Monday, January 3, 2011

tgk pic makcik nih...ada berani?? huhu

Tadi sblom keluar gi KB, sempt gak aku snap beberapa pic (beberapa apanya, byk tuh..kuikui), kohnonnya nak buktikan yg aku ni makcik yg cun..harharhar..

Taklah, sajer je nak seronok2 amik pic, nak ngabiskan memory kad suami aku..hihi (takmo amik ngn fon sdri, susah..hihi)

Suami aku jeling jerk kat aku, siap bagi warning tuh

"jem lagi lagi fon tu nanti!!" hikhik, aku senyum jerk. Lantaklah, yg penting snap jugak..

ni lah antara pic2 tu, takmo letk sumer, karang tak terloading plak latop nih, dah r line lembab cam sipot sedut..selamat menghayati...hihi








Sunday, January 2, 2011

ada rupa makcik ke aku nih??....oh tidak!!

jom main teka2..tengok pic kat bawah, rasa2nya berapa usia aku??



Jadi persoalannya sekarang aku nak ajukan soalan, aku ni ada rupa makcik2 ker?? jawab jujur, kalau tak Tuhan marah (bley gitu..kuikui). Bukan nak menidakkan kebenaran yang aku ni dah ada laki dan anak sorang dan itu boleh menerbitkan title makcik tuh, tapi aku rasa aku ni masih muda lagi..baru 25 nak masuk 26 tuu..tak acilah kalau korang panggil aku makcik, akak sudehh..tak bley??..huhuhu..(dilema ummi terlampau, kahkah)

Teringat masa aku dok jalan2 ngn famili kat Billion, pontian 2 tahun lepas. Tgh syok2 survey barang offer tetiba ada satu budak ni elok jer panggil aku makcik siap sengih2 lagi dgn intonasi yang amat tak menyenangkan..

"makcik elok ni pakai yang nih..murah jer, tak sampai 50 ringgit"

Mendengarkan harga barang tu rasa sedap telinga mendengar, tapi bila mendengarkan budak tu panggil perkataan makcik..bamm!! riuk rasa hati ini (terpana ala2 heroin hindustan..bley gitu). Tapi aku maintain senyum sampai ke telinga walaupun laki aku dah gelak2 besar kat tepi..antu betoi..

Aku tak pernah salahkan budak tu sebab panggil aku makcik, tapi aku terkesima sekejap sebab memikirkan yang aku rupanya dah sungguh dewasa (tapi bukan tua yer..hengat tu, lalalah~~)..

Laki aku pernah kata yang pompuan kalau dah masuk 25 mmg dah masuk golongan tua. Tua, tua apa yang dimaksudkan laki aku tu..aku pon heran. Bagi aku pompuan yang dah masuk 25 belom lagi dikira tua, bila nak dipikir2 balik kalau dah masuk 30 itu insyaAllah boleh dikira tua, sebab masa tu kalau kita nih tak pakai apa2 barangan kecantikkan pasti akan nampak benda2 yang tak menyenangkan kat atas muka kita nih (paham2 sudehh)..

Jadi layakkah sekarang aku dipanggil makcik?? takkan sebab aku ada anak aku boleh dipanggil makcik.. macam tu bolehlah budak 18 tahun yang dah ada anak aku panggil makcik..yer tak?? huhu..(jahat2)

Aku bukannya apa, aku cuma senang kalau dipanggil akak, bersesuaian dengan umur aku. Tapi kalau yang memanggil tu budak umur 5 ke 12 tahun, aku tak heranlah kalau diorang nak panggil aku makcik..tapi kalau yang dah tua bangka tak sedar diri tu pon nak panggil aku makcik, memang alamatnya makan penampor lah gamaknyer..

Kita ni ada rasa hormat, aku sendiri pon panggil pompuan yang dalam usia 30 ke 40 tahun sebagai akak..jadi macam mana tu? adakah sekarang ni aku yang salah? ataupun keadaan semasa yang salah? jawab jangan tak jawab....

konfiusnyerrrr akak...

ummi yang terlampau...kahkah..

tak tau nak buat apa...lalala~~


Arini dah masuk 4 hari suami aku kerja malam..tinggallah aku dan ikha aje di rumah. Secara tak lansung kami hanya mampu saling pandang memandang, ikha pandang aku dan aku pandang ikha, hasilnya kami sama2 menanggung bosan.

Tiada aktiviti apa yang boleh kami buat selain dari menonton tv yang ceritanya asyik berulang-ulang, naik lemas pulak kadang-kadang, rasa macam nak telefon jer astro surh diorang masukkan cerita lain, bley...musti la tak bley sebab stesyen tv tu bukan bapak aku yang punya.

Jadi aku amik keputusan tutup tv dan bawa ikha masuk bilik..jawapannya kami jadi semakin bosan..Ikha mula nak manja2, dia minta aku usap2 perut dia, mungkin kerana dia cuba nak lelapkan mata sebab tgk lampu dah dipadamkan. Ikha pantang bila tgk lampu dah padam, mesti dia usaha nak buat kedua belah tangan aku ni asyik memeluk dan membelai dia, cam sekarang nih..

Buka FB tader apa yang best, blog member2 semua dah dibaca dan dah dikomen..apa lagi nak buat? main game..oh yer aku terlupa, petang tadi sempat juga laki aku pesan suruh aku buka game social city ngan crime city dia, mintak aku tolong bunuhkan mafia dalam game tu(apa punya pesanan lah)..jadi aku dah buka tapi bila tunggu nak loading masyaAllah, punyalah berjam..mungkin sebab kat luar hujan jadi line tak berapa baik..selesai..aku dah pun bunuh mafia tu, sekarang apa lagi nak buat??

hmm, tader cerita yang nak diceritakan..mungkin aku patut stop kat sini dulu, mana tau esok2 ada cerita yang nak diceritakan..hmm..


bye...

ummi yang tak tau nak buat apa lagi..

Saturday, January 1, 2011

laporrrrrrrrr.....siapa nak belanja makan??


Arini tak tau nak masak apa..fikir punya fikir rasa malas pulak nak masak. Tapi kalau malas plak perot ni dah naik kebulur, kalau perut ni pandai memberontak mesti aku dah kena hentak..huhu (imaginasi terlampau)

Rasa cam nak makan pizza, tapi kat sini mana ada pizza. Nak pizza pun kena pergi sampai KB, jauh tuuuu..KB ngn jerteh 2 jam perjalanan tu..patah pinggang kalau naik motor (utk pengetahuan kawan2, saya tader kereta yer...lalalal~~)

Jadi simpan je lah niat nak makan pizza dan berbalik kpd apa jer yg ada kat dalam peti ais..ayam, ayam dan ayam...tader benda lain. Masak sup la..huhu..

hmm bestnyer kalau ada org nak belanja aku makan, musti pasni aku belanja balik orang tu..lalalal~~



ummi yang suka suki...

menangis


Masuk je tahun baru, semua orang cuba nak membina azam, dari yang pakai list sampailah yang pakai kira2 kat dalam otak. Azam tak mungkin akan dikecapi jika kita tak berusaha, betul tak??

Aku pulak punya azam untuk berdisiplin. Iya itu mungkin salah satunya, tapi azam yang paling kuat harus aku tanggani adalah untuk cuba tidak menangis. Tak tahu mengapa, semenjak 2 menjak ni hati selalu rasa tak senang. Hati selalu memujuk untuk aku menangis, hairan?? mengapa hati nak aku menangis sedangkan apa yang patut aku tangiskan??

Kata orang menangis tu memudahkan kerja hati yang menampung rasa sakit, tapi patutkah aku menangis untuk menghilangkan rasa sakit yang aku sendiri tidak tahu puncanya.

Duhai hati, jawab tanyaku, apakah kau mahu aku menangis??

Iya, mungkin aku harus menangis kerana aku harus menangis untuk menyedapkan hati. Tahun kini sudah berganti tahun, melihat putriku yang makin membesar disamping mengira usiaku yang semakin meningkat juga bisa membuatkan aku menangis. Apatah lagi mengingati arwah ayah dan mengenang mak di KL, mungkin itu tujuannya hati mahu aku menangis. Tapi benarkah itu yang tersirat di hati dan benarkah itu yang membuatkan hati mahu aku menangis??

Aku cuma mahu berasa sedih kerana aku mahu gembira dikemudiannya. Tak mungkin aku akan gembira kalau aku tak menangis, tapi bagaimana?? mata tak mahu mengalirkan air mata, apa harus aku lakukan??


ummi yang bersedih(tak tau apa punca)