Saturday, January 1, 2011

menangis


Masuk je tahun baru, semua orang cuba nak membina azam, dari yang pakai list sampailah yang pakai kira2 kat dalam otak. Azam tak mungkin akan dikecapi jika kita tak berusaha, betul tak??

Aku pulak punya azam untuk berdisiplin. Iya itu mungkin salah satunya, tapi azam yang paling kuat harus aku tanggani adalah untuk cuba tidak menangis. Tak tahu mengapa, semenjak 2 menjak ni hati selalu rasa tak senang. Hati selalu memujuk untuk aku menangis, hairan?? mengapa hati nak aku menangis sedangkan apa yang patut aku tangiskan??

Kata orang menangis tu memudahkan kerja hati yang menampung rasa sakit, tapi patutkah aku menangis untuk menghilangkan rasa sakit yang aku sendiri tidak tahu puncanya.

Duhai hati, jawab tanyaku, apakah kau mahu aku menangis??

Iya, mungkin aku harus menangis kerana aku harus menangis untuk menyedapkan hati. Tahun kini sudah berganti tahun, melihat putriku yang makin membesar disamping mengira usiaku yang semakin meningkat juga bisa membuatkan aku menangis. Apatah lagi mengingati arwah ayah dan mengenang mak di KL, mungkin itu tujuannya hati mahu aku menangis. Tapi benarkah itu yang tersirat di hati dan benarkah itu yang membuatkan hati mahu aku menangis??

Aku cuma mahu berasa sedih kerana aku mahu gembira dikemudiannya. Tak mungkin aku akan gembira kalau aku tak menangis, tapi bagaimana?? mata tak mahu mengalirkan air mata, apa harus aku lakukan??


ummi yang bersedih(tak tau apa punca)

4 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

aku sedih gak mengenangkan ramai kekawan yg suh aku kawen cam le tak tau aku sape...

suh aku kawen, gi pinang fasha sandha skunk...
n tanggung belanje kawen aku kat palace of golden horses...

CintaZulaikha said...

hahhahhha...hmm biasalah agie, kekawan mmg gitu. mana ada kawan yg nak suruh kawan dia tak yah kawen..mmg nak kena penampor la tuh..huhu

Hanny Esandra said...

laaaa... nape plak ni ct... xmo sedey2 keh... peace..

CintaZulaikha said...

peace....huhu