Saturday, October 2, 2010

i have nothing to say


Setiap hari kita akan mendengar perkara-perkara yang diperkatakan di kaca tv samalah seperti perkara-perkara yang ku fikir masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mana taknya jika semua perkara yang diketengahkan itu hanya diambil mudah oleh masyarakat kita masa kini, bukan hanya segelintir, malahan kesemuanya. Biarpun ada cebisan manusia yang berusaha untuk terus berubah namun kadangkala perubahan itu hanya bersifat sementara sahaja, dan akhirnya ia menjadi satu omong kosong bagi pendengar dan pelihat iaitu kita.

Mungkin bahasa aku ini bersikap tidak realistik dan tidak jujur kepada diri sendiri, mungkin ada juga yang boleh mengatakan yang aku mungkin tengah bosan atau marah bila memperkatakan tentang hal ini. Tetapi ini adalah kenyataan hidup. Tiada siapa yang mahu mendengar tentang tragedi atau masalah yang menimpa masyarakat kita pada hari ini. Bagi mereka urusan seperti itu ada yang lebih layak untuk mendengarnya, mungkin orang-orang yang diperkatakan itu ialah seperti orang-orang yang ternama, orang-orang besar, dan mungkin juga orang-orang media. Kerana saban kali kita melihat rancangan di kaca tv, pasti hanya orang-orang seperti mereka saja yang mengambil berat akan nasib orang-orang yang tertindas. Benarkah?, itulah yang menjadi persoalannya.

Iya, kita harus percaya akan apa yang dilihat dan perkara itulah yang mereka mahu kita percaya. Aku bukan cuba untuk mahu memperkatakan tentang hal orang lain, tetapi setiap hari dengan berdepan khabar-khabar yang ada di kaca tv, aku jadi amat percaya yang aku harus mempunyai jawapanku sendiri bila ada orang cuba menanyakan kepadaku iaitu "i have nothing to say" bagi menutup segala persoalan mereka.

No comments: