Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

"Segmen : Satu Malaysia by Azhafizah.com"

Assalamualikum u olss

menggatai kut nak join segmen nih
nak ikotkan, aku mmg payah nak join segmen2 nih
tapi tgk ja belog cik azhafizah, rasa cam menarik plak segmen nih
sb segmen nih segmen 1 malaysia kan
segmen ttg apa yg menarik yang ada kat tpt kita duduk sekarang..
jadik, aku pon ngn suka ati mengjoinkan diri
tuk memberitahu kpd u olsss sumer
apa aja yg menarik ada di terengganu nih

sila letak banner dulu yer..hehhe


kpd korang2 diluar sana kalau nak tahu aku nih asal org Kl sebenarnya
org bangsar..(cam best ja kan jadik owg bangsar)
tapi memandangkan aku dah berumahtangga,
aku terus ikut suami yg berkerja sbg tentera lalu berpindah ke jerteh
yg terletak di besut terengganu...
ikotkan dah 4 tahun jugak aku menetap disini, dan kalau ditanya apa yg menarik ada di sini
aku kira bolehlah aku kasi tau, sb aku sendiri dah pernah menjelalah kat tpt2 tuh

btw..aku akan mulakan dgn apa yg diminta oleh tuan blogger, cik Azhafizah
pertamnya ialah

TEMPAT TINGGAL SEKARANG
sekarang ni, spt yg aku kata di awal tadi, aku tinggal di jerteh, besut terengganu. kira kata aku bukan tinggal di dalam kem memandangkan masa nak pindah dulu kem dah penuh.

MAKANAN PALING FAMOUS DI TEMPAT TINGGAL SEKARANG:
sepanjang aku tinggal di sini, mengkut pemerhatian akulah... makanan yang menjadi kesukaan ramai di jerteh nih adalah 'NASI KERABU'. korag tau kan apa tuh nasi kerabu, alahh..yg nasi dia warna biru tuh. kira kata, nasi nihlah yang paling famous. siang malam kut ada jual..kat kedai makan, kat pasar malam, pasar tani, pasar pagi..musti korang akan jpa org jual nasi kerabu nih di mana2 saja. kira kata. tanpa nasi kerabu nih, gelaplah jerteh..errr..ya ka?? eh betollah..ni menu utama kot di kedai2 makan..haah, jadik, kalau datang sini, jangan tipulah kalau kata tak jpa, sebab bersepah2 kut..

keduanya keropok lekor..haah..ni kira 2 in 1 lah..nasi kerabu ngn keropok lekor..mmg famous giler. nama pon tinggal kat ganu, kalau tak cuba keropok lekor mmg bukan 'ganu kite' lah kan..selamat mencuba...

nasi kerabu yg cedapp...i likee~~

TEMPAT BEST UNTUK DILAWATI:
uisshhh, yang ni jangan cakaplah. banyak kut tpt2 yg best nak dilawati. tapi kalau korg tanya akulah mana yg paling best, aku boleh bagi 3 tpt kat korg..

1. PULAU PERHENTIAN :-
pulau perhentian terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pulau perhentian besar, dan pulau perhentian kecil.setiap pulau mempunyai kelebihan masing2. jika ada pelancong yang mahu pergi ke pulau tersebut, mereka bolehlah menaiki bot dari jeti pulau perhentian, besut dengan hanya rm10 seorang. yang pasti pulau perhentian merupakan pulau terbaik, sama seperti pulau2 lain yang ada di negeri ini. tapi pulau ni lah yang pulau yang paling dekat ngn tpt tinggal aku. kira2 kalau dari jerteh, adalah dalam 10km-15km perjalanan sebelum menaiki bot yg ada di jeti pulau perhentian.





2. PANTAI AIR TAWAR:-
pantai air tawar terletak kira2 4km dari besut dan 3km dari bukit keluang merupakan pantai yang selalu dikunjungi oleh pelancong2 dan penduk2 tempatan. dari pantai air tawar nih, kita boleh melihat pulau perhentian, memandangkan pantai air tawar tidak jauh dari pulau perhantian. seperti di pantai2 yg lain, pantai air tawar jugak menyediakan chalet, wakaf, gerai2 makan dan gerai2 jualan tuk pelancong2 yang datang berkunjung. setiap tahun jugak, pantai air tawar selalu mengadakan aktiviti dan pesta kebudayaan cthnya spt pesta mencandat sotong..menarik wehh, sb aku pernah pergi, siap ada karaoke ngn dikir barat lagi...terbaekkk..



dan akhir sekali ialah

3. LATA TEMBAKAH:-
lata tembakah pulak merupakan air terjun 7 tingkat yang tidak asing lagi bagi penduduk tempatan dan penduduk2 yang datang dari kelantan. air terjun ni terletak di kpg simpang pelagat dekat dgn kpg jabi, kira2 24km dari bandar jerteh. air terjun kat cni mmg best, lagi tinggi tingkat yang korang naik, lagi tinggilah air terjun yang ada. kira2 50m ketinggiannya hanya pada tingkat ke4. aku paling tinggi pn naik spi tingkat 3 ja, hahhaha..mana taknya, banyak gila kut barang yg kita org bawak, ngn anak lagi nak dukung, tak larat kut nak naik tangga..kehkehkeh...
tapi, bagi yg bawa famili dan anak2 tuh, aku rasa baiklah korg main kat tingkat 1 ja, hahhahha..aku cakap macam tu sb kat tingkat 1 tu ada kolam2 takungan yg suai tuk anak2 kecik, kuranglah risiko kecederaan kalau nak banding naik tinggi2, pastu takleh nak mandi..hehhehe..
apapon, lata tembakah mmg bestttt giler..sb tempat dy sgt bersih dan suai tuk dijadikan tpt beristirehat sambil wat barbeque...kan menarik tuh..




tapi apapon, aku dah nak berpindah dah ke kedah bulan depan
hehhe..kira entri nih, entri tuk mengenang sepanjang pengalaman aku duduk di sini lah
kut2 pasni nak mai cni lagi ka tuk cuti2 malaysia, mana tau kan..hehhehe..
btw, selesai sudah menulis segmen nih
hope, sumer akan sukakan terengganu...sama seperti aku

thanks cik Azhafizah, sb beri peluang kepada diri ini..daa~~





Friday, April 15, 2011

Segmen Irwanmiswan: Budak kampung VS Budak bandar!!




Assalamualaikum u olsss
saje menggatal nak follow
sb aku mmg suka gi blog budak kampong nih..entri dy mmg best2

Segmen ni segmen menjawab soklan
biarpon tarikh akhir dy esok..mmg tak cukup masa, yer tak??
ahhhh pedulik..nama pon suka2

aku nak jawab soklan tuk budak bandar jek..sb asl nya pon aku budak bandar
dan slps kawen pon aku duk bandar, bandar jerteh..walupon sumer org tau bandar jerteh tu kat kampung, wakkakakkka...apakah??

soalan untuk budak bandar sahaja:

1.memang dari kecik duduk kat bandar?
sejk kuar dari perot lgi aku da duk bandar, BANGSAR lagituuu...pernah dgr tak bangsar..tpt di mana kecoh cerita ttg bebudak mandi buih tuu..MasyaAllah, naseb baik aku tak gila, nak follow mandi buih tuh~~aku baik tau~~LOL

2.ape yang best nye duduk kat bandar?
best tak best la sgt..besa2 jek..kira keperluan tu cukuplah tuk org2 yg kaki shopping cam aku..kihkih

3.ape yang tak best nye duduk kat kampung?
sapa kata tak best duk kat kampong, best ajer, klu ada MacDonald's..demand tol ayat..kihkih

4.andai diberi peluang,mahu duduk di bandar sahaja atau nak duduk di kampung?kenapa?
andai di beri peluang, aku suka jek dok kat mana2, kpg @ Kl pon tak kesah. yg penting tpt tu ada keje..klu tak, uwaaaaaaaaaaaaa, jadilah cam aku skrg...menganggur jek~~


saya nak tag sesape jek yg lalu lalang kat cni..saje nak bagi riuh blog budak kampong~~
tarikh akhir sok ye kawan2...