Sunday, July 17, 2011

1st time tgk terus tersentuh...

Assalamualaikum u olss
kalau korg nak taulah
aku ni jns manusia yg agak cpat la tersentuh
bukan calang-calang org je boleh buat aku menangis
melainkan laki aku sdri dan anak aku yg comey
jd depa boleh diletakkan di tangga teratas, makhluk Allah yg bisa buat aku tersentuh dan menangis
kedua, opkos famili aku...terutama mak aku sdri..
kdg2 apa yg terluah dari mulut mak aku, otomatik buat aku berlinang air mata

aku bukn sengaja nak buat citer sedih pilu malam2 cenggini
tp aku cuma nak cakap psl perkara ke3 yg boleh buat aku cpt terharu
slain dr famili2 aku
nak tau apa??
haa...perkara ke 3 adalah, citer islamik yg berunsur cinta dan kasih kpd Allah dan Rasul
hihihi...klu korg nak kata aku terlambat aku tak kesah
yg sohihnya aku ttp nak ulas
ceta yg buat aku tersentuh
nak tau ceta apa
taraaaaa....KETIKA CINTA BERTASBIH

mungkin sesetengah pembaca blog aku ni dah pnh tgk ceta
yg diadaptasi dr novel terlaris HABIBULRAHMAN ni kan
walhal, aku baru tgk sat2 td
tu pon sb astro baik hati tgh wat tayangan free
kat channel 141 dan 142 tuk pakej baru astro indopek

dari novel ke film...i bangga u...i likee



KETIKA CINTA BERTASBIH menceritakan tentang seorang mahasiswa muda Abdullah Khaerul Azzam yang menetap di Universiti Al-azhar, cairo. dia terpaksa mengambil masa selama 9 tahun sebelum dapat menghabiskan kuliahnya di mesir kerana kematian ayahnya. akibat didorong kesusahan dan kebajikan keluarga di kampung, Azzam lebih berusaha untuk mencari rezeki dengan menjual tempe di cairo. azzam menjual tempe kepada pelajar-pelajar indonesia yang menuntut di sana dan hal itu membuatkan dia terkenal di kalangan pelajar dan orang dalam kedutaan indonesia di sana. satu hari, azzam dijemput oleh anak perempuan duta, indonesia iaitu Eliana untuk mengikuti acara temasya kebudayaan dan makanan indonesia yang dijalankan di alexandria. ketika itulah mereka berdua mula jatuh cinta, tetapi pandangan azzam mula berubah bila Eliana mahu memberikan french kiss kepada azzam setelah azzam berjaya membantu Eliana untuk mengagumkan ayahnya dengan masakan indonesia. bagi azzam, ciuman itu adalah satu musibah. ini kerana di dalam islam, ciuman yang diberikan oleh wanita kpd lelaki yg bukan muhrimnya sebelum bernikah adalah satu dosa. Azzam merupakan seorang kuat agama dan hidup berpandukan kepda ajaran Al-Quran.

ketika berbual dgn pemandu Eliana, dia mendapat informasi mengenai wanita yg sesuai untuk dijadikan calon isterinya. gadis itu tinggal berasama pakciknya di cairo dan juga merupakan pelajar di Universiti Al-Azhar. Namanya ialah Anna Althafunnisa . tetapi jodoh tidak menyebelahinya bilamana teman baiknya Furquon, terlebih dahulu meminang gadis itu untuk dijadikan isteri.

malangnya pada satu hari Furquon menerima berita bahawa dirinya dijangkiti HIV positif, dan pada ketika itu jugalah Anna secara tiba-tiba menerima lamarannya. Furquon terlalu mencintai Anna lebih dari segalanya. malangnya dia juga tidak mahu Anna dijangkiti penyakit yang dialaminya, jadi dia mula merasa dirinya berada di dalam dilema.

Furquon sebenarnya merupakan seorang lelaki yang baik. dia juga merupakan lelaki yang kuat agama. dia menghidapi HIV secara tidak sengaja bilamana seorang gadis itali cuba mahu mengugutnya untuk memperolehi 200,000 ribu dollar. Furquon dikatakan disuntik dengan virus HIV semata mahu memperolehi wang itu...


ada 1 dan 2...kena tgk dua2 baru paham citer na~~
yang pasti citer ini tersangatlah panjang,...
rasanya kalu aku dok membebel lagi
mau jadi novel entri nih
jadi pada sesapa yg belm tgk
teringin nak tgk
gi la beli astro
takpon, beli buku dy ja
tu pon ok jugak...

apapon citer nih mmg tabik dahi 3x
i likeee
penceritaannya mmg lancar dan sgt cantik
penceritaan bagaimana jodoh mmg sudh ditentukan oleh Tuhan
walau bagaimana rintangan yg melanda
kalau awek tu da jodoh kita
ia akan ttp jd jodoh kita
walaupon awek tu da jadi janda
cayolahhh~~janda berhias sehh~~


10 comments:

einz said...

hahaha...tah la einz tgk gitu2 jep citenya...sbb jalan cite agak slow...hahaha...nk baca buku takde feeling nak membaca skunk ni...hahaha...

Hans Hanis said...

cerita nih memang best
mesti tersentuh punya

azwa amani said...

hari tu lagi nak tengok... hehe.. nanti nk tgok la tapi kena tunggu free sikit,,

surianisiti said...

bile nth nk tgk.. hehehe

Oh Lady said...

best ke cite ni? layan jiwa x?hehe

iyan shazlind said...

hero dia handsome...(eh ada sangkut paut tak comment ni dgn topik) hehehe

myhatiku said...

dah tgk dh citer nie..best kan..lagu pun best..:)
akk tgk dalam mihrab cinta pulak..he

Asrul "iLham" Sany said...

1st tyme aku baca komik pokemon terus tersentuh noks...hohohohoo

adan said...

thanks akak.. sebelum ni selalu je orang sebut2 cerita ni.. bila baca entri akak teringin sgt nak tgk.. thanks akak..

Anonymous said...

salam..

cete ni memang best...penuh konflik.