Monday, December 12, 2011

'Jikey'...hang pernah dgr tak nama nih?? ~~takkan..takkan..huhu

Assalamualaikum u olss

bertemu kembali di dalam kelas seni arini
arini aku akan membawa korang ke utara kedah + perlis
dimana sebuah persembahan teater yg mungkin korang tak pernah tgk lagi
pernah dipersembahkan pada zaman dulu
nak tau persembahan apa..ehem2~~ intro sket...

taraaaaaa...JIKEY...
cam pelik ja bila dok dgr2 nama nih kan
aku dulu pon pelik bila dgr nama persembahan nih dari pensyarah aku
aku igtkan dulu persembahan nih datangnya dari negara luar
tetapi tekaan aku salah kut
sb persembahan ini datangnya dari utara semenanjung malaysia
iaitu negara jelapang padi kita iaitu negeri kedah yang tercinta..

JIKEY ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah dan Perlis, Malaysia sekitar 60-an. Ia juga popular di selatan Thailand dan dikenali sebagai Likey dan popular di Satun dan Phuket.

Persembahan Jikey turut dipengaruhi oleh elemen kesenian yang terdapat dalam persembahan Mak Yong, Hadrah, Bangsawan dan Mek Mulung.

Tarian Jikey mempunyai bentuk tarian pementasan dan mempunyai dialog lucu, muzik dan tarian. Muzik jikey terdiri dari muzik dan muzik mengiringi nyanyian. Watak tertentu dalam drama jikey dikenali dengan unsur tertentu dalam muzik.
Alatan muzik Jikey biasanya terdiri daripada violin, 3 rebana, dan 2 cerik (ketuk buluh).

:wiki

JIKEY boleh dianggap sebagai satu teater komunal yakni sejenis hiburan rakyat. Sebelum lakonan dimulakan ahli-ahli korus terlebih dahulu memainkan alat-alat muzik sekuat hati mereka. Bahagian ini merupakan tempat korus ingin berjenaka dengan penonton. Ini bukanlah satu ciri yang unik dalam Jikey sahaja kerana usik-mengusik ini juga terdapat dalam persembahan teater-teater popular lain.

Ia merupakan satu bentuk teater yang menggabungkan ciri-ciri Mak Yong, Mek Mulung, Hadrah, dan Bangsawan. Penggunaan alat-alat muziknya, teknik persembahannya, pakaian, watak serta nyanyian yang membawa cerita.

:sejarah kedah

borak apa jerlah tuuu..hehhe

haahhhh, tau dah kan
besstttt tak??..aku ni kalau nama teater mmg sumer aku suka
baik dari dalam atau luar negara
nak pulak, Jikey nih bagaikan teater yg dicampur baurkan
bagi menampakkan aspek keunikan di dalam setiap persembahannya
walaupun ada gaya peniruan
namun, kebanyakkan teater pon begitu, kan...betol tak??
kalau betol..sila senyum macam saya~~~lallalalla~~ merepek2

tamat sudah kelas utk arini
sampai berjumpa lagi...daaaaa~~

8 comments:

wahida said...

festaim dgr...bagus masuk blog ni...macam2 aku belajar pasal seni...

Anum said...

bestnya tamat sudah kelas

cik fadh said...

goog info..xpernah tau seumur idop ni..hihi

Namee Roslan said...

Jikey ??? serius, first time dengar. :D macam2 teater ye ada. mungkin zaman skang ni tak dedahkan sgt kan. yela, music modern pun dah semakin maju..yg lama ditinggalkan. tp akak buat entry macam ni..bagus. :) luaskan ilmu org lain :)

▪imie fatima▪ said...

first time dengar..suke singgah blog cinta zulaikha,banyak blajar perkara baru..

aiEz said...

pertama kali aie dgr ayat ni,kalau akak xciter memang tak tau...^^,

CintaZulaikha said...

u olsss: best kan, nanti saya akan ketengahkan banyak lagi ttg teater..banyak sgt kut..huhu

G@D!z$ said...

hehee "jika" org veteran perak ckp jd "jikey"