Tuesday, October 30, 2012

Wordless ....

Assalamualikum u olss




orang ni ada latihan LARI LASAK minggu ni
sian, mgu depan pertandingan lari lasak akan dibuat di kuantan
kut2, larat tak orang nih buat larian dlm seminggu tuh
da la pertandingan tu dibuat hanya waktu malam...

caiyok2 ayang....

Monday, October 29, 2012

nak nangis jugak, pedulik...kahkah

Assalamualikum u olss

ps: peringatan, entri agak panjang...hehheh

salunya, kalau aku nanges pon sb aku tgk ceta hindustan jak..kahkahkah. tp tak semua ceta hindustan boley di bawa nangis yer kawan2. kalau tya aku, ceta hindustan dulu2 ja boley buat org nanges, tapi ceta hindustan leni, kebanyakkannya, biasa2 saja. tapi kat sini aku bukan nak ceta pasal ceta hindustan pun. biarpun agak terlewat dari org lain, disebabkan ceta ini diterbitkan pada tahun 2011. aku hanya dapt nengok ceta nih di hujung tahun 2012, tu pon melalui astro, mmg terasa sadis, memikirkan betapa banyak film yg best2 dah aku ketinggalan semasa duk di jerteh dulu.

aku kat sini nak ceta pasal film WARRIOR. korang pnh tengok tak ceta nih...tipu kalau ada yg kata tidak. musti ada sesetengahnya dah menonton, dan ternyata ceta ini simple dan mempunyai plot yang klasik, btw sgt SUPERB. bagi penggemar filem cam aku (terbawa2 sb diri ini pon pnh blajar buat skrip dulu), aku klasifikasikan ceta ini sbg ceta yg sgt menyentuh hati. nangis kut, kahkahkah. mmg bikin malu, mana taknya, ni kan ceta lawan2 jak. tp penuh dgn mesej yg tersendiri. kalau nak kata jatuh cinta dgn siapa, aku mmg sgt2 jatuh cinta ngn kedua2 watak di dalam ceta nih, Tommy dan Brendan...olalallalla...mrk mmg terbaekk..



WARRIOR mengisahkan tentang dua adik beradik yang dibesarkan dgn bakat berlawan yg besar. akibat tekanan hidup, dan mempunyai ayah yg suka memukul dan minum arak kerana dibelenggu kenangan masa silam sebagai vateran perang. kedua adik ini terpisah mengikut haluan masing2. si adik,Tommy memilih ibunya manakala si abang, Brendan memilih ayahnya memandangkan dia sudah mempunyai kekasih hati di tempat asalnya. kerana terlalu kecewa dengan Brendan, yang merupakan tempat bergantung buat Tommy. dia menyimpan dendam buat keduanya, iaitu si ayah dan si abang. setelah belasan tahun, Tommy kembali ke tempat asalnya, lalu berjumpa kembali dengan si ayah yang sudah banyak berubah.

part nih, aku dah kesat2 ayaq mata....sob3
Tommy yang juga merupakan seorang staff sarjan @ pelarian perang merahsiakan identitinya agar tidak diketemui mula untuk bertinju bebas kembali. kerana kecekapannya dalam berlawan dan menewaskan wakil tinju Sparta di gelanggang latihan, dia ditawarkan untuk berlawan di dalam liga UFC, Sparta. sebaliknya yang berlaku kepada Brendan, kehidupannya lebih baik bila dia berkahwin dengan gadis pilihannya, Tess. dia menjadi seorang guru fizik dan dikurniakan dua orang cahaya mata. namun begitu, kehidupannya menjadi semakin sukar bila dia terpaksa mencari jalan penyelasaian untuk membayar gadai janji rumah yang dibuat untuk mengubati penyakit anak keduanya. itu membuatkan dia kembali ke gelanggang dan bercita-cita untuk menjuarai kejuaraan Sparta dan memenangi 5 juta dolar. dari situ, perjalanan hidup sebagai peninju bermula, kedua mereka mula menunjukkan prestasi yang memberansangkan sehinggalah ke perlawan akhir....bilamana si abang akan bertembung dengan si adik dan menimbulkan satu perlawanan yang penuh emosi yang meruntum hati.

part nih, aku dah kekaguman dan jatuh cinta, lallalall~~
uwaaaaaaaaaaaa, aku menangis di situ ye kawan. tiga kali tgk, tiga kali kuar ayaq mata...terbaekkkk..seb baik ada astro, leh tgk berpuluh2 kali...lallallalla

pepon, walaupon aku terlewat, tp ceta nih, mmg best....

Ps: maaf atas entri yg panjang berjela....

selerak minda ummi, nak oii

Assalamualaikum u olss

raya haji tak gi mana2 pon
duk umah jek sb en hasben keje shift
jd, dah nama pon duk umah kan
kalau tak selerak 1 ruang tamu
mmg bukan umah akulah tu namanya....


tukang selerak...
ari2 mmg muka nih la yg buat selerak..mmg tader muka lain dah...ahaii
spi tertonggeng2 plk tuh...hahaha
motif selerak: sb nk susun kereta....@_@ pengsan 10 minit....


skrg semua kereta dah kena penjara dlm almari
walid dia punya kerja....hheheheh...suka :)

Thursday, October 25, 2012

salam aidiladha

Assalamualaikum u olss

di kesempatan ini, saya dan famili ingin mengucapkan
SALAM AIDILADHA
buat semua teman2 blogger



en hasben keje shift esok
k fine, ada habuk masuk mata....sob3

Wednesday, October 24, 2012

Thanks Mama Qhayra

Assalamualaikum u olss

hee, smalam dpt surat
tgk pon dah macam tahu yg surat tu dtg dari sesorang yg aku kenal
sb aku goncang2, cam ada sesuatu kat dlm dia
aku pk tu bukanlah surat
bila bukak jek, hee...ada keychain ngn sepit rambut
tahu suda yg ianya diberi oleh blogger  mama Qharya

seb baik masa dpt tu, ikha dah bangun tidor
jd leh la try sepit rambut dy
terima kasih pada mama Qhayra
sb berikan cenderahati tuh buat kami...thanks dear


see, comey tak cik bedah pakai klip rambut tuu...

aleh, terpandang kamera plak...

tgk, siap online babytv lagik....

hee...pe pon, sepit itu sungguh comel...

Tuesday, October 23, 2012

Wordless kampungku kota batu...

Assalamualikum u olss

kampung ampa mungkin kat sg petani
tapi kampung aku kat BANGSAR, kuala lumpur...lallallla





thanks pada adik aku sb snap gambo kampung yg dirindui

Monday, October 22, 2012

nanges kuat lagi...@_@

Assalamualaikum u olss

semalam adalah hari gaji yer kawan2, hehhe
jadi hati rasa sgt gumbira..
perasaan nak kuar tuh dah berkobar2
saya mandi dulu, pastu en hasben, pastu cik ikha
yg menjadi masalahnya, pas jek cik ikha mandi
tros dy nak main game kat lappy nih semula
siap ngamuk2 lagi...sblom tu mmg dah main jugak
tp budak kan, mana tahu puasnya..
(game kat babytv yer kawan2, kalau game yg cam angry bird tuh, mmg la aku tak bagi main)
punyalah puas pujuk..last2 dy nanges bagai nak gila sb takmo kuar
nak main game punya pasal...@_@ pening skajap


nanges gila2 kat dpn pagar sb nak masuk umah semula, ahaiii~

tgk, sempat lagi tgk kita, kut ada rasa simpati nak buka pagar
pening kpala sat....huhuhu

diam suda...huhu. tapi ttp ada muka majuk sambil mulut mengomel
"baby tu yu...baby tu yu.." tak sudah2
baby tu yu adlh bhsa dia bagi baby tv ye kengkawan...hahhah

ceria suda, hahhha. kan, budak ni tak lama ngamuknya..pastu elok lah,
yg penting sabor setinggi langit yer kengkawann..
ps: alellehhh..comey le tuuu...

camtulah salu bila nak kuar skrg nih
pantang nak kuar, musti dia nak nanges2
kekadang rasa marah jugak...tapi apa nak buat, umur baru 3 tahun kut
jadinya, kena pandai2 lah nak idop..

Sunday, October 21, 2012

buai laju-laju

Assalamualaikum u olss


buai laju2, sampai pokok sena
apa dalam baju...
uiksss...mana leh bagi tau...kikikiki~~





Friday, October 19, 2012

sesi regangkan otot minda...hehheh

Assalamualaikum u olsss



hahhahha, gelak sorg2 dah aku..

laki korang camni ka???


malam ni cuma ada aku dan ikha
en hasben keje shift..

Thursday, October 18, 2012

Kalau bukan kerana Khalil Gibran

Assalamualaikum u olss







Gadis itu menggeleng kepala lalu memalingkan mukanya ke arah lain. Mungkin kerana meluat melihat perangai macho tak bertempat Zacky, menjadikan gadis itu hilang selera untuk terus berada di perhentian bas itu.

Zacky masih tidak berputus asa. Ada seri di wajah gadis itu yang membuatkan dia senang untuk menatap wajah itu lama-lama. Wajahnya, pemakaiannya, sombongnya, ehh, boleh kira ke tu? Tak kiralah, yang penting, gadis itu benar-benar membuatkan dia tertarik.tetapi..

“Tak payah nak pandang lama-lama lah Z. sampai kiamat pun kau tak akan dapat…” meluncur saja kata-kata yang termuntah dari mulut Arif, sahabat yang sudah lama dikenalinya. Tidak pula dia menyangka yang Arif memerhatikan tingkah lakunya sejak tadi. Bukan niatnya mahu menjadi stalker tak bertauliah di pagi-pagi buta itu. tetapi, hormon lelakinya memanggil-manggil untuk dia terus memerhati gadis berhijab cantik di tepinya.

Kalau dilihat dari atas hinggalah ke bawah. Perefect gila…memang layak kalau hendak di buat bini. Tapi melihatkan keadaan sendiri, layak ke aku berbinikan gadis seperti dia.


klik untuk baca seterusnya...

Wednesday, October 17, 2012

ikha dan yaya....lalala~

Assalamualaikum u olss

tadi singgah petronas nak masuk minyak 
nampak plak si yaya
apa lagi, mmg belilah kan, nak2 plak si ikha suka ceta boboiboy
patutnya ada boboiboy angin ngan yaya
tapi dah tentu2 la boboiboy tu abes dulu kan...watak utama kut..

rm 19.90 habes begitu saja, hahha..tp serius, yaya ni besor wehh.
puas hati lah beli, huhu

ikha dan yaya...suka le tuuu~~

selamat dibuka dari bungkusan...huhu

action figure boboiboy nih hanya dijual di mesra petronas jak
apa lagi, jom ngumpul, hehhhhe

Tuesday, October 16, 2012

7 sebab kenapa ujian hamil korang positif tapi korang tak lansung hamil..ahaa~~

Assalamualaikum u olss

korang biasa dgr tak tajuk yg aku tulis kat atas
aku pnh gak dgr, tapi serius tak paham punca2nya
sehinggalah aku baca satu artikel nih
jom kita kongsi..



Jika anda telah mengambil ujian kehamilan di rumah dan ujian air kencing itu menunjukkan dua baris, sudah pasti anda menganggap yang anda sudah hamil. Ujian kehamilan di rumah sememangnya sangat tepat dan kadar ketepatannya melebihi 98%. Walau bagaimanapun, anda mungkin pernah membaca atau kawan-kawan mungkin pernah bercerita dengan mendakwa mengalami ujian kehamilan yang positif tetapi mereka sebenarnya tidak hamil. Keadaan ini sememangnya membingungkan dan menyebabkan anda tertanya tanya mengapa ia berlaku. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ujian boleh menjadi positif walaupun anda tidak hamil;

1. Rawatan Kesuburan. Suntikan hCG atau gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.
2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita tidak hamil.

3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan keputusan ujian yang tepat. Jika arahan ujian menyatakan anda perlu mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut. Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan palsu.

4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.

5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.

6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi hamil.

7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.

Apa yang anda perlu buat
Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal. Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku peningkatan, anda hamil.
Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif, anda tidak hamil begitulah sebaliknya.


aku tak kisah sgt kalau yg dah tahu pasal artikel nih
tapi sangat sedey lah bagi yg mengalaminya kan..
nak2 plak yg sungguh2 nak anak, ahaiii lahh..


Sunday, October 14, 2012

ujung minggu tgk movie le derr...

Assalamualaikum u olss

selamat pagi isnin
wahh, dah 2 ari tak buka blog
cuti rehat la kawan...hang out ngn famili lah pulak
takkan nak bertepek dpn lappy ja
suami pon tensen tau
jd kuar la rayau2, gi tgk movie besttt
ingt nak tgk 'aku terima nikahnya'
malangnya, jitra cinema nih, ahaiii, panggung pon ada 4 kan
jd ceta tuh depa tak amik
baik depa amik ceta yg org btol2 nak tonton
jd terpaksalah kami2 nih tgk ceta 'stolen' ja
seb baik best, tak rugi 10 hengget


maaflah, tader gambo untk dikongsi, kamera lupa nak bawa
hehhehe..
tp seriuss, ceta dy best
ceta pasai dy nak selamatkan anak dia
dy nih perompak bank terkenal di amerika sebenarnya
huhu, nak tau lebih lanjut, pi tgk sendiri, huhu..

daaa~~

Thursday, October 11, 2012

uhuk..uhuk lagi...

Assalamualaikum u olss

semalam gi klinik lagi
hantor cik ikha kecik buat rawatan
besalah sekarang nih musim sakit deman kan
tp cik ikha cuma batuk2 ja
tu pon doktor dah standby bagi ubat demam skali
bagosss, takyah gi klinik kalau cik ikha dah mula demam



sempat lagi makan snickers...


ps: ikotkan diri ini pon selalu sakit kepala lately...

Wednesday, October 10, 2012

nyum...nyum..!!

Assalamualaikum u olsss



sedapnya mkn ABC time ari panas2...~~





muka penuh gumbira.....

Picasso kecil ummi...

Assalamualaikum u olss

sebenarnya, bagos jugak jd ummi sepenuh masa nih
sebab kita leh jadik cikgu tetap buat anak2 kita
jadikan rumah sbg homeschool
dulu tak pnh terpikir, sb tu aku dan ikha sama2 bosan
akhirnya setelah mendapat idea dan galakkan dari kawan2 yg pernah buat homeschool
aku jadi seronok plak
tak terbuang masa camtu jek
ada jek aktiviti2 yg boleh dibuat
cth cam mewarna...besttttt....

mana tahu pasni ikha leh ganti picasso plak, ekkekkekke

tepek2 tangan...

tepek bg penuh 1 kertas lukisan..

tak abes tepek lagi...

dan hasilnya....hehhhe

taraaaaaaaa~~ lallala. "tulisan tuh ummi yg tolong tulis"kata ikha, kehkeh

my little picasso...love u so much...wewittttttttt...

Tuesday, October 9, 2012

pusing tasik sampai pengsan....

Assalamualaikum u olss

hari ini adalah hari yg penat yer kawan2
naik tercabut kepala lutut
bukan kepala lutut aku jek, 
kepala lutut en hasben ngan kepala lutut ikha pon sama jugak
fuhhhh...penat sehhh
mana taknya, pukul 4 ptg dah gatai2 berjalan2 anak kat tasik darulaman tuh
gila gempaks..ngn kasut tingginya, hahhahha..mau terduduk rasa
bukannya apa, luas kot tasik tuh
berjalan seround pon dah rasa cam goyang2 kepala lutut
tp yg peliknya ada pakcik yg jogging tu steady jak pusing 2 round
huhuhu, laju kut dia berlari2 anak...terasa segan plak kita sebagai org muda, huhuhu

nak ikotkan sbrnya, aktiviti arini adalah aktiviti meneman ikha menunggang basikal roda tiga
jd pikir2, nak surh dia bawa kat kawasan tpt letak kereta tu ja
tp dah terpandang tpt pejalan kaki tuh
apa lagi, trus si kecik nih kayuh kat c2
apa lagi, follow je lah
dan2, 1 tasik kami pusing
dia syok r dok kayuh basikal, yg kami nih..aduduhhh, longgar lutut ikot dari balakng
tp yg bagosnya dia tahan plak kaki kayuh 1 tasik tuh..
bravo my dear, bravo..ummi kagum ngn ikha..hehhe

jom tgk si kecik nih ngn basikalnya
1st time nih kayuh luar dr umah

dah bersedia utk mengayuh...

pusing2 dulu, warm up la katakan..

pusing lagi....

apa lagi...jalannnnnnnnnnnn...hahhahha


ni lah pakcik yg aku kata jogging 2 round tuh...fuhhh...kagumm


dah abes mengayuh satu tasik..time to MILO....hehhe

apapon hari ni adalah hari yg menyeronokkan
walaupon malam ni masing2 dah terlentang kepenatan macam nak pengsan....
terutamanya si kecik kat ats, hehhehhe

Monday, October 8, 2012

baby baru....

Assalamualaikum u olss

hati nih rasa seronok gila terbabas sgt bila dgr kawan2 karib dah beranak pinak
mana taknya..aku kawen awal, dpt anak pon awal
member2 plak blom kawen2 agi, jd sian ikha tader member
jd bila depa dah kawen, dah beranak pinak
aku plak jd nak terlompat, seronok gilerr
sb aku pikir, ikha dah ada geng dah bila ada reunion nti
dan depa pon dok pikir cam aku jugak...hehhehe

ni lah antara anak2 member aku yg paling aku rapat sampai arini..
ada yg baru lahir, ada jugak yg da agak lama lahir..
kiut2 lorrr...

baby fi...comeyyyy..anak member skolah aku yg tersayang nih..puan adibah anum
baby marissa...ni lagilahhh..adududhhh..nak gigit jek rasa..
anak mem kolej aku, puan noraini
baby raoul...huhuhu..anak nippon maliii.. buat muka bajet nak kena ggit jugak kan..hahha
ni plak anak junior kolej aku..tp tua sket dr aku bai..kak raisya namanya..hehhe

baby adiff...huhuhu, beso nya mata kamu, lallallala..ni pon anak junior aku puan jiha..
baby bunga...manisss gitu....nama dia bunga diandra hokeyyy..terkagum aku sat ngn nama beliau.
ni plak anak mem kolej aku, puan nazmin aka ayong..hehhhe
baby helena...huhuhu..kiutnya kamuuuuu~~kiss sket...
ni anak mem skolah nih, puan farahanie
baby damia...alolololo...tembamnya kamu...ni plak anak member skolah yg disayangi jugak.
puan shamshida
baby Aisy...tgk2, gigit jari lagi..hehhhe. ni baby mem skolah tadika yg disyangi juga.
puan bazilah....lama dol aku bermember dgn dia, spi leni wehh..
baby adam...hohhoh.anak cekgu nih, tgk siap pakai tie agie, hehhe.
ni pon anak mem kolej aku, puan najwa

rasanya yg ni je kut, yg aku teringatlah
semuanya bajet comeyyy (mmg comey pon, lallallla)
ada rasa nak gigit muka depa sorg2 tak...tipuulahhh kalau cakap taderr yer dak..kekekke

apapon, aku sgt2 mengucapkan tahniah pada depa semua
mana yg lahir normal, mana yg lahir bedah
masing2 dah berusaha melahirkan seorang insan yg dipinjamkan Allah kpd kita
jadi, haruslah kita nih menjaga pinjaman ini sebaik-baiknya
mendidik mereka sebaik2nya. InsyaAllah menjadi manusia yang berguna..InsyaAllah..



studi ABC....

Assalamualaikum u olss

sangat payah tau nak buat anak kecil duk melekat depan buku
kekadang rasa macam kita nih tak pandai mengajar pulak
ada org kata budak lebih suka belajar dari budak
sb depa tak brapa nak paham org tua ngajar
macam tu jugaklah ikha
sampaikan, kalau nak ngajar ABC pun, aku kena latih vokal dulu
mana taknya, kena nyanyi lagu ABC, barulah dia nak ikut
kalau tak, tader thrill kata ikha (aku rasalah dia fikir gitu, huhuhu)

jom tgk, ikha studi ABC
berpeluh gaklah ngajar...huhuh

tulis


baca


senyum, hehhehhe
inilah dia, budak kecik yg baru nak kenal ABC tuh
harap2, ilmu yg aku curahkan sampailah ke otak dia
aminnnnnn...