Wednesday, January 11, 2012

keindahan seni dlm kostum bangsawan yg korang mungkin nak tahu...hehe

Assalamualaikum u olss
hikss, rasa cam dah lama tak wat kelas seni kan
jadik arini, ngan rasa bestnya aku nak kongsi ngn korg2 sumer
ttg istilah dan makna yang ada dalam kostum bangsawan
seorang pemain di dalam sesebuah persembahan

selalunya, persembahan bangsawan berkisarkan ttg cerita raja2
dewa-dewi, malahan cerita rakyat yg biasa kita dgr di sekeliling kita.
cthnya spt cerita Hang Tuah, Puteri Hang Li Po bahkan Jula Juli Bintang Tiga.
jadik, setiap pemain selalunya akan mengenakan kostum yg sesuai ngn karakter
yg ditempa khas melalui pereka kostum yg awalnya sudah menyelidik ttg
latar belakang dan sejarah kostum sblom dihasilkan rupa dan bentuknya

di sini, aku nak kongsi bersama korg2 sumer
ttg maksud sepasang kostum yang dipakai oleh Sultan Melaka cthnya
bermula dari tanjak sehinggalah ke capal yang disarungkan ke kaki

TANJAK atau kata lainnya iaitu DESTAR adalah salah satu busana atau kostum yg dipakai oleh Sultan atau pahlawan2 melayu pada zaman dahulu. Ia juga dipakai di dalam pelbagai istiadat melayu. selalunya, pemakaian tanjak ini berkait rapat dgn status si pemakai, cthnya dari segi rekaannya. Apa yang dipakai oleh rakyat biasa berbentuk simpulan dan diubahsuai dari rekaan asal yang dipakai oleh raja. Rakyat tidak boleh memakai bentuk tanjak yang sama dengan bentuk tanjak raja atau sultan. antara jenis tanjak yang dipakai oleh sultan2 adalah tanjak lipatan 'Dendam Tak Sudah


beralih pula kepada BENGKUNG, SAMPIN dan BAJU MELAYU. biasanya, kostum ini sama seperti baju yg kebiasaanya dipakai oleh orang2 melayu kita. jika sampin biasanya dijahit dengan menggunakan benang sutera dan menggunakan kain songket. begitu jugalah sampin yg dipakai oleh pemain2. sampin songket ini biasanya bercorakkan bunga tabur atau penuh. ia juga dihasilkan dari pelbagai warna dan biasanya bagi seorang Sultan, warna yang dipakainya adalah warna kuning diraja.

bagi baju melayunya pula, ia terdiri dari 2 jenis corak iaitu cekak musang dan teluk belanga. biasanya sultan melaka akan mengenakan baju melayu cekak musang dan sultan johor pula, baju melayu teluk belanga. Pemakaian sampin juga berbeza mengikut daerah walaupun kepentingannya sama, seperti di johor sampin dipakai di dalam adalah dipanggil sampin dagang. Antara ikatan sampin yang biasa digunakan adalah ikatan kembung dan ikatan pancung.


dan akhirnya adalah KERIS. keris yang biasanya dipakai oleh pemain adalah keris cth yang tidak boleh mencederakan. ttp bentuk, rupa malahan alur lekuknya mempunyai makna yang tersendiri. selalunya, keris yang beralur 7 lekuk dipakai oleh pahlawan2 berketurunan jawa. sedangkan keris yang tidak beralur pula datangnya dari keturunan melayu itu sendiri. jadi ada perbezaan yang boleh dilihat dari watak2 yang tlh ditentukan hanya dgn melihat keris yang mereka pakai.


hehhe, amacam. rasanya cukuplah untuk kostum sultan tuk arini.
esok2, kita akan beralih pula kepada kostum permaisuri, malahan orang kampung sendiri.
harap2, korg2 tak bosan yer dok singgah ke sini
aku nak beri ilmu yg sedikit je kot
bior ampa sumer tahu, sejarah yang ada pada kostum pemain bangsawan kita
kot2 pasni dpt tiket free tgk citer Tun Fatimah
kira dah tau r nama lain tengkolok tuh destar
kalau tak, hampehhh...sekadar tgk ja

tamat sudah kelas seni tuk arini...daaaaaaaaa~~

28 comments:

odahonebizz said...

xsabar nak tengok custume permaisuri mesti cunkan...dulu time kecik2 mmg suka main pondok2 blakon jd permaisuri raja...brebut2 semua nk jd anak raja nak jd pmaisuri...hoho...nice info...ada keturunan bangsawan ke?

Kazman / Sue said...

imagine jika kita pakai baju ni pi opis.... mesti gempakk wooo....

CintaZulaikha said...

odahone: celah mana ajerlah keturunannya..taklah dik oii, akak nih pernah blajo ja bda2 ni dulu..skrg nak kongsi ngn kawan2..

kazman: pastu tak spi tgh ari, berkipas bagai ngn fail..kehkeh

terpatrisinarabadi said...

sungguh respek pada lelaki yang suka pakai baju ala2 kesultanan ni..segak bergaya, tergoda uuuuu..hahahaha

Anonymous said...

smat kalo tgok laki pkai baju ksultanan melayu melaka ni...hehe

dhiera zainudin said...

menarik ni. saya tak pernah tahu semua ni~

akak tunjuk la contoh bagi setiap satu tu~ boleh la taw jugak lipatan ni nama nya apa dan apa~ hehe

LURZAN TAZA LIMAJ said...

kan best kalo ari jumaat je bole pakai baju melayu lengkap bsampin, tp ari jumaat tu la nak kene keje mcm kuli pun, xbole melawa huhuu

fatema said...

tengok gambar2 ni teringat pulak time kawin dulu..hensem je suami,skrg perut dah naik hehe

CintaZulaikha said...

kak nora: sy pon..hahhahhha...akak perli ke apa nih..

izz: ha a sgt smart kan..

CintaZulaikha said...

dhiera: ha, ada cthnya..nanti kita masuk segmen cara pakai sampin plak ek..hehe

nazrul: huhuhu, sabor je laa..

imie: hahahha, akak perli abang cayang akak ek..nti minta dy senam banyak2 ek..bior ilang muncit2 tuh.

Anonymous said...

suke tengok orang lelaki pakai 1set baju melayu siap dengan tanjak, sampin, keris... (time kawen) hihihi

mood: xsabar nak tawen..kihkih

fatema said...

tag kamu dear : Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh

CintaZulaikha said...

syieda: hamboii, gataii..kikikih

imie: haahh..hehhe, thanks kak. senang2 nti saya join ek..

Asrul "iLham" Sany said...

jaga kostum bangsatwan dulu...

haram jadah retis2 tu kannn!!!!

WuMing said...

Nampak bergaya tak di telan zaman...

duniaanita74.blogspot.com said...

memang segak ..hemsem tu..ne pakai bila kahwin aje..mcm ne?...ne..ne

kenal ke ?...org PD...

Cho Zila said...

memang rajin mencari info.. akak ingat dulu arwah opah akak kalau orang kawen kat kg memang tugas dia ikat sampin dan buattanjak untuk pengantin lelaki.. dia akan tanya nak ikut negeri mana?? maksudnyer ikatan sampin dan tanjaktu ikut stail sultan negeri yang mana.. tiap negeri lain bentuknya...
kagum dengan keistimewaan dia sebab dia buat hanya bergantung kepada gambar sahaja... tak belajarpun... sbbtu rumah arwah opah akak dulu penuh ngan gambar sultan setiap negeri.... siap gantung lagi berframe gitu.... so patriotik..

anamizu said...

wahhhh bestla info ni kak! cik ana pon baru tau je ni..


mmg smart wo lelaki pakai gitu..
terkesima nengok! hehe







luv,
cik ana

CintaZulaikha said...

agie: depa mmg retiss...retiss kan mmg cenggitu..kehkeh

wuming: sungguh kan..

CintaZulaikha said...

anitadiana: rasa cam pnh tgk kat bangsar

cho zilo: wahhh, opah akak mmg terbaekkklah..saya nih bersilang tangan nak blajo kak.

anamizu: thanks cik ana, rajin2 singgah agi k..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

thanks fo sharing ala2 belajar sejarah balik

Rean said...

wah terbaik la info ni, aritu terkjot dga nama tanjak agong, lipatan dendam tak sudah huhu

jeBateja said...

jadi...jika sape2 buat teater...adakah perkara2 ini diambil perhatian...dan adakah mereka dah tahu garis panduan begini....aahakz...

CintaZulaikha said...

mama amana: kannn..hehe

imbobo: ya ka..kehkeh

jebateja: wajib tahu sepatutnya, takot kang, sultan johor pakai tengkolok sultan melaka plak..tak ke haruu~~

awEEN said...

suke jgak songket2 ni kak..kot akak leh share cre nk jge songket pon ok gak..saye ni suke bsuh je kain yg ala-ala songket..nsb bek bkn songket betul..dah berbulu dah kain tu..hehehe

duniaanita74.blogspot.com said...

tentu lah kak ita duk flat sri pahang blok 3..

Namee Roslan said...

selalu dpt tgk pakaian ni time org kahwin je kan..haa ini blog update ada. siap dengan cara buat tanjak lg. hehe. kalau yg perempuan macam mana pulak ?? :D

eija said...

salam, menarik topik ni..lagipun tgh dok mencari kostum utk dinner...tema her/heroin i.e malay ka/bollywood ka/doraemon ka...tp macam berminat nak cari yang macam watak tun fatimah tu..almaklum kita ni bertudung...ada cadangan ke?..tQ