Thursday, September 15, 2011

nak review novel akak junior...Hadirnya Dia

Assalamualaikum u olss
rasanya cam da lama tak review buku novel
milik sahabat handai dan kengkawan yg tercinta
kali nih, selepas mereview novel 'tahu rasa cinta' karya Hanny Esandra
aku nak review novel akak junior (hai kak ida..hehe)
juga sahabat kpd hanny esandra
iaitu eizda amani yang bertajuk 'Hadirnya Dia'

spt Hanny Esandra
akak ni pon punya kekuatan sendiri dlm penulisan novelnya
kalau tak, takkan dia leh kuarkan buku, yer tak??

jom baca sinopsisnya
mana tau korg2 nak beli...hehe


Najihah Syifa membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu. Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah. Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.


“Nasib baik muntah biasa. Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi.”


Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL. Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu. Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.


“Syifa… saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?”


Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan lidah Syifa kelu. Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuzi, yang terlebih dahulu melamarnya.


Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya? Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa, lebih dulu hadirnya?

haah..gempak tak???
apalagi, mai beli..rm 18.90 ja

tuk Eizda Amani @ ??? (sori, biarlah rahsia yer)
aku harap, akak akan jadi penulis yg baik
sebaik air tangan masakan hari raya  akak yg sodap tuh
ada umur yang panjang
sy akan mai lagi ke umah akak
caiyok2...weeeeeeeeeeee~~

7 comments:

amranaiman said...

lama x baca novel :P

sea_lavender said...

wah mcm best je..da nk final~~ nti la nk cri lps final hehe =D

Namee Roslan said...

hehe. macam ni tak perlu baca novel. sy baca synopsis kt sini je :D hehe, pernah cuba untuk baca novel tp mesti menguap banyak kali!

Hanny Esandra said...

ct,
ade ke ngko review noks? lupe dh aku..hahaha..btw, dh baca lum buku eizda amani ni? ~

anumuchan said...

mcm best..dah lama tak layan novel..huhuu...xde novel nak di baca..isk2

Asrul "iLham" Sany said...

"Aku tak suka baca novel. Malassss...," kata Amer sambil memakan cupcakes

terpatrisinarabadi said...

bagusnya dia, support member...