Friday, February 18, 2011

skizofrenia......rasa dah dihantui.....~~

teringin nak dgr lagu diorang..huhu
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

Gambaran keseluruhan

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom 'positif' dan 'negatif'. 'Simptom positif' adalah simptom yang tidak ada dalam diri individu normal, tetapi terdapat dalam diri individu yang menghidapi skizofrenia. Antara simptom 'positif' termasuk delusi, halusinasi, gangguan pemikiran (thought disorder) dan lain-lain. Hanya pesakit skizofrenia sahaja yang akan mengalami perkara sebegini. Simptom negatif pula adalah simptom yang sepatutnya ada dalam diri individu normal tetapi tidak ada dalam diri pesakit skizofrenia. Antara contoh bagi simptom negatif ialah kelembapan aktiviti kognitif, tidak bermotivasi, kesukaran dalam bertutur dan lain-lain. Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."
Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.


ps: LEPAS BACA JER ARTIKEL NIH, AKU TERUS GI BUKAK PETI AIS, AMIK AIR SEGELAS & TELAN PANADOL ACTIFAST 2 BIJI....YA SALAMMM.... DUGAAN TOL NAIP CITER YG BERTEMAKAN HAL2 GINI...





Thursday, February 17, 2011

Hampehnya otak...dirimu amat diperlukan, u know that!!

Kalau korang sumer nak tau, citer psiko,misteri, bunuh membunuh adalah citer paling payah nak dicreate. sumpah aku angkat kedua belah tangan. sepanjang beberapa minggu nih, aku dah berhempas pulas, siang dan malam mengarang novel terbaru yg bertemakan misteri bagi memenuhi impian seorang abang yang gatal2 surh aku nulis balik.

Kengkawan kata, misteri adalah jiwa aku. kahkahkah...layakkah aku dikata macam tu. kalau betul misteri tu jiwa aku, musti sekarang aku tgh berhappy2 menulis tanpa menggaru, menghentak atau menampar pipi yang gebu nih.

Itulah perasaan yg aku sedang tonjolkan sekarang, cuma hampa semua tak npk je camne aku wat. nak wat video krg, takot ada yg masukkan dlm u tube, ish3.




Jadi ternyatalah, apa yg dikatakan cik Hanny Esandra adalah benar belaka. "Ko hengat, nulis novel ni cam mkn kacang, serabai rambut tau, kalau idea ilang ntah ke mana." nak nanges je rasanya aku ketika nih. walaupun Cik Hanny Esandra merupakan seorang penulis cinta (kalau cik hanny baca, bak sket royalti, puji nih, kihkih), dia masih boleh menulis novel ngan banyak. dia mmg sgt terer. aku salut kat dia.

Kini aku sedang berhempas pulas memerah otak. diharap novel misteri yg hagak2 misteri ini mendapat limpah dan kejayaan, aceceh...



ps: mak tolong tgkkan ikha, ikha tarik rambut org nih, camne nak nulis nih!!!

Monday, February 14, 2011

HAIIII....rindu laaaa...

Dah lama gile rasanya tak nulis blog..huhu. Ni semua gara2 edit novel + nulis novel sendiri yang tak abes2. aku cuma berharap yang member2 mendoakan aku agar punya banyak idea yang melimpah ruah..aku amat-amat memerlukannyya sekarang ni...



halamek, nak terberak la...k r kenkawan...tata...

Tuesday, February 1, 2011

Suami aku bakal jadi SARJAN RIZAL...tapiiii...

Bukan salu kita akan bakal dgr dari mulut suami kita yg drg akan dapat naik pangkat, lebey2 lagi kalau suami kita tu seorang tentera..huahhahha...

Tapi semalam, lepas balik dari kije, suami aku bagitahu yg dia akan pergi kursus sarjan di Subang. Aku yg mendengar sambil makan biskut cuma terpinga-pinga. Naik pangkat, wahhhhhhhhhhhh syok tuh. Dah lama btol rasanya aku tunggu suami aku cakap gitu sebab ada sebabnya. Contohnya :-

1. Kalau suami aku dah naik pangkat kami akan dapat minta pertukaran tempat tinggal dan aku milih KL @ Johor...sebab sana dekt ngan bandar. tak mo da duk Ulu...sedey Oooo..

2. Gaji pon dah naik, bley beli kereta proton saga baru...

3. Aku pon dah bley cari kerja gak, nak beli baju bebanyak..

4. Pastu leh bangga ngan kengkawan dan surh drg pangil suami aku Sarjan...(Motippp???)

5. Masa suami aku gi kursus tu nanti, aku akan dapat gi KL 2 bulan...leh enjoy sampai tak ingat dunia..(itu kerana suami saya kursus 2 bulan yer kawan2)

Tapi, ada perkabaran yang tak best yang dibagitau oleh laki aku masa aku tgh syok2 dok mikir, dia cakap kalau kursus tu dibuat pada awal bulan 5, dia rasa dia tak mo pergi. Aku tanya, why?? dia ngan selamba menjawab, saya nak minta cuti buln 5, kan kita nak gi org kawen kat Johor..apakah??

Tetiba jer rasa cam telinga ni tersalah dgr..dia nak lepaskan kursus Sarjan tu sb nak attent wedding sepupu dia. Nak tau apa perasaan aku time tuh..aku tetiba rasa nak jadi singa betina, nak lompat dan terus terkam dia. Tapi aku masih waras, jadi aku cuma diam dan jeling dia baekk punya...

Hampir separuh hari aku tak bercakap ngan dia..aku bengang gila. Aku tak tau apa yg ada dalam pikiran suami aku tuh..bila aku tanya kenapa cam tu? dia cakap,

"Ayang tak yah risau, abang yang pergi kursus tu, bukan ayang..ngapa plak ayang nak susah2"

Susah2 suami aku kata. Sedey tau. Kalau dia tak gi kursus tu alamatnya lambat lagilah dia nak pakai pangkat dan lambat lagilah aku nak dapat pindah...huhuhu, Uwaaaaaaaaa...


Tapi lastly dia ada gak kata kat aku, kalau kursus tu buat pertengahan bulan dia akan gi, kalau tak..jeng3...hampeh tol...

p/s: malas da nak kata apa, yang penting dia gembira..aku plak duk diam jer...sabau jer la...

Sinetron VS Drama Korea...Apakah??

Korang biasa tak tgk drama korea?? dan korang suka tak tgk sinetron. Bagi orang yang ada Astro, musti tiap2 ari korang akan dpt ngadap Sinetron indon kat ria atau prima..

Sememangnya bukn astro jer, tp tv 3 pon ada gak citer indon. tp tu buknlah perkara yg nak aku citerkan skrg, tp aku nak citer psl kesamaan citer indon dan korea berdasarkn storyline nya...kihkihkih...ni lah nmanya indon pon da kurang idea (saper suruh suka wat citer beratus episod, kan dah mendapat...kihkihkih)

Hal ni terjadi bila aku yg seawalnya tak bape suka tgk citer indon terfollow sebuah citer kat Astro. bagi yg pernah tgk pernah tak korang tgk BENCI BILANG CINTA, lakonan Marshanda dan Baim Wong...huhu. Citer tu sama gila ngan citer PRINCESS HOUR. Cmanya Princess Hour tu dia wat sampai pompuan tu dah ngandung. Tapi citer indon ni plak, huahahhaha..sampai meleret2 dan aku pon jadi kurang paham. Walaupon drg da tukr latar citer ni, tapi aku masih leh kenal citer tu sb tertengok citer princess hour kat Animax.


VS


Begitu jugaklah dgn citer KEJORA DAN BINTANG yang sekarang tgh tayang kat astro prima kot, ke ria. Ntah, lupa plak aku. Citernya saling tak tumpah ngn citer BRILLIANT LEGACY..huahhahha..apakah??


VS


Tu la namanya tader idea. Bukan jer org luar, orang kita sdri pon kekadang gitu, copy paste citer org, tacap situ sini sikit dah jadi citer kita sdri, yer tak??

Bukan nak cakap penulis2 skrip zaman kita nih dah kurang idea, bukan..cuma rasanya tak perlulah amik citer yg dah ada melainkan kita adaptasi dari sebuah buku..ha tu kira baguslah, macam citer Merong mahawangsa yang bakal nak ditayangkan di pagawam tu . Kan itu lebih baik. Biarpun citer tu cuma citer hikayat, yang penting tak copy citer orang lain..(pendapat ajer, jangan emo plak ye kawan2)

p/s: Apapun, majulah industri filem, drama, drama pendek, filem pendek, drama indi tuk 1 Malaysia...yehaaaaaaaaa