Friday, January 13, 2012

merayau2 arini

Assalamualaikum u olss

arini adalah ari utk merayau2 yer kengkawan
seb baik suami cuti arini
leh lah bawa adik aku yg baru mai dr KL smalam jenjalan satu alor setar
bior spi tak terlarat lagi nak jalan...kehkeh

korg2 sumer plak
tak gi jenjalan gak ke??? hihihi

Thursday, January 12, 2012

seni ikatan tanjak yg owsem....jom tgk....


Assalamualaikum u olss

k la , bagi memenuhi permintaan cik dhorotie
yang meminta cik kak ni tuk menunjukkan serba sedikit cara tuk membuat ikatan tanjak,
mahupun sampin
haah, ni ada satu cara
macam mana nak menggubah ikatan tanjak
yg agak popular
hope akan memberi sedikit sebanyak pengetahuan
akan seni yang semakin kita lupakan ini



ikatan 'Tenggek Lang Melayang'
oleh Muhammad Farul Azri



seperti yang diperkatakan sebelum ini, Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.


hehheh, tak pasai2 belajar cara ikat tanjak pepagi hari cenggini plak kan
ok apa, bukan selalu ada org nak beri info cara nak ikat tanjak
kalau tidak, musti kena tgu discovery channel baru nak tgk
tu pon kalau ada yg nak tgk
seni warisan melayu ni jgn kita mudah perlekehkan
nak pula kita lupakan
kekadang download serba sket warisan melayu nih masuk dlm otak
kan ke owsem..
ni asyik download lagu bruno mars ja...mmg ampa tak sempoi..kehkeh



k la, chow cin chow...sayonara bebehh....jangan amik ati na....gurau pagi ja kot..hehe

info: http://resam-melayu.com/2009/12/tanjak-warisan-melayu.html

Wednesday, January 11, 2012

keindahan seni dlm kostum bangsawan yg korang mungkin nak tahu...hehe

Assalamualaikum u olss
hikss, rasa cam dah lama tak wat kelas seni kan
jadik arini, ngan rasa bestnya aku nak kongsi ngn korg2 sumer
ttg istilah dan makna yang ada dalam kostum bangsawan
seorang pemain di dalam sesebuah persembahan

selalunya, persembahan bangsawan berkisarkan ttg cerita raja2
dewa-dewi, malahan cerita rakyat yg biasa kita dgr di sekeliling kita.
cthnya spt cerita Hang Tuah, Puteri Hang Li Po bahkan Jula Juli Bintang Tiga.
jadik, setiap pemain selalunya akan mengenakan kostum yg sesuai ngn karakter
yg ditempa khas melalui pereka kostum yg awalnya sudah menyelidik ttg
latar belakang dan sejarah kostum sblom dihasilkan rupa dan bentuknya

di sini, aku nak kongsi bersama korg2 sumer
ttg maksud sepasang kostum yang dipakai oleh Sultan Melaka cthnya
bermula dari tanjak sehinggalah ke capal yang disarungkan ke kaki

TANJAK atau kata lainnya iaitu DESTAR adalah salah satu busana atau kostum yg dipakai oleh Sultan atau pahlawan2 melayu pada zaman dahulu. Ia juga dipakai di dalam pelbagai istiadat melayu. selalunya, pemakaian tanjak ini berkait rapat dgn status si pemakai, cthnya dari segi rekaannya. Apa yang dipakai oleh rakyat biasa berbentuk simpulan dan diubahsuai dari rekaan asal yang dipakai oleh raja. Rakyat tidak boleh memakai bentuk tanjak yang sama dengan bentuk tanjak raja atau sultan. antara jenis tanjak yang dipakai oleh sultan2 adalah tanjak lipatan 'Dendam Tak Sudah


beralih pula kepada BENGKUNG, SAMPIN dan BAJU MELAYU. biasanya, kostum ini sama seperti baju yg kebiasaanya dipakai oleh orang2 melayu kita. jika sampin biasanya dijahit dengan menggunakan benang sutera dan menggunakan kain songket. begitu jugalah sampin yg dipakai oleh pemain2. sampin songket ini biasanya bercorakkan bunga tabur atau penuh. ia juga dihasilkan dari pelbagai warna dan biasanya bagi seorang Sultan, warna yang dipakainya adalah warna kuning diraja.

bagi baju melayunya pula, ia terdiri dari 2 jenis corak iaitu cekak musang dan teluk belanga. biasanya sultan melaka akan mengenakan baju melayu cekak musang dan sultan johor pula, baju melayu teluk belanga. Pemakaian sampin juga berbeza mengikut daerah walaupun kepentingannya sama, seperti di johor sampin dipakai di dalam adalah dipanggil sampin dagang. Antara ikatan sampin yang biasa digunakan adalah ikatan kembung dan ikatan pancung.


dan akhirnya adalah KERIS. keris yang biasanya dipakai oleh pemain adalah keris cth yang tidak boleh mencederakan. ttp bentuk, rupa malahan alur lekuknya mempunyai makna yang tersendiri. selalunya, keris yang beralur 7 lekuk dipakai oleh pahlawan2 berketurunan jawa. sedangkan keris yang tidak beralur pula datangnya dari keturunan melayu itu sendiri. jadi ada perbezaan yang boleh dilihat dari watak2 yang tlh ditentukan hanya dgn melihat keris yang mereka pakai.


hehhe, amacam. rasanya cukuplah untuk kostum sultan tuk arini.
esok2, kita akan beralih pula kepada kostum permaisuri, malahan orang kampung sendiri.
harap2, korg2 tak bosan yer dok singgah ke sini
aku nak beri ilmu yg sedikit je kot
bior ampa sumer tahu, sejarah yang ada pada kostum pemain bangsawan kita
kot2 pasni dpt tiket free tgk citer Tun Fatimah
kira dah tau r nama lain tengkolok tuh destar
kalau tak, hampehhh...sekadar tgk ja

tamat sudah kelas seni tuk arini...daaaaaaaaa~~

wordless wednesday superman lagik...

Assalamualaikum u olsss




camni pon jadik...gaggaggagga~~~

Tuesday, January 10, 2012

giler lama tak update..mmg pemalas punye olang...kehkeh

Assalamualaikum u olss
bukan sengaja nak tinggalkan belog yg tercinta nih
tapi, otak berkarat kut
nak tulis pon rasa cam nak kuarkan sesuatu yg hampeh dari dlm kepala
hasilnya, aku tros tak pandang belog nih buat seketika
bagi setel dlu keje umah, ngemas, lipat baju yg bertimbun
dan hasilnya, umah dah cantekkk, i like bebeh..

rasanya dah masuk seminggu lebey aku kat jitra nih
sempat gaklah merayau2 kat alor setar, ngn seleruh jitra
bior nak kasi hafal jalan sket
tak lah sesat barat kalau nak kuar jenjalan nanti
1st, kami jenjalan cari bank dulu
semua bank yg ada dlm senarai pembayaran bil
maklumlah, bil2 kami sumer dtg dari bank yg berbeza
jadi agak payah sket..
dah jpa kesemua bank, kami cari mall plak
kehkeh, ni mmg tuk aku r...pompuan kot
tanpa mall, siapalah aku..wakakkakka

dah berpusing2 carik kat jitra nih
akhirnya aku ketemu jitra mall
wahhhhhhhhh, cam menarik walaupun besa2 ja
kira kata jitra mall nih cam KB mall r
bezanya jitra mall ada wayang..kehkhekeh..
da masuk, kami pon pusing2 sampailah aku jumpa kedai I LOVE NOVEL
kedai tuh jual banyak giler novel, termasuk menyewakannya juga
degn syarat kena buat kad ahli
aku pon tanpa berfikir panjang apa lagai, tros apply kad
skrg, lehlah sewa ja nvl kalau tarak pitis
mana tau bosan2 duk ngadap tv atau tenet
jadik, lehlah baca2 buku plak

paastu kami jenjalan ke alor setar
wahhhhhhh, besaq jugak alor setar no...
bandar dalam taman kut..tu la yg aku nampak tulis kat board depa
mmg menarik, berbeza ngn tpt tinggal yg dulu
alhamdulillah, semuanya ada
kira tak terkilan pon sb berpindah ke sini
walaupon asalnya kami minta berpindah ke KL @ bukit luncu kat johor

hope , semuanya berjalan lancar di sini
nanti2 aku akan update apa yg best ada kat alor setar nih
pastinya yg terbaekkkk dari aku untuk korang...calooooo bebeh....