Assalamualaikum u olss
tetiba pagi cenggini teringin nak kongsi kisah
ttg pandangan dan diri sendiri
mengenai pemakaian tudung atau hijab
di kalangan wanita islam
aku bukanlah nak berkongsi cerita bagaimana nak memakai tudung
atau cara2 pemakaian tudung
yg selalu dok kita tgk kat luar sana
sb hal2 seperti itu mmg dah banyak kita baca
di dlm belog2 penulis yg lain
dan kita tahu akan faktanya, cuma terkadang kita tak mahu mencelikkan mata
dan mengikut sunnah yg telah ditetapkan.
tetapi kali ini, aku nak bercerita
ttg sikap remeh wanita yg sudah berkahwin
mengenai pemakaian tudung di rumah mertua.
seperti yg kita tahu
apabila kita keluar dari umah
kita akan wajib dan totally bertudung tanpa dipaksa
tetapi ada sesetegah wanita
apabila mereka berada di rumah
mereka lebih suka melepaskan rambut
iya, itu mmg boley kalau kita berada di rumah sendiri
tetapi macam mana pulak kalau kita nih berada di rumah mertua.
bila ada sedara mara yg datang bertandang
kita akan berlari2 masuk ke bilik untuk memakai tudung
kononnya, tidak mahu aurat kita dilihat
iya, itu mmg sudah wajib kita sbg wanita utk melakukannya
ttp bagaimana pula diantara kita dan ayah mertua dan adik beradik lelaki suami kita
sikap amik ringan
dan terbiasa dengan cara kehidupan dirumah sendiri membuatkan kita lebih santai
utk tidak memakai tudung di rumah mertua, betul tak??
rata2 wanita mmg begitu
aku bukn hya nak tujukan hal ini kpd org lain jer
tp pada diri sdri juga
sb spjg 4 thun berkahwin
aku mmg tak memakai tudung di umah mertua
melainkan aku keluar berjalan atau ada sedara mara dya yg datang ke umah
jadi aku akan otomatik memakai tudung
kenapa yer camtu
adakah kerana terbiasa berkeadaan begitu dirumah
jadi kita mengambil mudah ttg hal2 spt ini
sedangkan kita tahu yg ipar lelaki dan bapa mertua kita tuh
bukan muhrim kita~
kita sdri tahu yg wajib utk kita memakai tudung
walau dimana kita berada
lebihan pula bila berada di depan khalayak yg bukn muhrim kita
jadi aku dgn azam yg tersurat dan tersirat
mahu membuka lembaran baru
merubah keterbiasaan diri
untuk bertudung di umah mertua
kerana kita sendiri tahu
ttg dosa dan pahala yg kita lakukan
jadi jangan ambil ringan ttg perkara yg kita pk remeh..
renung2kan dan selamat beramal...acececehhh~~