Sunday, October 7, 2012

bangsawan 'Sumpahan Lantara Bijaya' yg ohsemm...

Assalamualaikum u olss

segmen nak mempromosi sket
hehhe, besalah kalau dah jadi alumni ASWARA nih
aktiviti seni mereka masih menjadi keseronokkan buat aku
teringat zaman2 menguruskan produksi bangsawan dulu
rasa cam terbaekkk jek...kekkekke

kepada sesiapa yg duduk di kawasan lembah klang
dan seantero dengannya, bolehlah pergi menonton teater bangsawan ini
skrip dia, junior aku yg bikin hokeyy (sgt maju jaya beliau skrg, kagum..)



sinopsis:
Bonda kepada Puteri Sahira iaitu Ratu Raja Latifah difitnah bermukah dengan Ameer Jaafar,lalu kekandanya Raja Sultan Thaqif menjatuhkan hukuman pancung kepada mereka berdua tanpa usul periksa.Fitnah yang sengaja direka oleh Putera Muda Amsyar Malik,iaitu anakanda saudara Raja Sultan Thaqif dan sepupu kepada Puteri Sahira. Putera Muda Amsyar Malik ingin memperisterikan Puteri Sahira. Akan tetapi, hasratnya telah dihalang oleh Ratu Raja Latifah yang mengetahui niat jahat anakanda saudaranya yang juga dalam masa yang sama mahu menggulingkan takhta Raja Sultan Thaqif. Ratu Raja Latifah bersumpah bahawa negara Aqaba ini akan ditimpa malapetaka.

Sebaik sahaja hukuman pancung dijalankan,tiba-tiba jelmalah seekor burung garuda gergasi sakti menyerang negara Aqaba.Maka ramailah rakyat yang terkorban dan burung garuda gergasi itu telah menelan puteri Sahira hidup-hidup. Akibat kejadian itu,Raja Sultan Thaqif jatuh gering lalu mangkat.

Takhktanya diambil alih oleh Putera Muda Amsyar Malik. Apakah kesudahan cerita ini. Jangan lupa saksikan Bangsawan Sumpahan Lantara Bijaya


TENAGA PRODUKSI :

PENGURUS PRODUKSI - ZAZELI MAJID
PENGARAH - ADIRA WAHINNUR
PEN.PENGARAH / PENULIS SKRIP - ROYDY ROKIDY
SINOGRAFER - EJAMEJAT (ejam)
PENGARAH MUZIK - FARID IZWAN
KOREOGRAFER - RAZIFF RAHMAN & WAN FAIZ 
PENGURUS PENTAS - FATIN NUR HAFIZAH



BARISAN PELAKON :

QHAUD (AF7)
ZAZLY BAGINDA
WIDYA IRANI (ANAK WAYANG)
ACHOK (KECIK RAJA LAWAK 4)
WAN (KECIK RAJA LAWAK 4)
ROYDY ROKIDY
AROHA IBRAHIM
AMY AB
TAUFIQ HANAFI
ARD
RAZALI ABD GHANI
JUHAN JUNAIDI
BADRUL KERDIL
NAJIB MUHAMMAD
HUZAILI
SYED ATIQ AL-PREK
ZACK RADZA
ILANI KHALID

BERTEMPAT : 

PANGGUNG BANDARAYA DBKL, KUALA LUMPUR (BERSEBELAHAN MAHKAMAH NEGARA BERHADAPAN DATARAN MERDEKA)

TARIKH : 

12/10/2012 - 14/10/2012
JUMAAT,SABTU DAN AHAD

HARGA TIKET : RM5

7 comments:

OKje said...

Orang seni rupanya Cinta Zulaikha ni....

CintaZulaikha said...

seni tak senilah sgt..huhu

Anum said...

org seni.... ek bagus

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah sesi promote yer..hehe.....

Namee Roslan said...

akak join tak ni ?:D

CintaZulaikha said...

kalau duk kl harus join, ni duk kedah..tolong promote je lah, hehhehe

Unknown said...

KAMI DARI PRODUKSI YANG SAMA KELAB TEJA AKAN MENGADAKAN PEMENTASAN BANGSAWAN DEWA SATRIA LESTARI YANG AKAN DIADAKAN PADA 11-13 DIS 2015 BERTEMPAT DI AUDITIRIOUM DBKL. DAPAT KAN SEGERA TIKET (FATHEEN:01123616807)