Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, November 26, 2012

janji yang pergi #2


Assalamualaikum u olss





Batuk kering Salmah sudah semakin menjadi-jadi. Menurut doktor, jika tidak diubati mungkin ia akan membawa mudarat. Namun apa dayanya Salmah ketika itu, sesungguhnya dia lansung tidak mampu untuk membayar perubatan yang mahal-mahal, dia bukannya orang senang. Setelah pemergian Nizam, yang tinggal hanyalah simpanan dua ratus ringgit, khas untuk perbelanjaan sehari-harian Salmah anak beranak. Dia tidak ada benda yang lain boleh digadai-gadai di kedai. Dia tidak juga ada tanah yang boleh dijual-jual kepada tauke-tauke cina yang ada dipekan. Dia tiada apa. Hidupnya kini hanya dengan berkerja sebagai tukang jahit di kedai jahit Mak Limah yang ada di pekan. Apalah sangat gaji yang diterimanya jika tiada tempahan yang diperolehi. Terkadang dia harus berikat perut, dan terkadang juga dia harus menahan nafsu dari membeli benda-benda yang remeh walaupun hatinya begitu menginginkannya. Begitulah hidupnya kini. Tiada yang mudah setelah kehilangan Nizam.

klik bersambung...

Sunday, November 4, 2012

janji yang pergi #1





Prolog

Marissa menangis lagi. kali ini dia menangis bukan kerana status keturunannya, tetapi dia menangis kerana pemuda yang amat dicintainya. Dia tahu, tidak layak baginya sebagai hamba kepada Allah yang maha Esa merindui seorang pemuda yg bukan mahramnya, bukan milikya. Tetapi akalnya tidak dapat menolak dari terus merindui pemuda itu. di setiap bayangnya hanya terlukis nan indah wajah pemuda itu, senyumannya, tawanya bahkan bicaranya yang petah dalam berkata-kata. Masakan dia mampu melupakannya. Tidak ya Allah, sesungguhnya tidak. Setiap saat, Marissa berdoa agar dia dapat melupai dan setiap kali dia mencuba pasti hatinya sakit seperti ditusuk panah yang tajam. Hati, oh ya hati. Kerana kaulah aku masih tidak bisa melupakan pemuda itu, kerana kaulah aku tewas akan bisikan iblis.  Kau kejam wahai hati. Kalau tubuhku ini bisa membuangkan kau jauh-jauh, pasti akan ku buang kau wahai hati ke lautan dalam jauhnya. Tapi aku sedar yang itu tidak bisa mungkin terjadi. Hati tetap akan berada di situ, di tempatnya. Di dalam tubuh yang sudah kaku merindu...pemuda itu.

klik untuk sambung....

Monday, June 13, 2011

Rahsia di sebalik wajah its the best....

Assalamulaikum kengkawan
arini nak update pagi plak
malas nak update malam...walaupon sbnrnya malam lebey banyak yg membaca blog

arini nak update pasal buku yg paling aku suka
buku novel karya malungun- rahsia di sebalik wajah
seingat akulah, aku beli buku ni time aku skolah menengah dlu
masa tu CESB (creative enterprise) betol2 terletak kat bangsar
sumer karya depa ada dijual kat c2
termasuklah gambo2 muka depn buku tu skali

ada juga karya2 kartun gila-gila
dan seantero dengannya...syiokkkk, masuk c2 cam masuk kilag CESB
kira kalau nak beli buat adiah tu mmg seng la

aku yg time tu mmg suka gila ngn karya keluaran CESB tros ambik
karya rahsia di sebalik wajah tu tuk buat ilang sakit kpala
time tu mmg gilo baca novel
walaupon time tu jugak ramai yg suka baca karya ahadiat akasyah
(aku bukn nak kata tak berapa berkenan ngn novel ahadiat akasyah tu
tp aku tak berapa minat...serius..)

nak tau citer ni berkisah ttg apa
jom tgk bawah
petikan yg aku amik dari blog ulas.buku

RAHSIA DI SEBALIK WAJAH
creative enterpise (1990)

Aku pernah memiliki novel ini dahulu pada awal penerbitannya, sebelum hilang musnah dalam satu peristiwa. Dua dekad berlalu, novel ini kembali kujumpa dalam satu forum jualan dan ditawarkan dengan harga yang tidak dapat ditolak (the offer that I can't refuse).

Walaupun pernah membacanya dahulu, membaca kembali novel ini rasanya sama seronok dan saspens seperti 20 tahun yang lampau. Tidak keterlaluan dikatakan novel ini adalah unputdownable dan aku membacanya dalam tempoh sama sehari sahaja. Lagipun novel ini tidaklah terlalu tebal, cuma sekitar 175 mukasurat.

Kisah si dara malang bernama Peah yang berhajat untuk memulihkan wajah hodohnya tetapi terjebak dalam tipu daya syaitan yang menyesatkan. Cuma sedikit kekurangan adalah pada endingnya yang seperti ditulis agak tergesa-gesa dan tidak dimantapkan dengan baik. Beberapa watak penting baru (i.e. Tuk Ngah dan Bujang) tiba-tiba diketengahkan dan tidak dikembangkan dengan sempurna.

Mengenai penulis, aku sendiri kurang mengenalinya melainkan beliau adalah penulis novel ini. Namanya juga ada sebagai penulis dalam kisah-kisah 'Malang si Malim' dalam komik Gila-Gila pada satu waktu yang lalu. Ikuti memoir A.F. Yassin bersama Malungun di sini, untuk perkenalan lebih lanjut.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Amir Hamzah Shamsudin (Malungun), yang telah kembali ke Rahmatullah, pada 27 Februari 2007.

baru arini aku tau yg penulis dia dah meninggal dunia
al-fatihah..

pepon, buku tu mmg the best....
klu rasa cam nak baca, mmg da tak jumpa kot
sb karya ni sush nak carik
da lama sgt wehhh..
huhuhu....selamat membaca...membaca itu jambatan ilmu..

Monday, March 7, 2011

ada sesapa nak job nulis tak??

jika anda punya bakat terpendam..aceceh

sila jgn tolong simpan

buang karen jerk

baik korang publish buku korg tu

dan aku sudi nak bantu

syaratnya, anda harus siapkan 320-350ms, 1.5 spacing, font 12, times new roman.

sila antar sinopsis dan treatment kat aku melalui email nih tarot_ask@yahoo.com

pastu baru buku korg

sila wat copy yer kengkawan, 1 tuk anda dan 1 lagi tuk aku. soft copy...




majulah novel pop untuk semua..bley gitu...

Friday, January 21, 2011

Sibukkan diri dgn perkara yg menyeronokkan...

Today, aku sgt seronok tuk menyibukkan diri dgn kerja2 yg aku suka. Dah lama rasanya aku tak rasa hepi gini, thanks to En Asrul kerana memberi peluang kpd aku untk berpartnership dgn beliau..huhu.

Beliau tlh bercadang utk membuka sebuah blog baru utk dijadikan blog penulisan khusus utk eNovel terbarunya F.A.K.E . Aku yg amat teruja dgn citer beliau tlh menawarkan diri utk menjadi ilustrator beliau (btw, i sgt suka keja edit mengedit). Walaupun dlm masa yg sama beliau tlh mengajak aku utuk menjadi penulis bersama, tapi aku rasa baik aku menolak, kerana aku tak berapa pandai dlm bab2 fesyen (sori En Asrul...).

gempakss tak?? F.A.K.E babe...


Kini aku rasa sangat gumbira, dgn idea yg bertimbun di dlm kpala otak ini, aku rasa tak slh utk aku membantu apa yg patut..yg penting kami akan berusaha utk menjadikan blog itu sbg blog eNovel paling diminati..InsyaAllah..

p/s: kpd rakan2 blog ini, kalau free2, kunjunglah blog baru kami tuh, sokongan anda amat kami hargai..nantikan aku letakkan nama blog tuh..check it out...

Wednesday, January 19, 2011

Seribu Mawar secara eNovel...hmm..apa pendapat??

Aku sbnrnya ada sebuah novel yg aku takot nak antar kat publisher..mungkin sb novel tu tergantung dan aku tader masa nak sambung. idea ada, nak karang ayat tu yg payah.

Jadi aku rasa baik aku publish kat cni secara on9..wat tontonan umum. tapi bak kata En asrul, dia tau undang2, jadi jangan gatal2 nak copy, nti aku saman tau..huhu

Jadi dgn cara ini, mungkin aku akan ada peminat dlm diam (harapan tinggi nih) dan aku ada masa tuk karang sesuka ati aku. kalau rasa nak publish arini, aku publish, kalau rasa nak publish next week aku leh publish..yg penting citer tu tak terperap dlm file...

tunggulah kedatangannya..SERIBU MAWAR utk korang sumer..lalalla~~

cantek tak I edit..huahaha




p/s: novel on9 sgt menyeronokkan..yehaaa..

Saturday, January 8, 2011

aktiviti untuk minggu nih...

Aktiviti untuk minggu nih adalah sesi memerah otak mengeluarkan seberapa banyak idea untuk novel misteri remaja yang nak dihantar ke PTS (ko bley..lalalal~~)

terima kasih kepada En Asrul Ilham Sany yang mengajak aku berganding bahu mebuat novel ini, tak sangka yang diri anda amat mempercayai aku..aku kagum dgn anda (dlm kata lain ,kalau lewat antar jgn mara haahhh)

Apapun akan aku usahakan bersungguh2 agar novel kita tu tak la macam hampeh tapi up giler..bak kata nabil "A punyer~~"

Kalau rasa2 ada idea terpendam dari pembaca, sila mai komen kat sini, aku tak kisah sebab aku sgt open..tapi kena igt idea haruslah tiada unsur2 18sg dan sebagaimana yang tertakluk pada no 18 tuh yer...ini novel budak skolah jadi haruslah sopan2 belaka..




sekian blog kali ini..nak gi perah otak jap...tata..


ummi tertekan..

Thursday, November 4, 2010

tajuk novel: silang kata, amacam?


yAHOOOOOO, aku dah dapat idea nak buat novel ni..huhu..igt senang ke nak buat cerita thriller, otak pun kena triller gak tau. Jadi selepas menonton beberapa buah cerita penyiasatan, nampaknya idea telah datang tergolek2 ke arah aku.

Cerita ni tentang seorang penyiasat persendirian yang bergabung dengan seorang detektif wanita bagi menyelesaikan kes kehilangan model tempatan dan antarabangsa melalui clue dan silang kata yang telah ditinggalkan oleh penculik yang juga seorang pengidap sakit halusinasi yang tegar..hahahha..ok tak? ok lah tu. Bagi mahu menggempakkan cerita tu lagi, aku akan membuatkan salah seorang model tu mati sebab mereka terlambat menyelesaikan clue dan silangkata yang telah diberi dalam tempoh yang telah ditetapkan...hahhahhahha(aku jahat, aku jahat)

Mungkin bukan seorang yang mati, mungkin 2,3 orang, hahahhaha. Tapi cerita ini perlukan bimbingan dan semangat dari member2 yang terkenal seperti hanny esandra, huhu(sori nadya).. kerana kau, aku masih berusaha dan aku mohon kepada kau, paksalah aku, kuatkan semangat aku supaya aku leh hasilkan yang terbaik biarpun ini menjadi novel pertama dan terakhir aku..huhu