Assalamualikum u olss
huhuhu, entri sedikit pilu arini
stlh menanggung gatai yg kusangka ruam arituh
aku dah jadik sgt tak keruan di waktu malam
mana taknya, nak garu2 ja
ruam pon makin jadik membesar
dan makin pelik bebenor rupanya
lastly aku amik keputusan gi klinik je lah
masuk ja bilik doktor
dgn selambanya aku tjuk ruam pelik tu kat doktor kacak tuh
doktor tu pon ngn selambanya cakap
"Ini kayap air nih"
mak aihhhhh, terkesima sat
kayap tuuuuuuuuuu...tak pnh2 kena
tetiba plak leh kena
nak nanges pon ada rasa
mana taknya, pedih agi, gatai gila babeng agi
ko mampo nak tanggung
alhamdulillah...mungkin ini ujian Allah
skrg ni stiap 5 jam musti makan ubat, sapu ubat
ubat pon dah nak abes
gatainya tak surut gak
kalau tak elok gak, trpaksalah gi spital plak
takot kot.....
da lah takleh susukan anak
anak pon takleh dekt ngn kita sb takot2 kena cacar air plak kan sb kayap nih
sian ikha dok berjauhan ngn Ummi skrg nih
sabor yer ikha, nti dah elok, kita peluk2 lagi ek...muahhhh, cayang anak ummi..
| |||||
Virus Kayap (Hesper Zoster) | |||||
Apakah Virus Kayap (Shingles)?Kayap (Shingles) adalah sejenis ruam tetapi penghidap akan merasa sakit disebabkan virus Varicella Zoster (Herpes Varicellae), di mana virus itu menyebabkan cacar air. |
Virus Kayap disebabkan oleh orang yang mempunyai cacar air dan di aktifkan kembali oleh virus dormant.Virus Kayap selalu berlaku selepas yang pada mulanya daripada jangkitan cacar air mungkin bertahun. Virus Kayap adalah berbahaya dan mungkin boleh menyebabkan cacar air. Walaubagaimanapun, berhubung secara terus dengan orang yang mempunyai virus kayap atau cacar air tidak boleh menyebabkan virus kayap. |
Punca Virus kayap |
Selepas cacar air itu terkena, ia akan bergerak daripada kulit melalui laluan saraf ke akar saraf di mana ia akan menjadi aktif. Virus cacar air kemudian akan "hibernasi". Selepas itu virus itu akan di aktifkan, ia akan bergerak daripada laluan saraf ke kulit. Ia dikenali sebagai faktor picu kepada pengaktifan virus tersebut.Virus Kayap umumnya mempengaruhi orang dewasa tetapi kadang-kadang boleh menyebabkan kanak-kanak yang mempunyai cacar air pada masa tahun pertama di dalam hidup mereka dan orang yang mempunyai ketahanan imun yang rendah. Virus Kayap boleh menjadi punca kelemahan imun di sebabkan oleh HIV atau kemotherapi dan tekanan, sebagai contoh sakit yang terlalu lama tetapi orang yang mendapat virus kayap mempunyai sistem imun yang normal. |
Apakah Simptom bagi Virus Kayap? |
Antara gejala-gejala yang dihadapi ialah gatal pada kulit, gelembung-gelembung merah pada bahagian kulit, bernanah atau berair pada permukaan kulit dengan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan apabila sembuh kurap ini akan meninggalkan parut pada permukaan kulit. Lepuh ini biasanya sangat sakit. Mudah menjangkiti orang lain apabila lepuh pecah. Lepuh akan kering dan berkeruping. Badan akan terasa sakit dan sengal-sengal kadangkala boleh mengakibatkan demam. |
Cara untuk Mengelak Virus Kayap |
Seseorang yang tidak pernah mengalami demam campak boleh mengurangkan risiko dari mendapat virus tersebut dengan menghindarkan dari berhubung secara terus dengan seseorang yang mendapat demam campak dan virus lepuh ini sendiri tidak dapat dicegah. |
Diagnosis Virus Kayap |
Pesakit dengan laporan perubatan di tambah dengan rupa keadaan lepuh tersebut selalunya digunakan untuk diagnosis. Jika diperlukan, tempat lepuh tersebut dikorek boleh mengenalpasti virus tersebut. Sample darah juga boleh digunakan untuk permulaan diagnosis. Apa akan terjadi jika ia menjadi lebih teruk? Lepuh tersebut akan menjadi bakteria berjangkit.Satu serangan daripada virus kayap berhampiran pada mata atau di atas hidung boleh menyebabkan parut pada kornea dan mempengaruhi penglihatan. Virus kayap boleh berjangkit pada muka, dalam sesetengah kes, boleh membawa kepada kehilangan deria pendengaran, lumpuh pada muka dan mengurangkan deria rasa. Prospek Masa Hadapan Virus kayap adalah jarang sekali serius.Dalam 90 peratus daripada pesakit, serangan biasanya berkurangan dalam masa seminggu selepas rupa simptom yang pertama jika tidak dirawat secepat yang mungkin. Jika tidak mereka mungkin akan menghidap untuk berbulan-bulan. Kebanyakan orang hanya mempunyai satu atau dua serangan.Warga tua khususnya mungkin selalu berasa sakit yang kuat, walaupun serangan seperti sudah berkurangan. Sakit tersebut boleh berpanjangan selama berbulan-bulan dan mungkin boleh menyebabkan tekanan. |
19 comments:
semua org takut :(
semoga cepat sembuh kak :)
kalo xelok gak btter jmpa pakar kulit...nnti doc akan bg ubt yg tbaek & insyallah sembuh & boleh men dgn bebi...get ell soon...go away kayap
Insya Allah okey nanti... sabar dan terus ikut nasihat doktor...
moga cepat2 sembuh....
la...egtkan gatai biasa ja kak..
take care...moga cepat sembuhhh...amin/
semoga cepat sembuh...kalau tak ok..ce gi clinic Poliklinik keluarga & pakar kulit, kat area pantai halban ya :)
warghhhh..akak....take care auw....sian ikha ne jauh nan ummi die...
lorr..jap agi baiklah tu..kasi sapu ubat lebih sket..
sabor je la kak..makan ubat ikut time..insya'allah sembuh..
nasib baik dh jumpa doktor..take care sis..hopefully cepat sembuh
Wahhhh...mcm bahya plak membacanya....pernah tgk masa duduk asrama dulu.....ngeri ooooo
owh TIDAK!!!!!!!
(Reaksi aku pas dapat tahu fasha nak kawen dengan Jejai)
ada kaitan x? hahaha
kayap air ???kawan saya baru je kena. teruk gak dia kena. akak banyakkan rehat k. jgn lupa sapu ubat tau. :)
bahaya tu kak kayap. cepat sihat yea.
get well soon kak~
sabor je la cik kak..dia mmg cmtu gatal..sy pn penah kna jg,yg spesis hmpir sma gak huhu...get well soon k...
kayap bahaya sbb boleh bawa maut..kena konsisten pakai ubat baru cpt baik :)
ermm jgn berharap ubat kt doz tu lg la kot kalo gatal xkurang..g spital trus jmpe pakar..
Post a Comment