Sunday, January 2, 2011

tak tau nak buat apa...lalala~~


Arini dah masuk 4 hari suami aku kerja malam..tinggallah aku dan ikha aje di rumah. Secara tak lansung kami hanya mampu saling pandang memandang, ikha pandang aku dan aku pandang ikha, hasilnya kami sama2 menanggung bosan.

Tiada aktiviti apa yang boleh kami buat selain dari menonton tv yang ceritanya asyik berulang-ulang, naik lemas pulak kadang-kadang, rasa macam nak telefon jer astro surh diorang masukkan cerita lain, bley...musti la tak bley sebab stesyen tv tu bukan bapak aku yang punya.

Jadi aku amik keputusan tutup tv dan bawa ikha masuk bilik..jawapannya kami jadi semakin bosan..Ikha mula nak manja2, dia minta aku usap2 perut dia, mungkin kerana dia cuba nak lelapkan mata sebab tgk lampu dah dipadamkan. Ikha pantang bila tgk lampu dah padam, mesti dia usaha nak buat kedua belah tangan aku ni asyik memeluk dan membelai dia, cam sekarang nih..

Buka FB tader apa yang best, blog member2 semua dah dibaca dan dah dikomen..apa lagi nak buat? main game..oh yer aku terlupa, petang tadi sempat juga laki aku pesan suruh aku buka game social city ngan crime city dia, mintak aku tolong bunuhkan mafia dalam game tu(apa punya pesanan lah)..jadi aku dah buka tapi bila tunggu nak loading masyaAllah, punyalah berjam..mungkin sebab kat luar hujan jadi line tak berapa baik..selesai..aku dah pun bunuh mafia tu, sekarang apa lagi nak buat??

hmm, tader cerita yang nak diceritakan..mungkin aku patut stop kat sini dulu, mana tau esok2 ada cerita yang nak diceritakan..hmm..


bye...

ummi yang tak tau nak buat apa lagi..

No comments: