Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Classic DONUT...ce try kengkawanku sekelian...

Assalamualaikum u olss

nih aku nak kongsi resepi ngn kengkawan sekalian
resepi donut klasik yg aku copy paste dari My Resepi
donut nih tak berapa sama kut ngn donut biasa yg gebu2 tuh
nih donut ada stail amerika sket
tak sush kut nak buat
cam donut2 lain gak, bentuk still cam gelang mak leha umah sblah..hahha merepek dol

jom tgk resepi..


bahan2:
• 30g butter
• 80g gula halus
• 1 biji telur
• beberapa titik vanila oil/ esen vanila
• 200g+ tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk pukul butter dengan gula sehingga lembut. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.

2. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk lain. Buat lubang di tengah.. masukkan yg no. 1 tadi. Kacau sehingga sekata. Tambahkan sedikit tepung jika lembik.

3. Simpan doh dalam peti sejuk selama 10-15 minit.

4. Keluarkan doh tadi,taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Canaikan lebih kurang 8mm tebal. Guna donut cutter, terapkan ke atas doh tadi. (kalau takde donut cutter boleh guna penutup botol. 1 yg saiz besar dan 1 yg saiz kecil sebagai utk lubangnya. )

5. Buat bentuk bulat ke atas setiap donut dengan menggunakan pencungkil gigi.

6. Goreng dengan minyak panas dengan api sederhana sehingga perang.

7. Boleh juga dihias dengan coklat yg dicairkan.


kira cengginilah bentuk dy, hagak2 rangup di luar, lembut di dalam
(gambo gugel ja, aku sdri still blom try, kuang3)


cengginilah hasilnya bila dah dimasak...
santekk tak, menarik tak, sodap tak???
tuh yg penting tuh, yer dak

sila try tuk menjadi masterchef amatur yg termuka yer kengkawan
pasni leh amik ati mak mertua ngn donut klasik buatan sdri..hehhe

Sunday, October 3, 2010

resepi puding roti

Inilah resepi yang aku ambil dekat dalam laman web myresepi, mudah dan ringkas. Jika kita nak jadi wanita atau anak dara mahupun menantu yang baik, baiklah dicuba resepi ini, manalah tahu boleh membuka pintu hati mak mertua yang keras macam kerak nasi (bagi yang belum bersuami yer). Iyalah mana taknya, nak masak sedap-sedap takut jadi hampeh, jadi cubalah yang senang-senang dulu, bak kata orang slow and steady. Belum cuba belum tahu..kuikui.



Pudding roti
Bahan-bahan ( 4 org mkn )
• sebuku roti (roti yang murah je)
• 4 biji telor
• sedikit marjerin
• sesudu kecil esen vanila
• setin susu cair
Cara-cara
1. Roti disapu marjerin (semua roti)
2. Roti diatur cantik didalam loyang
3. Putar telur dan gula
4. Kemudian masukkan susu cair dan esen vanila
5. Kemudian curahkan ke dalam loyang
6. Bakar sehingga kekuningan sedikit (dalam 15-20minit)


cuba jangan tak cuba...layann...