampai ke dimensi yang lain. Apakah benar apa yang dilihatnya ini? jantungnya masih pantas bergoncang.

Selangkah Nell menjejakkan kakinya ke alam itu, tshirt yang dipakaianya tiba-tiba berubah menjadi sepasang sut berwarna hitam, persis kostum animasi anime yg selalu dilihat di kaca tv. Sut itu bagaikan melekap ke kulit, ketat dan kurang selesa untuk dipakai. Walaupun begitu, Nell masih lagi teruja dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Sekilas dia menoleh memandang Leya yang ada di sisinya, sut gadis itu juga berubah menjadi sehelai blaus putih yang panjang mencececah lantai. Jaket kulit yang tiba-tiba terpancar bagaikan cahaya orbit mula menyinari separuh dari tubuh gadis itu lantas menjadi perisai yang sangat padan dikenakan bersama-sama blaus putih yang indah itu. Rambutnya yang panjang dan ikal itu pula terikat dengan sendiri sehingga bercantum dengan ikatan manik yang tersimpul dihujungnya. Menurut pengelihatannya, manik itu persis sepasang mutiara yang berkilau bagaikan bulan yang memancar terang. Nell kelihatan kagum sekali.

“Puteri Leya...” seorang pengawal yang bersut hitam kemas siap dengan senjata yang berbentuk lembing datang memberi sembah. Leya menundukkan kepalanya sedkit membalas hormat dari pengawal itu. Pengawal itu kembali memandang Leya lantas menjeling kepada Nell yang ada ditepi gadis itu.

“rasanya lebih baik tuan puteri ke istana sekarang, gering tuanku sudah semakin kuat,” beritahu pengawal itu. Leya resah bila mendengarkan perkhabaran itu, dengan sepantas cahaya, Leya berlari meninggalkan Nell yang terpinga-pinga di belakangnya. Pengawal tadi Cuma tersengih melihat Nell yang terpacak sendirian. Kerana begitu takut, dia mulai rimas dengan situasi itu.

“Silakan orang bumi,” pelawa pengawal itu sambil menekan sesuatu dari alatan yang canggih yang ada ditangannya. Alatan yang canggih berbentuk kapsul itu dicampakkan ke depan mereka, perlahan-lahan alatan yang berbentuk kapsul itu berubah dari menjadi sebuah kiub kepada sebuah kenderaan yang canggih dan mampu terapung. Matanya membulat, sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya di depan mata.

“Wahhh, canggihnya. Siapakah yang begitu bijak mencipta kenderaan seperti ini?” tanya Nell penuh kagum.

“Kamulah Tuan Nell,” pengawal itu bersuara . wajah Nell kembali berubah, tetapi kali ini dia bagaikan mahu tumbang. Tidak sangka alatan yang begitu canggih itu dicipta olehnya. Seakan berada di awang-awangan, kakinya tiba-tiba tidak merasa tanah. Dia dibawa ke dalam kenderaan itu melalui cahaya yang datang dari arah kenderaan itu. Nell tersenyum gembira, “cool,” bisik hatinya.

“Tapi ini semua takkan bertahan lama Tuan Nell. Wizz sudah semakin hampir,” pengawal itu memberi isyarat tangan kepada skrin yang ada di dalam kenderaan itu. “Baik tuan,” skrin itu menjawab lantas kenderaan itu bergerak laju, selaju pesawat ringan yang berlegar-legar di angkasa raya.

***

“Anakanda sudah dapat menjejak beliau Ayahanda. Anakanda harap agar Ayahnda akan cepat sembuh,” Leya mengusap dada lelaki yang separuh umur itu. Lelaki itu langsung tidak membuka matanya. Wajahnya pucat dan putih, kelopak matanya pula bergerak-gerak seakan-akan memimpikan sesuatu yang ngeri.

Nell yang berdiri memerhatikan tingkah laku Leya berasa cukup sayu. Biapun dia tidak tahu akan situasi yang dihadapinya, namun dia tetap setia menanti di situ. Menanti untuk mahukan jawapan.

“Ikut aku,” ajak Leya yang sudah menghampirinya. Nell hanya menuruti tanpa dapat berkata apa. Ada ketegangngan yang berlaku antara mereka. Nell pasti jika dia cuba untuk membuka mulut dan bertanya, pasti Leya akan bertindak kasar, walaupun pada pandangannya Leya hanyalah seorang gadis yang cantik dan lemah.

“Kau pasti tahu siapa Wizz!?” soal Leya.

“Aku tak tahu apa yang kau cuba katakan,” Nell geram. Dia yang dibawa ke tempat asing lantas di soal secara melulu memang terasa seperti banduan. Setahu Nell, dia lansung tidak mengenali Leya, malahan Wizz itu sekalipun. Siapa Wizz? Dia sendiri tidak pernah melihatnya.

“Inilah Wizz,” Leya menekan satu punat biru yang ada di tepinya. Satu pancaran kilat yang menyerupai skrin yang aktif kepada sistem elektromegnet muncul di depannya. Sesusuk tubuh makhluk yang berwarna merah muncul dalam bentuk maya. Makhluk itu kelihatan cukup bengis dan menakutkan. Mukanya tersangatlah hodoh dan badannya sasa dan menggerutu. Seingat Nell, dia tidak pernah mencipta makhluk yang sedemikian rupa untuk projeknya. Adakah apa yang dilihatnya ini cumalah sekadar virus...virus, matanya terbeliak.

“Ini virus...ini virus rekaan temanku Zacky!!” Nell terjerit. Otaknya mula mengimbas kembali kejadian yang berlaku dua hari lepas. Nell dan Zacky bertengkar mengenai perisian yang mereka reka bersama. Menurut Zacky, Nell sengaja mahu memonopoli projek penilaian akhir itu untuk dirinya sendiri. Segala markah awal yang diperolehi oleh mereka berdua tidak ditimbangtara dengan baik oleh pensyarah fakulti. Nell memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding Zacky. Perkara itu membuatkan zacky makan hati. Rasa marah yang membuak membuatkan Zacky bertindak mencuri cakera liut yang kini ada di tangannya. Dan tanpa disangka, sejenis virus yang dipanggil dengan nama Wizz direka bagi memakan segala isi perisian yang ada di dalam projek akhir itu. Nell mula menelan rasa marah. Tidak sangka rasa sakit hati Zacky telah membawa keburukkan kepada Leya dan kaumnya. Dia berasa cukup bersalah dengan apa yang berlaku. Seharusnya dia membantu, tetapi dia sendiri tidak tahu bagaimana.
“Kenapa kau mahu ke kelas komputer tadi?” tanya Leya

“Ohh, aku mahu ke kelas komputer kerana mahu menyingkirkan virus itu”

“Kau pasti virus ini perbuatan Zacky?”tanya Leya lagi

“Sudah tentu aku pasti kerana aku sendiri pernah dengar dia menyebutnya di depan aku!” jawab Nell keras.

“Kau tahu bagaimana mahu menyingkirkannya?”soal Leya resah

“Aku tak pasti. Aku harus melihat virus itu dahulu,” jelas Nell

Leya mengangguk. Dia memberi ruang kepada Nell untuk berdepan dengan komputer yang sebesar 300 inci itu. Dengan tangkas dan pantas, jari-jemari Nell terus sahaja menekan setiap punat keyboard yang ada di depannya. Otaknya ligat berfikir cara bagaimana virus itu mampu dinyahaktifkan. Segala kata kunci dan perkataan telah dimasukkan, namun tiada satu yang mengena. Nell semakin bingung. Mukanya sudah mula berkerut-kerut.

“Bagaimana?” tanya Leya.

“Aku tak mampu,” jawab Nell lemah.

“tapi bukankah kau yang mencipta 90% dari projek akhir ini?” soal Leya lagi.

“Itu memang benar, tetapi 10% lagi telah dicipta oleh Zacky. Jadi aku tak tahu apa yang telah dilakukannya ke atas perisian ini,” jawab Nell tegas.

“Nampaknya kau memang suka untuk terperangkap terus di sini...” selamba Leya berkata. Nell yang kurang faham dengan maksud yang dikatakan oleh Leya itu terus sahaja berpaling memandang gadis yang ada di depannya itu.

“Apa maksud kau dengan terperangkap?” suara Nell kedengaran resah.

“Setelah kau masuk ke alam ini, pintu yang membawa kau ke mari telah terkunci rapat. Jadi jika kau mahu kembali ke dunia asalmu, kau harus mematikan virus itu dahulu. Kalau tidak, aku tidak fikir yang kau dapat melihat keluargamu lagi,” Leya menjeling tajam. Nell ternga-nga mendengar. Rupanya, segala apa yang terjadi ke atas dirinya kini adalah sebuah konspirasi. Walaupun alam maya ini bukanlah merupakan sebuah penjara, namun perasaannya sudah terdetik begitu. Dia akan terpenjara di sini, dia akan mati di sini. Jantungnya kembali berdegup kencang. Tiada gambaran lain yang bermain difikirannya kini selain dari penipuan dan dusta. Leya sengaja membuatkan dia teruja untuk mengikutinya ke mari dan kini dia terperangkap.

“selesaikan teka teki ini sebelum kau terus terperangkap di sini,” jelas Leya.

“Aku mahu pulang!” jerit Nell marah.

“ye, kau akan pulang. Setelah kau musnahkan virus itu!” Leya membalas jeritan Nell dengan suara yang parau.

“Aku tak bersalah!”

“Siapa kata kau tak bersalah. Kau terlalu sombong sehinggakan kau sanggup memperkecilkan kebijakkan temanmu. Sekarang kau harus membetulkan segala kesilapan yang telah teman kau lakukan!!!” Leya pergi meninggalkan Nell sendirian. Nell terkedu. Tubuhnya sudah terkulai di atas lantai. Otaknya yang waras itu sudah tidak dapat berfikir panjang “apa yang harus aku lakukan?” soal hatinya.

***

Virus Wizz sudah semakin teruk merebak. Tanaman, air dan udara di sekeliling sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Semuanya telah tercemar. Awan yang bergumpal putih asalnya sudah mula berubah hitam. Leya semakin cemas. Kedua telapak tangannya diramas penuh resah. Dari balairong diraja, Leya gusar berjalan ke kanan dan ke kiri. Pengawal-pengawal yang melihat gelagat puteri mereka itu hanya mampu memandang sesama sendiri. Bukan niat mereka tidak mahu membantu, tetapi mereka sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“bagaimana dengan Nell?” tanya Leya kepada salah seorang dari pengawal yang bediri tegak di depannya.

“Nell sedang berusaha untuk masuk ke dalam mimpi Zacky, tuanku,” pengawal itu menjawab ringkas.

“Mimpi, apa tujuan Nell mahu masuk ke dalam mimpi Zacky?” soal hatinya musykil.
Leya mendapatkan Nell yang masih lagi menaip komputer. Seingat Leya, semenjak 3 hari yang lalu, Nell lansung tidak keluar dari bilik utama itu. Nell hanya terperuk di dalam bilik sambil mencari penyelesaian terhadap virus yang sedang menguasai Nuansa.

“Kau tidak tidur?” tanya Leya yang kasihan melihat pemuda itu.

Nell hanya berdiam. Tiada sepatah ayat yang terluah. Jemarinya masih ligat menaip simbol-simbol kod yang tercantum dan terlerai. Dari pemerhatiannya, dia tahu yang kini kod-kod itu sudah mula menjadi longgar. Mata Leya terpukau melihat kehebatan Nell yang merangka setiap kod untuk mengnyahaktifkan virus yang semakin menular. Sejenis perisai yang berbentuk palang dibina bagi menghalang virus Wizz terus menerus menghentam setiap perisian yang sudah semakin lemah. Seperti mikoganisma yang sangat halus, virus Wizz menelan setiap perisian dalam kadar masa yang sangat singkat.

Nell cuba untuk melambat-lambatkan proses itu dengan mewujudkan seorang Nell yang lain. Nell itu adalah makhluk alam maya yang dicipta untuk masuk ke dalam mimpi Zacky. Melalui lubang yang sangat halus, Nell alam maya dihantar untuk berurusan dengan Zacky. Segala gambaran keadaan yang berlaku di alam realiti dapat dilihat melalui mata Nell yang berkedip merah. Nell sendiri tidak menyangka yang Nell alam maya akan wujud bagaikan hantu lalu terus masuk kedalam otak Zacky yang sedang lena dibuai mimpi. Mengikut situasi sekarang, Nell pasti yang dunia realiti kini sedang bergelap kerana malam. Jadi apa yang dilakukannya kini akan menjadi mudah.

“kau nak buat apa?” tanya Leya tidak faham.

“Aku mahu Zacky sendiri meleraikan virus itu,” jawab Nell.

“Tapi bagaimana?” Leya semakin tidak faham.

“Cuba kau lihat ke awan,” Nell menjuihkan bibirnya ke langit yang gelap. Kepulan-kepulan awan sudah menjadi semakin besar dan gana. Melihatkannya saja sudah membuatkan Leya menelan liur.

“Kenapa dengan awan itu?” soal Leya.

“Awan itu bagaikan mimpi buruk Zacky. Jadi melalui lubang halus ini, aku akan membawa Zacky ke mari dan menyelesaikan apa yang telah dia lakukan,”

“Aku tidak fikir ia akan menjadi. Kau lihat sendiri pintu yang membawa kau kemari
sendiri sudah tertutup rapat. Jadi bagaimana kau boleh membawa Zacky ke sini,” Leya ragu-ragu. Nell hanya tersengih. Walaupun dia tahu bahawa tindakannya itu hanyalah sekadar cubaan, namun keyakinannya untuk mencuba tersangatlah kuat . Butang oren yang ada didepannya ditekan dan Nell alam maya sudah masuk ke dalam pemikiran Zacky. Leya dan Nell mula memandang sesama sendiri.

“Nell!” Zacky terjerit bila melihat Nell muncul di dalam mimpinya.

“Kau harus selesaikan semua!”

“Selesaikan apa? Eh, macam mana kau boleh ada di sini!?” Zacky kelihatan pelik melihat Nell yang menghampirinya dengan gaya yang cukup pelik. Nell lansung tidak bersuara. Riak wajahnya juga kelihatan kaku. Kakinya bergerak bagaikan robot dan tangannya hanya lurus ke peha. Dengan pantas dan tangkas, bahu Zacky disentuh dan secara tiba-tiba Zacky pengsan dan pandangannya terus menjadi kelam.

***

“Aku di mana?” tanya Zacky setelah dia sedar dari pengsannya. Leya yang berada di sisi pemuda itu terus sahaja memberikan segelas air putih kepada Zacky. Zacky panik. Dia yang masih berasa takut terus sahaja beransur jauh dari gadis itu. Dia bergetar sama seperti tubuhnya. Ketarnya itu sudah sampai ke paras dada. Akibat itu, dadanya mula merasa sesak dan nadinya mula berdenyut pantas.

“Aku di mana? Aku di mana?” tanya Zacky.

“Kau di Nuansa!” jerit Nell dengan marah. Nell yang muncul dari balik pintu terus sahaja menerkam Zacky yang terbuntang matanya melihat kehadiran lelaki itu. Tidak sempat untuk membuka mulut, Nell terus sahaja memberikan penumbuk sulungnya ke wajah anak muda itu. Zacky mengaduh kesakitan sambil tangannya menyentuh bibir yang sudah pecah berdarah. Bisa sungguh rasanya. Kerana terlalu sakit, dia lansung tidak dapat mengangkat muka. Nell berasa sangat puas. Leya yang berada di belakangnya pula lansung tidak memberikan sebarang reaksi. Dia hanya tegak memerhatikan kedua anak muda yang ada di depannya itu.

“Jika kamu terus begini, aku rasa Nuansa tidak akan pulih. Fikirkan sesuatu. Pulihkan kembali negaraku!” arah Leya dengan tegas.

Nell dan Zacky memandang Leya yang pergi meninggalkan mereka. Nell faham akan perasaan Leya ketika itu. Pahlawan dan pemerintah mana yang tidak cintakan negaranya. Segala apa yang berlaku ke atas Nuansa kini adalah hasil dari ciptaan dia dan Zacky. Jadi mereka harus bertanggungjawab. Nell tidak mahu melihat Leya kecewa dan sedih. Dia harus memikirkan sesuatu.

Nell memandang Zacky yang lansung tidak mahu mengangkat muka.

“Bagaimana kau mereka Wizz itu Zacky?” soal Nell

“Aku sedang bermimpi, jadi bagaimana aku harus menjawab soalan kau itu!” jawab Zacky geram.

“Kalau betul kau bermimpi, kenapa bibir kau boleh berdarah. Jelaskan kepada aku!?” tengking Nell lagi.

Zacky terdiam. Memang betul, segala rasa sakit, pedih, bisa malahan darah yang mengalir dari bibirnya kini memang terasa benar. Dia mengesatnya dengan telapak tangan yang terketar-ketar. Tubuhnya lemah untuk digerakkan.

“Kau harus neutralkan virus Wizz itu Zacky!” terang Nell.

“Untuk apa, untuk kau mendapat markah lebih daripada aku!!!” jerit Zacky marah. Perasaan dendam dan bengangnya masih belum pudar. Kerana itulah dia mencipta virus Wizz lalu dimasukkan ke dalam projek akhir mereka berdua. Jika dia tidak boleh mendapat markah yang sama seperti Nell, maka Nell sendiri tidak boleh mendapat markah yang lebih tinggi daripadanya. Dia tekad untuk melakukannya begitu. Dia tekad mahu mereka kencundang di hari akhir penilaian projek akhir itu nanti.

“Kalau kau terus bersikap begini. Kita tak akan pulang ke alam realiti selama-lamanya. Kau harus ingat itu!” Nell mengugut. Zacky terbeliak mendengar kenyataan temannya itu. Nampaknya dia memang benar-benar telah terperankap. Terperangkap bersama-sama Nell di alam maya yang fikirnya cuma fantasi sahaja.

Kepulan awan hitam sudah menyeliputi segenap ruang Nuansa. Nell menjadi bertambah gusar. Bahu Zacky dicengkam dan kedua pasang mata mereka bertentang sesama sendiri.

“Kita harus cepat kalau kau tidak mahu terus terperangkap di sini,” Nell menarik lengan Zacky dan diheret ke ruang utama Zacky yang terikut ketika itu terus sahaja memerhatikan sistem komputer yang cukup asing di matanya itu. Dia mula berdebar-debar.

“Ini mimpi!” Zacky berbisik perlahan. Nell yang ada disebelahanya sudah muak mendengar kata-kata mimpi yang terluah dari bibir pemuda itu. Rasanya, mahu sahaja dia menumbuk Zacky lagi buat kali yang kedua. Tetapi niatnya itu Cuma dipendam kerana perbuatan yang sebegitu tidak akan membawa mereka ke mana-mana, melainkan ke arah jalan yang buntu. Nell cuba untuk bersabar.

“Cepat, neutralkan Wizz!” perintah Nell. Zacky merengus geram.

“Aku perlukan kau untuk meneutralkan virus ini,”

“Tapi bukan aku yang mencipta virus ini?” jawab Nell.

“Wizz juga merupakan sebuah permainan. Jika kita mahu meneutralkan Wizz, kita harus berganding,”

“Maksud kau dengan bermain game multiplayer. Wizz ini sejenis permainan ke?” soal Nell teruja.

“Wizz adalah sejenis virus yang menghidupkan permainan. Tapi aku tak sangka yang wizz telah menghidupkan permainan ini secara nyata lalu menghancurkan Nuansa,” timbul rasa kekesalan di hati Zacky. Nell mengeluh. Dia faham, kerana marahlah Zacky bertindak di luar pemikiran manusia. Dia sendiri kadang-kadang pernah mengalami hal yang demikian.

“aku tak sangka yang semua ini menjadi nyata,” keluh Zacky lagi

“Kau sedar tak yang kau mempunyai otak yang genius Zacky. Kau mampu membina permainan ini menjadi nyata. Jadi kenapa kau harus marah kepada aku sedangkan kau lebih berhak untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi daripada aku,” Nell bersuara perlahan. Mereka sama-sama berdiam. Masing-masing dirundung rasa malu dan sesal. Ketka itulah Leya masuk dengan jeritan yang amat kuat sekali. Terasa mahu tercabut saja telinga mereka mendengar jeritan Leya yang nyaring itu. Mereka memandang Leya yang berlari mendapatkan mereka berdua. Termengah-mengah Leya cuba menyampaikan berita buruk yang baru diterimanya sebentar tadi.
“Wizz sudah sampai ke mari. Cepat, cepat lakukan perkara yang sepatutnya!” jerit Leya kepenatan.

Nell dan Zacky memandang sesama sendiri. Dengan pantas kedua pasang tangan itu mula mengatur strategi dengan mengambil alih permainan itu dengan bermain bersama-sama. Pahlawan putih yang mewakili pahlawan Nuansa di skrin 300 inci itu siap bersenjatakan perisai kristal dan pedang kilat. Mereka dikerahkan terus menerus menentang Wizz yang semakin menghampiri pintu istana.

Cekap sahaja Nell dan Zacky mengatur strategi. Tangan mereka tidak henti-henti menekan butang dan punat yang ada di papan keybaoad. Tidak semena-mena pahlawan putih yang mewakili pahlawan Nuansa itu terus sahaja mengeluarkan sejenis biasan cahaya yang terang dari perisai kristal mereka masing-masing. Biasan itu dihalakan ke arah Wizz yang semakin hampir menyentuh badan salah seorang dari pahlawan Nuansa yang gigih melawan.

Biasan cahaya itu adalah merupakan sejenis virus yang mampu meneutralkan virus Wizz. Dalam sekelip mata, kepulan awan yang berupa asap itu tersebar bagaikan angin terus naik ke udara. Langit mula kembali cerah dan matahari mula kembali menyinar. Leya menjerit kegembiraan takkala Nell dan Zacky terduduk kepenatan. Mereka tertawa bersama-sama bagi menghilangkan rasa penat dan secara tidak lansung meraikan kejayaan yang tidak terduga itu.

“Kita dah berjaya,” kata Nell kepada Zacky dan Leya.

Secara tiba-tiba, cahaya kilat yang terang terus menyambar Nell dan Zacky lalu dibawa pulang ke alam nyata. Tidak sempat mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Leya bilamana tubuh mereka sudah tercampak ke dalam bilik komputer. Mereka memandang sesama sendiri sambil bangun melihat komputer yang masih menyala di depan mata.

Dari arah dalam komputer, kelihatan Leya melambaikan tangan sambil tersenyum girang ke arah mereka. Latarnya adalah negara Nuansa yang begitu indah sekali. Tiada lagi Wizz, tiada lagi virus.

“Terima kasih,” bisik hati Leya sendiri.




ps: panjang kan~~hee

misai palsu ka, rambut palsu..aisehhh pakcik...huhu~~

assalamualaikum u olsss


sila klik kalau nak tgk lebey besor


gelak kan jer larrr~~~

Friday, August 19, 2011

5.59 am...halamak....apakah!!!

Assalamulaikum u olss

tu la pasal, jadik musang agi memalam
kan da terbangun kul 5.59 am
tepat2 waktu da masuk imsak plak tuh
tapi aku tak dgr plak bunyi azan agi~~~
apakah!!!

aku ni kira pose ke tak nih???
musykillah.....arrrrrrrrrrrrrrggghhhhh......

muka comey yg tak bersalah hokey~~



ps: sblom nih jadik musang gak...tp leh ja bangon kul 4, arini plak terlajak..aihhhshh~~(ayat bukn alasan hokeyy...)

Grandma's Bog

Assalamualaikum u olss




tak tau lah, nak gelak besaq ka, nak cenyum ka, atau nak hina...

korg rasa??? hehe (otak sedg weng2)

ps: rasa2 kalau aku marah leh tukar jd cenggini tak..huduh betoi gamaknya..

Thursday, August 18, 2011

korang rasa belog aku ni camne??

Assalamualaiukum u olss


sesaja di ari jumaat yg mulia nih
aku nak tya korg secara ikhlas
korg rasalah, belog aku ni hokeyy tak
tuk dibaca oleh sumer golongan
baik muda, pertengahan atau dewasa??

aku bukn apa
kekadang rasa cam aku ni melalut bile nulis entry
tu yg tiap kali baca komen
asyik berdebar2 + berkobar2

aku bukn harap org komen aku pon
tp..well, ati sapa yg tak gumbira
bila nengok komen dr pengomen2 yg tegar
thanks ya cayunk2 sekalian..

spt di awal entry
nak tya
belog aku ni camno
ada berat cam batu tak bila loading kat lappy ampa?? kehkeh
dan entry guane yg korg suka
maklumlah, aku ni baru lagi
apa pon tak boley...huhu
jadi paham2 sudehh...

ps: baik ampa jujur ngn aku...kalau tak.....

nak raya....tapi mood tader...guane???

Assalamualaikum u olss
tinggal 2 mgu lagi
kita sbg umat islam akan menyambut lebaran yg mulia
dan aku...huhuhu
cam besa r, persedian dah mula berjalan
barang umah, pakaian, kuih raya
bakal dah nak siap tuk raya nih

smalam baru sat gi maydin
beli tikar buluh
nak djadikan hamparan di tgh umah
benda2 lain plak, cth bab langsir
tak tukr kut
sb, aku bukn pnh pon raya kat umah sdri
balik2, raya kat kpg laki ngn kpg sdri
jd, apa ke pekdahnya nak ganti langsir
bior lantaklah ngn langsir yg ado
yg pntg, ada langsir

tp tu buknlah stori yg aku nak citer kat kengkorg sumer
aku cuma nak cakap pasal mood aku
mood org dah beranak 1 yg nak sambut raya
rasa cam mood tu dah kureng sket
tak tau apsal
org kata, klu kita bila dgr lagu raya
semangat tu dtg berkobar2
tp aku plaks...huhuhuhuhu...hampehhhh
muka straight ja...spi laki aku pon heran

mungkin sb usia kut aku jd cenggini
mana taknya
dulu, kalau dgr je lagu raya
mulut ni pon ikot sama nak nyanyi
tp skrg...asyik terpikir, apa kena ngn jiwa nih
takmo raya ker???

warna baju kartun ni dah suai ngn tema...huhuhu, terbaekk
(pinjam kat cik gugel)
apapon. laki aku lah yg paling happening
dy mmg suka klu bab2 raya nih
jgn kata raya adilfitri
raya cina, raya india, krismas, aidil adha, nuzul quran, hari jadi sultan Johor
sumer akan dsambut ngn riang dan gumbira
mungkin sb laki aku jarg dpt cuti
asyik keje memanjang
kekadang nak cuti raya pon terpaksa dok jual duty
spi 100, 200 ratus gak la habes
mana ajer manusia nak ganti duty member time raya cuma ngn 50 hengget
baik depa balik kpg depa sambut raya...yer tak???

pepon, aku hepi klu laki aku hepi
mood boleh dicari, yer tak
bukn sush pon nak amik mood
yg ptg, ada yg naikkan mood aku tuh
cth...laki aku...hihihih

ps: bilalah nak siap baju raya nih????

Wednesday, August 17, 2011

bukn suka2 nak nipu..nipu bersebab hokeyy~~

Assalamualaikum kengkawan
subuh ari aku da update kann~~
huhu, bukan apa, mmg sengaja nak update awal2
sb pagi ni ada hal nak kuar
jadik, sementara tak tido lagi nih
baik update sesuatu

cik gugel pya gambo

smalam, semacam besa, aku tgh main game
tetiba aku dpt panggilan dr no tak dikenali
tak sempat aku angkat, aku tertekan butg merah plak
oppss..tak sengaja..
da tu aku tyalah guna sms
mana tau, ntah2 member lama
bukn aku tau pon
dah la no depa sumer pnh ilang sblom nih

aku: sapa ni?

aweks: ni no laki ker pompuan?

leh plak dy tya soklan balik kat aku...tak paham betoi..motip??
dgn takda niat pon nak nipu..bila pikir2 balik, baik aku wat cenggini

aku: laki

aweks: laki, betollah ni, ni farid kan??

aku: taklah

aweks: alah awak ni, betollah awak farid. saya miralah, takkan tak kenal kot!

ekeleh pompuan nih..merapu plak, aku cakap dlm ati

aku: sohih tak kenal

awek: camtu boleh saya tau, sapa nama, umur?

aku: ijal,30 (nama ngn umur laki aku jadi mangsa)

aweks: oh ye ke, sorilah camtu. saya ganggu pulak, karang marah plak bini awak sy ganggu memalam..sori yer..

bukan niat aku nak nipu
tp aku ada pengalaman kena maki ngn aweks sblom nih
sb aku ngaku aku pompuan
aslnya, sorg laki dok msj aku tya pasai no aku pakai nih
da aku jawab segala
tetiba aku dpt no lain plak yg maki aku gatai layan bf depa
siap warning2..kira nak bg peringat
WT fish...ko hengat aku hadap sgt ka laki ko tuh
bukn aku kenai pon no laki ko tuh

jadik, sbg langkah berjaga2
dan ngelak kredit abes melayan sms bodo
jadi aku bohong sunat
ngatakan aku laki
kan abes ceta
takda gangguan terus menerus pon...selamat~~

niat di ati nak tukr no
tp kengkawan sumer da tau no nih
jadik sayang pulak nak tukr
lantas aku amik keputusan
wat cenggini je pada nombor2 tak dikenali
tak sush, tak sakit jiwa...huhu~~

ps: mengaku jadi laki, lagi seng dari ngaku jadik pompuan...for sms only hokeyy~~

wayang kulit buat aku nanges 1 semester..uwaaaaaaaaaa

Assalamualaikum u olss
gegeggerrr....
cu korg tgk video kat bawah nih
video budk2 kolej aswara tpt aku studi dlu
main alat2 muzik wayang kulit
nampak cam pakar kan

/
/
/
/
/
/



percaya tak klu aku ckp
depa cuma amik masa 2 semester ja tuk jadik pakar camtu
termasuklah hambe yg mmg buta alat muzik nih
cayo tak, cayo tak...huhuhuhu

serius weh
dlu, aku igt, masa blajo kat aswara
aku cuma akan studi apa yg kos aku amik ja
kos yg aku amik tu ialah kos penulisan kreatif
jadi ati ada sket hepi lah
nulis2, kuar idea, bukn sush pon kan

tp bila tgk pada kos wajib diamik
tuk dptkan diploma
aku jadik nganga sdri
mana taknya, slain dari makyong, dan bangsawan
aku jugak kena amik wayang kulit tuk sem 1 dan 2
kalau tak lulus
ngulang balik

aku igt, aku cuma akan blaja teori dy ja
nguper2nya...hamek ko, ngn praktikal2 skali aku kna blajo
menggagau ko nak pukul canang
walaupon canang tu cuma ada 2 mata ja
kebanyakkan group budk kelas aku time tuh sumer budk penulisan dan sinematografi
masing2 buta alat muzik
mmg sadis r masa nak main alat muzik tuh
spi tok dalang tu naik gila dibuat kita org
lain yg patut pukul
lain yg kami pukul...hahhahha,
mmg haru biru r time tuh

tp berbekalkan usaha gigih
dan tangisan spanjang semester
akhirnya, dpt gak kami buat persemabahan terbuka di MATIC, ampang (sumer pelajar tahun 1 wajib wat show)
dgn darah gemuruh
dan baju kurung biru, kakkakka...tak bleh blah dol
ramai gila pelancong yg tgk time tuh
termasuklah pelajar2 IPT lain

hanya persembahan tu yg akan buat kami dapat A atau F
dan naseb baik aku lulus
sb dpt B...hahhahha
kayu tak kayu aku time tuh
stiap hin yg tok dalang merangkap pensyarah aku tuh bagi
sume didengar ngn peka
kalau silap sket ja
mmg hancusss la persembahan aritu....

pepon persembahan tu jadik persemabahan yg baik mlm tuh
maklumlah, budk penulisan
kalau dpt wat 1 show pon da ckup baik
dan tak sia2 lah aku nanges2 masa sem 1 dlu..hahhah
malampooo u

ko mampooo...



ps: video show kat ats tuh video budk2 junior tpt aku balajor..
tak jpa plak mana video grup aku tuh.
tp kira camnilah show time tuh...wakakkakka...
terbaekkk tak???

Tuesday, August 16, 2011

Monday, August 15, 2011

kabar best dan tak best...


Assalamualaikum u olss
setelah berjam menunggu kepulangngan suami
akhirnya
dia balik membawa kabar best dan tak best
kunon nak sedapkan ati aku lah tu gamaknya

sambil berpoya2 di atas katil (main FB ya kawan2, jgn dok slh paham)
aku dengor ja apa yg dy cakap

ayang: yang, tak dpt r kuar arini..malam ni abg ada buke pose ngn anak2 yatim kat kem

aku: (diam ja)

ayang: ni sumer bebudak tu pya pasal lah..depa bley tak baris tadi..encik, abg cakap, kalau depa tak mai ptg nih, abeslah cuti raya sumer kena tarik..

aku: glupp..

ayang: ayang, tak marahkan...(sambil cenyum2)

aku: (wat muka derk ja...)

ayang: haah, ada satu lagi ceta...jeng3..kemungkinanlah yer..kemungkinan..abg dpt pindah kat sg besi thun dpn..suka tak, suka tak??? (sambil cenyum2 lagi)

aku: (terperanjat beruk, tp msih staedy dan berguling2 ats katil)

tengok, 2 in 1 lagi kabar berita dy.
salu pon g2.
kalau ada kabar tak best yg dibawa,
musti dy akan tempek ngn kabar yg best
semata menjaga perasaan ati ini
cam paham2 je mood bini dy ni kann~~lallal

apapon aku bersyukur
kalau kemungkinan tu jadi kenyataan
da lama dah aku nunggu detik nih..
tak sabor rasa...lallala~~

ps: nak basuh baju ke takmo....

ko kacak....hamek ko~~

Assalamualaikum u olss
hoohoho..dok termenung sendiri
sambil mendengar radio online
aku mula teringat
ceta time masa aku gi berbuke di KFC

time tuh aku nak bawa putri ikha gi basuh tangan
memandangkan jam dah nak masuk waktu buke
sepantas kilat aku dukung dy gi kat tpt basuh tangan

masa tuh aku ulur tangan dy kat air
dy pon tadah tangan baikkk punyer
kat sblah aku plak ada satu mat salleh yg jugak sedg cuci tangan
sedg syok basuh tangan
tetiba si ikha gi renjis air kat mat salleh tuh
siap gelak2 plak tuh

kira2 mat salleh tu kacak cenggini lahh...seriuss wehh~~

pucat lesi muka aku time tuh
terasa cam aku kecik besar kecik besar ja time tuh
aku tros tarik tgn ikha
ikha masih jugak usaha nak renjis air lagi kat mat salleh tuh
aku tau r mat salleh tu kacak
tp aku da kawen
jadi haruskahhh...tetiba~~~

naseb baik mat salleh tu cenyum ja
aku pon rasa selamat r time tuh

bila pikir2 balik
terasa cam ikha nak ngorat mat salleh tu plak
mana taknya
bila npk yg kacak2
musti perangai dy cam pelik2 ja
cam ada udang di sebalik mee
errrrr....ke tuh perasaan aku jek....huhuhuhu~~

Sunday, August 14, 2011

Hadiah Untuk Cikgu..gegegrrr..

Assalamualaikum u olss
dah sampai ganu da
terasa sengal plak kpala nih...LOL
lansung tader idea yg membantu tuk nulis belog
jadik terjumpa sesuatu yg terbaik tuk student2 skolah + IPT
kikikiki...jom layan
mana tau boley dijadikan idea
tuk diadiahkan masa hari guru nanti...



beli jangan tak beli...kehkehkeh

Friday, August 12, 2011

hai kawan2~~

Assalamualaikum u olss
kahkahkah...tgk tajuk entri cam upin ipin kan
sori la
malas nak update sb skrg di KL
keje dok bjalan ja kann~~

tgu na aku balik ganu balik
baru aku update
chiow sin ci...kikiki

Wednesday, August 10, 2011

bulan pose mmg bulan yg menguji keimanan kita~~

Assalamualaikum u olss
panjang tak tajuk entri kali nih
tapi tulah gambaran sbnr perasaan aku skrg
perasaan yg bagai dikomot-komot oleh situasi sekeliling
sabor jelahhhh~~

org salu cakap
benda yg paling menguji kesabaran kita di bulan pose nih
besanya terdiri dari makanan, aurat, dan percakapan yg sia2
betoi tak
tu jugak termasuklah perasaan marah akibat lapor
aku ni termasuk dlm kategori pemarah tuh
badan da r letih
jalan plak da huyung hayang
mana taknya, anak masih menyusu badan
jadik, 50% tenaga tuh dah diserah pada putri ikha
krg tak bagi, mengamuk plak
jadi redho je lah

gambo cik gugel~~
jadi nak dijadikan stori
tadi, time aku bg makan putri ikha
dy dok syok main menan dy
aku pon dgn sabor tros gak bg makan
dy tarik muka, ngelak...taknak makanan tu masuk kat mulut dy
tp aku ttp gak bg makan
mungkin sb dy da bosan sb aku dok sua makanan tuh
dy bleh baling menan dy yg paling berat kat kpala aku
toing~~berderau darah dlm badan aku

muka dah mula merah2
rasa nak marah tu, Tuhan saja yg tau
sabor lagi nih~~
pastu dy baling lagi...
Ya Tuhan...bengang sungguh...aku dah mula tarik muka
dy pon lari...mungkin dy rasa apa yg aku rasa
dari dy tgk aku ngamuk, baik dy cabut~~selamatkan diri

begitulah naseb aku
naseb baik aku ni pose ya sahabat
jadi kesabaran tu mmg tinggilah
mencecah langit ke 7....
dy boleh plak gelak2kan aku dr balik sofa
sabor je lahhh
sayang punya pasal, aku biarkan aje
cenyum jugak sampai ke telinga
dlm ati...errrrr~~tak tau apa ati aku cakap time tuh

kan, paham sudah maksud org
bulan pose mmg bulan yg menguji keimanan dan kesabaran kita
walau apa yg terjadi
kita harus tetap bersabar dan bersyukur
semoga pahala yg kita cari, diberkati Allah swt.
jgn jadikan pose kita tu sia2 je sb nak ngamuk2..
kannn????

ps: sok nak kelik KL..daa~~

Tuesday, August 9, 2011

wordless wednesday no 10~~

Assalamualaikum u olss


+




ikha + safee sali = ?????

Welcome to the jungle la pulak...I like Sulic & Hauser~~

assalamualaikum u olss
hehhehe...sblom gi kpg raja
jom tgk 2 cellos beraksi
dari mamat2 kacak yg grand gitooo~~

ko mampoo~~



sulic & hauser yg hencemm~~

lapor2~~~

Monday, August 8, 2011

kad raya dek non~~

Assalamualaikum sumer
yes yes yes...
tercapai jugak hasrat nak ngantor kad raya tahun nih
haah..apa ko kata, dah ketinggalan zaman!!
ada aku kesah..aku ni jiwa tradisonal tau
mana main nak antor2 kad guna sms dan kad raya alam maya nih
kalau aku wat cenggitu
syoklah posmen kan...dpt lenggang kaki time bulan pose (acececehhh, cam tau je aku nih)

dgn berbekalkan stem terlebey suda dlm simpanan aku
kira2, 10 manusia bertuah akan terima kad raya aku tu nti
aku bukan apa
cuma rasa rindu nak nulis kad
cam masa zaman ribena dlu
klu dulu aku boley buat cenggitu
napa tak skrg, yer tak???

sila tgu dgn sabar ye sahabat2 sekalian

kad2 yg bakal sampai ke tuannya dalam 2,3 ari nih...hihi

dam dam dum, bunyi mercun
selamat ari raya....(rosak lagu wehhhh~~)

Feeling2 nak raya....

Assalamualaikum sumer
tgh feeling2 nak raya nih
jom layan lagu~~


layannnnnnnnnnnnnnn...zaaaaaaaaaaaaaasss~~

Sunday, August 7, 2011

Smooth Criminal sangat wehhh....i likee

Assalamualaikum u olss
kagum kagum kagum weehhh
ko mampooo main lagu smooth criminal ni pakai cello
paling tidak pon main lagu lenggang kangkong kan....kakkakkak

jom nonton...gerenti ternganga~~~allallalla



sudahlah hencemmm..pandai main cello plak tuh... i likee~~

jom tepok2 seluar...kikiki

Assalamualaikum u olss
aku mmg paling kagum ngn tarian randai
selain dari makyong, wayang topeng, main puteri dan merocok2
tak taulah ngapa
mungkin sb aku terlalu syok dan suka ngn tarian tradisional
aku mmg cukup kagum

dulu masa kat Aswara
pantang ada persembahan tarian tradisional
aku musti booking line ke 2
dan sampailah aku graduate
aku ttp amik masa tuk ikut segala show yg ada kat aswara
sampailah skrg...syiokkk wehh

ni slh satu show randai yg aku nengok masa aku gi aswara dulu
aku amik part tari dy ja
cu korg nengok
depa tepok2 seluar
santekk kan tarian depa~~
love it

randai SIJUNDAI



nak tengok lagi, gi buka youtube