Monday, May 23, 2011

motip cenggitu?????

Assalamualaikum sumer......
hehehhe, hari ni spt yg sblom2 nih, aku nak stori mori ttg masa lalu aku
ttp pengalaman bodo2 time berkerja kat Zon Ria Besut...
time masa baru2 kawen n felig2 nak keje sb buhsan duk kat umah

dsebabkan aku nih cun dan cantek cun dan cantek ker??uishh~~perasan..
aku tlh diterima keje kat c2
wlupon sbnrnya depa2 sumer tak berapa nak suka amik org yg da kawen..motip??
tak tau naper???
niat aku cuma nak cari rezeki yg halal
memandangkan diploma aku mmg lsg tak leh digunakan kat negeri yg indah tuh..kehkeh
serius wehh..betoi..aku tak tipu. org da kawen mmg sush nak cari keje
aku pon tak paham ngapa??

jadi aku gunakan peluang tuh dgn sebaik mungkin..
walaupon gajinya cuma rm350 tuk 10 jam berkerja...
haahh tak cayoo..betoi, aku ni mmg tak pandai menipu..tu lah pendapatan aku tuk sebulan masa aku keje kat c2 dlu
bukn kat Zon Ria tuh je cenggitu
tapi kat tpt2 lain pon sama~~
cu bayang gaji korg banyak tuh..rasanya nak beli henpon CSL pon tak lepas~~kehkehkeh

tapi tu bukanlah stori yg aku nak kabarkan sbnrnya
tapi aku nak stori ttg motip org yg suka cakap berdegar2 kat blakang
tapi bla di bawa ke muka depn, tros diam membatu cam kena sumpah jadi tanggang
motip???
aku pon tak tau..
kisahnya bermula bila bebudak kat tpt keje nih tak puas ati ngn sorg budak pompuan nih
mcm2 la depa dok citer ttg ketidakpuasan ati depa terhadap budak pompuan tuh
depa dok citer ttg keje budak tuh
ttp sambil lewa budak tu time layan customer
ttg kedatangan dan kehadiran budak tuh
dan sumer yg buruk2 lah katakan..

canteknya tanda soal...Weeeeeeee~~

aku mmg malas nak buat dosa
jadik aku cuma dgr gitu2 jek
tu kerana aku pon tak berapa paham dgn apa yg drg cakapkan
almaklumlah masih baru dlm bahasa kelate dan ganu..

aku dgr sorg dari drg cakap
"ko pegi lah bagi tau kak polan tuh?"
maaf, sudah dialih bahasa dari bahasa kelate ke bahasa aku ek...kehkeh
mem dy jawab
"ko lah bagi tau"
"klu aku bagi tau, ko ikot sama ek!!"
"ok2"
maka drg pon gi bagitau

mlm tu diadakan meting bagi menyelesaikan masalh tu
kohnonnya nak depa sumer jgn dok kutuk2 blakang lagi
dan nyatakan ketidakpuasan ati depa
malangnya seko2 dok diam
bla ditanya
"Ada yg tak puas ati ngn sesapa kat cni, ce citer"
lansung sunyi sepi..
yg tadi dok kepoh2 pon ikot diam...macam tader apa yg berlaku
apakah??
camni bilanya nak settle, yer tak??

lagipon apa yg berlaku kat dlm Zon Ria tuh sumernya berbelakangkan politik
keje kedai baju pon ada politik na~~
mana taknya, teringat aku masa disuruh keje kat stor
aku diminta tuk tag harga kat baju2 yg baru sampai
dlm tuh ada 3 manusia
yg muka baik, tapi mulut mmg pedas
nak tau ngapa aku cakap cenggitu??
tu sebab barulah aku tau ngapa selama nih depa tak suka keje kat bawah
rupanya duk kat ats nih bergosip dan melaga-lagakan pihak atasan dgn bebudak yg keje kat bwh
motip??
dapat gaji lebey ka?? rasanya sama jek gaji depa ngn gaji aku dan bebudak kat bawah tuh
patutlah org ats tau sumer citer org kat bawah
rupanya ada spy dan batu api
tu lah punca ada sesetengah budak tak kekal keje kat c2

aku plak...huhuhuhu..
aku keje agak cukup lama kat c2
bla drg try2 nak naikkan pangkat aku
aku plak ngandung
jadi aku minta berhenti
dan pnh jugak aku bertanya
"Kenapa uncle nak naikkan pangkat saya sedangkan saya baru ja lagi kat cni?"
uncle tu cakap
"Tu sebab awk tak campur ngn bebudak tuh, tak gosip dan tak suka jaga tepi kain org lain, sb tu lah"
rasa nak terbahak2 aku gelak
aku tolak mentah
aku lagi suka jadi staff besa
tader nak ckit2 kpala

nak ikotkan sbnrnya, aku tak kesah ngn gaji yg diberi
tapi aku tak tahan ngn sikap depa
betoi2 punya tak tahan
sblom depa banned aku
baik aku chiowww dlu
mmg la memula org suka ngn kita
mana tau pasni..auwwwwwwwwm..kena telan bulat2

kalau nak keje, kena cari tpt yg suai ngn jiwa kita
betoi tak??
jadi skrg aku duk umah
mengedit buku apa yg patot
dan aku sukakannya
walaupon gajinya ciput jer
janji jiwa relax..hehhehhe


Sunday, May 22, 2011

Problem lah..camne nak cari keje dlm usia cam aku nih???

Assalamualaikum sumer...
skrg tgh merenung masa depn yg agak kelam
kelam ka?? tak la kelam sgt
cuma resah memkirkan kewangan dan barangan yang semakin naik..
memikirkan bil, memikirkan keta, umah dan macam2 lagi
dgn sorg jek yg bekerja di dlm umah nih
mmglah terasa perit




sian bla tgk laki aku membanting tulang sorg2
keje siang dan malam
semata nak menunaikan tanggungjawab pd kami 2 beranak
tu buat aku terpikir utk membantu

ada sesetengah org tau yang aku keje freelance dlm mengedit novel
tp keje tu hanyalah keje sementara
dikala org perlukan kita
klu tak perlu..abes tertutup punca rezeki...sedey~~

jd cmne aku nk cari keje yg lain
da la duk ganu
keje sush
nk balik kl
nk keje kt kl
tp tak boley
takkan nak tinggalkan anak ngn laki semata nak keja..uissh..aku tak sanggup weh~~

dlm usia yg begini
aku da mula jadi tertekan plak
biarpon laki aku tak merungut dan diam jek
tp aku still kesian kat dy
dy mmg sorg yg penyabar~~

Ya Tuhan tolonglah hamba mu ini...
berikan aku keje
yg boleh aku buat kat umah
memilih ke aku??? hummmm~~~

ps: ayat pon da kelam kabut~~

Dia bukan Rapunzel.....meh la baca kalau sudi~~

cantek gambo cik guggle


DIA sedar setiap kali dia menangis pasti ada yang tertawa. Acap kali dia mendengar teman sepejabatnya berbisik mengenai dirinya, rambutnya malahan percakapannya. Dia sedar dia hanya sekadar gadis kampung biasa, datang jauh dari pendalaman dan ke bandar semata-mata mahu mengejar cinta dan cita. Namun layakkah dia menemui cintanya, sedangkan dia hanyalah sekadar pasu tidak berbunga.

Setiap hari dia akan merenung dari ruang balkoni flatnya. Menanti seorang putera yang singgah sambil melafazkan cinta. Biarpun hanya dengan sekadar bunga. Dia tidak mengharapkan puteranya sekacak dan segagah Fahrin Ahmad. Dia juga tidak mengharapkan yang puteranya sebijak dan sepintar Syed Muzhaphar. Yang penting puternya bisa menyentuh hatinya, menjaga perasaannya malahan menghargai dirinya.

Dia sedar yang dirinya tidak secantik Erra Fazira, malahan semanis Siti Nurhaliza. Dia Cuma gadis yang berperwatakan biasa, tidak layak untuk disanjung dan dipuji-puji oleh seorang yang bernama lelaki. Kalau dilihat dari raut wajahnya, kulitnya gelap, rambutnya kembang dan berkerinting, tambahan pula dia bercermin mata. Lansung tiada ciri-ciri gadis top 20 pilihan majalah masa kini. Dia sendiri terkadang malu melihat rupanya di cermin. Mensisir rambut saja dia menoleh ke arah lain. Tiada interaksi antara dia dan si cermin. Jadi apa lagi pujian yang mampu diletakkan kepadanya melainkan cela belaka.

Setiap hari juga dia menyoal hatinya. Mengapa dia tidak cantik dan manis seperti sahabat-sahabatnya?. Mengapa dia tidak mempunyai rambut yang cantik, lurus bahkan ikal seperti sepupu-sepupunya?. Dia juga seorang gadis, tidak layakkah dia diberikan keindahan seperti itu?

“Walaupun anak ibu tidak secantik Lela, tapi anak ibu cantik di hati ibu.”

Hanya kata-kata itulah penguat semangatnya untuk terus hidup di muka bumi ini. Dia rela dirinya tidak cantik, dia juga rela dirinya dianggap biasa-biasa saja. Yang pasti, doa ibunya lebih berkah dari segala-galanya.

“Ibu doakan, anak ibu akan perolehi segala impiannya. Kerana anak yang sebaik anak ibu ini layak menerima cinta yang sempurna.”

Namun begitu adakah cinta yang sempurna untuk dirinya. Sudah hampir 6 bulan dia tinggal dan berkerja di kota batu ini. Walaupun Ibu seakan berat untuk melepaskan, namun dipujuk juga hati Ibu untuk rela membenarkan. Dia mahu mencari pengalaman. Dia mahukan kehidupanya yang tidak terkurung di satu tempat yang sama. Tetapi sehingga ke hari ini, pengalaman mahupun kehidupan yang dicari masih cetek di paras buku lalinya sahaja. Tiada terpenuh di dada. Dia masih mencari dan terus mencari.

“Apa yang kau lamunkan?” tanya Nadya, teman sekolahnya yang juga teman serumahnya. Dia menoleh memandang Nadya yang manis dan ayu. Terserlah lesung pipit di kedua belah pipi gadis itu. Dia Cuma menggeleng.

“Kau masih fikirkan Badrul ye?” soal Nadya dalam nada yang bergurau. Dia tersentak bilamana mendengar nama Badrul. Iya, Badrul adalah pemuda yang baru saja dikenalinya beberapa minggu yang lalu. Perkenalannya cukup biasa sahaja memandangkan Badrul adalah seorang posmen dan dia cumalah seorang penginap di flat itu. Berjumpa saja hanya di ruangan peti surat di tingkat bawah. Tiada apa yang menarik. Ada juga sesekali dia berbual dengan Badrul bila dia tersempak ketika mahu ke luar ke tempat kerja. Tetapi perbualannya hanyalah omong kosong, sementara menunggu Badrul menyerahkan bil atau surat kepada dirinya. Jika tiada, jangan katakan sepotong ayat, memandang juga Badrul tidak pernah.

“Ish merepeklah,” jawab dia pantas. Dia tidak mahu lamunannya itu disalah anggap. Memang benar kadangkala dia melepak di balkoni itu, dia akan melihat Badrul melintas di kawasan perumahan itu dengan motorsikal posmennya. Tetapi itu jarang-jarang berlaku, kerana kandangkala bukan Badrul saja posmen yang akan melintas di situ. Ada juga posmen lain yang akan melintas dan ianya bukanlah Badrul.

***

Hari itu dia pulang lewat dari tempat kerja. Ini semua gara-gara tersalah mengisi borang yang bertimbun dan akhirnya memaksa dia mengambil OT untuk menyiapkan segala kerja yang tersadai. Kalau dikira pada waktu, sudah hampir 4 jam dia tidak beralih dari tempat duduknya dan akhirnya segala kerja yang tersadai tadi lunas disiapkan. Dia pulang ke rumah dengan hati yang gembira disamping perutnya sudah memainkan lagu keroncong.

Sampai saja di perkarangan flat, dia terlihat sebuah gerai burger yang masih dibuka walaupun jam sudah lewat 12 tengah malam. Hatinya memaksa untuk dia singgah sebentar. Dengan langkah yang penat dan malas, dia menguatkan kudratnya untuk menapak sebentar ke gerai itu. Raut wajahnya sudah lesu benar.

“Bagi saya burger ayam dua ye,” minta dia tanpa memandang ke arah si penjual.

“Hai, lewat balik. Makan burger je ke,” suara yang cukup dikenalinya itu benar-benar menyentak akal dan pemikirannya. Dia yang sedari tadinya lesu terus saja segar bugar. Wajah si penjual burger dilihat dalam kesamaran lampu neon. Ya, dia kenal si penjual burger itu.

“Apa awak tanya tadi?” tanya dia sekali lagi.

“Saya kata lewat awak balik, makan burger je ke?” Badrul mengulang semula soalannya. Tidak tahu apa kuasa yang merasuk dirinya pada malam itu sehinggakan dia boleh tersenyum dan tertawa. Jika difikirkan dengan akal, soalan itu bukanlah soalan yang lucu. Badrul pelik melihat perubahan sikap dia. Badrul Cuma membiarkan dia terus tersenyum dan tertawa kerana Badrul sendiri memang sudah lama mahu menegur si dia secara santai. Baginya, ada satu keistimewaan yang ada pada si dia, sehinggakan Badrul senang untuk bertanya dan berbual kosong.

“Bila masa pulak awak buka gerai burger ni?” tanya dia setelah lama tersenyum. Badrul yang sedang membalik-balikkan daging burger terus memandang tepat ke anak mata dia. Dia gugup sebentar. Terasa ada panahan yang melekat. Pasang matanya cepat-cepat dikalih dari terus direnung tajam.

“Ini bukan gerai saya. Ini gerai member saya. Malam ni dia sakit, jadi saya tolonglah dia,” jawab Badrul sementara tersenyum. Perbualan mereka terputus di situ. Tiada lagi borak kosong melainkan desiran minyak di atas kuali. Selesai membugkus, Badrul memasukkan kedua burger tadi ke dalam plastik lalu diserahkan kepada dia. Dia menyambutnya laju sambil menghulurkan kepingan not sepuluh ringgit.

“Makan baca Bismillah..” sambil menyerahkan wang baki kepada dia. Dia lansung tidak mengangkat muka, cuma ucapan terima kasih yang mengiringi sambutan wang itu sambil kakinya laju melangkah meninggalkan Badrul yang tersengih sendiri.

***

“Kau tahu tak yang Badrul dah tak kerja posmen lagi!” Nadya memulakan bicaranya. Dia yang santai sambil membelek majalah terpana sebentar. Helaian majalah yang tadinya diselak laju kini diselak perlahan-lahan. Otaknya ligat memikirkan kenapa Badrul berhenti dari kerjanya. Apakah Badrul sudah menerima kerja yang lebih baik. Jika mahu difikir-fikir kembali, apa kena mengenanya Badrul dengan dirinya sehingga dia harus berfikir sejauh itu. Dia menggeleng-gelenggkan kepala supaya apa yang difikirnya terhapus dari benar fikirannya.

“Aku rasalah dia nak kahwin lah,” teka Nadya.

Kahwin? Apa kena mengena kahwin dengan berhenti kerja. Otaknya kembali menyoal dan berfikir. Kini dia sudah sedar yang otaknya memang senang bertindak balas bila nama Badrul disebut. Kenapa otaknya bertindak balas begitu? dia hairan.

“Haah, baru aku teringat. Tadi ada posmen datang dan hantar barang ni pada kau,” Nadya menyerahkan sebungkus kotak kepada dia. Dia merenung kotak itu sambil hatinya menyoal sendiri. Kotak apa pulak ni? Cepat-cepat tangannya mengoyak kertas bungkusan itu. Matanya terbeliak.
“Apa tu?” tanya Nadya sambil menjenguk-jenguk ke dalam kotak.

“Aku rasa ni burger,” sambil mengeluarkan bantal yang berbentuk burger.

“Siapa plak yang bagi kau bantal burger ni?” Nadya tertawa kecil.

Dia sendiri tidak tahu siapa pengirimnya dan yang pasti burger itu mengingatkan dirinya kepada seseorang iaitu Badrul.

***

Dia tidak pernah terfikir untuk mengubah penampilan dirinya biarpun tubuhnya cantik seperti supermodel. Inikan pula yang melibatkan rambutnya yang kerinting dan besar itu. Menurut Nadya, rambutnya yang kerinting dan tebal itu, jika diluruskan, pasti akan panjang hingga ke paras lutut. Dia terperanjat mendengar kenyataan temannya itu. Bukan dia tidak percaya dengan kenyataan Nadya, tetapi dia ragu-ragu dengan alatan eletrik yang dipegang oleh Nadya ketika itu.

Seterika, tujuannya untuk meluruskan rambut. Bukankah ada alatan yang lebih spesifik yang boleh digunakan ke atas rambutnya selain dari seterika. Tubuhnya menggeletar sebentar. Jika bukan hari ini rambutnya hangus di tangan Nadya, pasti di kemudian hari akan tetap juga berlaku.

“Kau janganlah takut. Aku buat perlahan-lahan je. Kata nak berubah. Karang kalau kau pergi saloon dengan rambut yang kerinting dan tebal macam ni, aku takut tak pasal-pasal RM 500 duit kau hangus. Kau nak ke macam tu?” Nadya memujuk. Dia yang masih ragu-ragu hanya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, agar segala apa yang dilakukan Nadya nanti selamat dan tidak melibatkan wad kecemasan.

Hampir 6 jam juga Nadya bertungkus lumus meluruskan rambut dia. Diselang selikan dengan air kopi di atas meja, akhirnya rambut yang dulunya kerinting dan menggerbang seperti polong, kini lurus dan cantik seperti rapunzel. Nadya tersenyum lebar, begitu juga dengan dia yang tidak habis-habis membelai rambutnya yang lurus hingga ke paras lutut itu.

“Betullah, memang panjang,” dia gembira melihat perubahan yang berlaku kepada rambutnya itu.

“Kau nak aku potong?” tanya Nadya.

“Tak perlu, aku suka rambut aku begini,” jawab dia gembira.

“Aku tau, mesti kau nak tocang rambut kau tu, lepas itu duduk di balkoni menunggu Badrul datang. Bila dia dah datang, bolehlah kau lepaskan rambut kau tu. Minta dia panjat dan selamatkan kau dari rumah aku ni kan?” Nadya saja berseloroh. Ada hilai tawa yang diselang-selikan dengan kata-katanya sebentar tadi. Dia gugup mendengar kata-kata Nadya. Walaupun kedengaran bersahaja dan sengaja direka-reka, namun ada juga terselit kebenaran di dalam kata-kata nadya itu.

“Ish kau ni, mana ada. Memandai je mulut kau tu kan!” dia bersikap malu-malu. Kali ini dia menguatkan hatinya untik melihat cermin, melihat wajahnya yang kini berubah, dari seorang yang biasa, kepada seorang yang manis dan ayu.

“Tengok pada cermin itu. Siapa kata kau tak cantik?” soal hatinya.

***

Semenjak perbualan bersama Badrul di gerai burger itu, dia lansung tidak pernah lagi bertemu dengan pemuda itu. Fikirnya memang betullah Badrul sudah berhenti kerja. Hatinya sedikit kecewa. Di balkoni, dia tidak lagi melihat motorsikal Badrul melintas membawa surat. Jiwanya terlopong kosong. Biarpun perasaannya itu hanyalah mainan otaknya sahaja.

Sesekali dia berteleku di atas lantai balkoni sambil membelek bunga-bunga yang ada di dalam pasu. Sedang tangannya asyik membelek bunga-bungaan itu, tiba-tiba angin petang meniup lembut rambutnya yang panjang itu lalu menutupi separuh mukanya. Dia tersenyum lalu menyelak rambutnya ke belakang. Ketika itulah dia terlihat seorang pemuda merenungnya dari dalam perut kereta.

Biarpun dia di tingkat 4, matanya masih lagi boleh melihat dengan jelas siapa atau apa yang ada di perkarangan flat itu. Hatinya berdebar seperti mahu luruh. Siapakah itu? Soal hatinya. Apakah benar dia memandang ke sini, ataupun itu hanya perasaanku saja? Soalnya lagi. Takkala dia bangun untuk memerhati lebih tepat. Cermin kereta ditutup dan bergerak meninggalkan kawasan itu. Perasaannya berubah resah. Orang jahatkah itu? Soal dirinya lagi.

***

“Tadi aku berjumpa Badrul. Dia kirim salam dengan kau,” Nadya selamba mengatur cerita.

“Badrul, kau jumpa Badrul..Errr di mana?” tanya dia lambat-lambat.

“Aku jumpa dia di Mid Valley dengan seorang perempuan,” Nadya menjawab dengan nada yang masih juga bersahaja.

“Pe..perempuan!” terketar suara dia melafazkan ayat perempuan itu. Jiwanya luluh berkecai. Memang benarlah Badrul akan berkahwin seperti apa yang dikatakan Nadya sebelum ini. Jiwanya sedikit kecewa. Biarpun dia dan Badrul bukan siapa-siapa, namun dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya bisa berperasaan begitu. Dia seakan suka, sukakan Badrul. Dia seakan tidak boleh mengelak semenjak pertama kali Badrul merenungnya di gerai burger itu. Perasaan apakah itu, adakah ianya hanya sekadar suka yang biasa-biasa sahaja?. Dia memang lansung tidak mengerti, inikan pula yang berkaian dengan kasih sayang dan cinta.

“Semalam ada posmen hantar barang lagi untuk kau,” Nadya mulai teringat.

“Barang apa?” tanya dia pelik.

“ Itu, ambillah dekat atas rak tu,” Nadya menunjukkan tempat barang itu diletakkan dengan jari telunjukknya. Kali ini barang itu datang dengan kotak yang agak kecil dari sebelum ini. dia mula membukanya.

“Aku rasalah, kau ni ada peminat rahsia lah,” Nadya meneka. Dia yang sudah selesai membuka balutan kotak itu terus mengeluarkan sepasang sikat berwarna coklat cair. Keduanya mempunyai bentuk yang berlainan dan kelihatan mahal sekali.

“Wah, cantiknya,” Nadya terpegun. Begitu juga dia.

“Samada peminat kau ni gila atau kaya, itu saja yang boleh aku cakap,” Nadya masih melihat sikat itu dengan mata yang bersinar-sinar.

Dia hanya berdiam. Tidak tahu apa yang harus diungkap. Setahu dirinya, dia tidak pernah mempunyai peminat rahsia, jadi..

“Siapa pula yang bagi ni?” soal hatinyasendiri.

***

Kepulangannya ke kampung benar-benar membuka akalnya untuk lebih cerdas berfikir. Tidak sangka panggillan yang membawa dia pulang ke kampung dihujani dengan hajat yang cukup besar.

“Ibu rasa, ibu patut terima lamaran itu,” luah Ibunya.

“Lamaran apa pula ni Ibu?” soal dia yang semakin keliru.

“Semalam ada rombongan yang datang meminang kau. Jadi Ibu fikir baik Ibu menerimanya memandangkan keluarga lelaki itu suka benar dengan kau,” Ibu menerangkan. Terkedu dia mendengar kata-kata Ibunya. Ada yang datang melamarnya, tapi siapa?

“Ta..tapi dari siapa lamaran itu Ibu?” terketar-ketar suara dia bertanya. Tidak sangka dalam diam ada juga yang menginginkan dia menjadi suri.

“Satu keluarga dari Kuala Lumpur. Puas juga Ibu bertanya siapa yang menghantarkan pinangan, tetapi mereka pinta ianya dirahsiakan,” jawab Ibu sambil menghulurkan cincin berlian kepada dia. Dia mengambil cincin berlian itu perlahan-lahan. Tangannya menggeletar kuat. Milik siapakah empunya cincin ini, mengapa harus berteka teki kalau jujur mahu melamar dirinya.

“Kata keluarga itu, kamu kenal siapa orang yang menghantar lamaran ini?” Ibu bersuara lagi. dan kali ini kenyataan Ibu benar-benar menyesakkan akal dan fikirannya. Kenal apa?, Siapa? Dia semakin kusut.

“Katakan saja pada mereka yang saya masih belum bersedia,” dia sudah malas mahu berfikir. Lamaran itu ditolaknya mentah-mentah tanpa berfikir panjang. Dia tidak mahu menikahi orang yang tidak dikenalinya biarpun orang itu datang dari keluarga yang kaya. Dia masih punya hati dan perasaan, dan perasaannya kini sudah semakin berkecamuk.Dia bermenung di tepi tingkap sambil memerhatikan matahari yang semakin hilang di balik bukit. Apakah yang hatinya mahu, dia sendiri tidak pasti.

***

Kadang-kadang dia mengibaratkan dirinya seperti Rapunzel. Terperankap di sebuah menara dan menanti seorang putera untuk datang menyelamatkannya. Tetapi dia juga sedar, itu semua hanyalah angan-angannya sahaja. Mana bisa dia menjadi seperti Rapunzel walaupun rambutnya panjang mencecah lutut. Dengan rambut yang sepanjang itu, sampai ke tingkat bawah saja belum tentu sampai. Inikan pula dijatuhkan ke bawah semata-mata untuk menjadi tangga kepada putera yang mahu menaikinya. Pasti rambutnya akan berasa perit dan sakit dan itu menidak mungkinkan lagi angan-angan yang selalu bermain difikirannya. Dia memang kuat berimaginasi.

Tetapi perasaan terperankap itu memang benar-benar wujud. Terperangkap atas alasan sikapnya sendiri. Dia bukanlah jenis manusia yang suka bergaul dan bergembira seperti temannya Nadya. Walaupun sudah dipelawa berulang kali, dia tetap menekankan yang dia patut duduk di rumah. Dia lebih senang begitu bagi menjaga maruah dirinya.

Namun malam itu perutnya lapar. Dengan perasaan malas yang membuak-buak, dia turun ke bawah dengan niat mahu membeli burger. Selangkah lagi kakinya mahu melintas ke seberang jalan, tiba-tiba sebuah lori memecut laju menghampiri dirinya. Dia terpana dan terpaku. Kakinya tiba-tiba menjadi keras dan lansung tidak boleh bergerak. Mungkin kerana darah yang sudah turun ke perut, hatinya mula menjadi kecut.

Hampir saja batang tubuhnya ingin dirempuh pleh lori yang berderu laju dan dengan sepantas kilat tubuhnya dirangkul kuat. Terjatuhlah dia ke tepi jalan sambil dipeluk oleh penyelamat yang tidak dikenalinya itu. Lori tadi terus meluru laju tanpa henti. Orang yang ada di sekeliling terperanjat melihat siutasi itu. Masing-masing mula mendapatkan dia dan penyelamatnya itu. Ada yang membantu dan ada juga yang memaki si pemandu lori hantu yang sudah lenyap dari pandangan mata. Darahnya masih turun naik,mukanya juga begitu pucat.

“Awak tak apa-apa?” tanya penyelamatnya tadi.

Dia masih lagi dalam mood yang terkejut. Soalan tadi tidak berbalas. Kepalanya mula berasa pening dan tekaknya mula berasa loya. Mungkin kerana masih gemuruh dengan apa yang terjadi, seluruh tubuh badannya mula menunjukkan reaksi yang negatif.

“Kalau awak rasa tak ok, saya boleh hantar awak ke klinik?” suara itu. iya suara itu. Dia kenal suara itu. Cepat-cepat dia menoleh memandang suara si penyelamatnya itu. ternyata penyelamatnya itu ialah Badrul. Tetapi bagaiman Badrul boleh berada di situ?

“Awak...a..apa awak buat dekat sini?” terketar-ketar suara yang terkeluar dari mulut dia. Ketika itu tanpa di pinta-pinta air mata yang bertakung mula menitis di pipinya. Dia tidak tahu mengapa dia mesti menangis. Dia keliru.

“Eh, awak ok ke ni?” Badrul resah melihat air mata yang semakin laju mengalir di pipi dia. Tidak tahu perasaan apa lagi yang menghantui dirinya melainkan gembira melihat Badrul yang ada di sisinya.

“Apa awak buat dekat sini?” soal dia lagi sambil menyeka air mata yang masih lagi mengalir.

“Tu...” Badrul menjuihkan bibirnya ke arah gerai burger yang ada di seberang jalan. Di muka depan gerai burger itu tergantung papan tanda yang besar tertulis

‘BADRUL CINTAKAN LAILA’ . Tidak semena-mena cincin berlian yang sama dilihatnya seperti di kampung dulu disarungkan ke jari manis dia. Dia tertawa kecil. Ketika itu hatinya begitu gembira sekali. Tidak tahu mengapa. Mungkin kerana dia sudah diselamatkan.

“Rasanya cincin ni sesuai ada di jari awak,” mereka sama-sama tersenyum.

ps: 1st time buat citer cinta..kehkehkeh..cam hampeh...

Saturday, May 21, 2011

laporr

Assalamualaikum sumer
bangon pagi2, pas je solat subuh
prot rasa laporrr..
nak beli makan mmg tak la kan
jadi skrg sedg menanti adik tersayang utk balik
membawa roti canai dan nasi lemak

adik i will wating for you
di mana ko
knapa lmbt sgt ko pulang
prot aku dah main lagu keroncong versi indon da nih...
sabor aku, sabor...nak nipu pon hagak2 sket...

ko mampoo??kehkeh

humm tapi serius mmg LAPOR...
humm...arini jadul cuma nak gi maydin
teman mak tercinta nak beli barang....
rasa cam nak pow mak beli kek ja..uishhh..dah besor2 pon nak pow mak lagi
kikikikiki~~naseb badan...lallallallalla~~

Friday, May 20, 2011

aku pon ada citer antu...Weeeeeeeeeeeeee~~

Assalamulaikum sumerrrr....hehehhehhhe
suspen tak..suspen tak??? tetiba~~
dikala mereng melanda
aku mula teringat kesah time skolah rendah dlu
time aku darjah 5
time aku skolah belah ptg
time tuh klas akulah yg paling ujung dkt dgn padang skolah dan utan
time tu jugak ujan tetiba turn sedangkan tgh ari tuh panas gile babeng

ihsan cik google


masa tu cikgu sumer tak masuk kelas
bukn kelas aku ja tapi sumer kelas kat skolah tuh
almaklumlah meting
jadi depa mintak pengawas ja yg jaga
jd dgn senang ati kami pon idop bergumbira
sb pengawas pon 2 kali 5 cam kita org...main tak hengat2

tgh dok kami terjerit2 cam org giler
tetiba slh sorg member aku menjerit minta mem aku yg terjerit2 tadi berhenti menjerit
sumer org terdiam
mmg tak prnh2 lah member aku tuh menjerit semacam tu
aku yg duk kat sblah member aku tuh pon pelik
aku rakan semeja dy yer kawan2..so seremmmm~~
aku tya "ko apsal?'
dy tak ckp apa...yg aku tgk dy cuma pandang ke papan ijau yg ada kat depn kelas
pandangan yg mmg cukup tajam
muka mem aku tuh da berpeluh2 cam kena siram ngn air
aku jadi makin pelik, tapi aku cuba takmo pedulikan dy
jadi aku wat hal sendiri

tetiba member aku tuh jerit giler2
tros dia tendang meja kayu yg ada kat depn dy spi meja tu boleh terebang
aku da mula cuak
samalah cam yg lain
tetiba plak ujan leh lebat
aku da mula serem
dy da mula meracau cakap yg bukan2
paling tak bley blah, dy genggam plak lengan aku kuat2
takmo lepas2..aku usaha nak tarik lengan aku tuh, tapi haremmm tak dapat
kekuatan dy time tuh membataskan segala2nya.
aku dah mula takot bla dy cakap dy nampak pompuan ngn rambut panjang tgh lambai2 tangan kat papan ijau tuh
member aku yg lain dah mula terjerit2
naseb baik slh sorg dari pengawas tuh gi cpat2 panggil cikgu kelas dan ustazah

cikgu klas aku org kristian
jadi mana lah dia tau nak buat apa
melainkan menampar member aku tuh yg disangka buang tebiat
kesian wehhh..kena tampor tak pasai2
last2 ustazah dtg n bacakan yassin dan doa buat member aku
tu pon tak tenang lagi..
lastly cikgu2 tu bawa member aku gi pejabat
aku plak terpaksa ikot sama
sb member aku lsg takmo lepaskan tangan aku...hati dah mula gentar...takot siyot
dlm perjalanan dy siap pesan
"Ct klu aku gi spital, ko ikot sama ek" tetiba~~spital... apa plk yg dy maksodkan..
makin cuak la jiwa raga aku...

naseb baik kat pejabat dy da tenang sket
jadi dy lepaskan tangan aku dan mak bapak dy dtg bawa dy balik..
aku yg balik ja klas tros jd glamer
mana taknya, sumer nak jd paparazi, nak tau kisah..
aku pon citerla pe yg patot

yg pasti keesokan arinya, member aku lsg tak igt apa yg blaku pda ptg kejadian
dy cam besa balik
happy2 cam slalu...???? WT....
aku dah nak gila tahan takot
dy boley kata
"apahal ngn ko ni, cam takot2 ja??"
tu la namanya klu org da kena rasuk
apa pon tak hengat
jgn haraplah korg nak tau kisah dr depa...haremmm tak dpt..sumer sudh diblankkan..hehehhehe

UP: diingatkan, aku dulu skolah kat Srk Methodist (P) KL skolah pompaun ye kengkawan
skolah lama bekas spital dan kem tentera jepon
ada sebuah menara yg terletak kat depn padang
dan menara tuh mmg cukup sereeemmm..
aku teringat lagi
time tuh aku darjah 3, dsebabkan skolah kami ada 2 shift, jadik tahun tuh aku bermula ngn skolah pagi...
kul 6 pagi aku dah berangkat ke skolah dan time tuh skolah sgt sunyi
aku plak gatai2 pi duk kat kerusi yg ada kat padang tu
setahu aku, jam kat menara tu da lama rosak
tetiba pagi buta tuh pulak, jam tu bley berdenting...tercopot jantung aku skjap
dgn sepantas kilat, tros aku punggah beg aku dan berlari ke kantin
mana taknya, jam yg selama berpuluh tahun tak pnh berbunyi, tetiba berbunyi plak pagi tuh, tak ke cuak....

sbnrnya banyak lagi kisah yg blaku kat skolah rendah aku tuh dlu
tp ini ajer yg stakat nih aku boley tulis
mungkin lain kali aku akan tulis lagi
citer seremmm yg kekadang boley buat aku terpikir
knapa ek, iblis suka ngaco idop manusia??

ps: sori citer sgt panjang plk malam nih..Weeeeeeeeeeeee~~