Monday, October 11, 2010
tak menyesal tapi sunyi...ayang bla nak blik??
Sedih bila memikirkan waktu-waktu cuti yang menyeronokkan telah dicuri oleh waktu kerja yang tak mengenal masa, hari mahupun minit..hmm, itulah nasib bila dah berkahwin dgn tentera. Ayat-ayat ni bukannya tujuannya dicoret untuk meluahkan rasa rungut di hati semata-mata, tetapi, uwaaaaaaaaa...memang nak merungut pun. Kejam sungguh diorang sebab buat suami aku bekerja pada hari cuti, nak nangis je rasanya bila dia cakap,
"Abang ada kerja la sok, ada pegawai yang nak datang melawat kem",
dramatik betul keadaan bila suami aku ucapkan kata-kata tu, nak kata aku ok, tak ok pun sebenarnya. Nak kata aku bengang, memanglah tak ada gunanya sebab dah telah2 yang suami aku tu seorang tentera..sob sob...
Bila nak diingat-ingatkan dalam 3 tahun perkahwinan aku ni, jarang2 sekali kami meluangkan masa bersama dalam waktu yang agak lama(maksud aku keluar cuti2 malaysia), melainkan pada cuti tahun atau cuti raya yang kadang-kadang dia sendiri habiskan masa hanya dengan duduk di depan tv sambil main PS2 (ada ke patut). Bila nak ditegur terasa berat hati sebab itu sajalah masanya untuk suami aku mengembangkan otaknya yang kecut mecut kerana stress di tempat kerja.
Tapi macam mana dengan aku pulak?, macam dengan Ikha?. Kami hanya mampu tengok dan lupakan apa yang dihajat di hati. Kata-kata yang aku luahkan ini bukanlah bermaksud mahu merendah-rendahkan atau memburuk-burukkan suami aku sebab suami aku ok orangnya. Tapi hati ini yang selalu merungut sampaikan kadang-kadang aku makan hati sendiri.
Terus terang nak aku katakan yang aku sunyi bila dia pergi kerja, krusus, latihan menembak, latihan kawad dan macam2 lagi. Mungkin sebab aku tak ada apa yang nak di rumah. Tidur je ikha, aku terus blank, lansung tak tahu apa nak buat..Mungkin kerana bosan. Nak buka FB, member2 semua kerja. Nak main game, tak ada kaki nak layan dan akhirnya aku cuma duduk termenung sambil memikirkan benda yang bukan2 contohnya nak cari kerjalah, marahlah, bosanlah dll.
Tapi apapun, aku tetap bersyukur yang suami aku tak lupa akan aku. Dia tetap bertanyakan aku dan kadang-kadang mengajak kami ke tepi pantai atau KB Mall macam minggu lepas. Biarpun jarang-jarang, namun dia tetap tahu yang aku bosan dan dia akan membetulkan keadaan.
Walau bagaimanapun aku tak pernah menyesal berkahwin dengan suamiku yang bergelar tentera, walaupun kadang-kadang aku sunyi...(hmm) itu sebab aku tahu lagi besar pahalanya jika aku menunggu suamiku di tepi pintu sambil mendoakan keselamatannya agar dia pulang dengan selamat, itukan lebih baik :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sabar, CT, ape kate untuk mengisi masa lapang ko tambah lagi seorang anak??? hohohoho
ko ni agie cam da tader saranan lain da kan...
Post a Comment