Friday, December 3, 2010

dunia hiburan masa kini.....

Kekadang bila aku buka tv aku selalu terfikir, rancangan kanak2 apakah yang terbaik buat anak2 kita pada masa kini. Dengan cerita2 yang di luar batasan pemikiran kita, apakah anak kita mampu untuk menonton dengan hanya menggunakan akal yang masih muda.

Kita sendiri tahu yang anak2 kecil memang senang terpengaruh, samalah macam anak aku, asal terdengar nyanyian 'Akim', mesti laju2 dia duduk depan tv. Tgk muka saja kita rasa nak tergelak, tetapi tahukah kita yang satu hari nanti anak2 ini akan terpengaruh dengan apa yang dilihat.



Terpengaruh yang aku maksudkan adalah terpengaruh dari segi minat, minat apa? udah tentulah minat nak jadi penyanyi, penari @ yg sebagainya. Bukannya aku ni anti sgt dgn dunia hiburan tapi mahukah kita melihat anak kita terkinja2 di atas pentas hanya kerana mahukan glamour..oh no...

Sudah cukuplah dulu aku belajar di kolej kesenian Aswara, di situ banyak pekara yang mengajar aku untuk membuka mata kepada dunia hiburan yang sebenar. Suka itu tidak salah, tapi terjerbak secara lansung itu yang membikin hati aku gundah kerana aku tahu yang anak aku lahir dari darah seni campuran tentera. Kenapa aku kata begitu? sebab anak aku boleh diam bila tgk randai sedangkan anak2 kecil lain melalak mahu keluar dari panggung, bley??

Sekarang kita sendiri telah lihat banyak anak2 kecil sudah mula suka menunjukkan bakat di kaca tv contohnya di dalam rancangan Idola Kecil dan Kamilah Bintang. Melihatkan anak2 itu seronok menyanyi kita jadi terhibur tetapi sampai bila keadaannya akan begitu.





Tidak salah untuk anak2 kita menunjukkan bakat mereka yang terpendam tetapi janganlah sampai minat itu dijadikan sebuah cita2, cukuplah hanya sekadar minat kerana dunia hiburan tidaklah seperti apa yang kita sangka, indah di luar, tetapi sakit di dalam..

2 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

owh, saya akan antar anak lelaki saya blaja ballet nanti. bley????

CintaZulaikha said...

bley, tu pon klu ko kawen cpat...bley...