Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Nabila...nak review sat...

Assalamualaikum u olss

aku mmg giler novel
tapi semenjak dah beranak nih ja aku dah tak berapa nak baca buku
mana taknya, baru nak selak kulit buku, anak dah terberak
baru nak buka page 1, anak dah wat lagak ngeri lompat dari sofa ke atas bantal, ko mampoo..takkan~~

jadik..sesi baca membaca nih ditunda ke belah malam
tang tu pulak, mata dah cam kena gam
dan akhirnya, buku tah kemana, aku plak kelaut...haruuuu~~

tapi apapon, aku nak berkongsi ngn kengkawan sumer
akan novel yg paling aku syokkk sampai jatuh cinta kut
masa aku muda remaja dulu
novel nih novel terbitan 'creative eterpise'
dulu, novel terbitan CESB nih mmg femes2 kut
sb tu, tak heranlah klu aku leh beli buku2 CE nih tiap2 bulan
spikan mak aku pon heran
org bagi duet belanja surh makan, tp aku gi bershuping buku plak kat kedai..aishhh
mmg dasar anak tak makan saman...

novel CESB yg paling aku suka ialah novel NABILA
terbaekk weh citer nih

ceta nih ttg gadis yg bernama Nabila yg dikahwinkan dgn seorang pemuda yg kaya bernama Hadi.
memandangkan Hadi lansung tak menyintai Nabila,jadik, Nabila dipinggirkan dan diletakkan di kamar yg berbeza. malangnya bertimpa2, bila ibu mertuanya sendiri jugak tidak menyukainya,melainkan bapa mertuanya dan adik iparnya yg masih menyanyangi dan menghormati dia sebagai menantu di rumah itu. kerana mahukan perubahan dan kejayaan, Nabila berusaha mengambil kelas malam walaupon tidak dipersetujui oleh ibu mertuanya. ketika itulah dia merasa bahagia dan tenang walaupon dia tidak dilayan baik sbg puan di rumah itu. hari berganti hari, dan masa berganti masa, Nabila semakin berubah walaupon perwatakkannya masih sama, tulus seperti anak kampung yg masih suci dan tidak disentuh. ketika itulah, adik iparnya mula menaruh hati kepada Nabila memandangkan abangnya sendiri tidak pernah mengendahkan Nabila. Hadi yg mendapat tahu mengenai perkara itu mula berasa cemburu, tidak tahu mengapa sikapnya harus begitu dan dia membiarkan dirinya untuk dicintai oleh Nabila dengan melakukan beberapa perubahan yg pelik di mata Nabila. sudikah Nabila menerima Hadi semula setelah dikasari sekian lama...

kira2 camnilah sinopsis dy, nak ikotkan aku lupa ..tp betoi kut..haha
tu yg ampa kena baca tuh, carik sendiri kot ada agi kat pasaran
nak tulis panjang2 kang, baik aku tulis novel tu tros kat cni...hahhahha
cam skema ja penulisan aku td
dah lama kut tak tulis skema2 nih..winduu..lalla

buku sbnr ada kat KL..gugel gambo kat tenet tarak plak..jadik, yg ni ja yg ado..kbai~

silalah membaca tuk menjadik insan yg berilmu..daa~

Thursday, October 20, 2011

Protect the boss....terbaekkk lah...

Assalamualaikum u olss
dah agak lama jugak tak review sebarang citer yg aku dok syok tgk skrg
sori la sb aku salu review ceta korea
mana taknya, ceta tu ja yg best
nak review film melayu
dah lama plak tak jejak wayang
jadi, ni jer yg termampu
lagipon aku takmo tgk belog ni bersawang
jadi, adalah lebih baik aku nulis apa entri yg patot
janji aku hepi...lallalla~~

kali ni aku nak review drama korea
PROTECT THE BOSS
gilalah, ceta nih mmg terbaik slps ceta
THE NEW GISEANG STORY
mana taknya, klakar abes






ceta pasai 2 pengurus yg juga sepupu, bertanding utk mewarisi kompeni besar milik bapa Ji heon iaitu chairman cha. disebabkan Ji heon ni mempunyai penyakit iaitu trauma utk berdepan ngn org ramai. sepupunya Moo Woon mengambil kesempatan itu untuk menjatuhkan Ji heon. dia menggunakan No Eun Sool, seorang gadis yg kasar dan lasak untuk menjadi pembantu kepada Ji heon. kononnya utk mendapatkan maklumat dengan menjadikan gadis itu sbg spy. malangnya, No Eun Sool yg lurus dan gila2 tidak mengetahui hal itu, dan dia berterusan menjaga kerjanya memandangkan dia sering diberhentikan. di menurut segala perangai gila ji heon tnpa merungut. sehinggalah ji heon mula jatuh cinta akan No Eun Sool yang dianggapnya lain dari gadis yang lain.

huhuhu...apapon ceta nih mmg klakor abeslah. sb Ji heon ngn moo woon tu mmg klakor. ditambah plak ngn watak No eun sool tuh. bertambah lucu plak aku tgk ceta nih.

btw, kalau rajin. tgk2 lah ceta nih. tp ada kat korean HD..humm..camne tuh. arghh tak kisahlah. kan skrg dah banyak belog korean drama on9 free. jd apalagi, gi lah tgk..huhuhu..

daa~~

Thursday, September 15, 2011

nak review novel akak junior...Hadirnya Dia

Assalamualaikum u olss
rasanya cam da lama tak review buku novel
milik sahabat handai dan kengkawan yg tercinta
kali nih, selepas mereview novel 'tahu rasa cinta' karya Hanny Esandra
aku nak review novel akak junior (hai kak ida..hehe)
juga sahabat kpd hanny esandra
iaitu eizda amani yang bertajuk 'Hadirnya Dia'

spt Hanny Esandra
akak ni pon punya kekuatan sendiri dlm penulisan novelnya
kalau tak, takkan dia leh kuarkan buku, yer tak??

jom baca sinopsisnya
mana tau korg2 nak beli...hehe


Najihah Syifa membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu. Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah. Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.


“Nasib baik muntah biasa. Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi.”


Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL. Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu. Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.


“Syifa… saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?”


Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan lidah Syifa kelu. Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuzi, yang terlebih dahulu melamarnya.


Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya? Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa, lebih dulu hadirnya?

haah..gempak tak???
apalagi, mai beli..rm 18.90 ja

tuk Eizda Amani @ ??? (sori, biarlah rahsia yer)
aku harap, akak akan jadi penulis yg baik
sebaik air tangan masakan hari raya  akak yg sodap tuh
ada umur yang panjang
sy akan mai lagi ke umah akak
caiyok2...weeeeeeeeeeee~~

Saturday, August 6, 2011

akak blogger 'ikatan kasihku' mmg sempoi

Assalamualaikum u olss
uisshh..aku ni mmg payah nak suka ngn sesatu blog tuh
tp bila aku jejak je ke blog akak sorg ni
tros aku jatuh cintun ngn blog beliau
simple, gilo2 dan sempoi abes
cam aku jugak...kehkehkeh ( k fine, puji diri sdri)

mungkin sb akak ni bini org
ada anak 3 org
jadi penulisan akak ni npk serasi ngn jiwa aku yg rock nih
apapon akak ni mmg the best lah
tak busan bila baca entri2 beliau
kekadang sampai tak kering gusi

cayolah buat akak Nora Asyikin
walaupon akak sorg ibu, mama, ummi, omma ataupon apa ja ayatnya
akak mmg dah membuat hati saya terpaut

smoga, akak akan tros sukses dlm dunia blogger nih
award akak yg pink2 gitooo tuh sy dah amik
dah tempek pon kat side bar sy
sbgai tanda perhargaan dan support sy pada akak

pada kaum2 ibu, anak dara, anak bujang
yg mmg suka ngn entri2 yg sempoi
silalah ke blog ikatankasihku nih
janji berong cam aku gak..kihkihkih

anak2 beliau yg gojes~~

tgk..siap ada ic blogger lagi...aku jugak yg tader lagi..kikiki



melayang bagaikan angin...wiuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~

Sunday, July 17, 2011

1st time tgk terus tersentuh...

Assalamualaikum u olss
kalau korg nak taulah
aku ni jns manusia yg agak cpat la tersentuh
bukan calang-calang org je boleh buat aku menangis
melainkan laki aku sdri dan anak aku yg comey
jd depa boleh diletakkan di tangga teratas, makhluk Allah yg bisa buat aku tersentuh dan menangis
kedua, opkos famili aku...terutama mak aku sdri..
kdg2 apa yg terluah dari mulut mak aku, otomatik buat aku berlinang air mata

aku bukn sengaja nak buat citer sedih pilu malam2 cenggini
tp aku cuma nak cakap psl perkara ke3 yg boleh buat aku cpt terharu
slain dr famili2 aku
nak tau apa??
haa...perkara ke 3 adalah, citer islamik yg berunsur cinta dan kasih kpd Allah dan Rasul
hihihi...klu korg nak kata aku terlambat aku tak kesah
yg sohihnya aku ttp nak ulas
ceta yg buat aku tersentuh
nak tau ceta apa
taraaaaa....KETIKA CINTA BERTASBIH

mungkin sesetengah pembaca blog aku ni dah pnh tgk ceta
yg diadaptasi dr novel terlaris HABIBULRAHMAN ni kan
walhal, aku baru tgk sat2 td
tu pon sb astro baik hati tgh wat tayangan free
kat channel 141 dan 142 tuk pakej baru astro indopek

dari novel ke film...i bangga u...i likee



KETIKA CINTA BERTASBIH menceritakan tentang seorang mahasiswa muda Abdullah Khaerul Azzam yang menetap di Universiti Al-azhar, cairo. dia terpaksa mengambil masa selama 9 tahun sebelum dapat menghabiskan kuliahnya di mesir kerana kematian ayahnya. akibat didorong kesusahan dan kebajikan keluarga di kampung, Azzam lebih berusaha untuk mencari rezeki dengan menjual tempe di cairo. azzam menjual tempe kepada pelajar-pelajar indonesia yang menuntut di sana dan hal itu membuatkan dia terkenal di kalangan pelajar dan orang dalam kedutaan indonesia di sana. satu hari, azzam dijemput oleh anak perempuan duta, indonesia iaitu Eliana untuk mengikuti acara temasya kebudayaan dan makanan indonesia yang dijalankan di alexandria. ketika itulah mereka berdua mula jatuh cinta, tetapi pandangan azzam mula berubah bila Eliana mahu memberikan french kiss kepada azzam setelah azzam berjaya membantu Eliana untuk mengagumkan ayahnya dengan masakan indonesia. bagi azzam, ciuman itu adalah satu musibah. ini kerana di dalam islam, ciuman yang diberikan oleh wanita kpd lelaki yg bukan muhrimnya sebelum bernikah adalah satu dosa. Azzam merupakan seorang kuat agama dan hidup berpandukan kepda ajaran Al-Quran.

ketika berbual dgn pemandu Eliana, dia mendapat informasi mengenai wanita yg sesuai untuk dijadikan calon isterinya. gadis itu tinggal berasama pakciknya di cairo dan juga merupakan pelajar di Universiti Al-Azhar. Namanya ialah Anna Althafunnisa . tetapi jodoh tidak menyebelahinya bilamana teman baiknya Furquon, terlebih dahulu meminang gadis itu untuk dijadikan isteri.

malangnya pada satu hari Furquon menerima berita bahawa dirinya dijangkiti HIV positif, dan pada ketika itu jugalah Anna secara tiba-tiba menerima lamarannya. Furquon terlalu mencintai Anna lebih dari segalanya. malangnya dia juga tidak mahu Anna dijangkiti penyakit yang dialaminya, jadi dia mula merasa dirinya berada di dalam dilema.

Furquon sebenarnya merupakan seorang lelaki yang baik. dia juga merupakan lelaki yang kuat agama. dia menghidapi HIV secara tidak sengaja bilamana seorang gadis itali cuba mahu mengugutnya untuk memperolehi 200,000 ribu dollar. Furquon dikatakan disuntik dengan virus HIV semata mahu memperolehi wang itu...


ada 1 dan 2...kena tgk dua2 baru paham citer na~~
yang pasti citer ini tersangatlah panjang,...
rasanya kalu aku dok membebel lagi
mau jadi novel entri nih
jadi pada sesapa yg belm tgk
teringin nak tgk
gi la beli astro
takpon, beli buku dy ja
tu pon ok jugak...

apapon citer nih mmg tabik dahi 3x
i likeee
penceritaannya mmg lancar dan sgt cantik
penceritaan bagaimana jodoh mmg sudh ditentukan oleh Tuhan
walau bagaimana rintangan yg melanda
kalau awek tu da jodoh kita
ia akan ttp jd jodoh kita
walaupon awek tu da jadi janda
cayolahhh~~janda berhias sehh~~


Thursday, April 21, 2011

review novel kawan baik aku~~

Assalamualaikum sumer
dgn bangganya malam nih, aku nak review novel terbaru dari kawan baik aku
Cik Hanny Esandra yg jelita..huhuhu ayat kena up sket
novel yg diusahakan dgn penat lelah dan ckit kpala
dan akhirnya berjaya diterbitkan
dan akan dikeluarkan...buln depn kot~~ ntah aku tak igt
tapi gitulah gamaknya~~

meh kita terjah sedikit sebanyak isi dlm citer beliau




“Saya tak pandai berbunga-bunga, pak cik. Saya tak pandai nak bermadah berhelah… apa kata saya terus terang aje kat pak cik. Barulah rock!”

Memang betullah kata orang, hidup ini satu misteri. Kita tidak akan tahu apa yang terjadi. Begitu juga soal jodoh dan pertemuan. Erzalina adalah cinta mati Anuar. Apa saja yang Anuar lakukan hanya untuk mendapatkan cinta daripada Erzalina. Tapi, Anuar ini suka menjerat dirinya. Suka memalukan dirinya. Mahu mengurat Erzalina, tetapi tidak kena cara.

Bagi Erzalina, kehadiran seorang lelaki merupakan perkara baru dalam hidupnya. Dia yang sopan dan pemalu itu bernasib malang apabila mendapat peminat yang macam orang sakit mental seperti Anuar.

Berbagai adegan lucu berlaku. Daripada seorang lelaki yang nakal, Anuar jadi seorang lelaki budiman yang membuatkan Erzalina mula terpaut hati. Namun, saat hati mula ingin menerima, Erzalina mahu dijodohkan dengan Rafiyudin. Siapa idaman kalbu Erzalina? Benarkah apa yang dirasa Erzalina itu cinta? Mampukah rasa cinta yang baru diketahui, menyatukan dua hati?

acececehhh..best kan....jadi apa nak tgu lagi
pi kedai carik n beli...hayati btol2..mana tau ada kena mengena ngn idop korg

k lah...i need a rest..dada rasa senak plak mlm nih...chiowwww~~


ps: kredit to cik Hanny Esandra...