Thursday, January 12, 2012

seni ikatan tanjak yg owsem....jom tgk....


Assalamualaikum u olss

k la , bagi memenuhi permintaan cik dhorotie
yang meminta cik kak ni tuk menunjukkan serba sedikit cara tuk membuat ikatan tanjak,
mahupun sampin
haah, ni ada satu cara
macam mana nak menggubah ikatan tanjak
yg agak popular
hope akan memberi sedikit sebanyak pengetahuan
akan seni yang semakin kita lupakan ini



ikatan 'Tenggek Lang Melayang'
oleh Muhammad Farul Azri



seperti yang diperkatakan sebelum ini, Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.


hehheh, tak pasai2 belajar cara ikat tanjak pepagi hari cenggini plak kan
ok apa, bukan selalu ada org nak beri info cara nak ikat tanjak
kalau tidak, musti kena tgu discovery channel baru nak tgk
tu pon kalau ada yg nak tgk
seni warisan melayu ni jgn kita mudah perlekehkan
nak pula kita lupakan
kekadang download serba sket warisan melayu nih masuk dlm otak
kan ke owsem..
ni asyik download lagu bruno mars ja...mmg ampa tak sempoi..kehkeh



k la, chow cin chow...sayonara bebehh....jangan amik ati na....gurau pagi ja kot..hehe

info: http://resam-melayu.com/2009/12/tanjak-warisan-melayu.html

13 comments:

ikatankasihku said...

Eh eh bergurau senda pepagi ni ea..hehehehe

saipul said...

dulu kawin mak andam bawa tanjak ni mmg dah siap sedia. x terpikir plk cara nak ikat..hehe

siti said...

haha.. kat atas tu terkomen guna acc suami.. sorry... http://penaumi.com

Cho Zila said...

ala kalau opah akaktu masih hidup leh ler akak masukkan you tube dia pakaikan pengantin tanjak..

CintaZulaikha said...

kak nora: ha a kak, best pe bergurau pepagi ari..hikss

saipul: skrg zaman da moden..hehhe. sumer pon serba siap..

CintaZulaikha said...

cho zila: hahhahha, ha a, pastu leh la sy amik video tuh buat blajo tuk dri sdri..hehhe

Adylia Qarissa said...

boleh tangok time orang nak kawen jer :)

anitadiana said...

tengok masa org kawin aje...tu pun dah siap-siap..he..he

akoo pae said...

boleh ikatkan utk suami nnt.
=p

Zaza Fakharuldin said...

tanjak tu ape? sye x pernah dgr perkataan tu. hurmmm

Namee Roslan said...

ok, nnti nak kahwin boleh buat sendri. hehehe ! txs kak !

dhiera said...

ala... saya tak dapat tengok video tu~ utube!

Izan Ishak said...

tak semua tau camna nak buat ikatan tanjak ni kan... termasuklah diriku ini...