Tuesday, December 21, 2010

macam arnab ngan kekura...ish3


Petang tadi aku ngan ikha dah bergaduh besar, punca? ikha tak mau makan. Aku paksa ikha makan, ikha ngelak dan buang bubur tu kat baju aku.

Aku marah, aku letak dia kat atas sofa sambil bebel2, dia plak amik inisetif turn sofa dengan jerit2 kat aku sambil buat air mata.

Aku tensen, aku mula jerit2 marah lagi...

Ikha yg tadi dah turun dari sofa tah pergi mana2 dan balik semula sambil bawa bekas biskut oreo (adiah sebab beli 2 biskut kat KL dulu), dia usha aku sambil wat air mata lagi, aku pandang dia, dia pandang aku. Aku cakap

"Nak apa lagi?"

Dia terus baling bekas biskut tu kat aku pastu lari kat sofa lagi satu..bekas oreo tadi berlepuk kat muka aku, adushh...sakit giler..

aku kejar ikha, ikha lari sambil nangis2..aku pun cekak pinggang tapi mulut masih mengomel. Dia pandang aku, pastu tetiba lari dan peluk kaki aku, masih nangis lagi.

Aku pandang dia, dia pandang aku....???

dan after 10 minit dia cium pipi aku dan aku cium dahi dia..

kami pun berbaik...boley gitooo

dah tua2 pon nak gaduh2 ngn baby, apa kes???

p/s: bak kata suami aku, ummi ngn anaknya dah macam arnab ngn kekura bila gaduh..ish3..persoalannya sekarang, sape arnab, sape kekura??

4 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

hahahaha lawak dowh ko n anak ko...
rindu kat die...

CintaZulaikha said...

baru ko tau....ni la klu da tader org nak bergaduh dlm umah..

Diari 929 said...

Ganas anak ko... hu3
Ape2 pun cerita yg sgt comel :)

CintaZulaikha said...

hahahha...kami mmg begini...selalu plak tuh..kahkah