Prolog
Marissa menangis lagi. kali ini dia menangis bukan kerana
status keturunannya, tetapi dia menangis kerana pemuda yang amat dicintainya.
Dia tahu, tidak layak baginya sebagai hamba kepada Allah yang maha Esa merindui
seorang pemuda yg bukan mahramnya, bukan milikya. Tetapi akalnya tidak dapat
menolak dari terus merindui pemuda itu. di setiap bayangnya hanya terlukis nan
indah wajah pemuda itu, senyumannya, tawanya bahkan bicaranya yang petah dalam
berkata-kata. Masakan dia mampu melupakannya. Tidak ya Allah, sesungguhnya
tidak. Setiap saat, Marissa berdoa agar dia dapat melupai dan setiap kali dia
mencuba pasti hatinya sakit seperti ditusuk panah yang tajam. Hati, oh ya hati.
Kerana kaulah aku masih tidak bisa melupakan pemuda itu, kerana kaulah aku
tewas akan bisikan iblis. Kau kejam
wahai hati. Kalau tubuhku ini bisa membuangkan kau jauh-jauh, pasti akan ku
buang kau wahai hati ke lautan dalam jauhnya. Tapi aku sedar yang itu tidak
bisa mungkin terjadi. Hati tetap akan berada di situ, di tempatnya. Di dalam
tubuh yang sudah kaku merindu...pemuda itu.
klik untuk sambung....
11 comments:
cm best nie
mmg ada bakat tulis novel kan,bila nak publish ke buku.boleh beli n buat koleksi.
macam menarik je~
menarik ni..
cam best ni....KENA BELI KAN ? hehe
tq for sharingggg ;p
hish..... ni kes baca novel ni...he...
wah menarik ni.....akak jd la penulis novel yg novel ada kt pasaran tu blh beli nanti hehe
Novel ye...
kelass nyah...rajin ko... aku ngak yg zzz... x cukup
ehh penulis novel ka apa nihh??hikhik maaf tak prasan la..
most talented :D
Post a Comment