Assalamualikum u olss
hahhahha, gila malas punya olang
update pon seribu tahun skali da skrg
mmg retisss kot...hahhaha
aritu ada try masak sweet sour
ikan siakap ok...hahhha
sampai menjilat jari laki I
ko mampoooo, kakkakka....
suka tau tgk dia abeskan nasi sepinggan
banyak pahala yg I dpt....suka2~~
bukan seng nak buncitkan perot laki
kalau tidak dgn air tangan sdri..aceccecehhhh
apa lagi moh le cuba
mana tau pasni leh masak tuk laki sdri plak
takpon mertua tercinta...lallallla~~
sila2 catit resepi...hahha
bahan-bahan:
1 ekor Ikan Siakap (sederhana besar)
¼ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
4 ulas bawang merah ditumbuk lumat
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
½ batang lobak merah dipotong kiub
½ batang timun dibuang biji & potong kiub
1 biji tomato dibuang biji & potong kiub
1 potong nenas dipotong kiub
½ cawan air
cara2 nak masak:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan siakap yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit
2. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
5. Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.
6. Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.
7. Angkat dan tuangkan ke atas ikan.
tadaaa...ginilah jadinya nanti yer kawan2
kot2 nak tukr ikan kerapu ka, ikan bawal ka, boley jugak
tp kalau pakai ikan kembung, boley, tapi kurg kick plak jadinya..hehehe
selamat mencoba...daaaaaaa~~







