Sunday, December 12, 2010

putriku harus digemukkan dalam masa sebulan...camne tu??

Semalam aku gi bawa ikha buat check up di klinik. Seperti biasa jugak jantung aku akan terus berdebar2 bila masuk ke dalam klinik, nak tau sebab apa? sebab aku takut nak timbang berat badan ikha dan akhirnya menerima bebelan daripada akak2 nurse yang ada kat situ.


Bagi yang tak tahu, kalau berat anak dah mencecah line kuning, almaklum nak diberitahu bahawa anak korang dah masuk bahagian kurang protein dan salah seorangnya itu ialah ikha.



Aku diberitahu yang ikha ni hyper active orangnya, jadi dia di dalam kategori budak tak duduk diam, kerja dia asyik nak main jer. Jadi metabolismenya sangatlah tinggi, pembakaran lemak yang melampau lah katakan. Jadi apa saja yang dimakan ikha akan dibakar dengan cepat di dalam badan dan hal itulah yang menyebabkan ikha slim cam model.

Aku juga diberitahu untuk menggemukkan ikha..menggemukkan!!. Macam mana aku nak gemukkan ikha yang memang tak suka nak makan benda berdaging? Betul, aku tak tipu, ikha seorang baby yang sangat vegetarian..lansung tak suka nak makan bda berdaging, kalau bagi makan mesti menjerit.



Jadi harus bagaimana sekarang? kepala aku dah naik pusing. Vitamin yang dibagi semakin banyak. Nurse menasihatkan aku supaya kejar-kejarlah ikha sambil bagi dia makan, nescaya dia akan bertambah berat badan. Suapkan ikha dengan daging bega, chesedale dan apa saja yang mengandungi lemak dan protein..Kalau tidak, takut nanti pembesarannya terbantut...terbantut!! nak nangis rasanya dengar cakap2 nurse tu.



Tapi apapun aku kena usaha...dan usaha tu kadang2 mebuahkan kemarahan sebab ikha suka mengelak dan melarikan diri daripada aku..dugaan betul. Ada nak pompuan dah gaya anak laki..Sekarang rasakan keistimewaannya...lasak dan buas..huhu, alhamdulillah..ummi kena banyak bersabar..

3 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

dah anak ko ade genetik ko yg kurus walaupun melantak buffet nak wat cam ne kan???

ambik lemak aku skett, nak x???hohohoho

Diari 929 said...

Ehm.... cam ner yea...
Makan ayam goreng pun dia tak suka ke? bdk2 selalu suka.

CintaZulaikha said...

agie: bleh, meh cni bagi sket...lalla~~

jiha: tak suka lansung jiha...uwaaaaaaaaa