Tuesday, October 16, 2012

7 sebab kenapa ujian hamil korang positif tapi korang tak lansung hamil..ahaa~~

Assalamualaikum u olss

korang biasa dgr tak tajuk yg aku tulis kat atas
aku pnh gak dgr, tapi serius tak paham punca2nya
sehinggalah aku baca satu artikel nih
jom kita kongsi..



Jika anda telah mengambil ujian kehamilan di rumah dan ujian air kencing itu menunjukkan dua baris, sudah pasti anda menganggap yang anda sudah hamil. Ujian kehamilan di rumah sememangnya sangat tepat dan kadar ketepatannya melebihi 98%. Walau bagaimanapun, anda mungkin pernah membaca atau kawan-kawan mungkin pernah bercerita dengan mendakwa mengalami ujian kehamilan yang positif tetapi mereka sebenarnya tidak hamil. Keadaan ini sememangnya membingungkan dan menyebabkan anda tertanya tanya mengapa ia berlaku. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ujian boleh menjadi positif walaupun anda tidak hamil;

1. Rawatan Kesuburan. Suntikan hCG atau gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.
2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita tidak hamil.

3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan keputusan ujian yang tepat. Jika arahan ujian menyatakan anda perlu mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut. Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan palsu.

4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.

5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.

6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi hamil.

7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.

Apa yang anda perlu buat
Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal. Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku peningkatan, anda hamil.
Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif, anda tidak hamil begitulah sebaliknya.


aku tak kisah sgt kalau yg dah tahu pasal artikel nih
tapi sangat sedey lah bagi yg mengalaminya kan..
nak2 plak yg sungguh2 nak anak, ahaiii lahh..


6 comments:

OKje said...

Betul tu CZ... mesti frustkan......

CintaZulaikha said...

frust tertonggeng lagik rasanya...humm

Mrs. Amad said...

ha'ah kan..cam sedeh je kalo dah syok2 tetibe takde..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

adeh frust menonggeng tertonggeng la lau jd mcm tu...test 2 baris tp xhamil...rasa sadis jer...

Jna marcello said...

info yng bagus nty lepas na da kawen ;))

Suraya Baharun said...

haah mesti sedey kan kalau org tu sunguh2 nak baby...