Monday, September 20, 2010

25 years old already


Pejam celik, pejam celik, dah masuk 25 tahun rupanya aku ni. Tak sangka kan dari seorang anak kecil, aku dah jadi seorang isteri bahkan seorang ummi kepada seorang putriku yang comel, Cik Siti Nur Zulaikha. Aku sesungguhnya bersyukur yang aku masih hidup di atas muka bumi ini bagi meraikan ulang tahun yang indah ini bersama kedua orang yang amat aku sayangi..sesungguhnya hati ini terlalu mencintai mereka seperti mana hati ini sering mencintai Yang Maha Esa. Apapun kesederhanaan di dalam famili kami membuatkan kami bahagia dan umur ini lansung tidak membataskan segala-galanya. I'm still young for my family and for my beloved hubby and daughter,aceceh..kuikui..apapun aku nak mengucapakan selamat ulang tahun buat diriku..semoga diriku dimurahkan rezeki dan diberkati Yang Maha Esa, amin..

Thursday, September 9, 2010

salam aidilfitri, maaf zahir batin


dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri, maaf zahir batin buat semua mukmin dan mukminin di seluruh dunia...baik yang jauh dimata biarpun dekat di hati..semoga di hari yang mulia ini, kita akan sentiasa bergembira di samping keluarga tercinta.amin ya rabbal alamin..

buat sayang, saya ucapkan salam maaf zahir batin. jika ada terkasar bahasa dan salah bicara, keampunan itu yang saya harapkan, kerana saya tahu syurga itu di bawah telapak kaki suami..

buat putri zulaikha, ummi doakan ikha tetap happy selalu..membesarlah dengan baik agar menjadi putri yang solehah..amin..

Thursday, September 2, 2010

dugaannya bulan puasa ni


dimulakan dengan bismillah....

hihi...mcm nak bagi perutusan raya la plak..ni la balasannya bila perot dah sakit, macam2 perkara yang bermain di dalam kepala otak selain dari memikirkan masa yang seakan-akan berjalan agak slow but steady.

sedari semalam lagi perot ni dah memulas-mulas, rasa nak terbuang air besar ada, rasa nak pitam ada, rasa nak pergi buka peti ais pun ada. cuba sajalah korang bayangkan, macam mana kuatnya dugaan bulan puasa ni.

nasib baiklah aku ni penyabar orangnya, jadi aku bertahan juga sampai lah berbuka puasa. mak mertua aku kata, orang yang menyusukan anak tu memang macam tu, badan tak tahan sebab banyak menyusukan anak, mereka juga digalakkan untuk berbuka kalau dah betul-betul tahap kritikal...jadi bagi merenung-renungkan keadaan itu, aku rasa aku tak cukup kritikal lagi. aku rasa yang aku masih lagi boleh bertahan..huhu (amin).

kalau aku gatal-gatal nak berbuka puasa maka memang benarlah yang aku ni tak redha dengan dugaan yang telah Allah swt berikan. walaupun aku kurus melidi, aku masih rasa sayang untuk ponteng puasa, aku lagi rela untuk melupakannya dengan pergi buat biskut raya dan baring-baring di atas kerusi sambil melihat jam, huhuhu.

yang penting sekarang aku masih bertahan, syukur kepada Tuhan. sakit perot ni aku jadikan sebagai satu masalah kecil saja dan aku akan terus berpuasa...yehaaa...

selamat berpuasa...