Tuesday, March 27, 2012

METACINTA "seribu tahun air mengukir batu"

Assalamualaikum u olss

NAK PROMOTE SKET TUK MEMBER

pada sapa2 yg duk area Kl
aku sarankan korg gi lah tgk teater nih
asyik dok tgk wayang ja
sesekali eloklah tukar selera plak
mana tau, leh dijadikan minat dan hobi satu hari nanti, yer tak??




SON DWARA CIPTA
dengan kerjasama DEWAN BAHASA & PUSTAKA, DFX STUDIO,

CAHAYA ILHAM, TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR & SAGO CREATIVE
mempersembahkan,

"GOYEH"
arahan Khairil Ridzuan

Mengisahkan tiga sahabat- Atif, Qa'il dan Bahadur yang ditakdirkan bertemu di satu lorong berhadapan sebuah 'Santuari'.
Konflik terjadi apabila Atif telah ditangkap dan dibawa lari oleh Bahadur.
Qa'il nekad mencari Bahadur untuk mendapatkan jawapan terhadap kejadian yang menimpa Atif.
______________________________________________________

"LELAKI DARI GUA"
arahan Khairunazwan Rodzy

Seorang pemuda yang disembunyikan oleh Orang Tua di dalam gua selepas serangan yang menimpa kampungnya. Mereka bersembunyi di situ bertahun lamanya dan Orang Tua mengajar Pemuda ilmu hakikat. Setelah tiba ketikanya, Pemuda keluar ke kota untuk menempuh hakikat kehidupan.

Di kota, Pemuda sering bersyair dan menangis lalu dia dianggap gila. Namun begitu, dia mempunyai pengikut. Pengaruhnya semakin lama semakin besar dan kuat sehingga serangan yang seolah-olah sama berulang kembali.
_____________________________________________________

"KASSIM SELAMAT TIDAK BUTA, SABARIAH BENAR-BENAR MATI"
arahan Hariry bin Jalil

Cuba mengandaikan ada babak yang tertinggal dalam filem 'Ibu Mertuaku', iaitu babak kehidupan Kassim Selamat dan Sabariah di bawah kolong.

Cuba merungkai psikologi watak dengan membawa persoalan apa yang mendorong Sabaiah menulis surat kepada Nyonya Mansur dan kenapa Kassim Selamat begitu sedih sehingga buta.
_______________________________________________________

menampilkan
*AZMAN HASSAN *HARIRY BIN JALIL *KIRIN MUHAMAD *KHAIRIL RIDZUAN *ALOENG SILALAHI *KHAIRUNAZWAN RODZY *GHADAFI MELIKI *SITI NOOR HAFIZAH *NABILLA


Tiket : RM20, RM15 (pelajar)

Tarikh: 30 Mac 2012 - 8.30 p.m.
31 Mac 2012 - 3.30 p.m., 8.30 p.m.
1 April 2012 - 3.30 p.m., 8.30 p.m.

*Untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut sila hubungi:

Siti Nurbaya- 013-3307783
Nur Azila(Lola) - 017-7007298

10 comments:

Anum said...

macam best je

dwaty said...

last hari tu tengok budak lat...

jomsantaisekejap said...

Teater..emmm sy dah lupa berapa kali sy tengok teater..jap ehhh...errrr rasanya macam belum pernah tgk teater.. ahaksss.
Akan dipertimbangkan untuk menontonnya...

Blogcomment No 6

http://jomsantaisekejap.blogspot.com/2012/03/blogcomment-3.html

ikatankasihku said...

Rajinnyer melayan benda alah ni.. :)

Kazman / Sue said...

kami tak pernah pi tengok... kenkadang teringin juga...

imie fatiema © said...

tak pernah tengok teater,,jakun tak ai..ishkk tapi mmg tingin sesangatttt..cumanya hubby skrg sebok,anak2 pulak nak bubuh mana? dapat nengok kesinambungan kasim selamat pown besh

Azhafizah[フィザ] said...

jalan cerita menarik.ade masa boleh pergi tengok..thanks for the info ^^

budak penjara said...

bleh tak kurangkan sikit harga tiket tu..ni x.. nk sama mahal dengan tiket pawagam haha

adan said...

sy tak pernah tgk teater.. tp leps baca entri akak ni terfikir gak.. cam best..

a.samad jaafar said...

seribu tahun air mengukir batu.. hmmmm...