Monday, December 5, 2011

ini Barongan bukan grup muzik hokeyy....

Assalamualaikum u olss

jom kita blajor...tetiba
eh tapi betollah, aku mmg nak ajk kengkawan blogger tuk blajor
ttg tarian unik yg ada di duniah nih

masa studi di Aswara dulu, banyak sgt kesenian yg aku blajor
salah satunya adalah tarian nusantara
maksudnya, tarian2 yg ada di nusantara nih
pernah dgr pasal BARONGAN
nih bukan barongan band indon tuh
tp tarian barongan yg menjadik kebanggaan penduduk indonesia
tak salah kut jika mengambil tahu sedikit sebanyak tentang seni indah ini
dengan melupakan ttg pergolakkan antara negara yg menjadi isu masakini
sedey tau, sb kita nih serumpun kan.

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.

Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia.

Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang agak sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling.
Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam.

sumber: Wiki

cengginilah depa menari, nak lebey lagi, tgu ari thaipusam..hahha

menarik kan
nak ikotkan, bermacam2 lagi seni budaya yg aku nak postkan di belog nih
semoga korg2 sumer syok kot baca ttg perkara2 cenggini
sb kalau dinilai dgn betoi, pasti ia akan menarik minat kita ttg seni
yg tak pnh kita dgr..

ps:almaklumlah paper teater tradisional asia ngn tarian den dulu dapat A..bangga sehh...huahhahha menunjuk2

9 comments:

Anonymous said...

Akak percaya tak kalau saya kata saya pernah terlibat dengan tarian ni? Versi kuda kepang punya.. hohohooo...

Anum said...

bestnya.. anum nak join tapi belum ada kesempatan

Aina said...

teringin nak tengok barongan ni.. itu hari pegi bali as a holidayy.. cakap ngan mak nak tengok barongan dan mmg dah di scheduled kan.. tapi, mak kate nati adek-II tak dapat tido.. so, terpaksalah aina kempunan... ngehh.. btw, betol ke barongan seram?

yusuflaili(Goku) said...

salam,
apa nak dihairankan tantang persamaan tarian tu antara malaysia dan indonesia..sebenarnya tarian tu berasal dari India..sebab dari indialah datangnya agama Hindu hingga merebak ke asia sebelum kedatangan Islam.sebab tulah tarian tu lebih kepada unsur2 agama hindu...

CintaZulaikha said...

khuzrin: ya ka...hahhah..terbaekk

anum: nanti ada kesempatan leh lah join

CintaZulaikha said...

aina: seram tak seram jugaklah..terpulang pd individu yg tgk jugak..hahha..kelass mak tak bg tgk..sian aina..

yutoku: benar..nak ikotkan mmg seawalnya dari india, sb kita sendiri tau yg org india menganggap tarian sb satu upacara sembahyang dan memuja tuhan mereka...

dhiera zainudin said...

unik la tarian dia. tak pernah tengok dan tahu pun~

CintaZulaikha said...

dhiera: sgt unik kan..tgk ja tarian time thaipusam tuh, agak2 sama ja...takyah nak tgk spi ke indon..haha

min said...

Kan, berapa byk budaya dan animisme yg ada sebelum kedtgan islam yg masih di amalkn. Dh la klu ikut sejarah tarian2 mcm ni dl sgt di kaitkn dgn upacara2 mistik