Sunday, December 4, 2011

Aku memang tak sangka yg dia kawan aku...~~

Assalamualaikum u olss

nih bukan entri emosi hokeyy
ni entri kisah idop zaman bujang
entri zaman sekolah menengah yang tak berapa ngetop
entri mencari kenangan lalu yg hagak2 lama aku lupakan
hehehe...entri ni jugak buat kawan lama
aku rasa korg musti tak akan terkejut kalau tau sapa kawan lama aku tuh
sb kawan lama aku tuh retisss hokey
bukn retisss yg dibuat2..
tp retisss benaran..takdak klon2 pya..

aku tak sangka yg aku akan disekolahkan di sekolah yg banyak melahirkan retisss2 yg top
salah satunya Cik Sharifah Amani..
jangan tak caya hokey..dy junior hakak di SMK Bukit Bandaraya, bangsar
samalah cam hakak dy jugak, Sharifah Aleya
jugak senior di sekolah aku dulu..

tp aku bukn nak ceta pasai depa pon,sb aku bukn rapat bebenor pon dgn depa
tp aku nak ceta pasal sorg agi artis nih, iaitu
pemain muzik dlm group 6th sense..ayoi
ampa kenal tak sapa ayoi???
tipulah kalau korg kata korg tak kenal
walaupon dy taklah sefemes penyanyi dlm group dy
dy nih benaran sahabat aku time skolah dlu
aku ada bukti kut nak tunjuk
tp bukti tuh ada kat KL..gambo time skolah2 dulu

ayoi bg aku mmg baik, sb dy tak lupa kawan2 dy
pernah sekali aku jpa dy kat lif umah flat kat bangsar tuh
time tuh, aku merendek ke umah mem aku yg lain
dy sorg diri, siap berBB agi..
npk ja aku..tros dy tegor

"Hoii Ct, lama tak jumpa, kau apa cerita?? dah ada anak lah..perempuan ke??"

aku plak yg kaget..aku pikir2 dy dah lupa
tak sangka plak dy tak lupa
nak ikotkan time tuh, aku plak yg segan kena tegur cenggitu
almaklumlah, tak sama taraf kut
dy retisss, aku plak, mak budak..huhuhu, sadis...

tp banyak kut kenangan aku ngn dy dulu
kenangan bilamana dy fadeup dan teringin nak undur diri dari 6th sense
sb pengurusan time tuh cam hayam..
banyak yg dy ceta kat aku masa mula2 grup depa nak up.
dy time tuh masih lagi berkerja kat pasaraya kat bangsar tuh
aku plak, keje kat kedai roti
jadik, bila mana aku singgah ja kat pasaraya tuh, musti aku jpa dy,
borak2 ngn dy, sambil aku tgk dy susun2 barang kat tempat letak barang..
aku byk gak tanya amacam grup dy?
awat dy nak tarik diri pas album pertama, dan macam2 agi
begitulah kita org berinteraksi
sama cam zaman skolah dulu.

tapi aku bersyukrlah sb dy tak wat keje gila
ngn meninggalkan grup 6th sense tuh
tu idop dy kut...dan dia mmg tak sama cam ahli2 grup dy lain
dy nih lebey sempoi..
ada sorg agi ahli dlm 6th sense tuh, jugak kawan aku time skolah
tp tuh dah masuk ceta lain..ntilah, lain2 kali aku cetakan
yg aku nak highligt skrg ttg ayoi

buat ayoi, aku doakan ko sukses selalu
kut2 kita ketemu lagi
boleylah bg aku tiket free kalau2 ada konsert gempak yg grup ko nak buat nti
aku terharu kut klu ko wat cenggitu...hahhahha perasan


sila jangan tak percaya
ini semua ceta betoi
misal kata dy terbaca belog nih dan tak ngaku
tu hak dy, aku takleh nak tahan..sb aku bukn ceta buruk pon psl dy
sb dy mmg best dan baik..
cuma bukti tak dpt diketengahkan, sb sumer ada kat KL...daaaaaaa~~



Saturday, December 3, 2011

Candid TIME Contest

Assalamualaikum  u olss

dah 2 ari tak bersiaran..cbuk mengemas lah katakan
umah pon dah berserabut bagai nih
kotak dah ada di merata2 umah..tp barang2 still tak kemas abes
ckit plak mata memendang...rasa cam nak ajak jiran2 ja mengemas sekali
tp apa kaitan jiran2 ngn aku..tader makna kut depa nak mengemas ngn aku..huhuhu..sadis hakak~~

arini nak join contest la
thanks Cik Asma sb tag akak
da lama kut tak join contest letak gambo nih..huhu
nak try naseb nih..lallalla

gambo yg dipertaruhkan spt yg ada di bawah
sila jgn terbahak2 ya..akak tau akak tak cun
huhuhuhu....


+



tak cantek kan...for sure lahh
ada ka patot mak budak naik kuda pusing..mmg tak semengah..huhuhu

sila undi saya yer..tetiba~~

nak tag org nih

Cik Hanny
Cik Einz

Wednesday, November 30, 2011

Nabila...nak review sat...

Assalamualaikum u olss

aku mmg giler novel
tapi semenjak dah beranak nih ja aku dah tak berapa nak baca buku
mana taknya, baru nak selak kulit buku, anak dah terberak
baru nak buka page 1, anak dah wat lagak ngeri lompat dari sofa ke atas bantal, ko mampoo..takkan~~

jadik..sesi baca membaca nih ditunda ke belah malam
tang tu pulak, mata dah cam kena gam
dan akhirnya, buku tah kemana, aku plak kelaut...haruuuu~~

tapi apapon, aku nak berkongsi ngn kengkawan sumer
akan novel yg paling aku syokkk sampai jatuh cinta kut
masa aku muda remaja dulu
novel nih novel terbitan 'creative eterpise'
dulu, novel terbitan CESB nih mmg femes2 kut
sb tu, tak heranlah klu aku leh beli buku2 CE nih tiap2 bulan
spikan mak aku pon heran
org bagi duet belanja surh makan, tp aku gi bershuping buku plak kat kedai..aishhh
mmg dasar anak tak makan saman...

novel CESB yg paling aku suka ialah novel NABILA
terbaekk weh citer nih

ceta nih ttg gadis yg bernama Nabila yg dikahwinkan dgn seorang pemuda yg kaya bernama Hadi.
memandangkan Hadi lansung tak menyintai Nabila,jadik, Nabila dipinggirkan dan diletakkan di kamar yg berbeza. malangnya bertimpa2, bila ibu mertuanya sendiri jugak tidak menyukainya,melainkan bapa mertuanya dan adik iparnya yg masih menyanyangi dan menghormati dia sebagai menantu di rumah itu. kerana mahukan perubahan dan kejayaan, Nabila berusaha mengambil kelas malam walaupon tidak dipersetujui oleh ibu mertuanya. ketika itulah dia merasa bahagia dan tenang walaupon dia tidak dilayan baik sbg puan di rumah itu. hari berganti hari, dan masa berganti masa, Nabila semakin berubah walaupon perwatakkannya masih sama, tulus seperti anak kampung yg masih suci dan tidak disentuh. ketika itulah, adik iparnya mula menaruh hati kepada Nabila memandangkan abangnya sendiri tidak pernah mengendahkan Nabila. Hadi yg mendapat tahu mengenai perkara itu mula berasa cemburu, tidak tahu mengapa sikapnya harus begitu dan dia membiarkan dirinya untuk dicintai oleh Nabila dengan melakukan beberapa perubahan yg pelik di mata Nabila. sudikah Nabila menerima Hadi semula setelah dikasari sekian lama...

kira2 camnilah sinopsis dy, nak ikotkan aku lupa ..tp betoi kut..haha
tu yg ampa kena baca tuh, carik sendiri kot ada agi kat pasaran
nak tulis panjang2 kang, baik aku tulis novel tu tros kat cni...hahhahha
cam skema ja penulisan aku td
dah lama kut tak tulis skema2 nih..winduu..lalla

buku sbnr ada kat KL..gugel gambo kat tenet tarak plak..jadik, yg ni ja yg ado..kbai~

silalah membaca tuk menjadik insan yg berilmu..daa~

Ummi....bontot saya ada bintik lah!!!

Assalamualaikum u olss

terkezut kut baca tajuk entri
hahaha, kasi gempak pepagi ari
besalah, akukan ummi yg rock..
muka jahat hati pink..ko ada, lallala~~

kalau tgk pada tajuk entri,
aku rasa korg2 dah leh agak apa yg aku nak kongsikan di sini,
bg bakal2 mak budak dan mak budak tuh sdri
ditambah ngn bakal2 bapa yg masih terkial2 mencari buku2 parenting tuh,
meh cni, hakak nak kongsi serba sedikit mengenai
bintik@ruam yg salu dok ada kat punggung bayi dikala sedar dan tak sedar..
aishhh, payah tau kalau anak dah ada ruam..
kalau salah jaga, leh berdarah dek non bila dilap ngn kain..
cayolah..hakak dah rasa..huhu~~

lets see, cara2 nak jaga kulit bayi agar tros mulus dan gebu
sama cam masa depa lahir..layanzzz


1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.


2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).


3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan dan sistem yang baik.


4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.


5. Jangan tabur bedak pada alat sulit bayi,terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran air kencing.sebaik-baiknya gunakan krim sahaja jika bayi mengalami ruam.


info: lampinmanjadamia

bagos tak..suka tak???
harap2 info nih sgt berguna tuk ibu2, mak2, mummy2, amma2, dan golongan2 yg dimaksudkan sekelian
semoga hari2 anak anda lebih ceria
sama cam awek kat bawah nih...sokmo hepi...lalla

"saya pon takdak ruam...weeeeeeeeeeee~~"

Classic DONUT...ce try kengkawanku sekelian...

Assalamualaikum u olss

nih aku nak kongsi resepi ngn kengkawan sekalian
resepi donut klasik yg aku copy paste dari My Resepi
donut nih tak berapa sama kut ngn donut biasa yg gebu2 tuh
nih donut ada stail amerika sket
tak sush kut nak buat
cam donut2 lain gak, bentuk still cam gelang mak leha umah sblah..hahha merepek dol

jom tgk resepi..


bahan2:
• 30g butter
• 80g gula halus
• 1 biji telur
• beberapa titik vanila oil/ esen vanila
• 200g+ tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk pukul butter dengan gula sehingga lembut. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.

2. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk lain. Buat lubang di tengah.. masukkan yg no. 1 tadi. Kacau sehingga sekata. Tambahkan sedikit tepung jika lembik.

3. Simpan doh dalam peti sejuk selama 10-15 minit.

4. Keluarkan doh tadi,taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Canaikan lebih kurang 8mm tebal. Guna donut cutter, terapkan ke atas doh tadi. (kalau takde donut cutter boleh guna penutup botol. 1 yg saiz besar dan 1 yg saiz kecil sebagai utk lubangnya. )

5. Buat bentuk bulat ke atas setiap donut dengan menggunakan pencungkil gigi.

6. Goreng dengan minyak panas dengan api sederhana sehingga perang.

7. Boleh juga dihias dengan coklat yg dicairkan.


kira cengginilah bentuk dy, hagak2 rangup di luar, lembut di dalam
(gambo gugel ja, aku sdri still blom try, kuang3)


cengginilah hasilnya bila dah dimasak...
santekk tak, menarik tak, sodap tak???
tuh yg penting tuh, yer dak

sila try tuk menjadi masterchef amatur yg termuka yer kengkawan
pasni leh amik ati mak mertua ngn donut klasik buatan sdri..hehhe