Monday, October 29, 2012

nak nangis jugak, pedulik...kahkah

Assalamualikum u olss

ps: peringatan, entri agak panjang...hehheh

salunya, kalau aku nanges pon sb aku tgk ceta hindustan jak..kahkahkah. tp tak semua ceta hindustan boley di bawa nangis yer kawan2. kalau tya aku, ceta hindustan dulu2 ja boley buat org nanges, tapi ceta hindustan leni, kebanyakkannya, biasa2 saja. tapi kat sini aku bukan nak ceta pasal ceta hindustan pun. biarpun agak terlewat dari org lain, disebabkan ceta ini diterbitkan pada tahun 2011. aku hanya dapt nengok ceta nih di hujung tahun 2012, tu pon melalui astro, mmg terasa sadis, memikirkan betapa banyak film yg best2 dah aku ketinggalan semasa duk di jerteh dulu.

aku kat sini nak ceta pasal film WARRIOR. korang pnh tengok tak ceta nih...tipu kalau ada yg kata tidak. musti ada sesetengahnya dah menonton, dan ternyata ceta ini simple dan mempunyai plot yang klasik, btw sgt SUPERB. bagi penggemar filem cam aku (terbawa2 sb diri ini pon pnh blajar buat skrip dulu), aku klasifikasikan ceta ini sbg ceta yg sgt menyentuh hati. nangis kut, kahkahkah. mmg bikin malu, mana taknya, ni kan ceta lawan2 jak. tp penuh dgn mesej yg tersendiri. kalau nak kata jatuh cinta dgn siapa, aku mmg sgt2 jatuh cinta ngn kedua2 watak di dalam ceta nih, Tommy dan Brendan...olalallalla...mrk mmg terbaekk..



WARRIOR mengisahkan tentang dua adik beradik yang dibesarkan dgn bakat berlawan yg besar. akibat tekanan hidup, dan mempunyai ayah yg suka memukul dan minum arak kerana dibelenggu kenangan masa silam sebagai vateran perang. kedua adik ini terpisah mengikut haluan masing2. si adik,Tommy memilih ibunya manakala si abang, Brendan memilih ayahnya memandangkan dia sudah mempunyai kekasih hati di tempat asalnya. kerana terlalu kecewa dengan Brendan, yang merupakan tempat bergantung buat Tommy. dia menyimpan dendam buat keduanya, iaitu si ayah dan si abang. setelah belasan tahun, Tommy kembali ke tempat asalnya, lalu berjumpa kembali dengan si ayah yang sudah banyak berubah.

part nih, aku dah kesat2 ayaq mata....sob3
Tommy yang juga merupakan seorang staff sarjan @ pelarian perang merahsiakan identitinya agar tidak diketemui mula untuk bertinju bebas kembali. kerana kecekapannya dalam berlawan dan menewaskan wakil tinju Sparta di gelanggang latihan, dia ditawarkan untuk berlawan di dalam liga UFC, Sparta. sebaliknya yang berlaku kepada Brendan, kehidupannya lebih baik bila dia berkahwin dengan gadis pilihannya, Tess. dia menjadi seorang guru fizik dan dikurniakan dua orang cahaya mata. namun begitu, kehidupannya menjadi semakin sukar bila dia terpaksa mencari jalan penyelasaian untuk membayar gadai janji rumah yang dibuat untuk mengubati penyakit anak keduanya. itu membuatkan dia kembali ke gelanggang dan bercita-cita untuk menjuarai kejuaraan Sparta dan memenangi 5 juta dolar. dari situ, perjalanan hidup sebagai peninju bermula, kedua mereka mula menunjukkan prestasi yang memberansangkan sehinggalah ke perlawan akhir....bilamana si abang akan bertembung dengan si adik dan menimbulkan satu perlawanan yang penuh emosi yang meruntum hati.

part nih, aku dah kekaguman dan jatuh cinta, lallalall~~
uwaaaaaaaaaaaa, aku menangis di situ ye kawan. tiga kali tgk, tiga kali kuar ayaq mata...terbaekkkk..seb baik ada astro, leh tgk berpuluh2 kali...lallallalla

pepon, walaupon aku terlewat, tp ceta nih, mmg best....

Ps: maaf atas entri yg panjang berjela....

22 comments:

jeBateja said...

sebab hang dah citer panjang menjela...dan den rasa mcm best jugak....maka den pun akan tgk....ahakz

Mr. Cookies said...

huhuhu mcm best.. t nak download la....
owh ye... hri tu akak tnye trgedi ape kan kat blog sye... t jmput2 la dtg... huhuhu

Anum said...

comfirm best nie

CintaZulaikha said...

jebat: sila tgk..sediakan tisu ek..kikiki

CintaZulaikha said...
This comment has been removed by the author.
CintaZulaikha said...

are-tulk: wahhh, donlot...akak dah pi baca pon dik..dugaan btol tuh..

CintaZulaikha said...

anum: best sgt anum...best gilak..

Deq's Qienz said...

lorrr hinggatkan nk nangis kenapa..hihiii lawak la mama ikha nihh..

wahida said...

serius tak pernah tgk...huhu...

mcm best je..nak download arr...

Ym.Bundle said...

baru baca entri ko ni kak dah nak nanges aku..panjang sangat..haha..

Namee Roslan said...

eh baca akak punya short synopsis ni macam best je ceritanya ! nak tengoookk !!! :D sobsss.

CintaZulaikha said...

deq: suspen tak, suspen tak, kakkakkka

CintaZulaikha said...

wahida: sila donlot utk berkongsi keseronokkan yg terbaekkk..

CintaZulaikha said...

ym: stupido, hahhahhahhha...

CintaZulaikha said...

namee: tgk le...gerenti puas hati...lallala

OKje said...

ye ke CZ.....bolehlah nengok ni..... Astro first ke?

CintaZulaikha said...

tak, fox nih...

jeBateja said...

Sediakan TISU....den kan lelaki MASKULIN...mana leh touching2...sop...sop....ahakz

shameel Iskandar said...

Saya pun tak pernah tgk lagi filem ni. Kena tgk jugak nnt ni.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

klu dh tacing sampai mcm tu kompom best kan hehehe

adventure mama said...

bunyik mcm sgt sedeh..hhe..malu la plak nak tgk wyg...nnt nages..hehe

amranaiman said...

xpenah tgk lg.. nnti nk cr nk dwld uhu