Sunday, March 18, 2012

asal mimpi, musti mimpi pelik2~~ aishh

Assalamualikum u olss

orang kata mimpi nih mainan tidor
dan aku tak suka ngn mainan tidor nih
sb mainan tidor btol2 buat aku berdebar2 dan takmo nak ada mimpi2 lagi
mana taknya, salunya musti mimpi yg pelik2
sampai tak terjawab dek akal

tapi apaon, mimpi jugak sesuatu yg baik
kalau tak ada mimpi
maka tak sempurnalah tidor kita
mimpi ni umpama satu pekerjaan semasa tidor
maknanya otak kita berkerja untuk merangsang pemikiran kita

ada 5 fakta mengenai mimpi nih
rasa2 korglah apa fakta yg menarik mengenai mimpi nih
jom baca sat



Setiap orang pasti akan pernah bermimpi sehingga menimbulkan terlalu banyak persoalan mengenainya hingga ke hari ini. Apakah yang menyebabkan seseorang bermimpi? Bolehkah ia dikawal atau ditafsir? adalah soalan yang sering ditanya. Fakta ini dikeluarkan oleh pakar yang mengkaji mengenai mimpi hasil daripada kajian yang telah mereka lakukan.


(1) Mimpi boleh membantu pembelajaran- Hasil daripada kajian isu terkini mengenai biologi semasa, penyelidik melaporkan bahawa mimpi adalah salah satu cara untuk otak memproses dan memahami maklumat baru. Fakta ini diperkuatkan lagi hasil daripada kajian oleh Harvard Medical School yang menyatakan bahawa mimpi dapat membantu untuk otak memproses pembelajaran dan penyelesaian masalah.


(2) Sama seperti lelaki, seks wanita juga boleh terangsang ketika bermimpi- Jika fakta mengenai lelaki dapat mencapai keinginan seks melalui mimpi adalah satu perkara normal, ia sebenarnya turut berlaku kepada wanita. Hasil daripada penerangan Barbara Bartlik, pakar psikiatri di new york menyatakan bahawa kemaluan wanita juga mampu membesar dan dilincirkan hanya melalui mimpi seks yang mereka alami.


(3) Mimpi yang paling biasa?- Fakta ini dikeluarkan oleh Lauri Quinn Loewenberg yang merupakan seorang pakar mimpi, pengarang dan personaliti media. Hasil daripada tinjauan yang telah beliau lakukan, mimpi paling biasa dialami oleh seseorang adalah bermimpi pasangan mereka cuba melakukan kecurangan di belakang mereka.


(4) Anda sebenarnya bermimpi lebih daripada sekali pada setiap malam- Hasil daripada kenyataan Loewenberg lagi, seseorang mampu untuk bermimpi berpuluh-puluh kali untuk satu malam tetapi anda mungkin tidak mengingatinya. Beliau juga mengeluarkan fakta bahawa seseorang akan bermimpi setiap selang masa 90 minit dan mimpi yang sebelumnya akan lebih panjang berbanding mimpi yang terdahulu. Dianggarkan seseorang akan bermimpi lebih daripada 100,000 kali sepangjang hidup mereka.


(5) Anda boleh bermimpi walaupun anda dalam keadaan sedar- Fakta daripada Dr. Burkeley menyatakan bahawa mimpi adalah merupakan satu proses penembusan imaginasi aktif. Sekiranya anda sedang berkhayal ketika melakukan sesuatu, ia juga merupakan satu proses mimpi ketika anda sedar.

huhuhuhu....menarik tak fakta nih rerasanya...
bagi aku mmg menarik, tp kalau dah still ari2 dok mimpi pelik2
cam tgk wayang dalam tidor ja
aku rasa cam nak dijauhkan dari mimpi
menangis kot kekadang...aishhh, mimpi2~~

nak tau apa mimpi aku yg pelik2 tuh??
aishhhh, malulah nak cakap...segan2 giteww..hehhe

sampai berjumpa lagi...babai...

14 comments:

nazira said...

Nice info.. thankz..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

ikatankasihku said...

akak selalu mimpi kawin ngan aeron aziz..ahaks.... :)

K2r~90 said...

slalu x egat mmpi ape

Asrul "iLham" Sany said...

aku mimpi britney spears minang aku... hahaha

cIk JanNah said...

jannah selalu mimpi ngeri. tapi kadang malas nak amek port. huhu. kadang takut jugak

imie fatiema © said...

saya pernah mimpi Tun Mahathir, paling best mimpi main salji kat jepon..heheh

Ym.Bundle [Blog.Sampah] said...

maknenya aku selalu mimpi la walaupon aku tak penah ingat ye kak..haha..

dhiera said...

mimpi yang indah2 tu buat rasa macam ala, nak tidur lagi. tapi kalau mimpi yang macam scary tu, rasa nape mimpi gini~ sobsob

jeBateja said...

den sokmo tak ingat apa yg di mimpi mlm tadinya...apsal erk...lemah otak kot...

sHi Ma said...

info menarik.. alamak apa mimpi ummi ikha tue.. hehehe...

Mohd Norafzal said...

klu sy mimpi org mimpi saya camner tu?umpama mimpi dlm mimpi mcm lagu visa gitu :P

anitadiana said...

bagu-bagus..kak ita jarang nak mimpi..mcm mana..he..he

aswadz said...

aku pernah mimpi pastu jaga, bila tdo blk, mimpi lagi skali. 3x berturut. pernah gak mimpi yang bersambung walaupun mimpi pd hari yg laen.

Namee Roslan said...

sy tak suka mimpi...memenatkan :(