Friday, December 31, 2010

comeynyer citer nih...3 idiots


Mula2 aku tgk pagi tadi ngan suami aku, pastu aku sambung plak tgk malam ngn ikha..hehe..nak tau sambung apa? sambung tgk cerita hindustan '3 IDIOTS'..hehe, memang tak kering gusi. Dalam gelak2 melihat watak Aamir khan dan yang lain2, ada juga masuk isu2 yang menyentuh hati.

Seronok tau bila tgk cerita pasal student yang berusaha untuk berjaya walau dengan apa cara pun. Sambil persahabatan tu menjadi tunggak kepada kejayaan masing2..very touching. Aku bukan suka sgt nak tgk cerita hindustan tak pasal2..sesetengahnya ajer tau. Kalau best aku layan, kalau hampeh..belom masuk 15minit cerita tu berjalan aku dah tukar siaran, jangan main2, aku sensitip tau..(hihihi..poyo tak abes2)

Tapi cerita nih, aku mmg tabik spring toing2 punya..mmg keless. Ceritanya simple, pasal 2 orang member Aamir khan yang cuba menjejak Aamir Khan sejak 10 tahun selepas mereka tamat ijazah kejuruteran di sebuah kolej. Dalam mana pencarian, temannya Farhan mula mengimbau kenangan mereka bersama2 di kolej dulu. Mmg penuh humour..

Aamir Khan pelajar bijak yang lansung tak menunjukkan kebijakkannya, yang dia tahu cuma suka2 dan mengenakan orang, biarpun orang itu student ataupun pensyarah. Sampaikan teman2nya pun terbabit sekali sehingga selalu mendapat susah. Tapi apapun terbukti dia mmg pelajar 'A' punya bila tiap kali sem dia pasti akan mendapat tempat pertama.

Ishh..mmg best lah citer dia. Tak pandai pulak aku nak terangkan, kalau korang nak tau baik korang tgk sendiri, takut karang aku merepek2 plak dan akhirnya cerita tu jadi cerita versi aku plak..bley..hihi

Apapun mmg syok bila melayan cerita hindustan di malam tahun baru gini dari aku gi melepak tak ttu pasal, lagi buang karen, yer tak??

Apapun, aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat kedua kalinya. Semoga apa saja yang diidamkan dalam hidup korang pasti akan menjadi sukses...aminnn..


ummi yang teruja..

2 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

3 orang laki tua jadi student???
atau tiga laki tua yang menjadi watak muda??

lama tak layan cite bollywood...
hanya layan Devdas je...

CintaZulaikha said...

cam taik jer ayat..drg kan jambu..bsalah india, drg always npk muda dan jambu..

citer ni best doh, suka aku tgk..hahaha