Saturday, July 17, 2010

susahnya bila abang dan adik ipar semuanya lelaki..


setiap kali pulang ke kampung, benda pertama yang paling aku risaukan adalah menghadapi abang dan adik ipar aku yang kesemuanya lelaki belaka. bukan aku ingin katakan yang aku tidak suka akan adik dan abang ipar aku itu tetapi keterbatasan aku dalam berpakaian memang benar2 menyulitkan pergerakkan aku di dalam rumah.

cubalah korang bayangkan, aku wanita yang memakai tudung. jadi jika aku di rumah sendiri masalah itu mungkin tidak akan timbul. tetapi jika ia melibatkan rumah mertua, yang pasti aku akan berfikir dan was2 untuk memakai tudung atau tidak. seharusnya aku wajib memakai tudung kerana mereka bukan muhrim aku, tetapi hanya Tuhan sajalah yang tahu, aku terpaksa untuk melupakan semua itu dan akhirnya buat tak tahu. berdosakah aku?

ini pula diselitkan lagi dengan kedatangan saudara mara yang kebanyakkannya semua lelaki. aku akan kelam kabut berlari2 ke dalam bilik untuk mengenakan tudung. kalau nak diingat2 semula ada satu cerita yang melibatkan tudung dan ianya benar2 buat aku tergelak. waktu itu hari raya, aku yang sememangnya tidak berhias diri hanya duduk di ruang tamu bersama abang dan adik iparku sambil menonton rancangan hari raya. waktu itu tiba-tiba keluarga mak uda datang memberi salam. aku apa lagi, terus lari lintang pukang masuk ke dalam bilik untuk mengenakan tudung. cubalah korang bayangkan, betapa gelabahnya aku ketika itu sehinggakan aku hampir tergelincir di depan pintu bilik. ketawa besar adik iparku ketika itu dan maluku Tuhan saja yang tahu.

jadi apakah hal itu akan berulang lagi buat tahun ini..ataupun, haruskah aku tekad mengenakan tudung sepanjang masa bagi mengelak auratku dilihat oleh abang dan adik iparku sekaligus seluruh keluarga suamiku. hmm, itulah yang sering aku fikirkan dan jawapannya tetap kabur.

4 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

bukan kalau rumah tu dh jadi aurat ke? kalau aku xsilap r. seb baek ko ganasss leh member2 ngan laki. hohoho

CintaZulaikha said...

tau pon ko, sb tu abang ngn adik ipar aku sumer suka kat aku..chewahhh...

Hanny Esandra said...

klu nak wat patot wat dr mula ct.. :-) wlpun dpn adik or abg ipar ko tu ttp kena jaga aurat gak.. klu x, sian suami ko tggung dose.. :-) utk sedara mara, klu adik or abg kandung kepada mertua ko tu mmg muhrim ko.. :-)

CintaZulaikha said...

tu la psl nad, aku dah jd serba salah...hmm..aku rasa kalau nak start sepatutnya sejk kawen aku dah start wat cmtu..