“Ish, taknak lah
mak. Abang ni bukannya kecik lagi sampai mak nak paksa-paksa gitu,” Mirul
tension dengan kata-kata si emak. Setiap hari bila aje berjumpa, mesti tak ada
cerita lain, kahwin, kahwin, kahwin. Nak kata dia dah tua, muda lagi kut, baru
je 25 tahun. Masih layak lagi nak clubbing dengan member-member walaupun
sebenarnya dia bukanlah kaki clubbing. Dia baik okey, anak soleh kut. Cumanya bila
dah sampai bab kahwin sebab pilihan keluarga nih, buatkan dia jadi sedikit
sensitif. Tak tahulah sebab apa.
“Mak bukan apa,
Rul. Mak tengok kau ni macam tak ada perasaan je nak berbini. Sebab tu mak
risau, sebab tu mak carikan kau bini,” Mak jelling tajam ke arah Mirul.
Pandangan mak buatkan Mirul kurang selesa. Silap-silap Mirul boleh kalah
disebabkan pandangan mak. Mirul tekad, dia tak boleh termakan pujukkan Mak kali
ini. Dia mesti kuatkan semangat, kuatkan tekad dan kuatkan azam.
“Macam nil lah
Mirul, kau pergilah jumpa dulu budak tu. Mak dengar cerita dia tu guru tadika
tau. Kan ke elok tu berduet dengan kau, guru sekolah menengah. Tak betul cakap
mak ni,” Mak tersenyum panjang.
Mirul buat muka
selebet. Apa kena mengena pulak guru tadika dengan guru sekolah menengah boleh
jadi sesuai. Tak ada dalam kitab pun tulis macam tu. Jodoh ni kan di tangan
Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh dia dengan awek pramugari, ha macam mana pulak,
takkan Mak nak tolak mentah-mentah. Sebab pilihan dia tuh tak memenuhi citarasa
Mak. Kalau macam tu payahlah, alamatnya sampai ke tua lah dia tak kahwin, jadi
bujang trang tang tang…
sila klik baca seterusnya
13 comments:
manisnya cover novel ni..
bestnya ceta nie
Menarik jalan cerita ni, cpt sikit ye sambungannya ("-")
cik shima, klik je bersambung tuh, nti dy pergi ke blog cerpen warna kaseh....huhuh
alaa..malasnya aku nak klik bersambung plak..citer dah macam syok..haha..
akk nga tggu mse sesuai nk bace ni
owh, rajin ko menulis novel nyah ~
bukan novel la bedah...ni kan cerpen jek...adiuihhh
kak ika : ini cerpen akk buat ke ??
yer cik fadh...huhuhu
best gak cerpen ni hehe
weweeeiittt...hehe. ok terjah !!
boleh buat novel ne..menarik...
Post a Comment