Assalamualaikum u olss
aku mmg giler novel
tapi semenjak dah beranak nih ja aku dah tak berapa nak baca buku
mana taknya, baru nak selak kulit buku, anak dah terberak
baru nak buka page 1, anak dah wat lagak ngeri lompat dari sofa ke atas bantal, ko mampoo..takkan~~
jadik..sesi baca membaca nih ditunda ke belah malam
tang tu pulak, mata dah cam kena gam
dan akhirnya, buku tah kemana, aku plak kelaut...haruuuu~~
tapi apapon, aku nak berkongsi ngn kengkawan sumer
akan novel yg paling aku syokkk sampai jatuh cinta kut
masa aku muda remaja dulu
novel nih novel terbitan 'creative eterpise'
dulu, novel terbitan CESB nih mmg femes2 kut
sb tu, tak heranlah klu aku leh beli buku2 CE nih tiap2 bulan
spikan mak aku pon heran
org bagi duet belanja surh makan, tp aku gi bershuping buku plak kat kedai..aishhh
mmg dasar anak tak makan saman...
novel CESB yg paling aku suka ialah novel NABILA
terbaekk weh citer nih
ceta nih ttg gadis yg bernama Nabila yg dikahwinkan dgn seorang pemuda yg kaya bernama Hadi.
memandangkan Hadi lansung tak menyintai Nabila,jadik, Nabila dipinggirkan dan diletakkan di kamar yg berbeza. malangnya bertimpa2, bila ibu mertuanya sendiri jugak tidak menyukainya,melainkan bapa mertuanya dan adik iparnya yg masih menyanyangi dan menghormati dia sebagai menantu di rumah itu. kerana mahukan perubahan dan kejayaan, Nabila berusaha mengambil kelas malam walaupon tidak dipersetujui oleh ibu mertuanya. ketika itulah dia merasa bahagia dan tenang walaupon dia tidak dilayan baik sbg puan di rumah itu. hari berganti hari, dan masa berganti masa, Nabila semakin berubah walaupon perwatakkannya masih sama, tulus seperti anak kampung yg masih suci dan tidak disentuh. ketika itulah, adik iparnya mula menaruh hati kepada Nabila memandangkan abangnya sendiri tidak pernah mengendahkan Nabila. Hadi yg mendapat tahu mengenai perkara itu mula berasa cemburu, tidak tahu mengapa sikapnya harus begitu dan dia membiarkan dirinya untuk dicintai oleh Nabila dengan melakukan beberapa perubahan yg pelik di mata Nabila. sudikah Nabila menerima Hadi semula setelah dikasari sekian lama...
kira2 camnilah sinopsis dy, nak ikotkan aku lupa ..tp betoi kut..haha
tu yg ampa kena baca tuh, carik sendiri kot ada agi kat pasaran
nak tulis panjang2 kang, baik aku tulis novel tu tros kat cni...hahhahha
cam skema ja penulisan aku td
dah lama kut tak tulis skema2 nih..winduu..lalla
buku sbnr ada kat KL..gugel gambo kat tenet tarak plak..jadik, yg ni ja yg ado..kbai~ |
silalah membaca tuk menjadik insan yg berilmu..daa~