Monday, November 1, 2010

mencuba itu kan baik...caiyokk


Betul kata nadia, apa yang aku bagi jawapan pada dia selama ini semuanya alasan semata-mata. Bukannya aku tak sedar, malahan aku terlalu sedar bila memberi alasan2 tu pada Nadia.

Inilah penyakitnya orang yang suka memberi alasan, sebab akhirnya ia akan menjadi malas untuk mencuba. Iya, aku tidak betah untuk mencuba bila fikiran aku naik kelam kabut. Mungkin kerana penat, atau mungkin kerana sibuk. Arghh, alasan lagi.

Tapi kali ini aku akan mengikut kata hati, mencuba untuk melakukan yang terbaik mengikut hasrat hati aku.

Adakah novel thriller lebih baik bagi aku?? Nak try lah..

No comments: