Wednesday, July 28, 2010

tiramisu


bestnyer mkn kek tiramisu kat sogo smlm...1st taknak gak, tp fikir2 blik, teringin la plak..jd abg ijal belikan aku kek tiramisu kat secret recipes...huhu..sedapnyer..thanks ayang..

Tuesday, July 27, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang


hari ini sudah genap 3 tahun aku dan Rizal mendirikan rumah tangga dan jika ingin ditanya samada kami bahagia, hihi.. kami sangat bahagia. lebihan pula dengan terlahirnya benih cinta yang datang dari rahimku sendiri iaitu Siti Nur Zulaikha.

ulang tahun yang ke3 ini memang benar-benar di luar jangkaan aku, kenapa? kerana aku sendiri tidak percaya yang aku betah dan sabar untuk menjalani perjalanan yang penuh tanggungjawab ini dengan ikhlas dan gembira. bukan mudah untuk menjadi suri dan ummi memandangkan aku masih muda, tetapi di atas sikap saling bantu membantu dan kasih sayang yang dicurahkan oleh suamiku, aku berjaya untuk menjalankan tanggunjawabku sebagai ummi dan suri di hatinya.

tiada apa yang lebih bermakna dari mempunyai keluarga yang serba lengkap dan bahagia dan aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang sebegini oleh Allah swt. jadi aku berdoa agar kebahagian ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya dan tidak lupa aku ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Sayang buat suamiku Rizal Ab Hamid..Ummi cintakan Walid selalu..

Monday, July 26, 2010

selipar lain warna..



satu pagi yang cerah seorang bapa sedang bersiar-siar dengan anaknya sambil menghirup udara segar. tiba-tiba si bapa terperasan yang selipar yang dipakainya lain warna, yang kanan hijau dan yang kiri kuning. kerana teramatlah malas untuk pulang kerumah, si bapa menyuruh anaknya pulang ke rumah untuk mengambil selipar yang betul. setelah berapa lama, si anak kembali tetapi hanya dengan tangan kosong. si bapa pun jadi pelik lalu di tanya pada si anak

bapa: kenapa tak bawa selipar tu?!

soal si bapa dengan susah hati.

anak: sia-sia je bah, selipar kat rumah pun lain calour..

bapa pun astaga..di dalam hati..

syoknya ikha mkn kentang mcd... :)


semalam aku, suamiku dan ikha pergi jalan2 lepas balik dari puchong. ingat nak berhenti dekat kota raya, tapi terlanjur nampak mid valley, aku ambil keputusan untuk singgah dekat situ aje. suami aku tak kisah, dia cuma ikut je.

dah lama berjalan-jalan dekat dalam mid, kita orang ingat rancang nak pergi tengok wayang, dengan harapan ikha akan tidur dekat dalam wayang tu nanti, kita orang pun tgk2lah kalau ada waktu yang sesuai, tetapi malangnya semuanya petang sangat.

aku cakap dekat suami aku " macam mana sekarang?", suami aku jungkit bahu, tak tahu nak bagi jawapan apa. ikha pulak aku tengok dah start main lari2. mentang2 dah dapat kaki, apa lagi larilah. kita orang cuma gelak2 bila tengok dia happy gitu. biarlah dia nak lari2, asalkan dia gembira.

akhirnya kita orang ambil keputusan untuk pergi makan macD aje. tak tahu lagi nak rancang apa..makan lagi bagus...huhu..syoknyer berjalan..penat satu badan oooo...

Sunday, July 25, 2010

"ummi ikha nak biskut"

baik je pada demam, ikha dah start try mkn makanan yang dia suka, alhamdulillah, sukanya aku tengok dia makan walaupun yang dia makan hanyalah sekeping biskut. mungkin sebab perut dia tak selesa lagi selepas muntah seharian beberapa hari yang lalu.






sekarang kami di kuala lumpur, di rumah mak. seronoknya dapat balik, jadi bolehlah pergi merayau dengan member2 sementara seminggu di sini...yehaa...

Friday, July 23, 2010

pagi pertama di kuala lumpur

1st morning di kuala lumpur, kesian ikha, dia demam, tapi nampaknya macam dah kebah. jadi rasanya bolehlah pergi jalan2 tgh hari nanti..fuhhh, dah lama tak jalan2 kat kl..inilah masanya nak balas dendam..

sudah sampai di kl..

aku dah sampai di kl...get some fun...

Sunday, July 18, 2010

klinik

sepatutnya hari ni bawa ikha pergi klinik. tapi abang ijal kerja siang pulak, jadi kena tunda ke 20hb ni..hmm, nasib baik tak kena cucuk, kalau tidak mesti nurse membebel..

Saturday, July 17, 2010

susahnya bila abang dan adik ipar semuanya lelaki..


setiap kali pulang ke kampung, benda pertama yang paling aku risaukan adalah menghadapi abang dan adik ipar aku yang kesemuanya lelaki belaka. bukan aku ingin katakan yang aku tidak suka akan adik dan abang ipar aku itu tetapi keterbatasan aku dalam berpakaian memang benar2 menyulitkan pergerakkan aku di dalam rumah.

cubalah korang bayangkan, aku wanita yang memakai tudung. jadi jika aku di rumah sendiri masalah itu mungkin tidak akan timbul. tetapi jika ia melibatkan rumah mertua, yang pasti aku akan berfikir dan was2 untuk memakai tudung atau tidak. seharusnya aku wajib memakai tudung kerana mereka bukan muhrim aku, tetapi hanya Tuhan sajalah yang tahu, aku terpaksa untuk melupakan semua itu dan akhirnya buat tak tahu. berdosakah aku?

ini pula diselitkan lagi dengan kedatangan saudara mara yang kebanyakkannya semua lelaki. aku akan kelam kabut berlari2 ke dalam bilik untuk mengenakan tudung. kalau nak diingat2 semula ada satu cerita yang melibatkan tudung dan ianya benar2 buat aku tergelak. waktu itu hari raya, aku yang sememangnya tidak berhias diri hanya duduk di ruang tamu bersama abang dan adik iparku sambil menonton rancangan hari raya. waktu itu tiba-tiba keluarga mak uda datang memberi salam. aku apa lagi, terus lari lintang pukang masuk ke dalam bilik untuk mengenakan tudung. cubalah korang bayangkan, betapa gelabahnya aku ketika itu sehinggakan aku hampir tergelincir di depan pintu bilik. ketawa besar adik iparku ketika itu dan maluku Tuhan saja yang tahu.

jadi apakah hal itu akan berulang lagi buat tahun ini..ataupun, haruskah aku tekad mengenakan tudung sepanjang masa bagi mengelak auratku dilihat oleh abang dan adik iparku sekaligus seluruh keluarga suamiku. hmm, itulah yang sering aku fikirkan dan jawapannya tetap kabur.

Thursday, July 15, 2010

sinetron cahaya





inilah cerita yang selalu aku follow sekarang. CAHAYA, wahh cerita biasa tapi kelakar juga. aku ni sebenarnya susah nak follow cerita indon, tapi yang ni terbaik punya..cayalah...

ikha dan pocoyo



'sedari pagi ikha dah menunggu bila masanya aku akan membuka tv..dia semacam tahu yang jam dah menunjukkan pukul 9 pagi. awal2 pagi lagi ikha dah bangun, mungkin takut dia akan terlewat melihat rancangan kegemarannya..hihi. nescaya benarlah apa yang difikirkan aku itu bila dia tersenyum dan tergelak bila rancangan tu dah bermula. terima kasih pocoyo, rancangan anda telah membuatkan anak saya seceria mentari yang bersinar'

Tuesday, July 13, 2010

bosan

tak ada apa yang nak diperkatakan hari ni. walaupun hari ni panas tapi aku malas nak basuh baju. suami aku pulak hari ni kerja malam tapi dia terpaksa pergi kem sebab kena pasang khemah. kata dia ada pegawai nak datang buat ceramah dekat kem. hmm...so bored. nothing to say right now..so i want to get some rest..

Monday, July 12, 2010

bermain



penatnya teman ikha bermain, lebih2 lg bila dah lepas makan. habis bersepah 1 rumah. sambil tgk cerita 'kampung boy', dia boleh lagi nak berlari2..wahh, ikha memang aktif. cayang pada ikha...

kartun kegemaran ikha-pocoyo







hakhak..asal buka tv jer mti ikha teruja dan terus berdiri depan tv. mana taknya cerita kegemaran dia dah start, POCOYO. comey tul cerita tu, sesuailah dgn ikha, ye tak?

Kisah janda pembancuh kopi (cerpen) akhir


Semua ini berlaku bukan kerana salahnya, tetapi sikap gatal dan miang keladi yang ada pada lelaki-lelaki itulah yang membuatkan dia menjadi bahan cemuhan orang. Pernah juga dia mengambil keputusan untuk tidak melayan lelaki-lelaki itu tetapi semuanya hampa bila Wak Karim menasihatkan dirinya untuk sentiasa bersabar dengan karenah mereka. Dia tahu bukan itu maksud sebenar yang ada di dalam hati Wak Karim, Wak Karim mahu warungnya sentiasa dipenuhi pelanggan biarpun dia tahu tujuan sebenar orang-orang itu kemari.

Semenjak Miah Bunga menjadi tukang bancuh kopi di warungnya, semakin ramai pula pelanggan yang datang. Dia tidak menyangka yang kuat juga pengaruh yang di bawa oleh Miah Bunga ke warungnya itu, jadi oleh yang demikian dia memilih untuk terus mengikat Miah Bunga di warungnya itu sebagai pelaris. Hati dan perasaan Miah Bunga dijaga dengan sebaik mungkin agar Miah Bunga tidak berfikir untuk meninggalkan kampung itu walaupun Miah Bunga mempunyai masa depan yang lebih cerah di luar sana.
Maka setiap harilah pemuda-pemuda bahkan yang seusia dengannya datang berduyun-duyun kewarungnya dari terbitnya matahari hinggalah ke senja kala. Walaupun hanya dengan secawan kopi, Wak Karim tahu yang pelanggannya akan kekal di situ dan tidak kemana-mana.

Petang itu Bidin Sentul datang ke warung Wak Karim dengan membawa sepasang songket berwarna biru air. Mata-mata yang memandang mula tidak senang hati bila Bidin Sentul cuba mengumpan Miah Bunga dengan songket biru air yang mahal itu, terdengar bisikan halus Bidin Sentul mengajak Miah Bunga ke pekan pada petang itu. Wak Karim yang terdengarkan perbualan itu mula menjeling tajam ke arah Miah Bunga. Miah Bunga hanya tersengih lalu menolak pelawaan Bidin Sentul dengan lembut.

Rata-rata yang terdengar akan penolakkan Miah Bunga itu cuma tergelak kecil, ada juga yang tersengih-sengih bahkan ada pula yang berbisik-bisik sesama mereka kerana tidak sangka yang pelawaan Bidin Sentul akan ditolak mentah-mentah oleh Miah Bunga.
Merah padam muka Bidin Sentul ketika itu, kejantanannya terasa tergugat. Miah Bunga yang hanya berstatus janda itu berani benar menolak ajakkannya,bahkan di depan orang ramai pula.

Malu sungguh dia ketika itu

“Tidak manis rasanya kalau Miah mengikut abang ke pekan, nanti apa kata orang. Bukankah isteri kedua abang sedang sarat mengandung, rasanya adalah lebih baik abang menemankan isteri abang di rumah dari membawa saya ke pekan dengan hanya untuk bersuka-suka”.

Kata-kata itulah yang paling pantas masuk ke telinganya. Terasa seperti dirinya begitu hina di mata Miah Bunga. Tidak dia menyangka yang umpan yang diberinya selama ini lansung tidak mengena. Dia kalah kepada janda muda itu malahan kekalahannya itu sudah menjadi bahan tawa pelanggan-pelanggan di warung itu.

Sampai ke hari ini jugalah Bidin Sentul tidak lagi menjejakkan kaki ke warung itu, malahan untuk lalu di luar warung itu juga dia tidak mahu. Mengenangkan perasaan malu dan marah kerana dikecewakan oleh Miah Bunga.

Satu hari datang seorang pemuda ke kampung itu dengan memperkenalkan dirinya sebagai Tajul Basri, tuan empunya estet getah di Kampung Rasak. Kedatangngannya ke kampung itu adalah dengan tujuan untuk mencari pembantu di banglo keluarganya. Pertama kali Tajul Basri melihat Miah Bunga, dia tertawan. Dari pandangan matanya beralih ke senyumannya benar-benar membuatkan hatinya terpikat. Tidak semena-mena Miah Bunga ditawarkan untuk berkerja di banglonya.

Semua yang ada di dalam warung itu terpana mendengarkan tawaran Tajul Basri, mereka berdoa agar Miah Bunga menolak seperti mana Miah Bunga menolak ajakkan Bidin Sentul ke pekan tidak lama dahulu. Miah Bunga cuma tersenyum, dia tahu inilah perubahan yang dicarinya selama ini. Perubahan baru bagi dia lari dari cemuhan dan godaan yang tidak diingininya. Tetapi dia juga perlu berfikir dahulu dan dia meminta agar diberikan tempoh kepadanya sehinga dua hari yang akan datang.

Mendengarkan tempoh dua hari yang diminta oleh Miah Bunga, masing-masing berusaha mencari jalan untuk menghalang Miah Bunga dari memilih jalan yang baru itu. Usaha itu lebih dilihat kepada Wak Karim yang saban kali memujuk Miah Bunga untuk menolak tawaran Tajul Basri. Perasaan ragu-ragu dan ingin tahu yang bercampur baur membuatkan Miah Bunga mengambil keputusan diluar jangkaannya iaitu dengan memilih untuk menerima tawaran Tajul Basri. Semuanya semata-mata untuk menjaga keamanan kampung itu dari terus menuduh dirinya sebagai janda penggoda.

Hari itu tiada lagi lelaki yang singgah ke warung itu, tiada lagi lelaki yang menjerit meminta kopi dan tiada lagi lelaki yang duduk hanya semata-mata untuk melihat janda yang pandai membancuh kopi.

Sunday, July 11, 2010

ikha suka @ pandai tgk tv

cam org besar je kan??? lebih2 lg time tgk iklan.

aku pun pelik, kalau nak diikutkan bda pertama yg dia pandai sgt buat ialah menonton tv. kadang2 bla nak difikir2, perkara ni baik ke untuk dia, walaupun aku buka rancangan TVIQ ataupun channel CERIA. satu lagi, dia paling suka tgk iklan, kalau sesuatu cerita tu dah mula cthnya drama, terus dia tak tengok. dia mcm tau2 je yang iklan tu dah abis..haha..hmm apa anda rasa??

Saturday, July 10, 2010

video ikha dah pandai jalan

tengoklah ikha dah pandai jalan, cayang anak ummi.. :). pasni takyah lah nak dukung2 lg.


Kisah janda pembancuh kopi (cerpen) part 2


Walaubagaimanapun mereka lansung tidak mengenali Miah Bunga secara dalamnya, hatinya yang kecil itu mempunyai sifat yang lain dari wanita biasa. Biarpun dia menerima hadiah dari lelaki yang bernama Bidin sentul, namun belum tentu lagi dia akan menerima hati dari lelaki itu kerana dia sendiri tidak begitu bodoh. Walaupun baru mencecah 21 tahun dan sudah kematian suami, dia sudah senang untuk serasi dengan statusnya. Namun begitu adapun halnya dia juga tahu yang ada juga yang tidak senang dengan statusnya, dan orang-orang itu adalah para wanita di kampung itu.

Mana mungkin para wanita di kampung itu tidak cemburu dengan Miah Bunga, apatah lagi bila mereka mendapat tahu yang Miah Bunga itu seorang janda. Asalnya Miah Bunga bukanlah penduduk di kampung itu, tetapi setelah bernikah dengan Rahman iaitu seorang guru di kampung itu, terus dia mengambil keputusan untuk menetap di situ. Tetapi takdir Tuhan menentukan yang dia tidak mempunyai jodoh yang panjang dengan Rahman dan akhirnya dia menjadi janda setelah seminggu bernikah. Semakin kecohlah kisah itu tersebar yang Miah Bunga bercerai mati setelah seminggu bernikah.

Baik pemuda atau yang telah mempunyai isteri, masing-masing melirik senyum sampai ke telinga. Ini kerana mereka tahu yang mereka mempunyai peluang dengan janda muda itu. Ini kerana sewaktu pernikahan Miah Bunga dan Rahman dulu ramai yang mengcemburui mereka. Ada yang sampai sanggup menggunakan cara lama dengan meletakkan katak di bawah tempurung semata-mata tidak mahu Rahman lepas melafazkan akad. Tetapi cara itu semuanya tidak jalan, usaha yang sia-sia itu dapat dipatahkan oleh Rahman dengan hanya sekali lafaz sahaja. Terbuktilah Rahman pemuda yang baik, kuat agama dan pintar orangnya. Jadi mereka akur akan ketentuan yang telah ditetapkan.

Namun demikian, panas tidaklah sampai ke petang kerana hujan turun di tengah hari. Rahman yang masih muda di dalam pernikahannya mati akibat kemalangan ketika hendak ke tempat kerja. Kini Miah Bunga sudah bergelar janda. Memandangkan Miah Bunga tidak ditinggalkan sebarang harta, dia mengambil keputusan untuk meneruskan hidupnya dengan mencari pekerjaan. Miah Bunga kuat orangnya, rasa kasih dan cinta yang dikecap bersama Rahman hanyalah sekejap Cuma, namun dia tetap bersyukur yang dia mempunyai suami yang baik, dan segala kenangan itu akan disimpan di dalam hatinya.
Kini dia bekerja di warung Wak Karim, bapa saudaranya yang juga menetap di kampung itu. Melalui Wak Karim dia mampu untuk berdikari sendiri walaupun ada mata yang tidak senang dengan dirinya.

“Bukankah lagi elok kalau dia menikah lagi dari dia terus bekerja di warung itu!” Mak Som salah seorang dari kaum ibu di kampung itu memberikan pendapat.
“Lagi lama dia kerja di warung itu jadi makin keraplah lelaki-lelaki di kampung ini kuat menyinggah ke warung itu” lancang saja suara Siah bersuara. Suara tidak puas hati itu yang dulunya tidak kerap di dengar kini semakin menjadi-jadi. Cemburu dan iri hati adalah satu-satunya perkara yang tertanam di dalam jiwa gadis itu. Malahan dia tahu bukan dirinya saja yang merasakan begitu malahan semua perempuan di dalam kampung itu juga merasakan perkara yang sama.

“Itulah kalau sudah dasar janda, tiada yang lain mesti mahukan laki orang” tempik Siah, sekaligus mencetuskan rasa kurang senang di hati para wanita di kampung itu.
Segala macam tuduhan sudah diterimanya semenjak dia bekerja di warung itu, melihat ada pelanggan yang dipiat telinga, malahan ditarik pulang juga sudah semakin menjadi-jadi. Ada juga timbul rasa serba salah bila melihatkan pelanggan Wak Karim semakin berkurangan semata-mata kerana dirinya. Tetapi apakan daya kerana kerja itu sajalah yang mampu dibuatnya dari dia memilih untuk melakukan perkara yang haram, simpang malaikat 44, bisik hatinya.

bersambung

phantom of the opera

dalam banyak2 movie luar negara yang aku suka, movie PHANTOM OF THE OPERA lah yang paling aku minat. filem muzikal yang diadaptasi daripada sebuah pementasan teater yang terkenal, hasil karya ANDREW LLOYD WEBBER. muzik, cinta dan aksi menjadi kisah di dalam lakon layar ini..fuhh kalau tak suka, memang korang buta seni..kuikui






love this movie..

frust gila aku!!


selepas setahun lebih aku menetap kat tempat baru, aku ambil keputusan untuk mencari kerja. bukan dari awal2 lagi aku tak mahu cari kerja, tetapi keadaan memaksa aku untuk tidak memikirkan perkara itu buat sementara.

jadi pagi tu, aku minta suami aku membawa aku ke bandar. kita orang ronda2 sambil mata aku temgok2 kalau ada orang tampal jawatan kosong di depan kedai mereka. memang ada dan aku minta suami aku untuk berhenti di situ. kedai tu cumalah sebuah kedai buku biasa, tak ada apa yang menarik tapi cukuplah untuk aku mencari kerja bagi melepaskan bosan. bukan aku tak mahu mencari kerja yang lebih baik, tetapi aku harus mencuba di situ dulu bagi membuktikan yang aku boleh.

masuk jer aku ke kedai tu, aku mula bertanya.

" akak, ada kerja kosong tak kat sini?"

" hmm, ada " sambil tengok aku atas bawah

" saya nak minta kerja, ada tak?" aku senyum2

" iya, memang ada, tapi kami tak ambil org kl" selamba jer akak tu menjawab dlm dialek k******n.

aku jadi hairan. tak amik org kl, apahal?? apa masalahnya dengan org kl? apa org kl tak leh kerja kat sini ker?, aku dah mula jadi bengang.

aku cuba lagi ke tempat lain, fikir aku mungkin tempat tu ajer ada peraturan yang begitu tetapi anggapan aku meleset. di kedai lain pula, lain pula ceritanya.

" akak ada kerja kosong tak?"

" ada, kerani "

" boleh saya minta tak tak?" aku tanya

" apa kelulusan adik?"

" sebenarnya saya ada diploma" sambil tunjuk file aku.

" alamak dik, kami ni sebenarnya ambil budak spm jer, tak mampu nak bayar kalau org ada diploma ni" akak tu tersengih.

pulak dah, apahal lak ni? adoi, takkan nak minta kerja pun susah. aku jadi tak puas hati dan minta suami aku hantar aku mencari kerja di tempat lain. dan kali ini aku jadi semakin frust bila jawapan akak ni lebih tak masuk akal bila aku meminta kerja.

" kami tak ambil org yang dah kahwin"

ahh sudah!!. jadi siapakah yang harus aku persalahkan? atau adakah aku yang bersalah kerana aku tidak pandai berdialek kelantan, atau mempunyai diploma atau sudah berkahwin.

aku jadi pening, kalau nak diikutkan hati mahu saja aku cakap kepada akak2 tu yang org di kl tak pernah pun cakap yang " kami tak ambil orang k******n atau t********u kerja di kl" . tapi aku masih mampu bersabar dan berdiam, aku terima apa yang telah terjadi. yang pasti aku jadi bosan untuk meminta kerja di sini kerana yang pasti jawapannya tetap sama, jawapan yang membengangkan hati..

what the h***

Friday, July 9, 2010

dinginnya rumah tangga (punca-punca yang patut dielak)


aku pernah baca satu artikel dekat dalam sebuah majalah yang menyatakan kedinginan rumah tangga datangnya dari sikap dan diri kita sendiri. ini kerana alam bercinta tidak sama seperti alam berumah tangga. setiap perjalanan kehidupan ada pasang surutnya. sebagai suami atau isteri kita harus bersedia untuk mengharungi apa jua masalah yang akan timbul bagi mengelakkan keretakkan dan kedinginan rumah tangga. jadi sebagai pasangan kita tahu ke apa masalah yang menjadi punca kedinginan ini, jom kita survey..lets go..

1st : SELALU MENGKRITIK
kritikan ini selalunya seolah-olah menyerang pasangan secara peribadi. kita memang tak sedar akan hal ni, lebih2 lagi bila tengah marah atau ada benda yang tak puas hati, apa lagi mulut ni rasa ringan saja mahu berkata. sehinggakan kita tidak sedar yang kita sudah melukakan perasaan pasangan kita. lagian pula kritikan itu adalah kritikan yang tidak berperasaan, haa..apa cerita??

2nd : RASA BENCI
rasa benci selalunya timbul bila kita ni mula dah tak puas hati. jadi apa lagi, akhirnya menjadi racun kepada kita. (jadi bwa2 la bersabar ye)

3rd : TERLALU PERTAHANKAN HAK DIRI
ini satu lagi, bukan kita tidak boleh mempertahankan diri di dalam rumah tangga, tetapi kita seharusnya lihat apa yang kita pertahankan itu, adakah ianya baik ataupun perkara yang tidak baik.

4th : BIARKAN PASANGAN TERGANTUNG TANPA KATA PASTI
kita ni kalau dah tidak suka, baik kita berterus terang. jangan biarkan pasangan kita tertanya-tanya. kalau ada masalah, baik diselesaikan secepat mungkin. ajaklah pasangan kita tu duduk, mnum teh sambil makan pisang goreng, lepastu selitkan sekali perbincangan bagi masalah kita tu agar segala yang tersimpul tu dapat dileraikan. jangan suka memendam kerana memendam akan menambahkan lagi rasa sakit hati dan akhirnya akan meledak tanpa sempat berbuat apa. nak ke camtu??

5th : MENIPU PASANGAN
haa yang ni lagilah, janganlah kita sesekali mahu cuba untuk menipu pasangan kita, sebab kita sendiri tahu yang tiada siapa yang suka orang yang suka menipu, inikan pula bila tertipu.jadi mengapa kita harus menipu? Masa telah berjaya membuktikan banyak rumah tangga berantakkan hanya kerana ada yang suka menipu di dalam perhubungan. jadi jangalah jadikan diri kita sebagai mangsa kepada perkara bodoh seperti itu.

6th : TIDAK MEMAHAMI KEHENDAK PASANGAN
masa bercinta punyalah kita aje yang paling memahami pasangan kita, tak ada orang lain yang lebih memahami pasangan kita selain dari kita. tetapi mengapa selepas berkahwin semua itu lenyap, kesefahaman itu bagaikan tidak pernah wujud. semakin kita tidak faham dengan dia, why??

jadi sebagai pasangan yang dianugerahkan dengan cinta dan keberkatan yang Maha Esa, harus sedar yang setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. jangan jadikan kedinginan sebagai noktah diantara cinta yang telah lama dipertahankan. betul tak??

Kisah janda pembancuh kopi (cerpen) part 1


Seteguk saja sudah bisa membuatkan tekak yang kering menjadi basah, bukan basah kerana air kopi panas yang masuk ke anak tekak itu, tetapi basah kerana rasa pahit pekat asli yang ada pada kopi pekat itu. Kopi ini bukanlah kopi biasa, kopi ini ialah kopi asli yang datangnya dari biji kopi yang sebenar, biji kopi yang diimport dari india. Aromanya pula menusuk hidung takkala air panas menggelegak masuk ke dalam kole, sekali tarik rasanya pasti menggila. Namun begitu cerita kopi ini bukanlah cerita yang ingin disampaikan, tetapi cerita si pembuat kopi ini lah yang menjadi tajuk utamanya, tajuk utama yang menyebabkan seluruh kampung bagai di guna-guna kata orang, di guna-guna agar datang ke warung itu hanya untuk merasa secawan kopi, secawan kopi buatan janda muda, Miah bunga.

Bukan orang kampung di situ tidak tahu yang kopi pekat itu ialah kopi biasa sahaja, walaupun tuan punya kedai, Wak Karim ada mengatakan yang kopinya itu datang dari india, namun tiada siapa yang percaya mahupun peduli kerana mereka tidak mahu tahu mahupun menyelidik dari mana asalnya kopi itu. Ini kerana ia tidak termasuk di dalam perkara yang utama, iaitu Miah Bunga, janda berhias yang masih muda kerana kematian suaminya. Hampir setiap pagi, sebaik saja warung dibuka hampir setengah dari isi penduduk di kampung itu akan datang singgah ke warung itu dan yang terutamanya ialah orang lelaki ( seperti di rumah lansung tidak ada berair kopi) .

Apapun antara manusia yang paling kerap datang ke warung itu ialah Bidin Sentul, tuan punya estet getah pangkalan galang di hujung kampung. Semua orang tahu yang Bidin Sentul sudah beristeri, malahan isterinya bukanlah satu tetapi dua. Anak pula janganlah dikira, bukan seorang dua tetapi sudah masuk yang kelima. Seingat mereka, isteri yang kedua itu kini sedang bunting anak keenam, jadi apa lagi yang Bidin Sentul ingin cari, isteri, anak malahan duit semuanya sudah lengkap. Tetapi mereka tahu semua itu lansung tidak dapat memuaskan hati Bidin Sentul, al-maklumlah orang kaya, sekadar dua memang tidak dapat memuaskan nafsu hatinya, inikan pula bila duit di poket setebal senaskah dewan.

Masam saja muka anak muda yang meneguk kopi bahkan yang separuh usianya juga bila melihat Bidin Sentul menghulur bungkusan coklat kepada Miah Bunga dari tepi pintu dapur. Tersengih-sengih Bidin Sentul bila Miah Bunga menyambut huluran bungkusan itu tanpa berkata apa, baginya ketika itu dialah yang paling hebat takkala Miah Bunga mengucapkan terima kasih setelah melihat isi bungkusan itu dengan senyuman yang kecil. Kain ela baju kebaya berwarna hijau pucuk pisang dimasukkan semula ke dalam beg plastik yang tergantung di tepi pintu, Bidin sentul dijemput duduk dengan senyuman yang paling manis.

Panas saja hati pemuda-pemuda itu bila Miah Bunga melemparkan senyuman kepada Bidin Sentul, bagi mereka Bidin Sentul memang saja mahu masuk jarum dengan mengumpan barang yang mahal-mahal. Walaupun Miah Bunga kelihatan polos, namun setiap gadis atau wanita tetap ada naluri yang menginginkan sesuatu dan hasilnya, Bidin Sentul bisa memberikan segala-galanya. Memang dasar buaya darat, cemuh pemuda-pemuda itu di dalam hati.

bersambung

abang tentera..tak sangka aku..haha


dulu aku tak pernah sangka yang aku akan berkahwin dengan lelaki yang kerjanya sebagai tentera. walaupun aku suka baju uniform tapi tu tak bermaksud aku akan menikah dengan mereka. lebihan pula aku ada pengalaman buruk dengan tentera, maksudnya bila berkawan dengan pegawai tentera, benci habis aku bila mengenangkan peristiwa tu.

tapi sejak berkenalan dengan suamiku ini, aku jadi terbuka untuk menerima seorang lelaki bergelar pegawai tentera. dia baik dan bertanggungjawab, tak pernah sedikit pun cuba untuk menyakitkan hati aku malahan sentiasa menjaga perasaan aku. aku bersyukur dan aku amat gembira.

sehingga sekarang kami masih suka memegang tangan, berbual mengenai masa lalu malahan belajar untuk berlawak jenaka. walaupun kadang2 dia serius tetapi semuanya dapat aku tanggani.

dia seorang bapa yang tegas, bapa yang banyak membantuku walaupun penatnya masih belum hilang, aku amat berterima kasih pada dia, aku sayang sangat pada dia..hihi..ayanglah tentera di hati ayang..cayang ayang..

Thursday, July 8, 2010

sang sang hitam


Sang-sang hitam pasti
Menular dalam diri yang berbeza
Mengikut jejak tapak manusia
Kemana saja
Tanpa ada rasa
Tanpa ada kuasa
Memberi kuasa
Pada mereka
Sang-sang hitam
Yang terpaku akannya
Diri mereka…
Di jendela ini

Wednesday, July 7, 2010

sakitnya TUHAN saja yang tahu...penangan nasi lemak


pagi tu macam pagi2 yang lain, maksud aku bukan pagi yang cerah tu tapi pagi yang gelap. maknanya pagi sebelum subuh, time tu aku dah masuk 9 bulan 3 hari rasanya mengandungkan ikha. nak diingatkan time tu aku baru lepas layan mesej ngan nadia dan suami aku, memandangkan aku tinggal jauh dari suami aku (aku kat johor time tuh). aku buat perancangan awal utk bersalin di johor memandangkan mak aku di kl bekerja dan mertua aku ajer yang free.

selepas abis main mesej ngan nadia, aku ada cakap kat dia yang ngapa aku tak bersalin saje hari tu, sebab aku dah tak larat, penat dan macam2 lagi. nadia cuma minta aku bersabar dan ikutkan ajer kerenah aku. mana taknya, sebab dia ajer yang masih berjaga masa tu( aku tak ingat sebab apa da berjaga, may be sebab dia nulis novel atau tolong abang dia kat uptown, benda dah lama, mana nak ingat). aku pun tidur bila jam dah menunjukkan pukul 1-2 pagi.

tiba2 tengah aku syok2 tidur, aku rasa basah semacam kat punggung aku, nak kata mimpi, tak mungkin sebab tangan aku sempat sentuh tempat yang basah tu dan ternyata ianya bukanlah mimpi. aku bangun dan buka lampu, aku tengok atas katil basah semacam begitu jga dengan baju tidur aku. aku mula melihat jam, dah masuk pukul 3 pagi. rasanya apa yang aku hajatkan tadi dah mula berlaku, air ketubah aku dah pecah, tapi tiada sakit.

aku buka pintu dan tengok mak mertua aku ada tidur di ruang tamu dekat bilik aku sebagai langkah berjaga2 sebab manalah tahu yang tiba2 aku nak terbersalin plak. aku kejutkan mak mertua aku dan beritahu apa yang dah jadi. mak mertua aku tanya

" sakit tak?"

aku cakap " tak ",

iya sememangnya time tu aku memang tak rasa sakit pun, rasa biasa saja, macam tak ada perasaan nak bersalin. mak mertua aku terus kejutkan bapa mertua aku dan minta dia memberitahu hal itu kepada kak yati rumah sebelah untuk membawa aku ke hospital. bapa mertua aku apa lagi, laju jer berlari ke rumah sebelah (inilah nasib bila suami kerja jauh) .

selang beberapa minit aku dah masuk ke dalam pajero dan dibawa dengan laju ke hospital pontian. aku diminta untuk mendaftar dan dimasukkan ke dalam wad (bukan dewan bersalin, sebab aku masih tak rasa sakit). air ketubah semakin banyak, dari air jadi air + darah. dalam wad tu cuma ada aku dan cik katil sebelah yang aku tak pernah tanya namanya, kata cik katil sebelah tu dia pun mengandung tapi + demam panas, sebab tu badan dia kena masuk air. kesian, nasib baiklah dulu aku tak macam tu, aku cuma mabuk2 dan letih, tapi tak pernah pulak demam. dari jam 4 pagi aku menunggu tapi perut tetap tak sakit. nurse minta aku masuk ke satu bilik untuk check kemaluan aku, katanya nak tengok berapa cm dah buka. aku yang tak biasa dengan keadaan tu menonong jer ikut kata nurse tu. katanya " tak buka lagi, pergilah rehat dulu". tak buka lagi?, jadi ngapa air ketubah dah keluar? fikir aku. aku pun tak banyak cerita terus balik ke katil dan berehat.

dari sejam ke sejam, dah berapa pasang pet dah aku tukar bagi menggantikan pet yang dah basah dengan air dan darah. aku makin tak selesa, tapi perut tak juga sakit. betul ke aku nak bersalin ni? fikir aku. aku dah mula bosan menunggu.

jam sudah masuk ke pukul 7.30 pagi, perut aku masih biasa2, tak ada tanda2 sakit lagi. cik katil sebelah aku tiba-tiba terbangun bila ada nurse hantarkan nasi lemak pada dia, kata nurse tu dari mak kepada cik katil sebelah tu. masa makan pagi dah sampai. aku cuma diberi roti mentega dan air teh, bersyukur dapat juga makan walaupun mak mertua aku tak dapat masuk. aku dah start calling2 suami aku, dia kata dia tgh otw. aku paham dan mula bersabar. dari terengganu ke johor, jauh tu beb, jadi apa lagi yang aku boleh buat, diam ajerlah.

cik katil sebelah tu dengan baik hati berikan aku nasi lemak dia dua bungkus, kata perempuan tu dia tak lalu nak makan, dan aku yang time tu memang tengah lapar gila, tak banyak cakap, terus balun. cik katil sebelah tu memang baik, kalau tak kerana dia tentu aku dah mati kebosanan. nak diikutkan sejak aku sampai tadi kami banyak berborak, memandangkan hanya kami berdua saja yang ada di dalam bilik itu. dan sekarang dia bagi nasi lemak dia pula, jadi aku perlu bersyukur.

sedap memang sedap, nasi lemak yang paling pedas aku makan pagi tu. tak sampai 15 minit perut aku dah mula sakit, sakit yang menolak2. aku terdiam, muka aku berpeluh2, takkan dah sampai masa kot?, fikir aku. aku cuma diam, tak cakap apa. tapi lama kelamaan sakit tu semakin kuat, aku dah mula tak tahan, nurse pula tak ada yang lalu lalang, aku dah mula jadi tak keruan. tiba2 ada 1 nurse melintas dan aku terus panggil, aku cakap yang perut aku dah mula sakit. nurse tu minta aku bersabar dan minta aku masuk bilik tadi. nurse tu check kemaluan aku lagi, dia tersengih

" baru 1cm, ada 9cm lagi kena tunggu, jadi belum boleh lagi".

apa belum boleh lagi? sakit dia macam dah boleh jer, bentak aku. aku jadi tak tenang, tak pasal2 mulut aku gatal menyoal

" bila bolehnya nurse?".

nurse tu senyum lagi, " jangkanya dalam pukul 4 ptg nanti baru awak boleh bersalin".

4 ptg!! gila apa, mana boleh tahan. sakit ni macam tak boleh nak tunggu dah. tapi aku hanya menjerit di dalam hati, tak berani pun nak cakap kat nurse tu, karang ada pulak yang kena ceramah, fikir aku.

aku kembali balik ke katil, menahan dan terus menahan sakit yang semakin kuat. terus terang aku katakan ' SAKITNYA TUHAN SAJA YANG TAHU '. aku rasa nak menangis dan meraung, tapi aku tak mampu, aku cuba untuk bersabar, cuba untuk diam, last2 aku mula resah gelisah dan terus menangis. nurse tu perasan dan minta aku bersabar, aku cakap

" saya dah tak leh sabar nurse, sakit sangat ni "

nurse tu minta seorang pelatih untuk bawa aku ke dewan bersalin pada jam 9 pagi. aku baring seorang2, tak ada sesiapa di situ. aku tengok sekeliling bilik, sunyi. langsir ditarik untuk menutup seluruh bilik itu. tinggal aku seorang diri tanpa ditemani sesiapa. bermacam-macam perkara yang aku fikirkan time tu, aku ni boleh ke?, selamat ke? anak aku nanti ok ker? dan macam2 lagi.

sakit semakin melampau2, pelatih tadi masuk untuk menemankan aku. aku rasa macam pinggang dan kaki aku dah nak terpisah, terbelah dua. aku dah jadi tak senang badan, aku nak duduk tapi pelatih tu tak bagi. aku lansung tak boleh nak baring. pelatih tu minta aku baring mengiring, tapi aku tak boleh, sakit, sakit yang amat sangat. jadi aku jadi tak tentu arah, semua posisi jadi tak kena. perut terasa semacam nak meletup.

" betul ke saya belum boleh lagi?"

aku soal pelatih tu, pelatih tu minta aku bawa banyak berasabar. dia suruh aku berdoa, suruh aku pujuk dan usap baby di dalam perut. aku buat tanpa berfikir panjang dan sakit tu tiba2 stop, aiks..pelik.

namun ianya tak lama, saikt tu dah datang semula, aku tengok jam baru pukul 10 pagi, lagi berapa jam lagi aku kena bersabar. mata aku dah berair2, mulut aku dah start menjerit dan meraung. pelatih tu pegang tangan aku dan minta aku berdoa. aku dah tak boleh sabar, aku dah tak boleh nak tunggu. aku terus-terusan menjerit hingga seorang JM masuk, JM tu minta aku diam,dia cakap

" lagi banyak awak menjerit, lagi sakit awak nanti "

yer ke, aku tak kisah, aku sakit sangat. tapi bila difikir-fikirkan memang tak baik aku buat macam tu. jadi aku cuba untuk menahan sakit itu, aku tarik nafas panjang2 untuk melegakan rasa sakit, aku terus-terusan mengucapkan nama Allah, berdoa agar aku diberikan keselamatan, perutku jadi sedikit lega.

masuk jam 11.30 tgh, aku rasa semakin teruk, pinggang aku terasa sakit yang amat sangat. aku benar2 dah tak tahan. celahan kangkang aku terasa di dikepak2. JM tadi masuk untuk melihat aku, aku mula merayu agar aku boleh bersalin sekarang. pelatih dan JM tu pandang sesama sendiri.

" baiklah, kita check dulu ok...hmm dah 6cm "

" jadi?" aku pandang tajam kat JM tu

" Bolehlah kita sambut sekarang "

lega, lega selega leganya bila aku dengar JM tu cakap camtu. disebabkan kemaluanku hanya terbuka 6cm, sedikit lagi harus digunting bagi menjadi 10cm. aku tak kisah, gunting ajerlah fikirku kerana sakit kena gunting tu langsung tak ada rasa nak dibandingkan dengan sakit pinggang aku.

aku diminta untuk meneran seperti orang yang kena sembelit. aku tak boleh, aku letih, aku mengantuk, aku penat sangat. tapi aku usaha, sekali teran dan masuk semula, baby tu masuk balik? why, sebab aku tak teran kuat2. nurse tu bising dan minta aku teran sekali lagi, tapi kali ini dia mahu aku teran sehabis mungkin, sehabis yang boleh, dengan nafas yang paling panjang.

" tengok, tengok, tengok kepala bayi tu, nanti senang awak nak teran "

aku dengan menarik nafas yang paling panjang dan kuat, aku terus meneran sekuat hati

" ha dah keluar kepala, jangan stop teran, teran lagi "

aku teran sekali lagi dan si kecil sudah terpelanting keluar dari dalam tubuhku. aku tengok nurse tu potong tali pusat dan terus membawa dia pergi dari situ. aku dengar suara dia menangis dan aku juga tiba2 menangis. Alhamdulillah, aku telah berjaya, berjaya menjalankan tanggungjawab aku sebagai umat Nabi Muhammad dan seorang ummi.

setelah menjalani jahitan luar dan dalam, aku diberi ubat untuk melegakan kesakitan. aku baring dan terasa mahu tidur. tak sempat aku mahu melelapkan mata, seorang pelatih telah membawa masuk seorang bayi kecil kepadaku,

" bayi perempuan" kata nurse tu

aku merangkul erat tubuh kecil itu, aku tatap matanya, wajahnya dan senyumannya yang kecil, Ya Allah, betapa besarnya ciptaan yang kau anugerahkan kepadaku, aku besyukur.

aku mula menyusukannya buat pertama kali dan kini dia sudah ada di depan mataku, bukan lagi di dalam tubuhku. satu nyawa telah tumbuh dan lahir ke muka bumi Allah ini. aku berdoa agar dia menjadi anak yang solehah, anak yang patuh kepada agama dan keluarganya dan anak itu aku namakan SITI NUR ZULAIKHA, secerah wajahnya yang menyinar kehidupan aku dan suami.

inilah cerita di sebalik penangan nasi lemak. terima kasih kepada cik katil sebelah yang memberi nasi lemak pagi tu, kalau tidak kerana nasi lemak tu pasti lagi lambatlah aku bersalin hari tu..huhu

Selamat Malam



Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarlahkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
oooo…

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
oooo…

Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

song:Faizal Tahir

ingat senang ke nak keluarkan idea!!


aku tak tahulah kalau pada orang lain, tapi pada aku nak mengeluarkan idea samalah seperti nak keluarkan baby. nak tahu kenapa?, ini kerana sakitnya nak mengeluarkan idea itu akan terasa sampai ke medula oblongata dan otak aku yang separa layu ni. dulu semasa di kolej, kerja perah memerah idea ni bagaikan satu kelancaran bagi aku, senang dan mudah. duduk kat mana2 pun boleh mendapat idea. tapi setelah lama meninggalkan kolej ni, satu apa pun tak menjadi, seperti apa saja yang dipelajari ketika kolej dulu bagaikan bersarang terus bersama idea2 yang ada.

adakah ini kerana silap aku?, aku sendiri tak tahu.

bagi aku masalah yang telah menentukan segala-galanya, kalau bukan kerana masa pasti mungkin aku tidak seteruk sekarang, setiap kali mahu memerah idea, pasti hingga sampai tertidur ataupun makan dan terus makan, hahaha. mujurlah badan aku bukan jenis naik, kalau tidak, pasti aku sekarang sudah seperti belon.

apapun aku masih mahu menulis dan memerah idea, jadi aku cuba untuk memulakannya dari yang ringkas2 dahulu seperti menulis cerpen dan puisi. ini agar semua yang aku pelajari tidak menjadi lapuk semata-mata (buat habis duit mak bapa jer macam tu, yer tak??)

surat zulaikha kepada yusuf (cerpen) akhir


Saudari Zulaikha

Assalamualaikum,

Maaflah jika kelewatan suratku ini telah melukakan perasaanmu. Tetapi aku juga bersyukur yang kau telah sembuh dari sakitmu. Mungkin ini adalah kesalahanku kerana tidak membalas surat-suratmu. Tetapi percayalah itu bukan niatku kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakan isi suratku. Berminggu-minggu lamanya aku memikirkan kata-kata yang terbaik untuk dirimu kerana aku tidak mahu mengecewakan hati dan perasaanmu seperti mana yang berlaku semasa kau berada di sini dahulu.

Aku hanyalah seorang pemuda biasa, pemuda yang tidak layak untuk dirindui oleh seorang gadis yang sempurna seperti dirimu. Bukan status yang menjadi penyebabnya tetapi perasaanku ini belum lagi cuba untuk menafsirkan kata-kata rindu darimu. Kata Razif, aku terlalu malu. Iya itu juga mungkin benar. Malu adalah sifatku yang tidak dapat kukikis. Tetapi tunjang kepada persoalan ini adalah aku cuba untuk merindui dirimu seperti mana kau merindui diriku. Namun cinta dan rindu adalah perkataan yang besar buat diriku. Ya Allah, sungguh besar perasaan yang kau berikan kepadaku sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk memikulnya.

Wahai Zulaikha, aku cuma berharap agar kau terus bersabar dan aku jua berterima kasih kepada dirimu kerana sentiasa merindui diriku. Tetapi fahamlah yang cinta dan kasih itu akan datang dengan sendiri jika kita terus berdoa untuk meminta petunjuk dariNya. Semoga cinta dan rindu yang kau hulurkan dapat kuterima dengan hati yang terbuka kerana Allah itu maha pengasih lagi penyayang. Jika kita mempunyai jodoh maka kita akan bersatu, maka serahkanlah semua itu kepadaNya wahai Zulaikha. Kepada Tuhan yang satu, Allah swt.

Yusuf

surat zulaikha kepada yusuf (cerpen) part 5


Saudara Yusuf,

Assalamualaikum wahai Yusuf. Tahukah kau yang aku umpama menanti bulan yang tidak jatuh. Setiap surat yang kuhantar lansung tidak kuterima balasannya. Adakah aku ini sudah gila, gila kerana menyayangi dirimu. Teringat lagi akan aku ketika di jeti dahulu, kau mengucapkan selamat tinggal kepada kami dan diriku lalu meminta kami agar tidak melupakan dirimu dan kampungmu.Ya Allah, terasa mahu saja aku terjun ke dalam sungai itu agar aku bisa mendapatkan dirimu, merangkulmu lantas terus tinggal bersamamu di kampung itu.

Setiap hari aku terkenang akan dirimu, menunggu setiap balasan surat-suratku. Sampaikan makan, minum mahupun kuliah lansung aku terus tinggalkan gara-gara fikiranku hanyut mengingati dirimu. Apakah aku berdosa mencintai dirimu lebih dari mencintai Tuhanku, Allah yang maha Esa.

Aku tahu kau pasti tidak berfikir atau hanyut seperti diriku memandangkan kau teguh orangnya, kuat dan sentiasa mencintai Tuhanmu. Tetapi tidak sedikitkah terlintas difikiranmu untuk mengingati diriku. Sudah hampir dua bulan kami meninggalkan kampungmu dan sudah dua bulan juga aku gila memikirkan dirimu. Sesungguhnya hatiku hancur dan tidak sanggup lagi untuk meneruskan hidup ini. Semakin aku cuba untuk melupakan dirimu, semakin kuat hatiku cuba melakar wajah dan senyummu.

Akhirnya aku jatuh sakit wahai Yusuf, sakit kerana mengingati dan merindui dirimu. Sehinggalah papa membawa Ustaz Hairi bertemu denganku, papa risau akan keadaan diriku. Papa mahu aku sembuh, kata papa, aku harus kuat kerana bukan kau saja lelaki yang ada di dunia ini. Tetapi papa tidak faham kerana papa tidak mengenali dirimu. Kau sempurna dan terlalu sempurna untukku. Iya, Ustaz Hairi, Ustaz Hairi yang dibawa oleh papa sedikit sebanyak telah menyembuhkan sakit rinduku padamu. Banyak yang telah Ustaz Hairi nasihatkan padaku. Kata Ustaz Hairi, tidak salah untukku merindui dirimu, tetapi batasannya tetap harus ada kerana dirimu juga hamba yang maha Esa. Jadi layakkah aku mencintai seorang hamba lebih dari Tuhanku. Ya Allah Ya Tuhanku, Astarafirullah halazim , tersentap aku melafazkan kalimah suci itu. Aku lupa yang perasaan rindu itu milik yang maha kuasa. Jika dia tidak memberikannya, masakan aku bisa merinduimu, jadi aku sedar yang aku harus meminta kepadanya agar kau jua mengingati diriku.

Sesungguhnya aku amat berdosa wahai Yusuf, berdosa kerana terlalu memaksa dirimu. Kata Ustaz Hairi, jika kau juga berperasaan seperti aku, pasti suatu hari nanti kau akan menjawab setiap surat-suratku, yang penting aku harus banyak bersabar dan berdoa. Jadi kini rinduku bukan hanya untuk dirimu tetapi juga Tuhanku. Kain telekung dan Al-Quran yang selama ini aku tinggalkan kini kujadikan temanku bagi aku sentiasa dekat dan mengingati diriNya.

Wahai Yusuf, kau benar-benar telah membuka mataku. Barulah aku faham kini kenapa kau selalu mengatakan yang kau mencintai Tuhanmu. Kerana kini baru aku faham yang Dia saja yang bisa memberikan ketenangngan kepada hambanya di samping terus memberikan ruang kepada hatiku untuk terus merindui dirimu.

Zulaikha

Tuesday, July 6, 2010

musim hujan kembali lagi


hampir 2 jam lebih juga hujan dah menimpa bumi, jadi rasa panas yang aku alami 2,3 hari ni terus hilang..

ikha syok jer tidur dalam buai sedangkan aku pulak bahagia mengedit cerpen dan blog. benarlah telahan orang, melihat hujan yang turun bagaikan membuka perasaan untuk terus melamun, sehinggakan ada jer yang senang dibuai mimpi.

tapi di sini aku nak ceritakan tentang musim hujan yang akan tiba, pasti kali ni seperti tahun2 yang sudah, banjir akan masuk ke rumah. hihi, penatlah kami nanti nak membersihkan seluruh rumah. kadang2 wujud juga perasaan marah dan bengang, tapi ini semua rahmat Tuhan, hanya dia saja yang tahu.

yang paling sedih, aku akan melihat sekali lagi hasil yang belum dituai akan jatuh menyembah bumi, nak tahu apa?? dah tentu2 padi2 yang ada kat kampung ni. sedih aku tengok muka pakcik2 yang duduk kat kaki batas padi dan bendang, hanya mampu berdoa agar tidak semua hasil padi itu rosak kesemuanya.

tapi ada juga yang mendapat hasil dari musim hujan ni, nak tahu apa plak??, haa, budak2 kampung yang syok menangkap belut kat dalam sawah padi, pastu gi jual kat tepi jalan..adoiyai..cam tu pun boleh..tapi ini semua rezeki masing2. yang penting kita sebagai hamba hanya harus berdoa dan bersabar, tak gitu??

1st years old







date: 15 april 2010
location: bangsar
time : 6.oo pm

love u always SITI NUR ZULAIKHA

surat zulaikha kepada yusuf (cerpen) part 4



Saudara Yusuf,

Aku malu ingin menyatakannya kerana apa yang terjadi memang di luar batasanku sendiri.

Wahai Yusuf, bila semalam kau cuba untuk bertemu denganku, aku berasa sangat marah sekali. Ini kerana hatiku sudah tertutup buatmu bila memikirkan kata-kata yang kau lafazkan kepada Maisarah tempoh hari. Tetapi apakan daya, jiwa ragaku sememangnya tidak dapat melarang dari aku terus memikirkan dirimu. Saban malam mimpiku hanyalah gambaran wajahmu. Adakah aku telah hanyut di dalam mimpiku sendiri dan adakah hanya aku saja yang memimpikan dirimu.

Kata Maisarah, jika dia memperolehi dirimu sebagai temannya, pasti dia tidak akan mencari yang lain. Berdesing telingaku apabila mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Maisarah itu. Seperti Maisarah sengaja mencari marahku dan terus menerus membicarakan tentang dirimu sebagai topik perbualan kami. Aku tahu yang aku tidak layak untuk memarahi Maisarah kerana Maisarah mempunyai hak untuk menyatakan tentang pendapatnya mengenai dirimu. Namun akhirnya perbualan kami membawa kepada noktah yang ku tunggu-tunggu iaitu tentang perasaan yang ada di dalam hatiku, perasaanku terhadap dirimu.

Iya, Maisarah dapat menghidu akan perasaanku. Katanya hatiku terlalu keras, keras seperti batu, dan cuma Yusuf seorang saja yang bisa melembutkan hatiku. Aku malu, ini kerana aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku. Adakah aku mencintai dirimu wahai Yusuf. Kalau benar aku mencintai dirimu, jadi adakah kemarahanku tempoh hari adalah sengaja kulakukan agar kau menemuiku pada malam semalam. Iya, mungkin benar, aku merajuk dan marah hanya semata-mata untuk menemui dirimu. Jika bukan kerana kata-katamu itu, pasti sehingga kini aku tidak akan bertemu denganmu secara bertentang mata.

Wahai Yusuf, walau sekali kau menyatakan maaf buat diriku, seribu kali aku telah memaafkan dirimu. Tidak tega aku untuk terus membencimu. Aku cuma marah, marah yang sedikit, marah kerana cemburu akan sifat ambil beratmu terhadap teman-temanku. Kerana pada fikiranku senyummu, tubuhmu bahkan hati dan sifat ambil beratmu hanyalah untukku, Zulaikha gadis yang sentiasa menanti balasan senyummu.

Zulaikha

surat zulaikha kepada yusuf (cerpen) part 3


Saudara Yusuf,

Sudah hampir sebulan aku di sini, namun pertemuan kita hanya sekali cuma. Kalau bukan kerana Maisara yang terjatuh di dalam hutan dan diselamatkan olehmu, sudah pasti sampai ke hari ini aku mungkin tidak dapat bertemu denganmu.
Tetapi bukan hal itu yang menjadi persoalanku kini tetapi kata-kata yang kau sampaikan kepada Maisara ketika kamu berada di dalam hutan yang menjadi api di dalam hatiku. Sampai hati kau wahai Yusuf, bila mana kau mengatakan yang aku ini tidak mungkin sudi untuk berkawan denganmu hanya kerana status kita yang berbeza, dari sebab itu aku ini tidak sudi untuk menjejakkan kaki ke teratak burukmu.

Sedarkah kau wahai Yusuf bahawa aku ini adalah gadis. Walaupun aku lahir di kota tetapi aku masih lagi kenal akan adat dan susilaku sebagai seorang perempuan. Mana mungkin aku akan menjejakkan kaki ke rumahmu jika tidak mempunyai sebab musabab. Aku malu akan sikapmu yang meletakkan aku melalui pandanganmu tetapi tidak hatimu.
Kau kejam Yusuf, walaupun kau tidak sudi untuk bersahabat denganku janganlah sampai kau meletakkan tohmahan yang sebegitu keras ke atas diriku. Aku sedar yang aku ini tidak layak untuk bersahabat denganmu dan sampai bila pun kita pasti tidak akan dipertemu.

Kerana itu aku mulai berfikir akan apa yang dikatakan oleh temanmu Razif, yang kita sememangnya sudah ditakdirkan untuk bersama. Ini kerana sudah tertulis bahawa cinta Zulaikha hanya untuk Yusuf. Tetapi sejauh manakah kebenarannya kata-kata itu kerana perasaanku kuat mengatakan yang kau bukan untukku malahan kau sendiri semakin jauh dariku.

Zulaikha

happy birthday ikha


macam tak caya yang 15 april 2010, ikha da genap setahun...hakhak, klu nak ditengok dari tubuh badan dia, lansung tak ada rupa budak 1 tahun, bahkan gaya budak 9 bulan..hakhak cute dan kecik, cam ummi dia..tapi yang paling besnyer, ikha sangat tinggi dan manis orangnya..tak caya, jangan tak caya, mesti kena caya juga.

di atas permintaan nenek yang tersayang, aku pun setuju untuk membuat majlis hari jadi untuk si comey ikha, simple but nice. ikha nampak cute sangat bila memakai baju warna pink, walaupun aku tak berapa nak gemar, almaklumlah alergic pink. tapi mengenangkan baju tu dibeli oleh nenek dia, aku setuju ajer.

kepada walid yang tersayang, thanks sebab dapat cuti dan balik ke bangsar. perjalanan jauh walid sangat2 membawa erti buat ummi dan ikha. puas juga nak pujuk cik abang ni balik dan akhirnya dia berjaya memunculkan dirinya.

apapun thanks to all guest yg sudi datang, terutamanya pada bazila, N, jiha, agie, najwa, shidi ngn mem dia, dan nadia mangsor..korang mmg best..

apapun yang paling penting tuk mak dan adik, sori susahkan kalian..saya amat menghargainya..muah2..

surat zulaikha kepada yusuf (cerpen) part 2



Saudara Yusuf,

Tidak sangka apa yang aku fikirkan selama ini adalah benar belaka. Kau sememangnya pemuda yang sombong bahkan mementingkan diri. Walaupun kau datang dari keluarga yang miskin, namun kesombonganmu benar-benar menjelakkan akal dan pemikiranku. Apakah terlalu berat untukmu membalas suratku yang terdahulu atau kau sememangnya tidak mahu.

Iya sesungguhnya kita memang tidak pernah berkenalan dan aku boleh dianggap seperti perigi mencari timba. Tapi fahamlah kau wahai Yusuf bahawa sesungguhnya aku hanya mahu bersahabat denganmu. Tidak terlintas difikiranku untuk memikirkan yang lebih dari itu. Masih ingatkan kau pada malam majlis keramaian saudara angkat, ketika Razif, teman baikmu memperkenalkan aku pada dirimu. Kau lansung tidak menghulurkan salammu, menurutmu kita bukan muhrim, iya itu benar dan aku memahami maksudmu itu. Tetapi berbeza pula dengan cerita teman baikku yang baru kudengar semalam. Kau menjemput mereka ke teratakmu sedangkan kau tahu aku juga salah seorang daripada mereka. Adakah terlalu berat untukmu mengatakan yang kau juga mahu menjemput diriku atau kau sememangnya tidak sudi untuk menjemput diriku. Dan lupakah kau yang kau sendiri bukan muhrim bagi mereka. Jadi mengapa mereka dijemput ke teratakmu. Aku semakin keliru.

Tetapi aku mulai sedar apabila menurut mereka kau diibaratkan seperti langit bagi mereka. Jauh tinggi melayang walaupun statusmu tidaklah semewah kami. Menurut mereka juga kau bukan saja tampan, tetapi kau juga punyai ilmu yang tinggi dalam hal duniawi mahupun akhirat. Suaramu germersik buluh perindu ketika membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Wah, aku tidak menyangka yang dirimu sehebat itu, dari cerita itu saja aku mula merasakan yang pandanganku itu mungkin silap belaka. Tetapi mampukan hatiku ini menerima segala yang diceritakan oleh teman-temanku sedangkan aku sendiri tidak pernah menyaksikannya.
Wahai Yusuf, jika benar kau pemuda yang seperti diperkatakan. Mahukah kau bersahabat denganku dan bisakah kau mengajarku tentang ilmu yang kau miliki. Aku pasti kau bukan kedekut orangnya memandangkan kau sendiri mengajar anak-anak di kampung ini bagi mengenal agama dan kitab suciNya. Mahukah kau wahai Yusuf.

Zulaikha

surat zulaikha kepada yusuf (cerpen) part 1



Saudara Yusuf,

Masih ingatkah kau kepada diriku. Gadis bandar yang datang ke kampungmu sekitar sebulan yang lalu. Mungkin kau sudah lupa memandangkan dirimu sendiri tidak pernah melihat akan diriku. Ini mungkin kerana kita sama sekali berbeza, berbeza dari segi dunia yang bukan pilihan kita. Masih ku ingat lagi ketika mula-mula aku menjejakkan kaki ke kampungmu, kampung Dusun Terendak. Semuanya nampak cela dimataku, semuanya nampak lecah di fikiranku. Mungkin kerana aku tidak biasa dengan keadaan itu tetapi percayalah itu semua adalah perasaanku yang sebentar cuma, perasaan yang lahir atas sikap dan latar belakangku yang berbeza. Aku sedar yang aku adalah anak orang kaya yang tinggi darjatnya, tetapi pernahkah kau fikir yang darjat itu kepunyaan ayahku, bukan diriku. Jadi adakah mungkin juga kerana hal ini kau tidak mahu mendekatiku mahupun menghulurkan salam perkenalan buatku.

Aku lihat di malam pesta muda mudi waktu itu, kau hadir dalam keadaan yang amat sempurna sekali. Sehinggakan mataku sendiri tidak mahu mempercayai bahawa masih ada lagi pemuda yang setampan kau wujud di kampung itu. Semua mata tertumpu ke arahmu, sehinggakan aku sendiri tidak bisa melarikan anak mataku jauh dari air wajahmu. Wajahmu yang cerah umpama bulan benar-benar telah mengetuk pintu hatiku agar aku terus memerhatikanmu. Tetapi sayangnya matamu yang bundar itu lansung tidak toleh untuk melihat keperawannanku, sehingga aku merasakan yang diriku bukanlah yang tercantik di malam itu. Apakah kau sombong, itulah tanggapanku takkala matamu berkalih bila aku sempat melemparkan senyumku.

Iya mungkin kau benar sombong, seperti telahan rakan-rakanku, kau tampan, jadi mana mungkin kau mahu memandang gadis-gadis seperti kami. Aku bukanlah mahu mencari fitnah di mana aku sendiri tidak tahu akan peribadimu, mungkin kerana hatiku geram kerana senyumku ditolak, jadi aku meletakkan kau Yusuf sebagai pemuda yang sombong.
Tetapi jika salah anggappanku ini, maka aku mahu kepastian darimu sementara aku masih ada di kampungmu ini. Adakah kau pemuda yang begitu, tampan tetapi sombong atas paras rupa yang dianugerahkan Tuhan yang sebentar cuma.

Zulaikha

ikha start walking..


dari sehari ke sehari, kita orang asyik menunggu and terus menunggu, akhirnya hari itu tiba juga..ikha da mula bangun dan berjalan...yehaaa..untuk meraikan kegembiraan yang best tu kami pun bawalah ikha ke tepi pantai agar dia ada ruang yang lebih besar untuk berjalan, berlari mahupun melompat.

tak pernah pun terlintas di hati kami yang kami akan dapat menyaksikan keajaiban Tuhan itu, melangkah dari setapak demi setapak di atas pasir putih tu..tersenyum dan menjerit gembira. mujurlah hari itu hari biasa, jadi tiada sesiapa di pantai tu, cuma ummi, walid dan ikha..

berjalanlah ikha, untuk kami untuk masa depan ikha. melangkahlah ke jalan yang baik, jalan yang sentiasa dilimpahi rahmat. ummi tahu, satu hari nanti pasti ikha akan berjaya seperti langkah pertama ikha..do your best my baby..