Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Kalau bukan kerana Khalil Gibran

Assalamualaikum u olss







Gadis itu menggeleng kepala lalu memalingkan mukanya ke arah lain. Mungkin kerana meluat melihat perangai macho tak bertempat Zacky, menjadikan gadis itu hilang selera untuk terus berada di perhentian bas itu.

Zacky masih tidak berputus asa. Ada seri di wajah gadis itu yang membuatkan dia senang untuk menatap wajah itu lama-lama. Wajahnya, pemakaiannya, sombongnya, ehh, boleh kira ke tu? Tak kiralah, yang penting, gadis itu benar-benar membuatkan dia tertarik.tetapi..

“Tak payah nak pandang lama-lama lah Z. sampai kiamat pun kau tak akan dapat…” meluncur saja kata-kata yang termuntah dari mulut Arif, sahabat yang sudah lama dikenalinya. Tidak pula dia menyangka yang Arif memerhatikan tingkah lakunya sejak tadi. Bukan niatnya mahu menjadi stalker tak bertauliah di pagi-pagi buta itu. tetapi, hormon lelakinya memanggil-manggil untuk dia terus memerhati gadis berhijab cantik di tepinya.

Kalau dilihat dari atas hinggalah ke bawah. Perefect gila…memang layak kalau hendak di buat bini. Tapi melihatkan keadaan sendiri, layak ke aku berbinikan gadis seperti dia.


klik untuk baca seterusnya...

Wednesday, September 19, 2012

Kalau dah jodoh






“Ish, taknak lah mak. Abang ni bukannya kecik lagi sampai mak nak paksa-paksa gitu,” Mirul tension dengan kata-kata si emak. Setiap hari bila aje berjumpa, mesti tak ada cerita lain, kahwin, kahwin, kahwin. Nak kata dia dah tua, muda lagi kut, baru je 25 tahun. Masih layak lagi nak clubbing dengan member-member walaupun sebenarnya dia bukanlah kaki clubbing. Dia baik okey, anak soleh kut. Cumanya bila dah sampai bab kahwin sebab pilihan keluarga nih, buatkan dia jadi sedikit sensitif. Tak tahulah sebab apa.

“Mak bukan apa, Rul. Mak tengok kau ni macam tak ada perasaan je nak berbini. Sebab tu mak risau, sebab tu mak carikan kau bini,” Mak jelling tajam ke arah Mirul. Pandangan mak buatkan Mirul kurang selesa. Silap-silap Mirul boleh kalah disebabkan pandangan mak. Mirul tekad, dia tak boleh termakan pujukkan Mak kali ini. Dia mesti kuatkan semangat, kuatkan tekad dan kuatkan azam.

“Macam nil lah Mirul, kau pergilah jumpa dulu budak tu. Mak dengar cerita dia tu guru tadika tau. Kan ke elok tu berduet dengan kau, guru sekolah menengah. Tak betul cakap mak ni,” Mak tersenyum panjang.

Mirul buat muka selebet. Apa kena mengena pulak guru tadika dengan guru sekolah menengah boleh jadi sesuai. Tak ada dalam kitab pun tulis macam tu. Jodoh ni kan di tangan Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh dia dengan awek pramugari, ha macam mana pulak, takkan Mak nak tolak mentah-mentah. Sebab pilihan dia tuh tak memenuhi citarasa Mak. Kalau macam tu payahlah, alamatnya sampai ke tua lah dia tak kahwin, jadi bujang trang tang tang…

sila klik baca seterusnya

Saturday, August 20, 2011

Nuansa alam maya...err~~sila baca yerr..

Assalamualaikum u olss
rasanya, cam da lama bonar tak post cerpen kat cni
arini nak post lahh..

sila jgn tidor...kehkehkeh



NUANSA~

NELL memantau keadaan sekelilingnya gelap gelita. Beg galas yang tersangkut dibahunya di turunkan perlahan-lahan sementara tangan kirinya menyeluk ke dalam beg. Lama juga Nell meraba-raba isi perut beg yang dipegangnya itu sehinggalah tangannya mencapai sesuatu yang berbentuk cakera. Cakera itu dikeluarkan lalu dihalakan ke arah cahaya bulan yang terang. Menyilau cahaya yang terbias daripadanya sehingga menyebabkan Nell menutup matanya sendiri. Nell tersenyum.

Cepat-cepat Nell melangkah laju menuju ke bilik komputer yang ada di tingkat 2 kolej persendirian itu. Sambil kakinya terus melangkah, tiba-tiba sesusuk tubuh kecil muncul dari balik ruangan rehat yang ada di tengah-tengan banggunan itu. Susuk itu adalah susuk seorang gadis genit yang memakai sut berwarna biru laut. Gadis itu menjeling tajam ke arahnya sambil kedua belah tangannya mengcekak pinggang. Nell terperanjat. Cepat-cepat cakera yang dipegangnya disembunyikan di bahagian belakang tubuhnya. Gadis itu masih memerhatikannya di dalam kesamaran malam. Disebabkan cahaya bulan tidak sampai ke tempat itu, maka Nell lansung tidak dapat melihat wajah si gadis melainkan cuma sut yang dipakainya.

“Siapa kau?” jerit Nell perlahan. Persekitaran sekeliling harus juga diambil peduli. Dia tidak mahu suaranya itu didengari oleh pengawal yang menjaga di kawasan itu.

Gadis itu tertawa kecil. Dia melangkah sedikit ke depan bagi memperlihatkan wajahnya kepada Nell. Tidak sangka hari ini dia akan bertemu lagi dengan Nell, programer yang telah membuka dimensi baru dan menyesatkan dirinya ke alam ini. Hatinya berubah panas.

“Kau tak kenal aku Nell?” keras sahaja suara yang terpancul keluar dari mulut gadis itu. Nell masih cuba untuk melihat. Sesekali dia mengecilkan matanya untuk menjelaskan lagi pengelihatannya. Ia, dia memang tidak mengenali gadis itu. Siapakah gadis itu?, fikirnya sendiri.

“Aku Leya. Pahlawan Nuansa yang kau bawa ke dunia ini,” Gadis yang bernama Leya itu sudah mula meninggi suara. Nell terperanjat besar mendengarkan perkataan perwira nuansa itu. Setahu dia, perwira nuansa hanyalah rekaan ilustrasi permainan dimensi untuk projek penilaian akhirnya. Masakan pahlawan Nuansa itu benar-benar wujud. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kau jangan berlagak bodoh. Disebabkan kau, seluruh kaumku sedang menghadapi kematian,” Leya semakin membuak marahnya. Nell yang sendiri tidak tahu dengan apa yang berlaku terus sahaja mendekati Leya yang terpacak di depannya. Berpusing dia mengelilingi Leya yang memandang sinis ke arahnya.

“kalau benar kau pahlawan Nuansa, maknanya kau hanya sebuah permainan,” Nell masih memerhatikan susuk tubuh gadis itu.

“Dan kau kelihatan benar. Tidak sangka aku menghasilkan sebuah projek yang benar-benar hidup,” Nell tertawa kegembiraan. Dia menjerit mengulangi kata-katanya yang sebentar tadi dan hal itu menyebabkan Leya berasa cukup bengang. Nampaknya Nell memang mengambil mudah tentang semua perkara yang dilakukan. Tidak seperti apa yang dikatakan oleh Fauz, Nell hanya merupakan seorang pemuda bodoh dan sombong. Mahu sahaja dia menarik kepala Nell lalu dihentakkan ke muka dinding. Biar dia merasakan realitinya Leya memang banyak fungsinya.

Nell mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut. Sedang dia masih memerhatikan Leya, mulutnya sempat bertanya, “sebab apa kau ke mari?”

“Aku mahu membawa kau ke Nillon. Aku mahu kau membetulkan semula apa yang telah kau rosakkan!”

“Nillon...haah, bukankah itu negara pahlawan nuansa?” Nell terjerit kuat. Tangan leya yang gebu itu pantas menutup mulut Nell yang masih mengomel. Telinga pemuda itu ditarik pinta diam. Nell pasrah dan mulutnya kembali terkunci. Diperhatikan saja Leya yang menggeleng kepala.

“Kau telah mengubah sistem cuaca di Nillon, dan kau juga telah mewujudkan Wizz, makhluk perosak di Nillon. Jadi salahkah aku membawa kau ke Nillon bagi membetulkan segala-galanya!” marah Leya. Nell kelihatan terperanjat lagi. Wizz, setahu dirinya, tidak ada makhluk yang bernama Wizz di dalam permainan dimensinya. Adakah Leya sekadar mahu berseloroh kepadanya. Dia tidak percaya.

“Kalau kau tidak percaya, cuba kau lihat permainan bodoh kau itu!” Leya menarik tangan Nell lalu di bawa ke bilik komputer. Setelah komputer nipis itu dibuka. Cakera yang tersembunyi di belakang tubuh Nell diambil Leya lalu dimasukkan ke dalam perisiannya. Tangan Leya pantas menaip beberapa perkataan di atas keyboard sementara Nell tergamam melihat. Tidak sangka Leya pantas menggondam hasil kerjanya dalam hanya beberapa minit berbanding usahanya untuk mewujudkan kata kunci yang paling susah untuk dibuka.

Beberapa makhluk kecil yang berwarna hijau keluar menari-nari di atas skrin komputer sementara menunggu komputer loadding. Leya tersenyum dan itulah pertama kali Nell melihat gadis itu tersenyum. “Kenapa, apa yang kau senyumkan?” tanya Nell.

“Lihat itu, Millius cukup gembira bila menari,” jawab Leya. Nell kembali memandang ke muka komputer. Makhluk kecil yang berwarna hijau itu masih lagi menari, makhluk itukah yang bernama Millius. Soal hatinya. Dia juga mahu tersenyum.

Setelah 20 minit menunggu. Tiba-tiba skrin komputer itu mengeluarkan sebuah cahaya putih yang terang. Cahaya itu terpancar sehinggalah membawa ke ruang luas yang ada di bilik itu. Nell tergamam. Belum pernah seumur hidupnya yang dia akan berdepan dengan situasi seperti itu. Walaupun jantungnya berdegup kencang, namun sifat teruja yang terlahir dari hatinya terus sahaja memuncak. Leya sudah berdiri di dalam bulatan cahaya itu. Tangannya dihulurkan kepada Nell yang masih lagi terkial-kial.

“aku bermimpi,” Nell menyebutnya perlahan.

“Kau tak bermimpi, kalau benar kau bermimpi, kau pasti tak akan sakit kalu aku menumbukmu,” Leya sudah menggengam penumbuknya. Walaupun hati Nell masih berasa sangsi, tetapi kepercayaan yang diberikan oleh Leya menguatkan hatinya untuk terus melangkah ke dalam bulatan itu. Tiba-tiba ruangan bilik itu berubah dan samar-samar menjadi sebuah kawasan penempatan yang asing di matanya. Dalam sekelip mata, dia sudah sampai ke dimensi yang lain. Apakah benar apa yang dilihatnya ini? jantungnya masih pantas bergoncang.

Selangkah Nell menjejakkan kakinya ke alam itu, tshirt yang dipakaianya tiba-tiba berubah menjadi sepasang sut berwarna hitam, persis kostum animasi anime yg selalu dilihat di kaca tv. Sut itu bagaikan melekap ke kulit, ketat dan kurang selesa untuk dipakai. Walaupun begitu, Nell masih lagi teruja dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Sekilas dia menoleh memandang Leya yang ada di sisinya, sut gadis itu juga berubah menjadi sehelai blaus putih yang panjang mencececah lantai. Jaket kulit yang tiba-tiba terpancar bagaikan cahaya orbit mula menyinari separuh dari tubuh gadis itu lantas menjadi perisai yang sangat padan dikenakan bersama-sama blaus putih yang indah itu. Rambutnya yang panjang dan ikal itu pula terikat dengan sendiri sehingga bercantum dengan ikatan manik yang tersimpul dihujungnya. Menurut pengelihatannya, manik itu persis sepasang mutiara yang berkilau bagaikan bulan yang memancar terang. Nell kelihatan kagum sekali.

“Puteri Leya...” seorang pengawal yang bersut hitam kemas siap dengan senjata yang berbentuk lembing datang memberi sembah. Leya menundukkan kepalanya sedkit membalas hormat dari pengawal itu. Pengawal itu kembali memandang Leya lantas menjeling kepada Nell yang ada ditepi gadis itu.

“rasanya lebih baik tuan puteri ke istana sekarang, gering tuanku sudah semakin kuat,” beritahu pengawal itu. Leya resah bila mendengarkan perkhabaran itu, dengan sepantas cahaya, Leya berlari meninggalkan Nell yang terpinga-pinga di belakangnya. Pengawal tadi Cuma tersengih melihat Nell yang terpacak sendirian. Kerana begitu takut, dia mulai rimas dengan situasi itu.

“Silakan orang bumi,” pelawa pengawal itu sambil menekan sesuatu dari alatan yang canggih yang ada ditangannya. Alatan yang canggih berbentuk kapsul itu dicampakkan ke depan mereka, perlahan-lahan alatan yang berbentuk kapsul itu berubah dari menjadi sebuah kiub kepada sebuah kenderaan yang canggih dan mampu terapung. Matanya membulat, sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya di depan mata.

“Wahhh, canggihnya. Siapakah yang begitu bijak mencipta kenderaan seperti ini?” tanya Nell penuh kagum.

“Kamulah Tuan Nell,” pengawal itu bersuara . wajah Nell kembali berubah, tetapi kali ini dia bagaikan mahu tumbang. Tidak sangka alatan yang begitu canggih itu dicipta olehnya. Seakan berada di awang-awangan, kakinya tiba-tiba tidak merasa tanah. Dia dibawa ke dalam kenderaan itu melalui cahaya yang datang dari arah kenderaan itu. Nell tersenyum gembira, “cool,” bisik hatinya.

“Tapi ini semua takkan bertahan lama Tuan Nell. Wizz sudah semakin hampir,” pengawal itu memberi isyarat tangan kepada skrin yang ada di dalam kenderaan itu. “Baik tuan,” skrin itu menjawab lantas kenderaan itu bergerak laju, selaju pesawat ringan yang berlegar-legar di angkasa raya.

***

“Anakanda sudah dapat menjejak beliau Ayahanda. Anakanda harap agar Ayahnda akan cepat sembuh,” Leya mengusap dada lelaki yang separuh umur itu. Lelaki itu langsung tidak membuka matanya. Wajahnya pucat dan putih, kelopak matanya pula bergerak-gerak seakan-akan memimpikan sesuatu yang ngeri.

Nell yang berdiri memerhatikan tingkah laku Leya berasa cukup sayu. Biapun dia tidak tahu akan situasi yang dihadapinya, namun dia tetap setia menanti di situ. Menanti untuk mahukan jawapan.

“Ikut aku,” ajak Leya yang sudah menghampirinya. Nell hanya menuruti tanpa dapat berkata apa. Ada ketegangngan yang berlaku antara mereka. Nell pasti jika dia cuba untuk membuka mulut dan bertanya, pasti Leya akan bertindak kasar, walaupun pada pandangannya Leya hanyalah seorang gadis yang cantik dan lemah.

“Kau pasti tahu siapa Wizz!?” soal Leya.

“Aku tak tahu apa yang kau cuba katakan,” Nell geram. Dia yang dibawa ke tempat asing lantas di soal secara melulu memang terasa seperti banduan. Setahu Nell, dia lansung tidak mengenali Leya, malahan Wizz itu sekalipun. Siapa Wizz? Dia sendiri tidak pernah melihatnya.

“Inilah Wizz,” Leya menekan satu punat biru yang ada di tepinya. Satu pancaran kilat yang menyerupai skrin yang aktif kepada sistem elektromegnet muncul di depannya. Sesusuk tubuh makhluk yang berwarna merah muncul dalam bentuk maya. Makhluk itu kelihatan cukup bengis dan menakutkan. Mukanya tersangatlah hodoh dan badannya sasa dan menggerutu. Seingat Nell, dia tidak pernah mencipta makhluk yang sedemikian rupa untuk projeknya. Adakah apa yang dilihatnya ini cumalah sekadar virus...virus, matanya terbeliak.

“Ini virus...ini virus rekaan temanku Zacky!!” Nell terjerit. Otaknya mula mengimbas kembali kejadian yang berlaku dua hari lepas. Nell dan Zacky bertengkar mengenai perisian yang mereka reka bersama. Menurut Zacky, Nell sengaja mahu memonopoli projek penilaian akhir itu untuk dirinya sendiri. Segala markah awal yang diperolehi oleh mereka berdua tidak ditimbangtara dengan baik oleh pensyarah fakulti. Nell memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding Zacky. Perkara itu membuatkan zacky makan hati. Rasa marah yang membuak membuatkan Zacky bertindak mencuri cakera liut yang kini ada di tangannya. Dan tanpa disangka, sejenis virus yang dipanggil dengan nama Wizz direka bagi memakan segala isi perisian yang ada di dalam projek akhir itu. Nell mula menelan rasa marah. Tidak sangka rasa sakit hati Zacky telah membawa keburukkan kepada Leya dan kaumnya. Dia berasa cukup bersalah dengan apa yang berlaku. Seharusnya dia membantu, tetapi dia sendiri tidak tahu bagaimana.
“Kenapa kau mahu ke kelas komputer tadi?” tanya Leya

“Ohh, aku mahu ke kelas komputer kerana mahu menyingkirkan virus itu”

“Kau pasti virus ini perbuatan Zacky?”tanya Leya lagi

“Sudah tentu aku pasti kerana aku sendiri pernah dengar dia menyebutnya di depan aku!” jawab Nell keras.

“Kau tahu bagaimana mahu menyingkirkannya?”soal Leya resah

“Aku tak pasti. Aku harus melihat virus itu dahulu,” jelas Nell

Leya mengangguk. Dia memberi ruang kepada Nell untuk berdepan dengan komputer yang sebesar 300 inci itu. Dengan tangkas dan pantas, jari-jemari Nell terus sahaja menekan setiap punat keyboard yang ada di depannya. Otaknya ligat berfikir cara bagaimana virus itu mampu dinyahaktifkan. Segala kata kunci dan perkataan telah dimasukkan, namun tiada satu yang mengena. Nell semakin bingung. Mukanya sudah mula berkerut-kerut.

“Bagaimana?” tanya Leya.

“Aku tak mampu,” jawab Nell lemah.

“tapi bukankah kau yang mencipta 90% dari projek akhir ini?” soal Leya lagi.

“Itu memang benar, tetapi 10% lagi telah dicipta oleh Zacky. Jadi aku tak tahu apa yang telah dilakukannya ke atas perisian ini,” jawab Nell tegas.

“Nampaknya kau memang suka untuk terperangkap terus di sini...” selamba Leya berkata. Nell yang kurang faham dengan maksud yang dikatakan oleh Leya itu terus sahaja berpaling memandang gadis yang ada di depannya itu.

“Apa maksud kau dengan terperangkap?” suara Nell kedengaran resah.

“Setelah kau masuk ke alam ini, pintu yang membawa kau ke mari telah terkunci rapat. Jadi jika kau mahu kembali ke dunia asalmu, kau harus mematikan virus itu dahulu. Kalau tidak, aku tidak fikir yang kau dapat melihat keluargamu lagi,” Leya menjeling tajam. Nell ternga-nga mendengar. Rupanya, segala apa yang terjadi ke atas dirinya kini adalah sebuah konspirasi. Walaupun alam maya ini bukanlah merupakan sebuah penjara, namun perasaannya sudah terdetik begitu. Dia akan terpenjara di sini, dia akan mati di sini. Jantungnya kembali berdegup kencang. Tiada gambaran lain yang bermain difikirannya kini selain dari penipuan dan dusta. Leya sengaja membuatkan dia teruja untuk mengikutinya ke mari dan kini dia terperangkap.

“selesaikan teka teki ini sebelum kau terus terperangkap di sini,” jelas Leya.

“Aku mahu pulang!” jerit Nell marah.

“ye, kau akan pulang. Setelah kau musnahkan virus itu!” Leya membalas jeritan Nell dengan suara yang parau.

“Aku tak bersalah!”

“Siapa kata kau tak bersalah. Kau terlalu sombong sehinggakan kau sanggup memperkecilkan kebijakkan temanmu. Sekarang kau harus membetulkan segala kesilapan yang telah teman kau lakukan!!!” Leya pergi meninggalkan Nell sendirian. Nell terkedu. Tubuhnya sudah terkulai di atas lantai. Otaknya yang waras itu sudah tidak dapat berfikir panjang “apa yang harus aku lakukan?” soal hatinya.

***

Virus Wizz sudah semakin teruk merebak. Tanaman, air dan udara di sekeliling sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Semuanya telah tercemar. Awan yang bergumpal putih asalnya sudah mula berubah hitam. Leya semakin cemas. Kedua telapak tangannya diramas penuh resah. Dari balairong diraja, Leya gusar berjalan ke kanan dan ke kiri. Pengawal-pengawal yang melihat gelagat puteri mereka itu hanya mampu memandang sesama sendiri. Bukan niat mereka tidak mahu membantu, tetapi mereka sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“bagaimana dengan Nell?” tanya Leya kepada salah seorang dari pengawal yang bediri tegak di depannya.

“Nell sedang berusaha untuk masuk ke dalam mimpi Zacky, tuanku,” pengawal itu menjawab ringkas.

“Mimpi, apa tujuan Nell mahu masuk ke dalam mimpi Zacky?” soal hatinya musykil.
Leya mendapatkan Nell yang masih lagi menaip komputer. Seingat Leya, semenjak 3 hari yang lalu, Nell lansung tidak keluar dari bilik utama itu. Nell hanya terperuk di dalam bilik sambil mencari penyelesaian terhadap virus yang sedang menguasai Nuansa.

“Kau tidak tidur?” tanya Leya yang kasihan melihat pemuda itu.

Nell hanya berdiam. Tiada sepatah ayat yang terluah. Jemarinya masih ligat menaip simbol-simbol kod yang tercantum dan terlerai. Dari pemerhatiannya, dia tahu yang kini kod-kod itu sudah mula menjadi longgar. Mata Leya terpukau melihat kehebatan Nell yang merangka setiap kod untuk mengnyahaktifkan virus yang semakin menular. Sejenis perisai yang berbentuk palang dibina bagi menghalang virus Wizz terus menerus menghentam setiap perisian yang sudah semakin lemah. Seperti mikoganisma yang sangat halus, virus Wizz menelan setiap perisian dalam kadar masa yang sangat singkat.

Nell cuba untuk melambat-lambatkan proses itu dengan mewujudkan seorang Nell yang lain. Nell itu adalah makhluk alam maya yang dicipta untuk masuk ke dalam mimpi Zacky. Melalui lubang yang sangat halus, Nell alam maya dihantar untuk berurusan dengan Zacky. Segala gambaran keadaan yang berlaku di alam realiti dapat dilihat melalui mata Nell yang berkedip merah. Nell sendiri tidak menyangka yang Nell alam maya akan wujud bagaikan hantu lalu terus masuk kedalam otak Zacky yang sedang lena dibuai mimpi. Mengikut situasi sekarang, Nell pasti yang dunia realiti kini sedang bergelap kerana malam. Jadi apa yang dilakukannya kini akan menjadi mudah.

“kau nak buat apa?” tanya Leya tidak faham.

“Aku mahu Zacky sendiri meleraikan virus itu,” jawab Nell.

“Tapi bagaimana?” Leya semakin tidak faham.

“Cuba kau lihat ke awan,” Nell menjuihkan bibirnya ke langit yang gelap. Kepulan-kepulan awan sudah menjadi semakin besar dan gana. Melihatkannya saja sudah membuatkan Leya menelan liur.

“Kenapa dengan awan itu?” soal Leya.

“Awan itu bagaikan mimpi buruk Zacky. Jadi melalui lubang halus ini, aku akan membawa Zacky ke mari dan menyelesaikan apa yang telah dia lakukan,”

“Aku tidak fikir ia akan menjadi. Kau lihat sendiri pintu yang membawa kau kemari
sendiri sudah tertutup rapat. Jadi bagaimana kau boleh membawa Zacky ke sini,” Leya ragu-ragu. Nell hanya tersengih. Walaupun dia tahu bahawa tindakannya itu hanyalah sekadar cubaan, namun keyakinannya untuk mencuba tersangatlah kuat . Butang oren yang ada didepannya ditekan dan Nell alam maya sudah masuk ke dalam pemikiran Zacky. Leya dan Nell mula memandang sesama sendiri.

“Nell!” Zacky terjerit bila melihat Nell muncul di dalam mimpinya.

“Kau harus selesaikan semua!”

“Selesaikan apa? Eh, macam mana kau boleh ada di sini!?” Zacky kelihatan pelik melihat Nell yang menghampirinya dengan gaya yang cukup pelik. Nell lansung tidak bersuara. Riak wajahnya juga kelihatan kaku. Kakinya bergerak bagaikan robot dan tangannya hanya lurus ke peha. Dengan pantas dan tangkas, bahu Zacky disentuh dan secara tiba-tiba Zacky pengsan dan pandangannya terus menjadi kelam.

***

“Aku di mana?” tanya Zacky setelah dia sedar dari pengsannya. Leya yang berada di sisi pemuda itu terus sahaja memberikan segelas air putih kepada Zacky. Zacky panik. Dia yang masih berasa takut terus sahaja beransur jauh dari gadis itu. Dia bergetar sama seperti tubuhnya. Ketarnya itu sudah sampai ke paras dada. Akibat itu, dadanya mula merasa sesak dan nadinya mula berdenyut pantas.

“Aku di mana? Aku di mana?” tanya Zacky.

“Kau di Nuansa!” jerit Nell dengan marah. Nell yang muncul dari balik pintu terus sahaja menerkam Zacky yang terbuntang matanya melihat kehadiran lelaki itu. Tidak sempat untuk membuka mulut, Nell terus sahaja memberikan penumbuk sulungnya ke wajah anak muda itu. Zacky mengaduh kesakitan sambil tangannya menyentuh bibir yang sudah pecah berdarah. Bisa sungguh rasanya. Kerana terlalu sakit, dia lansung tidak dapat mengangkat muka. Nell berasa sangat puas. Leya yang berada di belakangnya pula lansung tidak memberikan sebarang reaksi. Dia hanya tegak memerhatikan kedua anak muda yang ada di depannya itu.

“Jika kamu terus begini, aku rasa Nuansa tidak akan pulih. Fikirkan sesuatu. Pulihkan kembali negaraku!” arah Leya dengan tegas.

Nell dan Zacky memandang Leya yang pergi meninggalkan mereka. Nell faham akan perasaan Leya ketika itu. Pahlawan dan pemerintah mana yang tidak cintakan negaranya. Segala apa yang berlaku ke atas Nuansa kini adalah hasil dari ciptaan dia dan Zacky. Jadi mereka harus bertanggungjawab. Nell tidak mahu melihat Leya kecewa dan sedih. Dia harus memikirkan sesuatu.

Nell memandang Zacky yang lansung tidak mahu mengangkat muka.

“Bagaimana kau mereka Wizz itu Zacky?” soal Nell

“Aku sedang bermimpi, jadi bagaimana aku harus menjawab soalan kau itu!” jawab Zacky geram.

“Kalau betul kau bermimpi, kenapa bibir kau boleh berdarah. Jelaskan kepada aku!?” tengking Nell lagi.

Zacky terdiam. Memang betul, segala rasa sakit, pedih, bisa malahan darah yang mengalir dari bibirnya kini memang terasa benar. Dia mengesatnya dengan telapak tangan yang terketar-ketar. Tubuhnya lemah untuk digerakkan.

“Kau harus neutralkan virus Wizz itu Zacky!” terang Nell.

“Untuk apa, untuk kau mendapat markah lebih daripada aku!!!” jerit Zacky marah. Perasaan dendam dan bengangnya masih belum pudar. Kerana itulah dia mencipta virus Wizz lalu dimasukkan ke dalam projek akhir mereka berdua. Jika dia tidak boleh mendapat markah yang sama seperti Nell, maka Nell sendiri tidak boleh mendapat markah yang lebih tinggi daripadanya. Dia tekad untuk melakukannya begitu. Dia tekad mahu mereka kencundang di hari akhir penilaian projek akhir itu nanti.

“Kalau kau terus bersikap begini. Kita tak akan pulang ke alam realiti selama-lamanya. Kau harus ingat itu!” Nell mengugut. Zacky terbeliak mendengar kenyataan temannya itu. Nampaknya dia memang benar-benar telah terperankap. Terperangkap bersama-sama Nell di alam maya yang fikirnya cuma fantasi sahaja.

Kepulan awan hitam sudah menyeliputi segenap ruang Nuansa. Nell menjadi bertambah gusar. Bahu Zacky dicengkam dan kedua pasang mata mereka bertentang sesama sendiri.

“Kita harus cepat kalau kau tidak mahu terus terperangkap di sini,” Nell menarik lengan Zacky dan diheret ke ruang utama Zacky yang terikut ketika itu terus sahaja memerhatikan sistem komputer yang cukup asing di matanya itu. Dia mula berdebar-debar.

“Ini mimpi!” Zacky berbisik perlahan. Nell yang ada disebelahanya sudah muak mendengar kata-kata mimpi yang terluah dari bibir pemuda itu. Rasanya, mahu sahaja dia menumbuk Zacky lagi buat kali yang kedua. Tetapi niatnya itu Cuma dipendam kerana perbuatan yang sebegitu tidak akan membawa mereka ke mana-mana, melainkan ke arah jalan yang buntu. Nell cuba untuk bersabar.

“Cepat, neutralkan Wizz!” perintah Nell. Zacky merengus geram.

“Aku perlukan kau untuk meneutralkan virus ini,”

“Tapi bukan aku yang mencipta virus ini?” jawab Nell.

“Wizz juga merupakan sebuah permainan. Jika kita mahu meneutralkan Wizz, kita harus berganding,”

“Maksud kau dengan bermain game multiplayer. Wizz ini sejenis permainan ke?” soal Nell teruja.

“Wizz adalah sejenis virus yang menghidupkan permainan. Tapi aku tak sangka yang wizz telah menghidupkan permainan ini secara nyata lalu menghancurkan Nuansa,” timbul rasa kekesalan di hati Zacky. Nell mengeluh. Dia faham, kerana marahlah Zacky bertindak di luar pemikiran manusia. Dia sendiri kadang-kadang pernah mengalami hal yang demikian.

“aku tak sangka yang semua ini menjadi nyata,” keluh Zacky lagi

“Kau sedar tak yang kau mempunyai otak yang genius Zacky. Kau mampu membina permainan ini menjadi nyata. Jadi kenapa kau harus marah kepada aku sedangkan kau lebih berhak untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi daripada aku,” Nell bersuara perlahan. Mereka sama-sama berdiam. Masing-masing dirundung rasa malu dan sesal. Ketka itulah Leya masuk dengan jeritan yang amat kuat sekali. Terasa mahu tercabut saja telinga mereka mendengar jeritan Leya yang nyaring itu. Mereka memandang Leya yang berlari mendapatkan mereka berdua. Termengah-mengah Leya cuba menyampaikan berita buruk yang baru diterimanya sebentar tadi.
“Wizz sudah sampai ke mari. Cepat, cepat lakukan perkara yang sepatutnya!” jerit Leya kepenatan.

Nell dan Zacky memandang sesama sendiri. Dengan pantas kedua pasang tangan itu mula mengatur strategi dengan mengambil alih permainan itu dengan bermain bersama-sama. Pahlawan putih yang mewakili pahlawan Nuansa di skrin 300 inci itu siap bersenjatakan perisai kristal dan pedang kilat. Mereka dikerahkan terus menerus menentang Wizz yang semakin menghampiri pintu istana.

Cekap sahaja Nell dan Zacky mengatur strategi. Tangan mereka tidak henti-henti menekan butang dan punat yang ada di papan keybaoad. Tidak semena-mena pahlawan putih yang mewakili pahlawan Nuansa itu terus sahaja mengeluarkan sejenis biasan cahaya yang terang dari perisai kristal mereka masing-masing. Biasan itu dihalakan ke arah Wizz yang semakin hampir menyentuh badan salah seorang dari pahlawan Nuansa yang gigih melawan.

Biasan cahaya itu adalah merupakan sejenis virus yang mampu meneutralkan virus Wizz. Dalam sekelip mata, kepulan awan yang berupa asap itu tersebar bagaikan angin terus naik ke udara. Langit mula kembali cerah dan matahari mula kembali menyinar. Leya menjerit kegembiraan takkala Nell dan Zacky terduduk kepenatan. Mereka tertawa bersama-sama bagi menghilangkan rasa penat dan secara tidak lansung meraikan kejayaan yang tidak terduga itu.

“Kita dah berjaya,” kata Nell kepada Zacky dan Leya.

Secara tiba-tiba, cahaya kilat yang terang terus menyambar Nell dan Zacky lalu dibawa pulang ke alam nyata. Tidak sempat mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Leya bilamana tubuh mereka sudah tercampak ke dalam bilik komputer. Mereka memandang sesama sendiri sambil bangun melihat komputer yang masih menyala di depan mata.

Dari arah dalam komputer, kelihatan Leya melambaikan tangan sambil tersenyum girang ke arah mereka. Latarnya adalah negara Nuansa yang begitu indah sekali. Tiada lagi Wizz, tiada lagi virus.

“Terima kasih,” bisik hati Leya sendiri.




ps: panjang kan~~hee

Monday, June 13, 2011

Pari-pari Langit

camni ke pari2 tuh...so sweet...

DWAN sendirian di dalam wad. Biliknya sunyi. Dia yang masih lagi tidak kantuk cuma bermenung merenung bulan. Hatinya sakit mengenangkan kejadian pagi tadi. Kejadian di mana Sara mahu dia melakukan pembedahan. Bukannya Sara tidak tahu yang Dwan paling benci dengan pembedahan biarpun kesakitan yang ditanggungnya sudah sampai ke tahap lima. Penyakit kanser sepertinya mana bisa disembuhkan biarpun dengan melakukan pembedahan. Dia yakin yang doktor tidak mampu melakukannya biarpun dengan menggunakan khidmat doktor pakar yang terlatih. Dwan tahu yang dia akan mati. Mati dalam usia yang sangat muda. Dia benci akan dirinya. Dia benci akan kehidupannya, malahan dia benci akan penyakitnya. Kenapalah dia diberikan penyakit ini? dia menangis di dalam hati.

Sedang dia asyik menyalahkan dirinya. Dwan terpandang akan cermin yang ada di dalam biliknya. Cermin itu seakan-akan bergegar dan tiba-tiba mengeluarkan biasan cahaya pelangi yang berwarna warni. Dwan terperanjat dan mula berasa takut. Cepat-cepat Dwan bangun dan cuba untuk melarikan diri namun kakinya bagaikan terpaku bilamana namanya dipanggil berkali-kali.

“Dwan...Dwan...Dwan...”

Tanpa dipinta, kakinya melangkah laju menuju ke arah cermin itu. Kepalanya terjengah-jengah melihat ke dalam cermin, mencari si empunya suara yang tidak kelihatan. Dia tahu yang kini dia sedang bermimpi. Tetapi kenapa mimpinya kelihatan benar sekali. Cahaya yang terang itu mula membiaskan cahaya yang menyelimuti seluruh tubuh Dwan. Dwan seakan ditarik dan dia mulai hilang di dalam cermin.

Biliknya kembali sunyi.

***

Dwan tidak pernah mengimpikan yang dia akan berada di benua itu. Benua Hasper yang terletak jauh di pelusuk barat tengah kepulauan Maliki. Mungkin tiada orang yang pernah mendengar mengenai benua itu, memandangkan tiada tercatat akan namanya di sebarang peta yang ada di dunia ini. melihatkan kepelbagaian bentuk muka bumi yang berbeza, Dwan pasti yang dia kini berada di sebuah perkampungan orang kecil di Tasik Strauss. Di persisir sungai yang mengalir panjang sehingga ke barat daya Narata. Terdapat beberapa buah rumah yang berbentuk bujur di situ. Di setiap sebuah rumah itu pula terdapat sebuah pokok kecil yang berbuahkan delima. Ada delima merah dan delima biru. Masing-masing terhasil menjadi kembar yang rupanya seakan-akan sekeping hati. Dwan pelik, tangannya yang sememangnya tidak mahu duduk diam terus sahaja memetik buah delima itu lalu dihalakan ke langit biru. Terpancar segaris cahaya yang bercantum menjadikan biasan cahaya berbentuk hati. Dwan tersenyum gembira. Digenggam buah delima itu lalu dimasukkannya ke dalam kocek seluarnya.

Dwan terus lagi berjalan, dan kali ini dia sendiri. Tiada teman seperti mula-mula tadi. Sambil memeluk tubuh yang kedinginan akibat basah ditimpa hujan, Dwan terbersin halus. Tangan kanan yang sudah kecut kerana menahan kedinginan mula menutup mulutnya yang kecil itu. Sekali sekala dia menghembuskan nafasnya agar kehangatan dapat dirasakan biarpun hanya sebentar Cuma. Kedinginan masih tetap mencengkam. Dwan yang sudah tidak dapat bertahan, terus sahaja menggosok-gosok kedua belah tapak tangannya lantas diseluk ke dalam kocek seluarnya. Sambil itu, kedua pasang matanya tajam memerhatikan persekitaran yang asing buat dirinya itu. Sedari dia muncul di situ, belum sekali dia melihat kelibat sesiapa di kawasan itu. Yang ada cumalah ampaian baju yang tersidai beberapa pasang pakaian yang terdiri dari ibu, ayah dan anak. Itu sudah cukup menandakan yang perkampungan kecil itu memang mempunyai penghuni. Tetapi di manakah penghuninya. Soalnya sendiri.

Hari sudah semakin gelap. Samar-samar cahaya terang yang tadi menguasai alam sudah hilang di balik bukit. Dwan tahu yang waktu sudah merangkak malam dan dia juga tahu jika dia berterus-terusan begini, pasti tubuhnya akan menjadi beku. Di manakah dia harus mencari perlindungan?, getus hatinya. Terigat dia seketika akan Lily yang menemaninya ke mari sebentar tadi. Lily adalah seorang gadis kurus yang bersayap rama-rama. Pertama kali dia berjumpa Lily, dia seakan tidak percaya dengan kedua pasang matanya. Baginya dia kini sedag bermimpi. Tetapi mimpikah dia jika Lily bisa menyentuh kedua belah tangannya.

“Aku tahu Dwan, kau tentu hairan melihat aku bukan!?” tegas Lily.

Dwan yang langsung tidak terkata apa hanya diam mengangguk. Tidak tahulah kenapa ketika itu dia merasakan yang dunianya begitu ajaib sekali. Segala apa yang dilihatnya bagaikan tidak benar. Manakan tidak, pokok, burung, bunga malahan hutan itu semuanya seperti memandang ke arahnya. Semuanya bagai bisa berkata-kata, biarpun tiada sepatah kata yang terkeluar dari mulut mereka.

“Kau datang ke sini mahu mencari pari-pari langit bukan?” tanya Lily

“Dari mana kau tahu yang aku mahu mencari pari-pari langit?” soal Dwan hairan.

“Melalui lukisan-lukisanmu. Bukankah setiap hari kau melakarkan wajah pari-pari langit,” soal Lily pula.

Dwan terdiam. Tidak terbuka mulutnya untuk menjawab soalan Lily yang ketika itu sedang mengepak-ngepakkan sayapnya. Dia sendiri tidak pasti bahawa apa yang dialaminya kini adalah benar ataupun mimpi. Soalan Lily benar-benar menyakitkan kepalanya. Mengapa dia mahu mencari pari-pari langit. Dia tahu yang pari-pari langit sememangnya tidak wujud. Ia hanyalah khayalannya semata-mata. Dia harus sedar dari mimpi ini. jerit hatinya.

“Aku tahu mengapa kau mahu mencari pari-pari langit itu?” teka Lily. Dwan yang tersandar di batang pokok terus sahaja bangkit dan mendapatkan Lily yang menari-nari di depan matanya.

“Kau tahu tujuanku. Apa maksudmu?’”tanya Dwan.

“Kau mahu mencari pari-pari langit kerana kau mahu mengubati penyakitmu bukan?” soal Lily lagi. kali ini Lily tidak lagi terbang tinggi. Lily terbang perlahan ke arah Dwan yang tersentak mendengar kata-kata yang terluah dari bibir kecilnya. Dwan termanggu sebentar. Dia berteleku di atas tanah sementara Lily menyentuh pipi halus Dwan yang kemurungan.

“Setiap hari aku melihat rambutmu gugur sehelai demi sehelai. Ia samalah seperti harapan yang tidak pernah tertunai. Aku tahu kau punya harapan yang tinggi. Mahu sembuh dari penyakitmu. Tetapi kau tidak tahu bagaimana. Benarkan begitu?” Lily menyoal terus menerus. Dwan masih lagi tidak bersuara.

“Mengapa kau tidak mahu melakukan pembedahan seperti apa yang dipinta Sara?” soal Lily lagi.

Ketika itu Dwan mula teringatkan Sara. Sara yang seringkali memberi semangat kepadanya. Sara yang seringkali menjadikan ribanya sebagai bantal kepada kesedihan Dwan. Sara yang menjadikan bahunya sebagai tempat menenagkan Dwan.

“Aku tidak mahu. Aku tahu kalau aku melakukan pembedahan, aku akan mati dengan lebih cepat.”

Lily menggangguk faham. Hidung mancung Dwan disentuh dengan tangan kecilnya. Lily tersenyum.

“Aku akan bantu kau mencari pari-pari langit. Aku akan bantu kau untuk sihat semula,” tegas Lily.

“Benarkah pari-pari langit itu wujud?” tanya Dwan ghairah. Lily masih lagi tersenyum. Dia yang terbang mencecah awan terus sahaja menggangguk.

“Tentulah pari-pari langit wujud. Jika tidak masakan adanya aku” jerit Lily kegembiraan. Dwan yang tadinya masih berteleku di atas tanah terus sahaja bangkit dengan penuh semngat. Dia memandang terus ke arah Lily sambil kedua belah tangannya diangkat mengahala ke arah langit. Lily tersengih.

“Aku pasti kau akan gembira bertemu dengan pari-pari langit,” jerit Lily lagi.

Dwan berasa begitu gembira sekali, “ Sebelum itu, siapakah namamu wahai si peri kecil?” tanya Dwan.

“Oh lupa pula aku mahu memperkenalkan diri. Namaku NaLily, panggil saja Lily.”

Mereka mula menyusur sungai yang membawa mereka terus ke perkampungan kecil yang terletak di Benua Hasper.

***
“Aku harus pergi!” bisik Lily.

“Kau mahu ke mana?” tanya Dwan hairan. Sekitar pertengahan jalan, tiba-tiba Lily mahu mengundur diri. Dwan hairan, dia tidak sangka Lily yang bersungguh-sungguh mahu membantunya tiba-tiba mahu menarik diri. Adakah Lily mahu mempermain-mainkan dirinya!, bentak Dwan.

“Aku tidak dapat menemankan dirimu memandangkan pari-pari langit tidak membenarkan diriku mengikutimu.”

“Kenapa pula begitu?” Dwan bersuara lantang. Sakit kepala mulai terasa. Seperti ada batu yang menghentak kepalanya. Dia terasa mahu pitam.

“Jika kau seorang yang tabah, aku pasti kau akan berusaha mencarinya.”

“Ia, itu aku tahu. Tapi bagaimana aku mahu mencarinya dan bagaimana aku harus tahu yang itu adalah pari-pari langit?” soal Dwan keras. Lily berasa bersalah. Dia sendiri tidak mahu meninggalakan Dwan. Tetapi dia terpaksa kerana itu adalah perintah daripada pari-pari langit. Hanya pari-pari langit yang berkuasa ke atasnya dan dia diberitahu yang Dwan haruslah berusaha sendiri untuk mencapai kemahuannya. Dia faham dan dia akur.

Dwan ditinggalkan sendirian di dalam kedinginan malam. Takkala sedang sibuk menghidupkan unngun api, tiba-tiba kepulan-kepulan ais berterbangan lembut di ruang angkasa. Dwan pelik. Cepat-cepat dia mencapai salah satu kepulan putih yang seakan gula-gula kapas itu.

“Saljikah ini?” bisik hatinya. Dia memandang ke arah langit dan kepulan-kepulan putih itu semakin lama semakin banyak menutupi muka bumi. Dwan kedinginan. Baju yang sehelai menutupi susuk tubuhnya lansung tidak membantu, malahan ia menambahkan lagi rasa kedinginanannya. Bibirnya mula memucat, nafasnya mula bergoncang. Dia sudah semakin tidak tahan. Terasa mahu saja dia mati ketika itu. Biarlah nyawanya dipanggil asalkan kedinginan ini tidak lagi meguasai batang tubuhnya.

Sedang Dwan cuba melawan kedingian kepulan yang seperti salji itu, tiba-tiba terasa pula titis-titis hujan yang membasahi setiap anggota badannya. Dia semakin pelik. Malam itu Dwan tidak mampu tidur lena, yang ada difikirannya kini hanyalah mencari pari-pari langit yang dikatakan Lily.

***

Tubuh Dwan semakin lemah. Tangannya meyeluk kocek seluar yang berisi buah delima yang sebanyak 2 biji. Akibat terlalu letih berjalan, Dwan berhenti di tepi anak sungai yang mengalirkan air yang berwarna putih seperti susu. Diceduk air sungai itu dengan kedua telapak tangannya lalu dihirup sedkit demi sedikit. Dia sudah tidak kuasa lagi untuk berfikir apa, yang dia tahu hanyalah tekaknya haruslah dibasahkan dengan sedikit air bagi menghilangkan rasa dahaga yang semenjak semalam tidak terisi.

“Kau pasti Dwan!” suara yang tiba-tiba muncul dari arah belakangnya membuatkan Dwan tersentak dan terhenjut ke depan. Dwan memandang si empunya suara yang lansung tidak menunjukkan sopan. Kepalanya masih lagi terasa sakit. Denyutannya semakin kuat.

“Rupanya kaulah si penakut itu!” gelak si empunya suara.

“Siapa kau, sesuka hati memanggil aku penakut!” marah Dwan. Si empunya suara tiba-tiba muncul dari balik pokok besar yang ada di tepi sungai. Dwan dapat melihat si empunya suara agak besar orangnya, biarpun kaki dan tangannya kecil seperti budak yang berumur 6 tahun. Jika dilihat dengan betul-betul, si empunya suara itu kelihatan sama seperti hobbit, biarpun dia sendiri tidak tahu yang hobbit itu benar wujud ataupun tidak.

“Aku Gigor, dan kau pula Dwan si penakut,” si empunya suara yang memperkenalkan diri sebagai Gigor itu mula tertawa kuat. Ketawanya itu di lingkari dengan kepulan asap yang gelap dan hitam. Setiap kali Gigor ketawa, pasti kepulan asap itu semakin lama semakin besar. Seperti betah dengan apa yang dilakukan oleh Gigor.

“Tahukah kau Dwan, yang kau tidak akan dapat mencari pari-pari langit itu!!” terang Gigor sinis.

“Apa maksud kau!” soal dwan keras.

“Itu kerana pari-pari langit tidak suka dengan seorang yang penakut. Kau rasa kau layak untuk bertemu dengan pari-pari langit sedangkan kau tidak yakin dengan kekuasaan Tuhanmu.”

Dwan terdiam. Tuhan. Apakah yang dimaksudkan Gigor itu?. Mengapa dia berkata begitu.

“kau lebih rela memohon kepada pari-pari langit untuk menyembuhkan penyakitmu dari memohon kepada kekuasaan Tuhan untuk menyembuhkan penyakitmu.”

Dwan tersentap. Terasa kakinya tidak lagi mencecah tanah. Dia merasakan yang dirinya kini sedang terapung-apung dan terpanggil untuk pergi ke arah Gigor yang masih tertawa besar. Dwan semakin takut. Mukanya pucat lesi. Bersusah payah Dwan cuba untuk membebaskan dirinya dari apungan itu, tetapi dia tidak mampu. Batang tubuhnya seakan terkunci. Keras dan kaku.

“Tahukah kau, seorang manusia yang tidak yakin dengan ketentuan yang telah Tuhan berikan adalah makananku.”

“kau mahu memakan aku?” jerit Dwan ketakutan

“aku bukan mahu memakanmu, tapi aku mahu memakan jiwamu!” Gigor mengilai panjang. Kepulan asap yang mengikuti Gigor sudah mula menyelimuti seluruh tubuh Dwan. Dwan semakin sesak dada. Dia tidak mampu lagi bernafas.

“Hanya manusia yang percaya kepada tuhannya saja bisa bertemu pari-pari langit, dan aku fikir kau tidak layak untuk itu!” Gigor mengcengkam kepala Dwan dengan kuat sekali. Dwan menjerit dengan sekuat hati. Terasa kepalanya seperti mahu tercabut. Dia tidak dapat lagi menahan sakit yang semakin kuat. tubuhnya sudah semakin longlai, badannya sudah semakin letih.

“Aku akan menghilangkan sakitmu. Sekejap saja lagi” Gigor tersenyum lebar. Wajah hodoh itu ditenung tajam dan perlahan-lahan bibir Dwan cuba untuk menyatakan sesuatu.

“Demi tuhan, aku berharap yang kau lenyap dari muka bumi ini,” nafasnya masih turun naik. Gigor terperanjat. Tubuhnya menggigil dan matanya buntang melihat Dwan yang sudah pengsan dan kejang di atas tanah . Dalam sekelip mata, kepulan asap yang menyelimuti tubuh Dwan menelan Gigor yang terkapai-kapai di udara. Gigor hilang dibawa angin bersama jeritan yang masih sayup-sayup kedengaran.

“Siapa kata aku tidak percaya kepada Tuhan!” bisik hati Dwan.

“Sudah tentulah kau percaya kepada Tuhan Dwan. Kerana itu kau masih hidup di atas muka bumi yang indah ini,” suara lembut itu mengejutkan Dwan dari lenanya. Dwan yang masih terlentang di atas tanah membuka matanya perlahan-lahan. Dilihatnya seorang gadis yang cukup dikenalinya tersenyum manis kepadanya. Gadis itu kelihatan cantik di dalam busana putih yang lembut dan halus. Rambutnya panjang mengurai ke bahu dan bibirnya merekah merah bak delima. Gadis itu perlahan-lahan memangku kepala Dwan yang tidak berambut itu lalu diletakkan ke atas ribanya. Perlahan-lahan juga dahi Dwan diusap lembut dan penuh dengan kasih sayang. Dwan berasa begitu tenang sekali. Dadanya terasa lapang dan kepalanya tidak terasa sakit seperti tadi.

“Siapa kau?” tanya Dwan.

“Akulah pari-pari langit,” terang gadis itu.

“Mahukah kau menyembuhkan penyakitku?” tanya Dwan penuh harapan.

“Hanya kuasa Tuhan sahaja yang bisa menyembuhkan penyakitmu, kerana aku tidak punya kuasa itu”

“Tapi Lily mengatakan yang kau mampu,” Dwan sedih.

“Aku hanya mampu menghilangkan rasa sakitmu.”

“Bagaimana?” tanya Dwan

“Dengan percaya kepadaku,” jelas gadis itu.

“Iya, aku percaya kepadamu. Jadi hilangkanlah rasa sakitku ini,” mohon Dwan.

Pari-pari lagit hanya tersenyum. Seketika, tangannya yang putih dan mulus terus sahaja menyentuh kepala Dwan yang tidak berambut. Dwan berasa segar dan tenang. Takkala itu, matanya semakin layu dan dia tertidur di pangkuan pari-pari langit yang semakin hilang di balik cahaya.

***

“Dwan, Dwan...” Sara memanggil perlahan. Dwan yang masih terlena terkejut dari tidurnya. Dia berasa terperanjat bila melihat dirinya yang berada di dalam wad. Kepalanya terasa ringan benar. Perlahan-lahan juga dia menyentuh kepalanya yang berbalut kain kasa. Apa yang telah terjadi? Fikirnya sendiri. Bukankah tadi aku ada bersama pari-pari langit? Soalnya sendiri.

Dwan memandang Sara yang tersenyum kepadanya. Melihat wajah Sara mengingatkan Dwan kepada seseorang, tapi dia kurang pasti, dia tidak dapat mengingati.

“Mengapa dengan kepalaku?” tanya Dwan.

“Kau baru saja melakukan pembedahan,” jawab Sara

Dwan terperanjat. Matanya membulat.

“Dan Dwan telah berjaya. Sara tak sangka yang effectnya begitu menakjubkan. Otak Dwan masih boleh berfungsi dengan baik,”Sara menyatakannya dengan penuh perasaan gembira.
“Tapi, bukankah aku sudah di tahap lima...” Dwan hairan

“Ini semua kuasa Tuhan, kita hanya mampu berdoa,” Sara mengukir senyuman yang cukup gembira. Ketika Sara mula melangkah pergi. Dwan bersandar di katilnya. Otaknya masih ligat memikirkan benua Hasper, Lily, Gigor dan pari-pari langit yang ditemuinya. Adakah dia bermimpi?, fikirnya lagi. Perlahan-lahan, Dwan memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya. Dia tersentak, dan perlahan-lahan juga dia mengeluarkan buah delima yang bersinar indah di telapak tangannya. Dia tersenyum.

“Nampaknya aku bukan bermimpi,” bicaranya sendiri.

Sunday, May 22, 2011

Dia bukan Rapunzel.....meh la baca kalau sudi~~

cantek gambo cik guggle


DIA sedar setiap kali dia menangis pasti ada yang tertawa. Acap kali dia mendengar teman sepejabatnya berbisik mengenai dirinya, rambutnya malahan percakapannya. Dia sedar dia hanya sekadar gadis kampung biasa, datang jauh dari pendalaman dan ke bandar semata-mata mahu mengejar cinta dan cita. Namun layakkah dia menemui cintanya, sedangkan dia hanyalah sekadar pasu tidak berbunga.

Setiap hari dia akan merenung dari ruang balkoni flatnya. Menanti seorang putera yang singgah sambil melafazkan cinta. Biarpun hanya dengan sekadar bunga. Dia tidak mengharapkan puteranya sekacak dan segagah Fahrin Ahmad. Dia juga tidak mengharapkan yang puteranya sebijak dan sepintar Syed Muzhaphar. Yang penting puternya bisa menyentuh hatinya, menjaga perasaannya malahan menghargai dirinya.

Dia sedar yang dirinya tidak secantik Erra Fazira, malahan semanis Siti Nurhaliza. Dia Cuma gadis yang berperwatakan biasa, tidak layak untuk disanjung dan dipuji-puji oleh seorang yang bernama lelaki. Kalau dilihat dari raut wajahnya, kulitnya gelap, rambutnya kembang dan berkerinting, tambahan pula dia bercermin mata. Lansung tiada ciri-ciri gadis top 20 pilihan majalah masa kini. Dia sendiri terkadang malu melihat rupanya di cermin. Mensisir rambut saja dia menoleh ke arah lain. Tiada interaksi antara dia dan si cermin. Jadi apa lagi pujian yang mampu diletakkan kepadanya melainkan cela belaka.

Setiap hari juga dia menyoal hatinya. Mengapa dia tidak cantik dan manis seperti sahabat-sahabatnya?. Mengapa dia tidak mempunyai rambut yang cantik, lurus bahkan ikal seperti sepupu-sepupunya?. Dia juga seorang gadis, tidak layakkah dia diberikan keindahan seperti itu?

“Walaupun anak ibu tidak secantik Lela, tapi anak ibu cantik di hati ibu.”

Hanya kata-kata itulah penguat semangatnya untuk terus hidup di muka bumi ini. Dia rela dirinya tidak cantik, dia juga rela dirinya dianggap biasa-biasa saja. Yang pasti, doa ibunya lebih berkah dari segala-galanya.

“Ibu doakan, anak ibu akan perolehi segala impiannya. Kerana anak yang sebaik anak ibu ini layak menerima cinta yang sempurna.”

Namun begitu adakah cinta yang sempurna untuk dirinya. Sudah hampir 6 bulan dia tinggal dan berkerja di kota batu ini. Walaupun Ibu seakan berat untuk melepaskan, namun dipujuk juga hati Ibu untuk rela membenarkan. Dia mahu mencari pengalaman. Dia mahukan kehidupanya yang tidak terkurung di satu tempat yang sama. Tetapi sehingga ke hari ini, pengalaman mahupun kehidupan yang dicari masih cetek di paras buku lalinya sahaja. Tiada terpenuh di dada. Dia masih mencari dan terus mencari.

“Apa yang kau lamunkan?” tanya Nadya, teman sekolahnya yang juga teman serumahnya. Dia menoleh memandang Nadya yang manis dan ayu. Terserlah lesung pipit di kedua belah pipi gadis itu. Dia Cuma menggeleng.

“Kau masih fikirkan Badrul ye?” soal Nadya dalam nada yang bergurau. Dia tersentak bilamana mendengar nama Badrul. Iya, Badrul adalah pemuda yang baru saja dikenalinya beberapa minggu yang lalu. Perkenalannya cukup biasa sahaja memandangkan Badrul adalah seorang posmen dan dia cumalah seorang penginap di flat itu. Berjumpa saja hanya di ruangan peti surat di tingkat bawah. Tiada apa yang menarik. Ada juga sesekali dia berbual dengan Badrul bila dia tersempak ketika mahu ke luar ke tempat kerja. Tetapi perbualannya hanyalah omong kosong, sementara menunggu Badrul menyerahkan bil atau surat kepada dirinya. Jika tiada, jangan katakan sepotong ayat, memandang juga Badrul tidak pernah.

“Ish merepeklah,” jawab dia pantas. Dia tidak mahu lamunannya itu disalah anggap. Memang benar kadangkala dia melepak di balkoni itu, dia akan melihat Badrul melintas di kawasan perumahan itu dengan motorsikal posmennya. Tetapi itu jarang-jarang berlaku, kerana kandangkala bukan Badrul saja posmen yang akan melintas di situ. Ada juga posmen lain yang akan melintas dan ianya bukanlah Badrul.

***

Hari itu dia pulang lewat dari tempat kerja. Ini semua gara-gara tersalah mengisi borang yang bertimbun dan akhirnya memaksa dia mengambil OT untuk menyiapkan segala kerja yang tersadai. Kalau dikira pada waktu, sudah hampir 4 jam dia tidak beralih dari tempat duduknya dan akhirnya segala kerja yang tersadai tadi lunas disiapkan. Dia pulang ke rumah dengan hati yang gembira disamping perutnya sudah memainkan lagu keroncong.

Sampai saja di perkarangan flat, dia terlihat sebuah gerai burger yang masih dibuka walaupun jam sudah lewat 12 tengah malam. Hatinya memaksa untuk dia singgah sebentar. Dengan langkah yang penat dan malas, dia menguatkan kudratnya untuk menapak sebentar ke gerai itu. Raut wajahnya sudah lesu benar.

“Bagi saya burger ayam dua ye,” minta dia tanpa memandang ke arah si penjual.

“Hai, lewat balik. Makan burger je ke,” suara yang cukup dikenalinya itu benar-benar menyentak akal dan pemikirannya. Dia yang sedari tadinya lesu terus saja segar bugar. Wajah si penjual burger dilihat dalam kesamaran lampu neon. Ya, dia kenal si penjual burger itu.

“Apa awak tanya tadi?” tanya dia sekali lagi.

“Saya kata lewat awak balik, makan burger je ke?” Badrul mengulang semula soalannya. Tidak tahu apa kuasa yang merasuk dirinya pada malam itu sehinggakan dia boleh tersenyum dan tertawa. Jika difikirkan dengan akal, soalan itu bukanlah soalan yang lucu. Badrul pelik melihat perubahan sikap dia. Badrul Cuma membiarkan dia terus tersenyum dan tertawa kerana Badrul sendiri memang sudah lama mahu menegur si dia secara santai. Baginya, ada satu keistimewaan yang ada pada si dia, sehinggakan Badrul senang untuk bertanya dan berbual kosong.

“Bila masa pulak awak buka gerai burger ni?” tanya dia setelah lama tersenyum. Badrul yang sedang membalik-balikkan daging burger terus memandang tepat ke anak mata dia. Dia gugup sebentar. Terasa ada panahan yang melekat. Pasang matanya cepat-cepat dikalih dari terus direnung tajam.

“Ini bukan gerai saya. Ini gerai member saya. Malam ni dia sakit, jadi saya tolonglah dia,” jawab Badrul sementara tersenyum. Perbualan mereka terputus di situ. Tiada lagi borak kosong melainkan desiran minyak di atas kuali. Selesai membugkus, Badrul memasukkan kedua burger tadi ke dalam plastik lalu diserahkan kepada dia. Dia menyambutnya laju sambil menghulurkan kepingan not sepuluh ringgit.

“Makan baca Bismillah..” sambil menyerahkan wang baki kepada dia. Dia lansung tidak mengangkat muka, cuma ucapan terima kasih yang mengiringi sambutan wang itu sambil kakinya laju melangkah meninggalkan Badrul yang tersengih sendiri.

***

“Kau tahu tak yang Badrul dah tak kerja posmen lagi!” Nadya memulakan bicaranya. Dia yang santai sambil membelek majalah terpana sebentar. Helaian majalah yang tadinya diselak laju kini diselak perlahan-lahan. Otaknya ligat memikirkan kenapa Badrul berhenti dari kerjanya. Apakah Badrul sudah menerima kerja yang lebih baik. Jika mahu difikir-fikir kembali, apa kena mengenanya Badrul dengan dirinya sehingga dia harus berfikir sejauh itu. Dia menggeleng-gelenggkan kepala supaya apa yang difikirnya terhapus dari benar fikirannya.

“Aku rasalah dia nak kahwin lah,” teka Nadya.

Kahwin? Apa kena mengena kahwin dengan berhenti kerja. Otaknya kembali menyoal dan berfikir. Kini dia sudah sedar yang otaknya memang senang bertindak balas bila nama Badrul disebut. Kenapa otaknya bertindak balas begitu? dia hairan.

“Haah, baru aku teringat. Tadi ada posmen datang dan hantar barang ni pada kau,” Nadya menyerahkan sebungkus kotak kepada dia. Dia merenung kotak itu sambil hatinya menyoal sendiri. Kotak apa pulak ni? Cepat-cepat tangannya mengoyak kertas bungkusan itu. Matanya terbeliak.
“Apa tu?” tanya Nadya sambil menjenguk-jenguk ke dalam kotak.

“Aku rasa ni burger,” sambil mengeluarkan bantal yang berbentuk burger.

“Siapa plak yang bagi kau bantal burger ni?” Nadya tertawa kecil.

Dia sendiri tidak tahu siapa pengirimnya dan yang pasti burger itu mengingatkan dirinya kepada seseorang iaitu Badrul.

***

Dia tidak pernah terfikir untuk mengubah penampilan dirinya biarpun tubuhnya cantik seperti supermodel. Inikan pula yang melibatkan rambutnya yang kerinting dan besar itu. Menurut Nadya, rambutnya yang kerinting dan tebal itu, jika diluruskan, pasti akan panjang hingga ke paras lutut. Dia terperanjat mendengar kenyataan temannya itu. Bukan dia tidak percaya dengan kenyataan Nadya, tetapi dia ragu-ragu dengan alatan eletrik yang dipegang oleh Nadya ketika itu.

Seterika, tujuannya untuk meluruskan rambut. Bukankah ada alatan yang lebih spesifik yang boleh digunakan ke atas rambutnya selain dari seterika. Tubuhnya menggeletar sebentar. Jika bukan hari ini rambutnya hangus di tangan Nadya, pasti di kemudian hari akan tetap juga berlaku.

“Kau janganlah takut. Aku buat perlahan-lahan je. Kata nak berubah. Karang kalau kau pergi saloon dengan rambut yang kerinting dan tebal macam ni, aku takut tak pasal-pasal RM 500 duit kau hangus. Kau nak ke macam tu?” Nadya memujuk. Dia yang masih ragu-ragu hanya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, agar segala apa yang dilakukan Nadya nanti selamat dan tidak melibatkan wad kecemasan.

Hampir 6 jam juga Nadya bertungkus lumus meluruskan rambut dia. Diselang selikan dengan air kopi di atas meja, akhirnya rambut yang dulunya kerinting dan menggerbang seperti polong, kini lurus dan cantik seperti rapunzel. Nadya tersenyum lebar, begitu juga dengan dia yang tidak habis-habis membelai rambutnya yang lurus hingga ke paras lutut itu.

“Betullah, memang panjang,” dia gembira melihat perubahan yang berlaku kepada rambutnya itu.

“Kau nak aku potong?” tanya Nadya.

“Tak perlu, aku suka rambut aku begini,” jawab dia gembira.

“Aku tau, mesti kau nak tocang rambut kau tu, lepas itu duduk di balkoni menunggu Badrul datang. Bila dia dah datang, bolehlah kau lepaskan rambut kau tu. Minta dia panjat dan selamatkan kau dari rumah aku ni kan?” Nadya saja berseloroh. Ada hilai tawa yang diselang-selikan dengan kata-katanya sebentar tadi. Dia gugup mendengar kata-kata Nadya. Walaupun kedengaran bersahaja dan sengaja direka-reka, namun ada juga terselit kebenaran di dalam kata-kata nadya itu.

“Ish kau ni, mana ada. Memandai je mulut kau tu kan!” dia bersikap malu-malu. Kali ini dia menguatkan hatinya untik melihat cermin, melihat wajahnya yang kini berubah, dari seorang yang biasa, kepada seorang yang manis dan ayu.

“Tengok pada cermin itu. Siapa kata kau tak cantik?” soal hatinya.

***

Semenjak perbualan bersama Badrul di gerai burger itu, dia lansung tidak pernah lagi bertemu dengan pemuda itu. Fikirnya memang betullah Badrul sudah berhenti kerja. Hatinya sedikit kecewa. Di balkoni, dia tidak lagi melihat motorsikal Badrul melintas membawa surat. Jiwanya terlopong kosong. Biarpun perasaannya itu hanyalah mainan otaknya sahaja.

Sesekali dia berteleku di atas lantai balkoni sambil membelek bunga-bunga yang ada di dalam pasu. Sedang tangannya asyik membelek bunga-bungaan itu, tiba-tiba angin petang meniup lembut rambutnya yang panjang itu lalu menutupi separuh mukanya. Dia tersenyum lalu menyelak rambutnya ke belakang. Ketika itulah dia terlihat seorang pemuda merenungnya dari dalam perut kereta.

Biarpun dia di tingkat 4, matanya masih lagi boleh melihat dengan jelas siapa atau apa yang ada di perkarangan flat itu. Hatinya berdebar seperti mahu luruh. Siapakah itu? Soal hatinya. Apakah benar dia memandang ke sini, ataupun itu hanya perasaanku saja? Soalnya lagi. Takkala dia bangun untuk memerhati lebih tepat. Cermin kereta ditutup dan bergerak meninggalkan kawasan itu. Perasaannya berubah resah. Orang jahatkah itu? Soal dirinya lagi.

***

“Tadi aku berjumpa Badrul. Dia kirim salam dengan kau,” Nadya selamba mengatur cerita.

“Badrul, kau jumpa Badrul..Errr di mana?” tanya dia lambat-lambat.

“Aku jumpa dia di Mid Valley dengan seorang perempuan,” Nadya menjawab dengan nada yang masih juga bersahaja.

“Pe..perempuan!” terketar suara dia melafazkan ayat perempuan itu. Jiwanya luluh berkecai. Memang benarlah Badrul akan berkahwin seperti apa yang dikatakan Nadya sebelum ini. Jiwanya sedikit kecewa. Biarpun dia dan Badrul bukan siapa-siapa, namun dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya bisa berperasaan begitu. Dia seakan suka, sukakan Badrul. Dia seakan tidak boleh mengelak semenjak pertama kali Badrul merenungnya di gerai burger itu. Perasaan apakah itu, adakah ianya hanya sekadar suka yang biasa-biasa sahaja?. Dia memang lansung tidak mengerti, inikan pula yang berkaian dengan kasih sayang dan cinta.

“Semalam ada posmen hantar barang lagi untuk kau,” Nadya mulai teringat.

“Barang apa?” tanya dia pelik.

“ Itu, ambillah dekat atas rak tu,” Nadya menunjukkan tempat barang itu diletakkan dengan jari telunjukknya. Kali ini barang itu datang dengan kotak yang agak kecil dari sebelum ini. dia mula membukanya.

“Aku rasalah, kau ni ada peminat rahsia lah,” Nadya meneka. Dia yang sudah selesai membuka balutan kotak itu terus mengeluarkan sepasang sikat berwarna coklat cair. Keduanya mempunyai bentuk yang berlainan dan kelihatan mahal sekali.

“Wah, cantiknya,” Nadya terpegun. Begitu juga dia.

“Samada peminat kau ni gila atau kaya, itu saja yang boleh aku cakap,” Nadya masih melihat sikat itu dengan mata yang bersinar-sinar.

Dia hanya berdiam. Tidak tahu apa yang harus diungkap. Setahu dirinya, dia tidak pernah mempunyai peminat rahsia, jadi..

“Siapa pula yang bagi ni?” soal hatinyasendiri.

***

Kepulangannya ke kampung benar-benar membuka akalnya untuk lebih cerdas berfikir. Tidak sangka panggillan yang membawa dia pulang ke kampung dihujani dengan hajat yang cukup besar.

“Ibu rasa, ibu patut terima lamaran itu,” luah Ibunya.

“Lamaran apa pula ni Ibu?” soal dia yang semakin keliru.

“Semalam ada rombongan yang datang meminang kau. Jadi Ibu fikir baik Ibu menerimanya memandangkan keluarga lelaki itu suka benar dengan kau,” Ibu menerangkan. Terkedu dia mendengar kata-kata Ibunya. Ada yang datang melamarnya, tapi siapa?

“Ta..tapi dari siapa lamaran itu Ibu?” terketar-ketar suara dia bertanya. Tidak sangka dalam diam ada juga yang menginginkan dia menjadi suri.

“Satu keluarga dari Kuala Lumpur. Puas juga Ibu bertanya siapa yang menghantarkan pinangan, tetapi mereka pinta ianya dirahsiakan,” jawab Ibu sambil menghulurkan cincin berlian kepada dia. Dia mengambil cincin berlian itu perlahan-lahan. Tangannya menggeletar kuat. Milik siapakah empunya cincin ini, mengapa harus berteka teki kalau jujur mahu melamar dirinya.

“Kata keluarga itu, kamu kenal siapa orang yang menghantar lamaran ini?” Ibu bersuara lagi. dan kali ini kenyataan Ibu benar-benar menyesakkan akal dan fikirannya. Kenal apa?, Siapa? Dia semakin kusut.

“Katakan saja pada mereka yang saya masih belum bersedia,” dia sudah malas mahu berfikir. Lamaran itu ditolaknya mentah-mentah tanpa berfikir panjang. Dia tidak mahu menikahi orang yang tidak dikenalinya biarpun orang itu datang dari keluarga yang kaya. Dia masih punya hati dan perasaan, dan perasaannya kini sudah semakin berkecamuk.Dia bermenung di tepi tingkap sambil memerhatikan matahari yang semakin hilang di balik bukit. Apakah yang hatinya mahu, dia sendiri tidak pasti.

***

Kadang-kadang dia mengibaratkan dirinya seperti Rapunzel. Terperankap di sebuah menara dan menanti seorang putera untuk datang menyelamatkannya. Tetapi dia juga sedar, itu semua hanyalah angan-angannya sahaja. Mana bisa dia menjadi seperti Rapunzel walaupun rambutnya panjang mencecah lutut. Dengan rambut yang sepanjang itu, sampai ke tingkat bawah saja belum tentu sampai. Inikan pula dijatuhkan ke bawah semata-mata untuk menjadi tangga kepada putera yang mahu menaikinya. Pasti rambutnya akan berasa perit dan sakit dan itu menidak mungkinkan lagi angan-angan yang selalu bermain difikirannya. Dia memang kuat berimaginasi.

Tetapi perasaan terperankap itu memang benar-benar wujud. Terperangkap atas alasan sikapnya sendiri. Dia bukanlah jenis manusia yang suka bergaul dan bergembira seperti temannya Nadya. Walaupun sudah dipelawa berulang kali, dia tetap menekankan yang dia patut duduk di rumah. Dia lebih senang begitu bagi menjaga maruah dirinya.

Namun malam itu perutnya lapar. Dengan perasaan malas yang membuak-buak, dia turun ke bawah dengan niat mahu membeli burger. Selangkah lagi kakinya mahu melintas ke seberang jalan, tiba-tiba sebuah lori memecut laju menghampiri dirinya. Dia terpana dan terpaku. Kakinya tiba-tiba menjadi keras dan lansung tidak boleh bergerak. Mungkin kerana darah yang sudah turun ke perut, hatinya mula menjadi kecut.

Hampir saja batang tubuhnya ingin dirempuh pleh lori yang berderu laju dan dengan sepantas kilat tubuhnya dirangkul kuat. Terjatuhlah dia ke tepi jalan sambil dipeluk oleh penyelamat yang tidak dikenalinya itu. Lori tadi terus meluru laju tanpa henti. Orang yang ada di sekeliling terperanjat melihat siutasi itu. Masing-masing mula mendapatkan dia dan penyelamatnya itu. Ada yang membantu dan ada juga yang memaki si pemandu lori hantu yang sudah lenyap dari pandangan mata. Darahnya masih turun naik,mukanya juga begitu pucat.

“Awak tak apa-apa?” tanya penyelamatnya tadi.

Dia masih lagi dalam mood yang terkejut. Soalan tadi tidak berbalas. Kepalanya mula berasa pening dan tekaknya mula berasa loya. Mungkin kerana masih gemuruh dengan apa yang terjadi, seluruh tubuh badannya mula menunjukkan reaksi yang negatif.

“Kalau awak rasa tak ok, saya boleh hantar awak ke klinik?” suara itu. iya suara itu. Dia kenal suara itu. Cepat-cepat dia menoleh memandang suara si penyelamatnya itu. ternyata penyelamatnya itu ialah Badrul. Tetapi bagaiman Badrul boleh berada di situ?

“Awak...a..apa awak buat dekat sini?” terketar-ketar suara yang terkeluar dari mulut dia. Ketika itu tanpa di pinta-pinta air mata yang bertakung mula menitis di pipinya. Dia tidak tahu mengapa dia mesti menangis. Dia keliru.

“Eh, awak ok ke ni?” Badrul resah melihat air mata yang semakin laju mengalir di pipi dia. Tidak tahu perasaan apa lagi yang menghantui dirinya melainkan gembira melihat Badrul yang ada di sisinya.

“Apa awak buat dekat sini?” soal dia lagi sambil menyeka air mata yang masih lagi mengalir.

“Tu...” Badrul menjuihkan bibirnya ke arah gerai burger yang ada di seberang jalan. Di muka depan gerai burger itu tergantung papan tanda yang besar tertulis

‘BADRUL CINTAKAN LAILA’ . Tidak semena-mena cincin berlian yang sama dilihatnya seperti di kampung dulu disarungkan ke jari manis dia. Dia tertawa kecil. Ketika itu hatinya begitu gembira sekali. Tidak tahu mengapa. Mungkin kerana dia sudah diselamatkan.

“Rasanya cincin ni sesuai ada di jari awak,” mereka sama-sama tersenyum.

ps: 1st time buat citer cinta..kehkehkeh..cam hampeh...

Wednesday, March 23, 2011

Jebat, saat darahmu membasahi Taming Sari...

ihsan by cik gugel...

JEBAT, sahabatku! Kita, kau dan aku sama-sama tahu. Sejak zaman kanak yang mentah hingga ke zaman dewasa yang gagah. Kita harung segalanya bersama teman-teman yang berbaki lagi tiga. Tidak pernah kita menjauhi antara satu sama lain, melainkan bersama jua walau ke mana-mana. Andai bumi Melaka ini bisa bersuara, pasti tiada lain perkara yang akan diucapkannya melainkan rasa cemburu dan irinya pada keakraban kita berlima. Demikianlah citra kita.

Jebat, sahabatku! Rasa resah hebat mencuit kalbuku. Semasa menuntut di Gunung Ledang untuk memperkasakan ilmu persilatan, hatiku telah dipanah asmara. Melur, anak gadis darat itu berjaya menghiasi sukmaku dengan kasihnya yang tulus. Saat kita mahu berpulang ke Melaka, janji telah terukir antara aku dan dia. Janjinya, Melur akan menyusul aku ke Melaka seusai dia bersedia. Aku kembali bersamamu, Jebat. Kembali ke Melaka bersama Kasturi, Lekir dan Lekiu dengan hati yang tertinggal di Gunung Ledang. Kau tahu itu. Hanya padamu aku luahkan keluh kesah hatiku yang sakit berkasih dan merindu.

Usai Taming Sari kuhabisi nyawanya di Majapahit, kerisnya telah dianugerahkan kepada aku. Kerisnya yang juga bernama Taming Sari itu menjadi lambang keperkasaan aku. Aku diangkat menjadi laksamana Melaka. Kau serta sahabat-sahabat yang bertiga sama berdiri di belakangku. Bumi yang kita cintai ini gagah dipertahankan dari semua bentuk musuh. Datanglah seribu pahlawan yang ingin menawan, pasti bisa kita patahkan.

Kita berlima diangkat menjadi pahlawan terbilang. Lambang kehebatan kerajaan Melaka yang berdaulat. Di sana sini orang mengenal dan membicarakan perihal kita yang dianggap mereka anugerah Tuhan buat Melaka.

Kau adikku yang paling dekat. Sejak kecil lagi, di antara kita berlima, kau yang paling erat denganku. Kerana itulah aku betah berkongsi rasa bersamamu. Kau juga enteng sahaja menceritakan padaku akan kisah hatimu yang telah terpaut pada bunga yang kembang di laman istana. Lirikan mata dan senyum Dang Wangi yang jelita dan bersuara buluh perindu itu telah berjaya memanah sukmamu dengan panahan asmara. Aduh, Jebat! Dang Wangi itu kesayangan baginda. Suaranya hebat mengalun lena Sultan Melaka di kala malam menjelma. Mengapakah kau hanya tertarik dengan mawar berduri, sahabatku? Tiadakah anggerik desa yang dapat mencuri hatimu sehingga yang paling sukar itulah yang hendak kau dapatkan...?

Kau selalu dibelakangku, Jebat. Jika ke hulu aku, pasti kau tidak akan ke hilir. Apabila ke laut pula aku, tidaklah kau tinggal di darat. Alangkah bertuahnya aku seperti namaku itu kerana punya saudara sepertimu. Kau sahabat sejati, Jebat! Tidak ada dua, tiganya kasih kau kepada aku. Aku sentiasa merasa aman dengan kehadiran kau di sisiku setiap masa. Kau adalah kekuatan aku, Jebat! Asas keyakinan langkah yang aku aturkan ke hadapan.

Jebat, sahabatku... kalau kau masih teringat, saat aku senyap-senyap berlalu ke Pahang demi mencari dan meletakkan Tun Teja di atas petaratna di payung mahkota keagungan kerajaan Melaka. Duduk bertakhta di samping Sultan kita yang berdaulat kerana demikianlah hasrat baginda.

Hanya pada kau, Kasturi, Lekir dan Lekiu sahaja kukhabarkan tentang pemergianku. Bukan apa, Jebat... Takutlah kiranya aku tidak berjaya membawa pulang Tun Teja, puteri bendahara Pahang yang indah parasnya itu, hampa dan walanglah pula hati baginda. Maka dengan itu, aku pergi secara rahsia. Bukan kau tidak tahu, Tun Teja yang diingini baginda itu telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam dari Terengganu. Bukan mudah urusanku di Pahang.

Jangan salah tafsir ulahku, Jebat. Tiadalah aku sengaja mempermainkan perasaan halus Tun Teja padaku ketika itu. Taatku hanya pada Baginda Sultan. Hanya itu caranya untuk membawa Tun Teja ke petaratna Melaka. Lebih dari itu, hatiku hanya pada Melur. Tidak ada duanya kasihku pada gadis itu.

Sayangnya sahabatku, Jebat! Tika aku bertamu di Pahang itulah, Melur tiba di Melaka. Dia datang demi memenuhi janjinya. Dia datang demi panggilan cintanya. Dia datang demi mencari arjunanya, Jebat! Dia merentasi hutan Gunung Ledang hingga ketemu jalan ke Melaka untuk aku! Aku, Sang Kesuma Dewa hatinya... dia memanggil aku untuk mengubati rindunya. Malang seribu kali malang... jarak antara Melaka dan Pahang menjadi hijab untuk aku mendengar panggilannya.

Lebih malang, Melurku jatuh ke tangan yang salah. Melur dijadikan senjata untuk menyakitiku... Aku sakit, Jebat. Aku terluka yang benar-benar, sahabatku... Aku tahu kau telah berusaha untuk menarik Melur dari genggaman manusia durjana itu, tetapi kau tidak mampu. Kau gagal kerana kau tidak benar-benar pasti adakah benar Melur yang telah jatuh ke dalam sangkar perangkap itu. Kau sahabatku yang sejati! Aku tahu itu...

Jebat, kau memang berdarah panas. Jiwamu selalu sahaja membara dan membakar segalanya. Hingga aku, kau murkai benar-benar kerana aku tidak mahu meminta Melur pulang ke dalam dakapanku. Kata kau, jika Melur itu kesayanganmu, pasti kau tanpa bertangguh akan segera mengadap baginda demi meminta hakmu itu. Tapi kau sendiri maklum, Jebat. Aku bukan kau dan kau bukan aku! Tanganku terikat dan mulutku terkunci dengan ketaatan aku kepada Baginda Sultan. Aku junjung daulatnya di atas batu jemalaku ini setiap detik. Manakan bisa aku meminta Melur yang sudah menjadi perhiasan istana itu!

Melur itu gadis yang lurus. Aku tahu yang dia telah dijanjikan jaminan untuk bersamaku. Aku juga tahu yang aku dikatakan akan menjemputnya dari istana seusai aku pulang ke Melaka. Alangkah sedih hatinya kiranya dia tahu yang dia hanya diberikan janji-janji yang palsu. Tambah melukakan seandainya dia tahu yang dia telah dijadikan sebagai alat untuk melukai, menyakiti dan menjatuhkan aku semata-mata. Patih Karma Wijaya! Manusia yang dipenuhi rasa iri itu memang kejam! Cukup jika dia menyakiti aku saja, tapi malangnya Melur turut menjadi mangsa.

Aku sama sekali buntu. Aku benar-benar celaru, Jebat. Kau mendesakku untuk mendapatkan Melur kembali. Tapi aku tidak tahu bagaimana caranya, Jebat. Taat setiaku pada Sultan Melaka terlalu tebal sehingga berjaya membatasi segala keinginanku termasuklah Melur. Kalau baginda sudah menjadi tuan kepada Melur, aku dengan rela melepaskannya kerana aku hanya seorang hamba. Melur sanggup kulupakan kiranya itu yang dikehendaki baginda. Aku rela walaupun dalamnya, aku parah terluka.

Namun, demi memuaskan hatimu dan hatiku sendiri, aku ketemui juga Melur secara rahsia. Dengan bantuan si dayang yang bermuka dua itu, aku menjengah kamar Melur. Bukan untuk berbuat apa-apa, Jebat. Demi Tuhan! Aku cuma meminta wajah kesayanganku itu melupakan aku. Parah hatinya. Parah juga hatiku! Dia malah mengerti dan menyuruh aku melupakannya juga... betapa sakitnya!

Tanpaku duga, aku tersalah mengatur langkah dalam percaturan kali ini. Untuk pertama kalinya, laksamana terbilang bumi Melaka ini termasuk dalam jerangkap samar yang dipasang manusia durjana si Pateh Karma Wijaya yang lancang menaburkan fitnah. Sembahnya pada Sultan...

“Hang Tuah kesayangan Tuanku itu telah berbuat cemar di istana Tuanku!”
Begitu fitnahnya pada aku. Kau tahu, Jebat? Aku sama sekali tidak menyalahkan Duli Tuanku bulat-bulat. Matanya sendiri yang menyaksikan aku beredar keluar dari kamarnya Melur. Siapa yang tidak akan percaya jika mata sendiri yang menjadi saksi!

Aku dijatuhi hukuman, Jebat... tanpa sepatah bicara. Tanpa peluang untuk aku membela diri. Bendahara telah dititahkan untuk membuang si penderhaka ini dari alam hidup dan mengirimkan aku ke alam kematian. Aku tak gentar menghadapi mati, Jebat! Tak gentar aku! Akan tetapi aku sakit kerana matiku bukan sebagai hamba yang gugur demi mempertahankan Sultannya, sebaliknya aku telah dibuang sebagai penderhaka! PENDERHAKA! Kau tahu betapa deritanya aku menggalas beban perkataan itu? Aku bukan penderhaka, Jebat! Aku bukan penderhaka... bukan! Aku menjadi mangsa fitnah. Aku bukan penderhaka, aku Hang Tuah yang tak mungkin akan pernah menderhaka kepada Sultannya! Kau tahu itu, sahabatku.... Kau tahu itu. Kerana apa yang kau tahu itulah, maka kau...

Hang Jebat...! Pendekar Melaka yang berani lagi satria. Apa yang telah kau lakukan, sahabatku yang paling utama? Bumi Melaka yang bersusah-payah aku pertahankan kedaulatannya ini dengan sekelip mata kau basahi dengan darah! Kau cemari dengan amarah. Ya, aku tahu raja yang adil raja kau sembah. Aku juga tahu yang raja zalim, raja kau sanggah. Tapi demi aku, Jebat. Demi aku... mengapa tidak kau berpaling dari api dendammu yang menyala itu?

Aku tidak pernah menduga, Jebat. Kau benar-benar sanggup mengayuh perahu yang berlayar menentang arus. Adat Melayu yang mesti memuliakan daulat seorang raja demikian kerana kita adalah hamba yang bertelut dibawah payung kebesarannya, tanpaku sangka telah kau mungkiri. Duli Tuanku seharusnya kau junjung, Jebat. Kau telah dianugerahkan kurnia daripada baginda untuk menggantikan tempat dudukku. Aku suka kalau kau yang mengganti aku. Kalau mati sekalipun, aku pasti tenang di alam pengabadian kiranya Taming Sari yang kutinggalkan bertukar ke tanganmu, sahabatku.
Alangkah walangnya hatiku apabila kau berpaling dari kesetiaan seorang hamba kepada Sultannya, Jebat. Sumpahmu membela aku itu telah menumpahkan darah rakyat yang tidak bersalah. Amukanmu itu terlalu bisa, Jebat! Dendammu yang membara hingga menjadi julang api yang paling tinggi hingga tidak dapat dipadamkan lagi oleh sesiapa. Kemarahanmu membakar singgahsana baginda, membakar taat setiaku juga. Kau terlalu ampuh! Perihal Taming Sari yang berada ditanganmu itu menjadikan kau pahlawan perkasa yang tidak dapat dijatuhkan. Datanglah walau Kasturi, Lekir ataupun Lekiu, kau tetap gagah tanpa dapat ditewaskan.

Pintar kau, Jebat! Kau menunggu sehingga Taming Sari berada di dalam genggamanmu terlebih dahulu dan kemudian barulah kau mengisytiharkan amukan dendammu terhadap kematianku. Kau memang sahabatku yang paling pintar dan cekap akalnya tetapi paling gagal menimbang baik buruk dan letak duduk perkara sebelum kau mencabar baginda. Kau gagal mengawal rasa.

Aku tidak mati, Jebat! Si Bendahara yang mulia dan bijaksana itu tidak mahu mengirim aku ke alam baka, sebaliknya telah menyembunyikan aku di dusun kepunyaannya di hulu Melaka. Lakunya kerana dia tahu aku tidak berdosa. Padanya baginda terburu-buru menjatuhkan hukum terhadapku kerana dibutakan oleh fitnah si durjana itu.

Kau juga sahabatku, aku tahu kau setia membelaku. Pada kau, aku bukan penderhaka. Lalu dengan itu kau lantang menjadi penderhaka demi membalas setiap titis darahku yang kau sangkakan telah tumpah semasa bendahara menghukumku. Kau tanpa berfikir dua kali, enteng sahaja mempertaruhkan nyawamu demi membela nyawaku. Aduh Jebat, darahmu memang panas...!

Aku kembali, Jebat! Aku, abangmu Tuah telah kembali. Aku kembali kerana mendengarkan seruan seisi Melaka yang bergema melaungkan kata, “HANG JEBAT MENDERHAKA!” Seruan itu telah membangkitkan aku dari alam pengabadianku di Hulu Melaka. Kembalinya aku untuk menjunjung titah... aku telah dititahkan baginda Sultan untuk menghabiskan riwayatmu, adikku! Walaupun titah itu seperti halilintar yang membelah pancainderaku namun aku tetap menjunjungnya kerana taat setiaku pada baginda tidak pernah ada musim surutnya. Kau seharusnya faham, Jebat. Aku seorang hamba yang taat. Kau telah menderhaka, Jebat... kau telah menderhaka!

Aku tahu kau sakit menyaksikan tingkah aku. Aku faham kau perit melihat ulahku yang tanpa banyak soal sanggup menjunjung titah orang yang telah menghukumku tanpa usul periksa dan sanggup pula menghapuskan orang yang telah membela kematianku. Kau harus mengerti, Jebat. Aku seorang hamba. Hingga ke akhirnya, aku tetap seorang hamba. Kau aneh melihat taat setiaku menjunjung duli yang menurutmu terlalu berlebih-lebihan. Mungkin benar katamu. Taat setiaku memang berlebih-lebihan. Tetapi bukankah itu wajar? Tuanku Sultan Melaka itu adalah tuan dan aku adalah hambanya. Maka, ketaatan aku padanya tidak salah jika berlebih-lebihan sekalipun.

Kau dan aku, kita sama-sama tidak pernah menjangkakan bahawa persahabatan dan persaudaraan yang erat mengikat kita ini akhirnya terpaksa disudahkan dengan pertikaman begini. Jiwaku pedih menahan pancaran matamu saat kita bertikam. Walau kuat hatiku mengatakan kau penderhaka dan sewajarnya nyawamu kuhabisi, tetapi aku tetap kasih padamu, Jebat. Kau sahabatku yang paling utama... aku benar-benar walang kerana dititahkan untuk menghapuskan kau.

Adakalanya aku dibuai perasaan. Kenangan membesar dan mengharungi hidup bersamamu menerjah ke ruang fikiran. Aku sama sekali tidak mahu berkelahi denganmu tetapi apakan daya, kau telah salah mengatur langkah, Jebat!
Perkara yang paling menggetarkan sukmaku, kau langsung tidak gentar. Kau tidak goyah dengan kemunculan aku untuk menghabiskan riwayatmu. Jauh sekali untuk merasa kesal dengan penderhakaan kau itu. Padamu, nyawa yang telah kau pertaruhkan demi membela nyawaku itu pendirian yang kau lakukan atas nama persaudaraan dan kebenaran. Kau penjunjung keadilan...

“Aku tidak bersalah, bang Tuah! Jauh sekali merasa kesal. Aku telah menentang kezaliman dengan darahku sendiri. Darahku ini telah membasuh Taming Sari. Aku berdiri teguh atas keyakinanku untuk membela keadilan. Darahku yang membasahi Taming Sari, keris sahabatku yang utama itu sebagai bukti bahawa si Jebat ini penderhaka! Penderhaka yang membela saudaranya dari kekejaman...”

Saat Taming Sari aku tusukkan pada tubuhmu, Jebat sahabatku, ketahuilah bahawa aku juga menusukkan keris keramat itu ke jantungku. Saat bisa Taming Sari menjalar dan menyentak tubuhmu, bisa keris itu juga menghancurkan seluruh ruang perasaanku. Aku terlalu derita membunuh kau, Jebat. Aku tahu kesucian hatimu membela kematianku. Aku tahu kau tidak bersalah sesungguhnya. Kau menderhaka kerana aku! Aku tahu itu. Tetapi aku terikat dengan kesetiaanku.... Betapa dalamnya kasihku untukmu adikku... dan nyawamu kuhabisi dengan tanganku sendiri.

Jebat, saat darahmu membasahi Taming Sari, darahku juga telah mengalir bersamanya...


kredit to blogger dari nyali untuk khali

ps: aku mmg suka karya hang...tip top laaaaaaaaaaaa...:)

Sunday, March 20, 2011

meniti jalan berbeza

ihsan dr cik gugel..

Setiap hari hanya jalan itu yang bisa dia lewati. Biarpun pada musim gerimis mahupun panas membahang, hanya jalan itu sahajalah yang mampu dipilih. Bukan dia tidak mahu memilih jalan denai ataupun jalan hutan sebagai jalan alternatif yang lain. Tapi dia tahu yang dia tidak akan dapat berbuat begitu kerana jalan itu adalah jalan yang tidak biasa dilalui orang. Jalan hutan dan jalan denai adalah jalan yang berbahaya. Kita tidak tahu apa saja yang ada di dalam hutan dan denai, mungkin ada babi hutan atau ular besar. Mungkin juga ada harimau dan mungkin juga ada gajah liar. Ahh, yang penting dia memang tidak boleh melalui jalan hutan dan jalan denai. Kerana jalan itu jalan yang berbahaya.

Namun begitu dia juga tidak mahu jalan di jalan yang biasa dilaluinya itu. Walaupun jalan biasa itu nampak seperti selamat untuk dilalui, namun hatinya tidak berkata begitu. Sudah hampir 6 bulan semenjak dia berpindah ke sini, dia akan melalui jalan biasa itu. Jalan tanah merah yang semenjak dulu memang tidak pernah bertarah dan bertar. Kalau dilihat pada jalan tanah merah itu, ada kesan lopak besar yang ada di mana-mana. Mungkin kerana tidak tertanggung menahan muatan berat yang selalu keluar masuk ke dalam perkampungan yang akan ditujunya sebentar nanti, jadi jalan yang seharusnya dilalui manusia sudah menjadi tidak molek.

Dia masih merungut di dalam hati. Kalau bukan kerana buku ini, pasti aku tak akan keluar ke pekan. Gerutunya sendiri. Buku tebal yang dipegang, dilekap erat ke dada. Tidak mahu terjatuh. Kalau buku itu terjatuh, nescaya dia yang akan mendapat susah. Ketika masih melangkah dengan perlahan, dia teringat akan perbualan di antara dia dan pemandu kereta sewa yang menghantarnya sebentar tadi.

“Encik nak ke mana?” Tanya lelaki berusia 20-an itu.

Dia yang baru sahaja masuk ke perut kereta tidak terus berkata. Buku yang ada di dalam plastik diletakkan ke tepi. Mukanya masih tiada riak untuk tersenyum dan menjawab.

“Encik nak ke mana?” lelaki tadi mengulangi soalannya. Dia yang rimas dengan baju kemejanya, terus sahaja melonggarkan kolar baju yang mengcengkam batang lehernya. Dia mengeluh. Mengeluh untuk kali yang entah ke berapa.

“Hantarkan saya ke kampung Milir,” kata dia lemah.

“Kampung Milir!” ada nada terperanjat di situ. “Encik ni mesti orang baru kan?” soal lelaki itu sambil tangannya sudah mula memutar stereng. Dia lansung tidak menjawab soalan itu. Dia benci, dia muak mendengar soalan itu setiap kali keluar ke pekan. Apa, mereka tiada kerja lain kah dari menyoal tentang peribadi orang lain?. Huuh, dia mendengus.

“Jarang sekali ada orang luar yang sanggup tinggal di Kampung Milir. Tidak sangka yang Encik sudi menerimanya. Saya tahu, pasti Encik tidak enak tinggal di sana memandanggkan tiada pembanggunan. Tapi Encik harus tahu yang Encik telah membuat satu jasa besar dengan tinggal di kampung itu,” ayat yang petah dari seorang pemandu teksi. Dia tidak menyangka, ada juga orang kampung yang sebijak itu bila berkata-kata.

Sepanjang 6 bulan dia di Kampung Milir, yang hanya dijumpanya hanyalah orang-orang tua yang masih tidak keluar dari cengkerangnya. Semuanya tidak bisa berkata tentang pembanggunan. Apatah lagi tentang teknologi dan globalisasi. Yang mereka tahu hanyalah sawah dan berkebun. Dia bosan. Setiap hari dia dilemparkan dengan soalan bagaimana dia boleh bisa hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Apa jenis soalankah itu, bentak hatinya. Dia menjawab, tetapi hanya sedikit. Kalau dijawab panjang lebar pun belum pasti orang-orang tua itu akan faham, fikirnya sendiri.

Kedengaran bunyi hon yang kuat datang dari arah belakang. Dia terperanjat. Rupanya tadi dia sedang melamun. Kedua pasang matanya melihat sebuah lori yang lalu ditepinya tadi membawa beberapa buah perabot di dalamnya. Dia pelik. Setahu dia, orang kampung tidak mampu untuk membeli perabot semahal itu, jadi untuk siapakah perabot itu? Soalnya sendiri.

“Encik selesa tinggal di sini?” tanya ketua kampung.

Dia hanya tersenyum kecil, senyum yang kurang ikhlas baginya.

“Kalau Encik kurang selesa tinggal di sini, Encik cakaplah kepada pak cik. Nanti pak cik akan usahakan sesuatu,” kata ketua kampung jujur. Dia hanya tersengih. Perubahan apa saja yang boleh dibuat pak cik, pak cik sendiri tidak tahu apa yang saya inginkan, bisik hatinya.

Dia masih lagi berjalan sambil merungut panjang. Kaki seluarnya sudah comot dibasahi lumpur. Dia merengus lagi.

“Hidup di kampung memang begini. Tiada apa yang menarik melainkan pemandangan yang indah-indah sahaja,” kata ketua kampung.

Tika ketua kampung berkata begitu, dia sempat melihat panorama keindahan alam semulajadi yang ada di kampung itu. Memang benar, kehidupan di kampung lebih nyaman jika dibandingkan dengan kehidupan di bandar. Tetapi kekurangannya lebih mengatasi kelebihan. Di kampung tiada hiburan seperti di bandar. Di kampung juga tidak ada pusat membeli belah seperti di bandar. Jika dia mahu mencari sesuatu di kampung, dia harus pergi ke pekan dan melalui jalan tanah merah yang sejauh 10 kilometer sebelum sampai ke jalan besar. Jadi, dia yang tidak mempunyai kenderaan memang terasa keperitannya. Jika di bandar, dia hanya perlu menahan teksi di depan rumah, tidak perlu bersusah-payah untuk berjalan jauh seperti di sini. Jadi yang manakah lebih baik, kampung ataupun bandar?. Persoalan itulah yang sering bermain di kepalanya.

“Memang susah menjadi seorang perantau, lebih lagi jika bukan dengan kerelaan hati,” kata-kata ketua kampung benar-benar mencucuk hatinya. Seperti tahu apa yang difikirkan dia, dia mula jadi segan dan malu.

Kaki seluar di senteng sampai ke lutut. Buku yang ada di dalam plastik digonggong sebentar sementara tangannya bertindak cepat membetulkan seluar yang sudah comot benar. Titis-titis peluh sudah mengalir laju di seluruh ruang wajahnya. Dia menyekanya berulang kali sementara buku yang ada di dalam plastik masik ditekap ke dada.

“Encik mahu ke mana?” Tanya ketua kampung pagi tadi.

“Saya mahu ke pekan,” jawabnya ringkas.

“Kalau begitu, biar pak cik minta anak pak cik hantar kamu ke pekan,” kata ketua kampung lagi.

“Eh tak payahlah, saya boleh jalan sendiri,” dia menjual mahal.

Dadanya beralun ombak. Nafasnya sudah mula turun naik. Penat sudah mula menguasai diri. Segala sumpah seranah tidak lagi terucap. Dia terus menguatkan kedua pasang kakinya untuk terus berjalan. Kenapa dia begitu bodoh menolak pelawaan ketua kampung siang tadi, marah hatinya. Kalau dia tahu yang dia akan letih begini, dia tidak akan gatal-gatal menjual mahal. Malahan dia sendiri akan bertanya kepada ketua kampung kalau-kalau anak lelaki tua itu sudi untuk menghantarnya ke pekan. Menyesal kemudian tiada gunanya, hatinya memerli.

“Kamu tahu tak, kedatangan kamu ke sini membawa sinar baru dalam kehidupan anak-anak ini. Pak cik pasti, satu hari nanti tanggapan kamu ke atas kampung pak cik ini akan berubah, kerana hati akan memainkan peranan. Kalau bukan dari hati, maka tiadalah cinta yang datang bersama ilmu pengetahuan. Bagaimana kamu mencintai ilmu, begitu jugalah anak-anak ini mencintai kamu. Itu kerana kamu datang membawa ilmu kepada mereka.”

Dia sudah tidak dapat berjalan lagi. kakinya memang sudah letih benar. Ketika dia mahu mencari sebatang pokok untuk rehat dan bersandar. Dia mendengar ada satu suara yang menegurnya dari belakang. Dia menoleh.

“Eh, cikgu. Apa cikgu buat berjalan seorang di sini?” tanya anak muda itu. Dia yang kelihatan penat benar lansung tidak dapat meluahkan kata. Anak muda itu tersenyum, seakan faham dengan situasi yang dihadapi oleh dia.

“Mari cikgu, saya hantarkan cikgu pulang. Lagipun saya juga mahu balik ke Kampung Milir,” pelawa anak muda itu. Pintu kereta dibuka. Dia yang segan-segan hanya menurut kata. Perut kereta dijengah sementara punggungnya mengambil tempat di sebelah anak muda itu. Anak muda itu tersenyum lebar.

Sesampainya sahaja mereka di Kampung Milir, dia disambut dengan meriah oleh penduduk di Kampung Milir. Ada paluan kompang dan silat yang ditarikan. Dia berasa terkejut dan hairan. Anak muda yang ada di sebelahnya juga berasa hairan. Mereka memandang sesama sendiri tanpa ada sebarang kata.

Ketua kampung tiba-tiba muncul dari arah keramaian orang. Tangan dia ditarik sementara paluan kompang semakin rancak di main. Dia hanya menuruti tanpa ada sebarang bantah. Memandangkan dia masih penat dan letih, jadi dia tidak mahu berlagak songeh.

Tangannya di tarik sehinggalah membawa ke sebuah teratak kayu yang cantik. Di dalam teratak kayu itu ada bermacam perabot yang ringkas. Di silingnya pula ada kipas dan lampu kalimatang. Dia pelik, ruamah siapakah ini? tanya hatinya.
“Inilah rumah baru cikgu,” seakan faham dengan riak wajah dia, ketua kampung menjawab soalan hatinya. Dia terperanjat besar. Wajah tua itu dipandang dengan riak wajah yang kurang percaya.

“Mengapa pak cik buat begini, apa maksud pakcik yang sebenarnya?”tanya dia hairan.

“Inilah hadiah bagi kesabaran dan ilmu yang telah cikgu curahkan kepada anak-anak kampung ini. Kami faham yang cikgu rindukan keluarga cikgu dan kami juga faham yang cikgu telah bersusah payah untuk mengajar anak-anak kami tentang ilmu dan pengetahuan. Jadi ini adalah lambang terima kasih kami kepada cikgu yang selama ini telah bersusah payah menghidupkan sekolah yang tak berguru itu”

Berderai air mata yang mengalir di wajah kusamnya. Dia tidak dapat berkata apa. Yang hanya mampu cumalah segaris senyuman yang terukir, dan kali ini senyumannya tidaklah seperti dulu, kerana senyum ini adalah senyum yang ikhlas, lahir dari hati nuraninya.

kredit to: diri sendiri

ps: khas tuk guru2 di luar sana~~